Pages

Showing posts with label kitchen gadget. Show all posts
Showing posts with label kitchen gadget. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Kitchen gadget #3 : Sifter

Dah lama tak cerita pasal kitchen tools atau gadget.. haha saya kan pembuat kuih suka-suka, so gadgetnya pun kadang-kadang suka-suka ada,kadang-kadang suka-suka tiada..


Saya ada 2 jenis ayak tepung.. Yang ada label flour sifter tu beli konon-konon feel macam chef dalam TV.. haha aku suka berangan!

Kelebihan sifter jenis ni, ia double sifting.. lapisan jaringnya dua, tak payah goyang-goyang, hanya gerak-gerakkan aje picu pada pemegangnya, nanti ada semacam roda yang menggerakkan tepung yang ingin diayak..Tapi sifter ni sesuai untuk tepung je, kalau untuk serbuk badam lupakan aje..lecehnya sebab jaringnya 2 lapisan, kalau ada partikel kacang badam yang terperangkap antara 2 jaring tu, bercintanya nak basuh..

Sebab saya pemalas nak stress membasuh, so pilihan saya ialah sifter yang satu lagi tu lah..hehe

Monday, June 27, 2011

Penunu bunsen?


Dengan adanya cooking torch ni, tak susah lagi nak buat caramel puding..tak perlu cairkan gula dulu dalam loyang, angkat loyang panas-panas dari api then baru tuang adunan puding..

So sekarang tuang je adunan puding, kukus atau bakar bain marie style .. sejukkan puding, tabur gula dan bakar..hehe as easy as eating it yeh..

Nak kumpul jadi tukun? pm me yeh..this is less than RM100 gadget..:)

Sunday, June 26, 2011

Kita bako..kita bako..

creme brulee

Rasa macam cream caramel puding je..err mmg pun.. cuma tricky part ( excited too) ialah nak bako gula hangus jadi hangus tu..typical caramel puding kan caramelnya up side down...

Ni kes excited bermain dengan toy baru.. thanks to me for buying it..haha.. thanks to my dear husband for making it function..* errr kena rasa lain macam bila ada perkataan husband dan function dalam satu ayat?

Sunday, June 19, 2011

Kitchen gadget # 1

Hari tu saya plan nak buat entry2 tentang kitchen gadget yang saya ada dan terangkan sket info tentang peralatan tersebut..


Macam digital kitchen scale ni saya beli semasa saya mula berjinak2 dalam membuat coklat awal 2009 dulu.. Asalnya saya buat coklat nak impress bakal suami saya bahawa saya seorang yang sweet buat coklat sendiri untuk hantaran tunang.. hehe sampai sekarang baby masih sweet kan abang * haha suami saya gi toilet jap sebab munpel*

Secara asasnya saya rasa gadget ni paling berguna sekali.. sebab selain untuk mengukur berapa gram, saya anggap ia compatible jugalah nak ukur liter.. mengambil kira 1kg air = 1 liter, selalunya untuk bahan2 lain tu pun saya ambil kira lebih kurang je.. sesuka hati saya convert kan aja berapa gram itu kepada liter ..

Tapi adik-adik yang bersekolah dan nak jawab soalan fizik masa SPM nanti jangan mengada-ngada nak samakan 1kg  = 1 liter..  sebab persamaan ini hanya untuk Air sahaja okeh.. Rumus sebenar untuk menyamakan jisim (weight) dan isipadu (volume) ini mesti mengambil kira faktor ketumpatannya ( density, bukan Tumpat, kelantan tempat beli periuk) ok..


So sekarang ada faham? * sebenarnya aku pun confuse kenapa cerita barang dapur jadi cerita fizik ni..

Ok berbalik kepada digital kitchen scale tadi, scale tu saya beli melalui Lelong.com.. harganya lebih kurang RM50 (termasuk penghantaran).. tapi kalau tak kuasa nak bid, pergi aje kat kedai bakery atau supermarket..

Saya pilih digital sebab ia agak accurate.. sekurang-kurang kurang la ralat paralaks ( membaca ukuran pada kedudukan mata yang salah)..

Thursday, June 16, 2011

Ye ke?

Semalam ialah hari Wordless Wednesday.. Satu-satunya hari tak payah fikir nak susun ayat tapi kena ada gambar.. Tapi kalau masa Wordless Wednesday ni kita boleh buat schedule entry..haha buat siap2 pada malamnya, nah esok pagi Rabu sudah ada entry baru...hehehe

Masa saya setting entry Wordless Wednesday : Kitchen Tools kelmarin, saya terfikir untuk buat entry suka-suka tentang kegunaan barang dapur yang saya ada ( sesetengahnya bukan saya punya, arwah mak mertua yang punya ).. Haha entry2 ni boleh la kategorikan seperti inventori barang-barang di rumah kami..:p

Manalah tau kan kita boleh sharing tips penjagaan atau idea2 penggunaan peralatan tu di luar kotak fikiran.. Hehe saya bukanlah pakar dalam hal2 baking dan memasak, nama juga amatur..so kalau ada penggunaan atau info yang korang rasa " ye ke? " , janganlah marah oke.. anda boleh cakap je " ye ke? " atau "saya rasa salah ni! "... Ini kan info blog aje, bukan jurnal ilmiah hehe :)

Wednesday, June 15, 2011

myfreecopyright.com registered & protected