Pages

Friday, April 15, 2011

Lawak

Hari-hari nak buat komen pasal filem dan cerita tv.. sampai suami suruh tukar profesion jadi pengarah... hehe..Kalau semalam rasa macam boring dengan ustaz cliche.. hari ni boring dengan lawak cliche

Apsal asal lawak je mesti ;
  • Kena double meaning?
  • Betulkah pisang adalah buah-buahan paling lawak?
  • Kalau versi binatang pulak, burung lah yang paling lawak?
  • Dialek kelantan, terengganu, perak, loghat utara dan negeri sembilan adalah lawak ultimate sampai penduduk setempat pun kalau berbincang hal-hal serius pun gelak guling2 sebab berbahasa Dialek kelantan, terengganu,perak, loghat utara dan negeri sembilan.
  • Orang buta, bisu, pekak, capik adalah pelawak terhebat tanpa perlu buat ape-ape?
Bosan eh.. tapi klu dengar lawak macam ni aku tergelak juga.. hmmmmmm

Malam Maharaja lawak.. ada orang semangat2 tambah subscription channel Mustika..:p

Last but not least, Fakta Raja Lawak ;
Pelawak paling ultimate sebenarnya Nasir Bilal Khan.. untuk semua musim Raja Lawak, mesti ada contestant tiru style dia bercakap..dan penonton gelak..

p/s : Konon nak join satu giveaway lawak yang dapat hadiah RM134.60.. tp tgh mood tak lawak sekarang..

4 comments:

Psyche said... Reply to comment

Haha. Ada orang kat rumah saya pun semangat tambah channel kerana maharaja lawak. bijak marketing style Astro.

Tapi banyak yang saya tengok, saya tak gelak punnnn...

ciketon fazya said... Reply to comment

kp : Im sorry.. (haha lawak ni tgk hujung bantal..sbb malu tgk lawak tak lawak ni)

mama'ifwat said... Reply to comment

komen racist dari saya: puan fazya jeles pasal dialek johor kedengaran macam tak lawak sangat.

kuih yang paling lawak: karipap/pau? *sceptical*

ciketon fazya said... Reply to comment

hahaha..haruslah racist..dan lagi bila diorg buat main dialek johor with 'ek' ending tu selalu failed..

myfreecopyright.com registered & protected