Pages

Tuesday, April 19, 2011

Cincin kahwin untuk suami,mana nak beli?

Kan kelmarin dulu kawan saya bertunang.. hahaha sbb tunang dia suka MU, haa kau sebiji kek bola bertemakan Manchester United..yang lawak, lepas kek diakikah, kuar la status MU kena belasah.. sabar jelah..

Apa hantaran anda bagi kepada pasangan semasa kawen?
Saya masa kawen hari tu hantaran sikit2 je.. haha saya yg suggest supaya dia bagi saya sikit aje sbb saya berbudget ciput nak reply dulang banyak2.. Yelah kalau dia bagi 11, tak ke masak akak nak reply 13 dulang.. So saya sarankan dia bagi saya 5 atau 7 dulang je dulu.. tapi saya tak puas hati kenapa pompuan kena bagi lebih dan kenapa mesti bilangan dulang nombor ganjil eh?

Ok apa saya bagi kat suami saya ;
sirih-cincin-buah-coklat-perfume-jam-jubah-tafsir Quran-kek = 9 dulang
 
As said earlier, budget saya ciput maka saya bagi banyak berbentuk makanan.. Tapi bila kira-kira balik, banyak juga saya berhabis untuk hantaran sbb pakai fresh flower.. dan nasib baik gubahan buat sendirian berhad eh, kalau tak kopak aku nak byr planner siapkan dulang hantaran..
 
Dalam banyak2 benda kat dulang ni, yang saya pergi survey betul2 ialah untuk cincin.. lain-lain barang tu saya tak survey sangat la, mana jumpa asalkan berkenan dan within budget saya beli..
 
Saya belikan suami saya cincin stainless steel bertatah zirkonia.. kalau ikutkan sayang saya nak belikan bertatah berlian, tapi memandangkan BSc (budget saya ciput) maka saya belilah yang berpadanan dengan kemampuan saya.. Oh kenapa saya beli stainless steel? Sebabnya kan banyak pendapat lelaki boleh pakai suasa/white gold/platinum atau tak, so pemilihan stainless steel mengurangkan hard thinking pasal pelbagai pendapat tu.. ada orang kata suasa halal lelaki pakai, ada yang kata ada emas sikit pun dah haram..
 
where to buy : Mimosa, KLCC
 
Saya rasa tak sia-sia saya ambik masa survey pasal cincin perkahwinan ni.. Sebab cincin ni tahan walaupun dah setahun satu bulan tiga belas hari kami kawen.. maksud saya merujuk kepada tahan tu, warna cincin ni tak berubah sikit pun dari hari pertama saya beli.. Tak teroksida, tak karat, tak kelabu, batu diamond zirkon nya pun masih kilat2.. Dan saya terharu sebab suami saya jarang terlupa pakai cincin berbanding isterinya :p..

So kepada sesiapa yang nak bagi cincin kawen atau nak hadiah kepada yang tersayang tanpa rasa syubhah, bolehlah pergi beli di Bausch K.. (diorang tak bayar saya pun.. tapi kalau diorg terbaca, saya harap diorg bagi saya cincin free sepasang...hahahaha) 

12 comments:

kucingorengemok said... Reply to comment

perantin lelaki ada mendapat cincin platinum (bukan aluminium- pernah tersalah sebut dulu, malu!)... dan sepasang kasut yang dia tak sempat pakai dah dicuri pencuri kasut di flet kami... sigh

ciketon fazya said... Reply to comment

kasihannnnn
eh cop platinum lelaki boleh pakai kan..

tapi sbb dia mahal ribu2, makan orang Bsc macam saya beli stainlees steel..

qisS said... Reply to comment

first time ni nak komen kat blog eton ;) selama ni silent reader je ;P
qiss pun setuju beli kat Bausch K. cincin2 dia pun lawa dan untuk mengelakkan kemusykilan baik beli stainless steel/silver je. dan yg penting juga beli la yg berkualiti sikit so takde la pakai sekejap warna dh berubah etc.
masa qiss kawin dulu untuk cincin enol beli kat Tiffany&co, silver ring..sebab pikir alang2 nak beli yg berkualiti biar puas hati hehehehe~ and so far masih berkilat walaupun enol selalu pakai ;)
sekian terima kasih ;)

ciketon fazya said... Reply to comment

haha hai silent reader.. :)

Tiffany&co pun cantik.. boleh engrave kan.. kita tak smpat engrave sbb beli last2 minit..

tengok dia pakai selalu rasa macam dihargai je..

dan tgk cincin tu tak berubah color, rasa berbaloi sgt beli.. :)

Nedrine said... Reply to comment

wuuu~ mhl tak ek cincin laki tu?nmpk sgt jakun tak reti gi bli brg mhl...haha..aku mcm berkira2 nk bli gk cincin utk dia tp..nngok suasa cm tak cntik..nngok platinum kt tiffany...err...rs nk pengsan..aku tak dpt platinum dia dpt platinum ape kes kan??huhu..

ciketon fazya said... Reply to comment

Ned, cincin kat Bausch K tu amatlah affordable..

price range tak salah aku kalau batu zirkon, harga area RM100-350

Kalau batunya diamond, tu mmg >RM500 la (yang RM500 pun diamondnya bintik je..haha)

Nedrine said... Reply to comment

serious?????wahhhh..nk gi la nnt..tngkt bpe ek kt klcc tu?segan ok gi butiks2 mhl ni...*low self confident* haha..

ciketon fazya said... Reply to comment

aku tak ingat ned exactly tingkat berapa...

tapi kalau ko berada di tengah KLCC tu, ko pandang atas, ko boleh nampak kedai dia tingkat 2 kot (aku fail namakan level kat KLCC sbb LG la, G la..aku confuse)

Nama shoplot Mimosa.. tak pun ko boleh tgk J.Bovier.. ni pun stainless steel.. ni kat One Utama (tapi aku lupa range harga berapa)..

Tiffany & Co ada gak silver..macam kawan aku komen di atas..

Mazura said... Reply to comment

eton: aku nak beli cincin RM2 je la, boleh tak? sangat pelokek ek? hahhaa

ciketon fazya said... Reply to comment

kena beli jajan dpt cincin ni yah..

Psyche said... Reply to comment

saya bagi cincin biasa jek kat laki saya. dan dia bukan selalu pakai pun. jadi saya rasa lega saya beli cincin biasa jek kat dia. takde la nak rasa kecik2 hati sangat. hahaha.

ciketon fazya said... Reply to comment

huhu kalau beli mahal, mmg kecik ati tak pakai..

(hehe tapi ada makcik2 tgk kita bagi cincin macam ni katanya "nak ikut macam putih la tu bagi cincin macam ni, org kita kan bagi suasa"... pfffft)

myfreecopyright.com registered & protected