Akhirnya..
Sejak dari zaman awal bertunang (2 tahun dulu) sampai la awal berkahwin (1 tahun dulu) dia
saya kempunan nak makan mee racun.. Asal balik je singgah kedai tu mee racun abes takpun kedai tutup.. asal kedai tutup je saya balik...
Mee Racun Tulang Pak Aziz (tulang tu tulang kambing).. 1 pinggan RM6.50
Sedap ke?
Ekspresi selepas 1 sip...ekspresi dah abes makan sila bayangkan sendiri..
Rasa sedap sampai rasa nak makan lagi before balik KL.. tapi lupakan hasrat kalau nak pergi kedai hari Ahad.. hari Ahad kedai ni holiday..
Lokasi kedai dekat Taman Sri Jaya.. GPS? sebab saya takde Garmin waima Smartphone, sila tunggu klu ada komentator BP nak bagi GPS point eh..
Mohamad Hussein bin A Jabar
T/L 1, Jalan Rotan Tunggal,
Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon : 017-6746063
Nak buat sendiri mee racun? ntah dah 2 -3 tahun saya google internet.. memang takde yang post cara memasak mee racun.. resepi cubaan mee racun menggunakan spagethi boleh
refer sini eh.. :)