Pages

Sunday, March 13, 2016

Resepi Asam Pedas orang Johor


Orang Johor dan asam pedas berpisah tiada gitu.

Sebenarnya saya bukanlah pakar dalam memasak asam pedas. Tapi kebanyakan asam pedas di luar negeri Johor ni rasanya tak sama seperti asam pedas yang saya sukai di gerai-gerai asam pedas di Batu Pahat, Johor. Maka nak melayan tekak yang cerewet ni ( untuk asam pedas je lah), kena la masak sendiri sampai puas hati.

Di bawah ni resepi masakan saya. Mungkin ada yang rasa bukan asli sangat resepinya, tapi ok lah untuk hilangkan kepingin. Plus hari ni hari minggu, rajin la sket :p

Resepi asam pedas
1 1/2 genggam lada kering -blend
2 biji bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
1 inci kunyit - blend
2 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
1/2 ikan merah
1 senduk minyak masak
2 pint air
2 sudu besar asam jawa adabi
Garam dan gula untuk perasa

Cuci ikan bersih dan ketepikan
Tumis bahan blend. Tumis sampai pecah minyak
Masukkan air sehingga mendidih
Masukkan ikan, bunga kantan, air asam, perasakan garam dan gula. Renih sehingga ikan masak
Masukkan daun kesum

Memandangkan kami tak makan belacan, so kita ganti dengan ikan bilis

Resepi sambal bilis mangga
1 genggam bilis
4 biji lada
10 biji cili api
1 biji bawang
2 ulas bawang putih
1 sk gula
1/2 sk garam
1/2 biji mangga muda
1 sb jus limau nipis

Goreng bilis, lada, cili, bawang merah dan bawang putih
Blend bahan goreng dan masukkan gula, garam, mangga, limau nipis

Ok selamat mencuba, kalau sedap makan sampai kenyang lepas tu senam ok ^_^

Wednesday, February 10, 2016

Nasi Briyani dan Kambing Briyani Chocville

Assalamulaikum wbt

Sejak dah senang nak dapat supply lamb shank ni, ala-ala rajin pulak nak masak lamb shank. Kali ni kita cuba masak briyani.

Sebenarnya tak pernah belajar beriya-iya masak briyani, tapi kalau ikut keluarga sebelah ayah saya, kebanyakkan memang pandai masak briyani. Hihi so kita cuba lah try test, mudahan-mudahan tersangkut sikit bakat masak briyani :)


Untuk masak keseluruhan komponen nasi briyani ni saya mulakan dengan masak kambing briyani dulu. Sebab nasinya nanti akan dimasak dengan  campuran rempah yang sama pada kambing.

Resepi Kambing Briyani

1.5kg lamb shank - boleh ganti bahagian kambing yang lain
3 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 inci halia
2 pokok daun sup
2 pokok daun ketumbar
2 pokok daun bawang
segenggam daun pudina
4 biji lada merah/ lada hijau
100g rempah briyani - boleh ganti dengan rempah kurma kalau tak jumpa rempah briyani
3 biji tomato - dicincang dadu/ blend
4 sudu besar gula merah halus - adjust ikut kemanisan yang disukai
1 sudu besar garam - adjust ikut rasa

Bersihkan kambing dan rebus dalam periuk tekanan sehingga empuk. Asingkan daging dengan air rebusan
Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, daun-daun, dan lada
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan kisar yang di atas
Tumis sehingga minyak terbit (pecah minyak) dan kemudian masukkan rempah briyani
Sambung menumis sehingga rempah masak sedikit dan masukkan kambing
Gaul rata kambing bersama bahan tumisan, masukkan tomato dan sedikit air rebusan kambing
Biarkan renih sehingga tumisan sebati dengan daging - masa ni ambil 1/2 cup campuran rempah tumis untuk memasak nasi
Untuk lauk kambing briyani teruskan dimasak sehingga kuah memekat, masukkan garam dan gula untuk perasa

Resepi Nasi Briyani

2 cawan beras basmathi
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
2-3 biji buah pelaga
2-3 kuntum cengkih
1 sudu besar minyak sapi
1/2 cup campuran rempah masak kambing briyani
2 cawan suku air rebusan kambing
1/4 cawan susu sejat
sebiji bawang besar - digoreng
gajus dan kismis

Rendam beras basmathi selama 1/2 jam dan ditoskan
Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga menggunakan minyak sapi
Masukkan  beras, gaul beras dalam periuk sehingga lutsinar
Masukkan rempah kambing briyani, air dan susu sejat. Gaul dengan beras dan sambung masak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker.
Setelah nasi masak, masukkan bawang goreng, gajus dan kismis. Boleh tambah juga hirisan daun ktumbar dan daun pudina jika suka.
Resepi authentic ada letak safron, saya lupa letak safron :'(

Resepi Salsa Timun Tomato

1 biji timun
1 biji tomato
1 biji lada
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar perahan lemon

Resepi salsa seperti dalam resepi Nasi Arab Chocville yang lalu, tapi saya copy kan di sini juga untuk mudah merujuk resepi :)

Bila dah siap semua, bolehlah nom nom nom.. kalau masak untuk mertua mesti boleh jadi menantu kesayangan ^_^


Wednesday, January 13, 2016

Resepi Stew Kambing ( Lamb stew)

Assalamualaikum wbt

Errrrr macam dah boring pulak nak mention keberhabukan blog ni bila buat entry post. Walaubagaimana pun kita counter lah keboringan ini dengan resepi stew kambing. Almaklumlah kan, banyak puan-puan kan selalu #cookingismytheraphy hehe. Maka untuk terapi, makan kambing nak-nak lamb shank memang la syurga dunia :)

Resepi stew kambing ni kami makan bersama Nasi Pilaf. Nak sebut nasi arab macam nervous lak kalau orang tanya originalitinya arab belah mana. Tapi dari segi rasa ada sikit-sikit sama dengan nasi arab (Nasi Mandy)  kerana ada beberapa rempahnya hampir sama.

Saya gunakan
1.5kg kambing
4 cawan beras

 Kambing dicuci bersih dan disalut nipis dengan tepung gandum


 Gorengkan sebentar kambing tadi. Tak perlu empuk, cukup sekadar luarnya brown

Daging kambing yang telah selesai digoreng diketepikan seketika


 Rempah ratus

1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih

Ketumbar dan jintan putih di sangai dan ditumbuk atau blend kering halus. Boleh tambah paprika kalau nak warna kemerahan

Kayu manis, cengkih , buah pelaga, daun salam dan limau kering masuk saja dlm campuran stew tak perlu di sangai.

 Bahan tumis wangi (Mire poix : baca meer-pwah)

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang (bahagian akar) daun bawang
2 batang ( bahagian akar ) daun sup
2 batang ( bahagian akar) daun ketumbar - dalam gambar ni daun ketumbar tu tersimpul rapi :p
2 biji lada hijau
Sebiji lobak
Sebiji kentang
2 biji setengah tomato

Semuanya dihiris dan ditumis. Mula-mula tumis bawang2 dan sayuran berubi dulu. Kemudian masukkan yang lain kecuali tomato.


Mirepoix yang telah ditumis. Masukkan bahan-bahan rempah dan gaul sebati

Masukkan kambing yang telah digoreng tadi, masukkan tomato hiris

 Masukkan air sehingga menutupi keseluruhan daging kambing

 Masak sehingga periuk tekanan membunyikan wisel. Biasanya mula berbunyi dalam sejam. Boleh biar lama sket ( sekitar 1 jam 30 min ) supaya daging kambing tu lembut dan mudah tanggal dari tulang :D

Kalau ada periuk tekanan Noxxa lagi bertambah mudah (tapi saya tidak tahu caranya  dan timing kerana tiada periuk berkenaan), tapi kalau periuk tekanan Giant atau periuk cap buaya made in Thailand pun boleh :D

Perasakan dengan garam setelah penutup periuk dibuka

Untuk masak nasi
4 cawan beras Basmathi - rendam 10 minit dan toskan semua air rendaman
4 cawan air sup stew - kalau pekat sangat guna (2 cawan stew + 2cawan air)
1 sudu besar garam - kurang jika stew telah diletak garam

Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi. Bila dah 'cook' boleh la nom nom nom nom nom

Salsa timun
1 biji timun
1 biji tomato
1 biji lada
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar perahan lemon

Hiris semua sayuran dan perasakan dengan garam, gula dan air lemon

Jika yang gemar ada sambal

5 biji lada merah
10 biji cili api
1 gengam daun ketumbar
1 biji tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar jus lemon
3/4 cawan air stew

Blend semua dan sedia dimakan

Ok dah lengkap resepi stew kambing dengan nasi 'arab'. Jadi hujung minggu nanti boleh la cuba ok. Kalau yang nak memikat mertua pun boleh refer resepi ni. Tapi kalau takut bakal mak mertua tak makan kambing, gantilah dengan ayam ( adjust juga timing memasak kerana ayam cepat masak) :D

Sunday, October 11, 2015

Nasi Lemak Sambal Sotong Warisan Pak Musa

Assalamualaikum wbt Ehem ehem ehem ehem Hai semua, ni nak warm up menulis semula. Sebagai mukadimahnya kita belanja cerita tentang Nasi Lemak Warisan Pak Musa yang terletak di Jalan Suasa 1, Banting 

Pengaruh tv membawa ke sini hihi

Hari tu ternampak ada cerita tentang Nasi Lemak Warisan Pak Musa dalam rancangan Sarapan. Rupanya Nasi Lemak Pak Musa ni ada jugak masuk suratkhabar bulan Sept 2015 yang lepas. Jadi crowd yang datang memang ramai, meja penuh. Yang nak bungkus dan beratur membayar pun panjang 

 Menu yang ada Nasi Lemak Sotong. Lauk tambahan ada telur goreng. Kalau nak ayam goreng kena beli dari gerai sebelah-sebelah. Selain dari nasi lemak ada jugak meehoon goreng mee goreng, tapi masa sampai tadi menu yang ni dah habis 

Sambil-sambil makan ada lak uncle busker main er hu. Mana yang rasa nak dengar lagu sampai habis bagi la token kat uncle ni, yang mana taknak dengar waive aja tangan, then dia akan gerak pergi meja lain. Kitorg gigih nak dengar sebab feeling2 ada orang main biola macam restoran Perancis hahaha

Verdict rasa, Nasi Lemak Warisan Pak Musa ni nailed dekat rasa sambal sotong dia. Sambal pedas-pedas manis. Menurut orang lain yang dok sebelah-sebelah yang memang asal orang Banting ( terus feeling Dengkil sejauh kat utara semenanjung gittew) kedai ni dah lama ada sejak diorang sekolah-sekolah lagi. Dari zaman tak masuk tv, masuk paper memang orang dah ramai 

Porsi nasi dia pinggan kecik, kalau rasa tak cukup boleh mintak saiz besar. Porsi sotong setiap sepinggan tu 2 keping setiap sorang . Harga pun tak mahal sangat, makan berdua nasi lemak sotong, telur mata, air teh dan teh o hanya RM11 

Jadi kalau ada yang nak #cadanganmakan, boleh la pergi ke; 
Jalan Suasa 1, Banting, Selangor ( GPS : 2.8100263,101.432129) 

Review yang sama juga boleh dilihat di instagram @chocville_zulfaz 
atau rujuk  #cvfoodreview #nasilemakwarisanpakmusa #banting #selangor #eatdrinkkl

Monday, March 16, 2015

Aiskrim kelapa Sangkaya

Bismillahirrahmanirrahim

Kuasa media sosial ni buat kita kepingin je kan bila tengok newsfeed. Zaman macam-macam makanan ada, salah satunya yang buat rasa termimpi-mimpi ialah ais krim kelapa Sangkaya. Tahap kepingin tu sampai try buat sendirilah...hahaha

Kira banyak kali la bercita-cita nak pergi mencuba Sangkaya ni kat Damansara Uptown, tapi kalau nak pergi dari Dengkil ni rasa bercinta sangat, jadi bila tahu Sangkaya ada di 7th Putrajaya Hot Air Ballon 2015 gigih jugak la mencari...yeay

Resepi Sangkaya Homemade ( Resepi dari youtube channel Rin Silpachai)

200ml santan ( satu kotak)
1 biji air kelapa - asingkan isi
150g gula - saya guna 50g gula melaka, 100g gula putih
1 helai daun pandan
1 biji putih telur
100g heavy cream

Panaskan santan, air kelapa, daun pandan dan 100g gula (gula melaka + gla putih)
Biarkan sejuk seketika, masukkan baki gula ( 50g gula putih) ke dalam putih telur. Gaulkan di atas kukuskan air seketika sehingga suhu 65c atau panas sikit dari suhu badan kita.
Pukul campuran putih telur sehingga kental ( meringue)
Pukul heavy cream sehingga kental dan campurkan dengan meringue putih telur.
Masukkan cream meringue ke dalam air kelapa santan. Sejukkan dalam freezer.

Tips ;

Jika tiada ice cream maker simpan sejuk dalam mangkuk stainless steel
Kira-kira 2-3 jam sekali gaul dengan whisk
Simpan freezer sehingga jadi ice cream

Verdict ;

Saya personally rasa Sangkaya tu sedap dan agak fresh rasanya bila hari panas-panas. Tapi husband saya cakap dia lebih suka saya eh suka yang saya buat. Jadi kalau yang nak mencuba, sila lah :)

Sunday, March 1, 2015

Ganache karamel masin ( salted caramel ganache)

Assalamualaikum wbt

Hai hari ni paksa lagi diri keluar dari rasa malas dan perasaan tak de idea dan terus menaip. Kali ni saya sambung dengan resepi ganache karamel. Selepas beberapa entry paksaan ni nanti mungkin kita boleh gabungkan kesemuanya menjadi sebiji kek... hihi harap-harap kan.

Kali ini resepi ganache karamel yang biasa saya letak pada kek. Ada yang kata membuat ganache karamel ni leceh. Ya betul, saya pun rasa leceh masa mula-mula buat dulu. Tapi alah bisa tegal biasa. Jadi step yang dikongsikan ini adalah cara yang paling simple dan insyaallah jadi dengan izin Allah.

Resepi ganache karamel masin

100g krim
60g coklat putih

Cairkan bersama dengan kaedah double boil.

150g gula kastor
30g butter
1 tsp penuh garam

Cairkan gula sehingga bertukar warna keperangan. Hati-hati sebab gula karamel tersangat panas
Masukkan coklat dan krim. Gaul menggunakan whisk
Masukkan butter dan diakhiri dengan garam
Biarkan sejuk dan dah boleh jilat sudu...yeay

Tips:

1. Guna api perlahan untuk cairkan gula. Elak gula menjadi berbuih sebab nanti rasanya pahit.
2. HATI-HATI! Gula yang mencair sangat panas
3. Elak menuang krim sejuk ke atas karamel, krim sejuk menyebabkan karamel menjadi ketulan.
4. Sebaik-baiknya kuali yang khas untuk membuat sos karamel. Kuali ikan dan ayam tidak digalakkan.
5. Kalau lebih suka pekat ( ganache), lebihkan coklat. Kalau nak cair ( berbentuk sos) lebihkan krim.

SELAMAT MENCUBA :)

Saturday, February 28, 2015

Kek vanilla mudah tanpa ovalette

Assalamualaikum wbt

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua, sebab lama sangat tak update blog, so 1st entry setelah lama menghilang ni dengan kek span tanpa ovalette

Kebanyakan resepi Chocville menggunakan resepi kek span tanpa ovalette ni. Tapi untuk lain-lain jenis kek, kita olah lah campuran nya sikit-sikit. Kenapa saya tak guna ovalette dalam kek sebab nak mengurangkan unsur-unsur pengawet atau bahan-bahan penambah ( additive) dalam kek. Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang ovalette, blog aku.zack ada penerangan panjang lebar tentang ovalette.

Kek span vanilla

5 biji telur A
150g gula kastor
125g tepung gandum -di ayak
80g butter dicairkan
1tsp vanilla

1. Pukul telur + gula + vanilla sehingga kembang

2. Masukkan tepung dan dikaup balik sebati

3. Masukkan butter cair dan kaup balik sehingga sebati

4. Masukkan ke dalam loyang 8 inci - saya guna 2 loyang, setiap satu 300g

5. Bakar dalam suhu 180c selama 30-35min. Pastikan oven di panaskan 10min sebelum memasukkan kek

6. Sejukkan kek sebelum dihias atau dimakan hehe

Mudahkan? Untuk olahan kepada perasa-perasa lain nanti akan disambung di entry seterusnya. Haha rasa nervous nak tulis panjang-panjang sebab lama sangat tak blogging :p

Jumpa lagi insyaallah, assalamualaikum

Monday, March 24, 2014

Kek Chocville minggu (19 Mac - 22 Mac 2014)

Wednesday, January 22, 2014

FREE DELIVERY ;Putrajaya, Cyberjaya & Puchong - Jumaat (24.01.2014)

Tuesday, January 21, 2014

Pengajian di Surau An-Najah setiap Isnin/ Putrajaya

Assalamualaikum wbt Just nak sharing info pengajian ( Tafsir Ibnu Abbas dan Syamail Muhammadi) terutama untuk yang berdekatan Putrajaya, Cyberjaya dan Dengkil.

Kelas diadakan lepas Maghrib - lepas Isyak setiap Isnin di Surau An-Najah Presint 9 ( surau dekat sekolah ).

Sebenarnya saya pun bukan la selalu pergi, kadang-kadang lompang-lompang..:( Ok ni salah satu doa yang Ustaz Amin kongsikan semalam.

Monday, January 20, 2014

Tawaran FREE delivery 22.1.2014 (Rabu, malam)

Thursday, October 17, 2013

Recipe sharing : Bubur sumsum

Assalamualaikum wbt

Wahhhh produktif sungguh update blog 2 kali sehari.. Tapi kalau time malas, korang takyah tanya.. macam rumah tinggal kaedahnya..

Bubur sumsum ni memang kategori comfort food sejak saya kecil lagi.. Seingat saya, bubur sumsum ni boleh jumpa masa pasca kenduri kahwin.. orang yang tolong bekerja untuk kenduri tu tuan rumah akan bagi sebungkus bubur sumsum... tersangat lah suka sampai rasa nak kedekut tak mau share dengan adik2 saya yang 2 orang tu kan.. rasa nak makan dalam peti ais senyap2 sorang2 ..lol..

Saya penah try sebelum ni, tapi tak sedap, tepung rasa tak masak dan pelbagai ciri negatif lagi.. buat saya rasa helpless je nak buat kuih2 melayu.. tapi sebab minggu ni memang rasa kepingin tak boleh blah, so bertekad cuba lagi, yeahhhh! ( haha tiba2)

Dadih tepung beras
60g tepung beras
400g bancuhan santan ( 200g santan kotak + 200g air)
3/4 tsp garam

♥Bancuh semua baham di atas sampai tiada ketulan tepung
♥masak atas api sederhana kecil,sentiasa kacau sehingga likat, licin berkilat ( custard consistency)
♥ masukkan dalam mangkuk kaserol yang dilengser minyak, atau acuan yg disapu minyak.
♥ kukus 15minit, sejukkan. Potong bila nak makan. Lagi lama sejukkan lagi senang nak potong.. kalau tak, cedok pakai sudu je..atau pun kalau nak feel2 panna cotta, letak dlm gelas berkaki..masa nk makan tuang kuah je.

Kuah gula merah
Sebiji gula merah
1mug air
2 helai daun pandan

♥Campur semua, didihkan sehingga gula cair.
♥sejukkan. Tuang dalam mangkuk bila nak makan... nom nom nom

Tips
♡ api memasak dadih tu kena slow supaya tepung boleh keluarkan kanjinya perlahan2 tanpa dipaksa.. korang pun tak suka kalau kena kawen paksa kecuali kalau korang peminat cerita Cinta Jannah, I luv u Mr Arrogant, Cinta itu milik kita dan segala novel2.. lol
♡ key point dessert kampung ni imbangan rasa lemak, masin dan manis.. so jangan pandai2 nak omit garam tu. Secara diktator saya nak kata, ikut je resepi ni..haha.. resepi ni rasa bubur sumsum yang ikhlas tanpa pewarna tambahan.. kihkih

Ok lah selamat mencuba.. ini chocville takde jual.. kalau teringin buat sendiri..;p

Recipe sharing : Swiss meringue buttercream

Assalamualaikum wbt

Hai semua, tgh buat apa? Sambil tengah tunggu kek 4 cakes combo sejuk untuk di frosting..ada 2 slot lagi.. sila grab dgn whatsapp 0136076706 untuk cop... haha sempat iklan...lol..

Resepi hari ialah resepi Swiss Meringue Buttercream.. SMBC ni ialah frosting yang biasa saya gunakan untuk victoria sandwich cake dibahagian lapisan tengahnya.. saya prefer meringue buttercream sbb ia licin, nak frost kek pun smooth saja dan tak rasa macam ada pasir2 macam buttercream mentega + gula aising.. Untuk SMBC ni, resepinya saya guna ratio 1:2:3.. 1 part putih telur : 2 part gula castor : 3 part butter..Jadi katakanlah katakanlah ( tetiba nyanyi lagu hazami..kihkihkih)

50g putih telur
100g gula castor
150g butter ( dipotong kiub biar suhu bilik)

Nampak tak nombor pemfaktoran bagi resepi ni ialah 50? Ok terus pada teknik, bukan matematik..

♥potong butter bentuk kiub dan ketepikan
♥campurkan gula dan putih telur satu mangkuk, dan larutkan gula dlm putih telur guna wap double boil. Biar suhu campuran sehingga 65·c dan gula larut. Kalau takda termometer, test larutan dengan jari, kalau dah tak rasa berpasir maknanya dah larut. Rasa juga kepanasan mangkuk. Tahap kepansannya tu lebih hangat la dari suhu badan kita. Kalau kita sentuh tu panas sangat sampai tertelangkup mangkuk, maknanya kena buat balik huhuhuhu sob sob
♥pukul larutan dengan mixer ( whisk ) sampai kental kaku.. masukkan butter dan pukul lagi sehingga well blended. Mungkin kalau termasuk butter awal dan mangkuk masih sedikit panas, adunan butter jadi macam mendadih ( curdle), teruskan pukul jangan putus asa.. ia akan jadi juga akhirnya. Masa tambah butter tu boleh la nk letak perisa vanilla ke esen rose ke almond oil ke.. ikut suka suka hati.. suka tak suka tak suka tak? ( hoi plagrise chef ammar hidangan barakah ke?)

SMBC ni boleh simpan kat luar atau dlm peti ais. Tapi bila masuk peti ais ti dia beku sbb dia kan butter, so kalau nak guna pukul lagi sekejap biar licin. Boleh guna untuk frost kek apa2 je pun tak semestinya victoria sandwich cake.

Frosting ni tak seswai nak letak luar paneh2 hangat2 mentari.. kalau nak buat kek letak tengah panas, kena guna italian buttercream. Apa beza swiss dengan italian buttercream? Tu tunggu la resepi italian buttercream muncul...hihi tak pun google je..

Wednesday, October 16, 2013

Recipe sharing : Good ganache

Assalamualaikum wbt

Kebelakangan ini saya kerap post gambar kek ( haha sebab saya mengambil order kek), terutamanya kek double indulgence.. hihi sebenarnya saya addicted buat kek tu dan dalam masa yang sama nak practice menuang ganache licin-licin berkilau macam cermin..

Memandangkan ada yang pm tanya resepi ganache tu, so resepi tu dikongsi di sini, ia applicable untuk diguna pada apa-apa jenis kek :)

500g whipping cream ( saya guna non dairy cream bersuhu bilik)
500g dark chocolate

♥Masukkan whipping cream dan coklat dalam mangkuk stainless steel dan letak atas periuk air mendidih.
♥Bawah mangkuk cukup sekadar dipanaskan dengan wap, perlu dipastikan tidak sentuh air mendidih.
♥Pastikan coklat cair dan sebati dengan cream. Licinkan dengan spatula. Penggunaan whisk tak berapa digalakkan sebab nanti ganache tu ada buih2. Nanti kalau tuang atas kek, ada pulak gelembung2 belon2 kecil.
♥Tunggu sejuk sikit untuk tuang atas kek.
♥Biarkan semalaman sejuk kalau nak buat hiasan tepi kek, atau jadi ganache macaron.

Ganache ni boleh guna coklat compound ( coklat lemak sayuran), tapi kalau nak lagi sedap, gunalah coklat couverture gelap ( premium chocolate yang lemak dari cocoa butter).

Oh ya minggu ini ada lagi kombo 4 kek ( 4 cakes on board)
1/4 victoria sandwich cake
1/4 pecan butterscotch
1/4 double indulgence
1/4 russian black and white
♥Harga RM85 sahaja ( self pick up di Dengkil). Delivery ke rumah ada caj lain. Ini untuk area Lembah Klang saja.. Batu Pahat belum dibuka iklan lagi..
♥Date ready ; 18th October 2013 ( Jumaat) onwards.

Sms/ whatsapp 0136076706 untuk booking. Call boleh juga, tapi bila tgh sibuk saya selalu ter miss angkat telefon.. almaklum lah tgn comot, telefon touch screen.. mohon ampun maaf, janganlah kecik ati ye.. ^_^

Tuesday, October 15, 2013

4 cakes on the plate : Chocville bestseller cakes

Assalamualaikum wbt

Salam hari raya eid adha teman, sementara tengok salam baitullah ni saya update blog..memandangkan saya bisnes online.. so memastikan blog dan fb sentiasa dikemaskini..

Berikut 4 kek terlaris chocville.. hihi mcm poyo2 je claim laris.. hihi ok sebenarnya berdasarkan statistik order, 4 kek ni permintaan tertinggi.. so saya cuba2 la buat kombo begini setelah saya ambil kira aduan/keluhan untuk order whole cake mahal sangat.., so kombo ini untuk cater aduan2 berkenaan..

Kek yang ditawarkan;
1. Marble Cotton Cheesecake , whole cake RM65, quarter cake RM20
2. Victoria Sponge Cake , whole cake RM65, quarter cake RM20
3. Pecan Butterscotch , whole cake RM85, quarter cake RM25
4. Double Indulgence , whole cake RM85, quarter cake RM25
Total harga sebenar RM90* tapi sambil special price yang ambik 4 jenis ni harganya hanya RM85*

Nanti nak balik batu pahat, kombo sebegini akan muncul lagi...tunggguuuuuuu :)

* harga tidak termasuk delivery charge

Monday, October 7, 2013

Cakes cakes and cakes

Assalamualaikum wbt..

Hari ni hari menghantar kek ke kedai Biji Kopi... jadi bagi yang berada sekitar Kuala Lumpur, di Bukit Bintang khususnya jemputlah grab kek slice stok baru di Biji Kopi..

Kek yang ada bermula hari ini ;
1. Pecan Butterscotch
2. Double indulgence
3. Russian Black & White
4. Victoria sandwich cake
5. Brownies bestseller

Untuk tempahan whole cake, boleh sms atau whatsapp 0136076706 ( fazya)

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday : Biji Kopi

Kek Chocville dalam bentuk slice ada jual di sini.. Follow instagram Biji Kopi ok :)

Briyani, mee bandung, mee rebus, laksa, soto ada dihidangkan kat situ, tidak dilupakan kopi 434..hihi

Lokasi ; di no 30, Jln Padang Walter Grenier off Jln Imbi ( sebelah butik Rizalman dan belakang Park Royal Hotel)


Saturday, September 21, 2013

Yes im 31.. now completely beautiful...haha

Assalamualaikum wbt

Hihi tajuk bukan main kan. Tapi bukan i say it for nothing tau.. cer tengok keratan paper yang ntah dari mana, menjadi viral sungguh among 31 ladies.. haha lady always act like lady.. kalau husband kita cakap " you are the most beautiful lady i've ever met" sambil hand kiss macam Jack Dawson buat kat Rose Dewitt Bukater dalam Titanic ( my fren said the best film ever!!), terus hati berbunga2 macam ros merah..

Instead completely beautiful ( bunyinya macam baru keluar kepompong je), saya rasa mungkin ada beberapa perkara yang saya should start do, banyak perkara must don't. Moga Allah bantu saya dan korang semua melakukan kebaikan, meninggalkan yang mungkar. Alhamdulillah everyday life saya seems ok ( most of the time a bit huru hara). After 2 years salaryless, syukur pada Allah yang bagi ilham dan kecekalan jadi baker dari rumah.. bekerja sendiri ni terpaksa more pada disiplin, i really force myself lagi bila order banyak sbb im sole baker, marketing officer, despatch etc etc..  tapi bila tengok kek siap dan well constructed & executed, terus rasa nak joget2 happy.. ops 31 year old lady kena behave..haha..

Tapi yelah bila kerja sorang, yield semua saya dapat, tapi i cant do so much.. so currently tengah buat plan sketch untuk my 31 year old birthday wishlist.. atau lebih tepatnya plan kerja kot... macamana nak expand bisnes kepada satu level lagi... Moga tugasan dan rancangan saya lancar dan memberi nilai untuk orang lain juga... Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi thammim bil khayr..

Birthday celebration? Ohhhh saya dah tua nak buat birthday party..hihihi

Monday, September 16, 2013

Minggu kek lagi ( i miss macaron hihihi)

Assalamualaikum wbt

Minggu ni memang minggu bakar kek agaknya.. baru je saya rasa macam lapang dan risau juga sebab dah terbiasa bergelut dengan masa siapkan order, alhamdulillah order in dari Maksu.. kali ni maksu order Macadamia Butterscotch Cake..personally saya suka kek ni sebab ia lemak, manis dan ada sikit cebisan macadamia praline yang bagi rasa masin dan pahit manis karamel... ohhhh taste verdict apakah begini...hahaha.. Oh kek ini juga jadi resume saya terpilih jadi personal baker KOG.. hihi tapi kali ni resepi dan rupa dah diperbaiki..

Memandangkan ada sedikit lebihan cream membuat MBC tadi dan kebetulan mak ayah saya datang rumah, so saya gunakanlah lebihan tu untuk buat Victoria Sandwich Cake. VSC ni sponge cake dengan strawberry compote, cream dan strawberry hiris.. ia bukanlah kek cantik2 dengan deco, tapi ianya comfort cake yang makan banyak pun rasa tak berapa nak guilty... lalalala..

Untuk tempahan boleh whatsapp atau sms 0136076706 dan harganya
1. Macadamia Butterscotch Cake 9" : RM85.00*
2. Victoria Sandwich Cake 9" : RM45.00*

* harga adalah untuk standard deco sahaja.. tambahan caj bagi buah2an atau macaron.

Thursday, September 12, 2013

Minggu kek (pssst macaron, i still ♡ u!)

Assalamualaikum wbt

I smell like butter already...6 kilo butter digunakan sepanjang minggu ni buat cupcake berkat a.k.a doorgift... alhamdulillah rezeki berkat orang kawen, kita tumpanglah berkatnya kan.. haha pastu lupa snap pics sbb dah macam blank sebab tengok everywhere cupcake, here cupcake and there cupcake..snap gambar kotak je kihkih..jadi la kan..(fazyaaaaaa fazya)

Dalam kesibukan cupcake situ sana sini, regular customer kak su request bday cake anak dia.. untuk birthday Alesya sebelum ni Kak Su order double indulgence cake, untuk birthday Aiman kali ni Kak Su order chocolate indulgence.. memang absolutely chocolatey lah..

Harga cake ini masih remain, RM85 sebiji.. ia 5 layer, berat 1.8kg, diameter 8 inci, deco edible image..delivery sekitar Dengkil masih free, lain2 lokasi ada caj insyaallah..

Untuk tempahan macam selalu, msg atau whatsapp 0136076706.. Deposit 50% untuk confirm order...

myfreecopyright.com registered & protected