Pages

Monday, February 28, 2011

7 ayat, 17 kali sehari (sekurang-kurangnya!)

" 80% pelajar IPT tidak tahu makna Al-Fatihah. Anda? Kalau belum tahu, tahukan, buka Quran dan tafsir...Utamakan untuk hari ini. Salam Sayang "

Saya quote semula status twitter Wardina Safiyyah.. Ntah kenapa saya rasa status tweet ni sakit kat hidung sendiri..

BISMILLAHIRAMANIRAHIMI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

ALHAMDU LILLAHIR RABBIL ALAMIN
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta.

AR-RAHMAN AR-RAHIM
Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

MALIKI YAUMIDIN
Raja yang memiliki pembalasan

IYYAKA' NA'BUDU WA IYYAKA NAS TA'IIN
Hanya kepadaMu (Allah) kami mengabdi (menyembah) dan hanya kepada-Mu pula kami minta pertolongan.

IHDDINAAS SIRATAL MUSTAQIIM
Pimpinlah kami ke jalan yang lurus.

SIRATALLADZINA AN' AMTA 'ALAIHIM GHAIRIL MAGH DHUBI 'ALAIHIM WALADH DHALLIIN
Jalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Tuhan atas mereka, dan bukan jalan yang dimurkai Tuhan atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

Huraian tafsiran, sila attend pengajian eh.. tapi kalau kite buka hati, dalam 7 ayat Ummul Kitab ni banyak kali emphasize Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang..

Jadi siapa kita klu nak kedekut? siapa kita kalau nak membenci? siapa kita kalau nak sombong?

p/s : Tq Wardina kerana ingat mengingati.. (wah budget kawan ngan Wardina).. tak sangka lawan twitter yg digunakan untuk tau gossip artis bermanfaat.. hehehe
p/s/s : Misi lancar Selawat Tafrijiyyah menjelang anniversary .. Alhamdulillah :)

Family nickname

Saya mempunyai bilangan adik beradik yang sikit je.. 3 orang.. saya yang sulung dan di bawah saya  dua orang adik lelaki..Mmg normal kat M'sia (saya tak tau kat negara lain camana ), klu sulung panggilannya Along, kedua Angah dan ketiga Uda ( tapi belah Selangor ni saya dengar ketiga tu panggilannya Alang ).. tapi kes adik beradik saya, yang ketiga kami panggil Adik..

Untuk diri saya sendiri memanglah Along tu panggilan dikalangan saudara mara belah saya.. adik kedua saya panggil saya Long manakala mak ayah dan adik bongsu saya panggil saya Kakak..

Walaubagaimanapun, panggilan gelaran ni berubah 100% bila saya masuk keluarga belah suami.. dia anak tunggal.. dulu saya assume, panggilan untuk saya dan suami dikalangan anak2 sepupu ialah Mak Long Fazya dan Pak Long Zul   .. huuu tapi rupanya bukan.. panggilan buat kami telah di simplify kan kepada Mak Unggal dan Pak Unggal..korang pernah dengan panggilan keluarga begini?

Awal2 dulu saya rasa a bit weird dengan nick camni..rasa taknak ngaku pun ye.. but as the time flew, saya rasa selesa plak ngan nick ni..nick Unggal ni buat kami tersendiri..(bukan semua org dapat kawen anak tunggal).. so tak payah susah2 explain yang ni MakLong/PakLong anak pakcik yang sana atau makcik yang sini..

Apa pula panggilan korang dalam keluarga? Boleh share kat komen.. er En Ahmad Zulkifli u takyah bagitau..i dah tau diorang panggil u ape..hehe :)

Saturday, February 26, 2011

Lempeng luar biasa

"Hari ni kami makan lempeng.. e'eleh makan lempeng pun nak blog..."

Hehe ya makan lempeng adalah biasa2 aje.. walaupun ia memang sedap, tapi orang akan tetap rasa ia menu biasa2 aje.. so macamana nak jadikan ia luar biasa? cer try buat macam ni...

letak corak spiral (ubat nyamuk pink).. haha ni homemade, so mesti kena hangus2 sket..haha alasan tak boleh blah!

boleh juga try corak2 kan bentuk2 love..hehe saya kan loving (oke munpel!)

Camana nak buat?
Senang aje, caranya macam buat lempeng macam selalu, tapi untuk yang berwarna ni, asingkan sket batter lempeng tu dan warnakan ikut suka.. boleh gunakan perwarna tiruan atau pun pewarna semula jadi seperti pandan atau kunyit..

Panaskan kuali dan letakkan aduan berwarna (buat corak sesuka hati anda)... Pastikan kuali panas, jadi sementara kita terkocoh2 nak ceduk adunan utama (warna putih), adunan berwarna dah mula masak..lepas tu letak adunan putih dan pusing2 kan kuali supaya lempeng kita membulat.. 

saya kongsikan 2 tips untuk memudahkan melempeng..
  1. letak minyak dalam adunan.. so tak payah la tiap kali nak letak adunan, tap kali tu jugak nak titiskan minyak..
  2. gunakan kuali 'saucepan'.. bukan brand Tefal pun takpe.. tapi kalau mak mertua dah tinggalkan kuali Tefal, rugi tak guna..(=
Bila dah siap lempeng tu, boleh la makan dengan kari kambing ..^_^


Thanks K.Jeni for inspiring :)

Friday, February 25, 2011

Cerita orang kawen

Mencapai usia hampir setahun perkahwinan memang mengujakan.. rasa macam nak nangis terharu...wuwuwuwuwuwu..

Ya kami sangat sibuk mengimbau menjelangnya anniversary kalendar gregorian pada 6 Mac 2010 nanti.. Anniversary yang dipenuhi undangan kenduri kawen sana sini.. infact kesibukan (atau buat2 sibuk) sudah bermula pada hujung minggu ini, kerana pengapit suami saya dulu (which is his cousin) kenduri belah lelaki.. Anyway dia sudah bernikah bulan lepas.. Tahniah Rahman dan Fayruz :)..lepas kawen kena jenjalan rumah kakak.. err kakak?..

Lebih mengujakan setelah pengapit lelaki kawen, minggu berikutnya pengapit perempuan kawen.. haha disaat saya sibuk jadi pengantin dulu, saya masih berperasaan untuk me'matchmaking'kan kedua2 pengapit ni sebenarnya.. but then they met their destiny by Allah's will.. Alhamdulillah she met a suitable guy for her..and she's getting married exactly in a week..yeay!

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

we're meant to be each other..but they weren't.. Allah knows the best for them :)

Dalam mengenang tarikh gregorian yang bakal menjelang kira-kira seminggu lagi.. sebenarnya kami sudah setahun bersama pada rabu lepas (20 Rabiulawal 1431H - 20 Rabiulawal 1432H)..

Suami, selamat ulangtahun.. errr Ahad depan kita wish2 lagi eh.. :)

Kepada yang nak berpasangan, selamat semuanya eh..*wink2!

Wednesday, February 23, 2011

Baru vs Lama

My new MyKad pic..
ape toleh2 belakang? nak gelak ah tu...

My previous MyKad pic..
ni gambar cari suami...hahaha

err JPN tu patut sediakan bilik berpencahayaan baik kat tempat snap gambar tu ah..(haha tak terima hakikat muka gelap..)

Friday, February 18, 2011

Keluhan- baik - paling baik!

Keluhan
  • Minggu yang memenatkan..
  • Serius penat...
  • Dada sesak..
  • Badan lenguh..
  • Selera makan terganggu..
  • * tabah lah hati *
Ada juga perkara agak baik
  • terpaksa tido hotel ..
  • JPN dah reply semakan data..
  • dah tukar alamat IC.. or sebenarnya tukar IC.. cari masa lagi untuk tukar pusat mengundi..
Paling baik
  • Suami saya ada disisi... ( kalau munpel cepat lari gi halaman.. at least boleh tgk pelangi!)

Tuesday, February 15, 2011

Alasan comel

Perbandingan karipap pusing sendiri dan karipap beli..oh kasihan!

Ya karipap pusing ini bukan karipap pusing berupa perfect macam yang dibeli oleh pembuat kuih frozen..hehehe

Ia sengaja dikelim comot-comot sebaga bukti ianya homemade... hahahahahaha comelnya alasan macam ni..

apam polkadot

Ni makanan minum petang yang comel.. tapi saya lebih suka rasa apam beras lagi {apam beras tu apam yg selalu org jual kat pasar mlm makan ngan kelapa parut tu}.. malangnya sampai sekarang apam beras saya masih failed {cubaan terakhir it's end und up macam kuih lompang, tak mekar langsung!}..saya agak yis / masa eraman tak cukup lama.. lain kali la buat..sekarang masih kecik ati ngan kegagalan tu..

p/s : akhir2 ni masak asyik spoil je..kecewa!

Sunday, February 13, 2011

Friday, February 11, 2011

Orang tua dulu vs blogger

At last, with this humble 1/10 PageRank blog + 2/10 PageRank blog, i manage to cash out some lil amount from Nuffnang.. tq to readers and mouse clickers..haha




Orang tua dulu2 kata " sikit-sikit lama lama jadi bukit"

Blogger kata " Click la sket, nanti saya leh dapat duit " (=

p/s : kalau nak riban2, kena glamer macam blog merah ...
p/s/s : kalau nak cukup beli Kitchen Aid, kena tunggu 20 thn kot?

Thursday, February 10, 2011

Saya berangan macam Nigella

Saya tengah dok fikir nak beli

 
pic google image

Ya saya berangan macam Nigella..
malangnya saya bukan celebrity chef macam dia leh pakai designer mixer macam Kitchen Aid ni..

Other brand to consider ;
  • Kenwood { mungkin murah RM100-200 dari Kitchen Aid}
  • Berjaya { M'sia brand, banyak review memberansangkan, murah separuh harga dari kedua2 brand di atas, tapi gile bulky dan berat!}
  • Trio { macam baru dengar, murah sekurangnya RM200-300 dari brand berjaya, tapi tak jumpa any review pasal this brand , nampak gambar macam ringan}

The reason why i want to own stand mixer
  • i heart baking
  • warisan dari mertua masih working well, tapi sukar kalau nak di heavy duty kan..this sentimental mixer okeh!
  • saya cuma boleh pili salah satu antara mixer atau breadmaker due to my humble budget.. maka lebih reliable dan multi purpose ialah mixer.
  • saya berangan macam Nigella

 p/s : haha mana tau tetiba dpt stand mixer anniversary nnt kan?
{ cepat doakan suami ramai client yang tak cerewet dan tak liat bayar bil }

Wednesday, February 9, 2011

Tiga Shod

Taati Allah dengan SOLAT
Sudah pasti kan.. Solat kan tiang agama..Kalau rumah tiangnya rapuh, tak payah tunggu anai-anai makan pun boleh runtuh.. Lebih afdhal berjemaah.. selain termotivasi dengan 27 kali ganda pahala, solat jemaah menguatkan jiwa.. google aja youtube, banyak clip di negara luar muslimnya berjemaah bukan aja di masjid, malahan di jalanan.. meremang rasa, terharu, sayu tgk... Subhanallah..

Cintai Rasulullah dengan SELAWAT
Mencintai Rasulullah bererti mencintai Allah kerana beliau kekasih Allah... Nabi kata orang yang paling kedekut ialah orang yang kurang berselawat. Paling-paling kasihan pun ucaplah Allahumma salli'aala Muhammad. Kalau rasa memang nak kedekut sangat jugak, pastikan jangan tinggal solat. Sebab sekurang2nya semasa tahyat dalam solat tu lah kita memohon rahmat dari Allah ke atas Nabi.. Kalau pemurah, boleh la buat Selawat Ibrahimiyyah, Selawat Tafrijiyyah, Selawat 'Azimiyyah.

Kasihi saudara dengan SEDEKAH
Islam itu kan adil, kalau kita kaya, disuruh kongsi sama-sama.. Kalau kaya sorang-sorang pun apa gunanya.. sifat tamak akan buat kita paranoia saja.. Asyik terfikir2 macamana kalau orang curik, macamana kalau ada kawan pinjam, macamana kalau saudara mara mntak. Sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga sendiri dan mestilah ikhlas. Macamana nak ikhlas? ikhlas tu dari dalam hati, tapi panduan bijak pandai berkata ikhlas tu patutnya macam semut hitam, di atas batu yang hitam, di kala malam gelap gelita.

Suami saya share dengan saya, saya share dengan anda semua. Err share suami?

p/s : Misi sebelum sampai anniversary, saya sudah lancar Selawat Tafrijiyyah.

Monday, February 7, 2011

11m1d

Hari ni sudah 11 bulan 1 hari kami kawen... { hoh macam letak angka budget sweet.. tapi sebenarnya semalam lupa nak ckp kat suami " Eh hari ni dah 11 bulan kite kawen!" }

Walaupun sudah 11 bulan 1 hari, tapi rasa macam baru semalam nikah..hoo ohh.. { cubaan memunpelkan org yang pertama }..

Oh ye sambutan pernikahan 11 bulan tu kami sambut dengan menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah di Astro 1st sambil makan mee hoon goreng taucu.. hoooo tengok cite wayang sambil makan mee hoon goreng tu..Best sungguh ada Astro 1st... tak payah susah hati terbawak kamera dalam handbag takut2 diorg spotcheck.. bulan depan kite subscribe lagi sambil makan sup gear box eh suami..

Kami bakal sibuk dari hujung bulan 2 ini sehingga la sampai tarikh anniversary nanti.. belum pun bertaraf artis dah ramai yang suka ikut nak dekat2 dengan anniversary kami... { nyampah je }..that's why we prefer to be like wat we are now... hahaha

Eh mana ayat munpel kedua?
Huh tak payah tulis lah.. nnt muntah darah..

Saturday, February 5, 2011

Sekali sekala beli makanan kat kedai cina




Lontong sate to die for..
Tunggu turn punya pasal nak pusing pasar basah dulu pas order pun boleh..
Rasanya?? WORTH WAITING!!
Oh ye, selain lontong sate kat kedai Tong Ah ada mee rebus, ada nasik ayam, ada soto, ada roti bakar.. Kalau ikut tamak rasa nak makan semua..

Tapi kedai sarapan biasa tak dilupakan tiap kali balik kampung..:)
myfreecopyright.com registered & protected