Pages

Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Dah abes meeting haruslah HAPPY!!


Hari Jumaat adalah hari meeting.. so lepas meeting lebih happy sebab dah pas fasa mendengar suara halilintar boss..hehe..

Oh ye hari ni saya dapat award (sebenarnya semalam) tapi hari ni baru boleh nak post entry sbb pagi2 tak happy sebab debor meeting.. huuu

Sbb dah terima award Happy ni, penerima kena jawab jawab 8 soalan..(harus hukumnya)

1. Adakah anda happy sekarang?
Alhamdulillah happy---> cubaan menjadi sopan

2. Kenapa anda happy?
Meeting dah abes.. esok pula weekend..kan jumaat juga penghulu segala hari.. harus lah gembira ^_^ ----> cubaan sopan kali kedua


3. Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Chocolate lah.. tiru pemberi award tulis.. errr tapi tambahan Chocolate Chocville lah..haha --> mengambil kesempatan

4. Pernahkah anda menerima tag?
Pernah…kalau happy buat..klu lepas kena marah tak buat sbb sebok google jawatan kosong..haha

5. Nyatakan warna yang anda suka.
Saya ni warna warni..dominan oren kot... ---> suami berkata " kenapa masa kite date dulu u kata u suka warna hitam?? tapi skang takde pun baju u warna hitam???"... Isteri berkata " u lah yang mewarnai hidup i"...hooo ohh tak boleh blah!!!

6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
errr kalau 2 orang je takpe kan??? sbb dah bagi hukum harus..:p
a)Kucingorengemuk
b)Dr. Singa

7. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
Sbb kedua-dua subject representative blog ini keoren-orenan

8. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Alhamdulillah…---> cubaan sopan ketiga

Thursday, April 1, 2010

Saya kan perempuan cantek

Tu ape yang anak sepupu saya cakap pada saya dulu... haaa kan betul....:)


Hari ni saya nampak k.p dapat award yang sama.. baru saya teringat saya telah berhutang kepada pemberi award Kak Masayu nak buat entry begini... Ya ampun.. saya mmg perlukan initiator nak update blog barangkali..hehe..tapi saya mmg tersipu2 malu bila Kak Masayu claim saya hebat.. sebab sekarang ni belum hebat sangat...huhuhu

Oke.. syarat ni begini..
1. Buat pautan kepada blogger yang memberi award.
2. Nyatakan 7 perkara tentang diri saya.
3. Pass over the award kepada 15 orang rakan yang dirasakan cantek..:)

Syarat kesatu :
Ya saya jemput semua readers [haha bunyi cam la glamer sgt kan] untuk berkongsi baca blog Kak Masayu Ahmad sebab dia lagi hebat dari saya.. saya selalu berhasrat jadi macam dia supaya boleh duduk rumah, jaga anak2 [^_^] dan blogging.. dan dia sangat baik hati berkongsi setiap pengalaman semasa bekerja dan sebagai surirumah sekarang...

Syarat kedua :
Ape ye nak cakap pasal diri saya.. baiklah sbb saya nak paksa anda semua baca.. maka saya cuba pastikan anda tidak dibekalkan dengan fakta yang boleh buat anda muntah pelangi.. heeee..

1. Saya dah try memblog banyak kali.. tapi setakat ni menggunakan pembekal blogspot la paling lama.. saya berangan2 nak membeli domain yang berharga RM40 setahun untuk menjadikan blog saya berbunyi www[dot]fazya[dot]com .. hehe tapi sampai skang hangging... :p

2. Saya rasa suami saya tu 'made in heaven' [asal cakap nak loving2 tukar warna jadi pink] buat saya atas beberapa reason dan kebetulan yang terjadi kepada diri saya sejak saya tingkatan 4 lagi.. haha nasib baik ia tidak muncul ketika saya tingkatan 4 itu.. kalau tak ntah2 saya malas ambik SPM... :p

3. Lepas kahwin hari2 saya berulang sejauh 40km pergi dan 40km balik.. Pada asalnya perjalanan itu 50km pergi dan 50km balik.. tapi saya telah mengurangkan 10km dengan melalui kawasan kubur 1Malaysia yang berada antara Putrajaya dan Dengkil.. hehe malam tak lalu lah.. huuuuuu

4. Sebenarnya saya bukanlah pendengar radio tegar.. saya menaiki kereta mendengar radio hanya sekadar untuk bernyanyi2 kecil bila dengar lagu.. jadi amat tidak pernah saya menshorlistedkan radio ape yang sangat disukai... dan saya tak pandai set channel radio dekat kereta [hohhh kasihan]..

5. Satu kemalangan melanggar jambatan di Kampung Tengah menguatkan semangat memandu saya seperti sekarang ni... kalau tak bila pegang stereng keta je ketar...hehehe

6. Saya masih berhutang pelajaran berenang kepada diri saya sendiri...

7. Pada asalnya saya berhasrat belajar coklat adalah untuk suka2 dan masa depan.. Saya berangan2 idealistik untuk menyediakan semua makanan secara homemade kepada anak2 saya.. [ Mama baik kan Baba???? :p ]... Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah coklat homemade tu dpt saya kongsikan secara kecil-kecilan kepada rakan yang membayar... hehe...


Syarat ketiga :
Hehe bukanlah disebabkan rasa bersalah tak deliver lagi hadiah coklat [walaupun mmg ia juga] kepada Puan Siti Sifir menyebabkan saya mengawardkan award ini kepada beliau.. Tapi sebab lebih utamanya blog beliau adalah blog rujukan saya dalam membina keluarga dan kehidupan sehari-harian.. mungkin juga ia bukan ideal untuk anda.. tapi ia relevan bagi saya dan juga mempengaruhi suami saya..hehe.. saya pasti juga bukan saya seorang yang menghadiahi award ini kepada beliau.. dan dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Kak Sitisifir yang baru dapat Ahmadi... I love Ahmad too... hehe...

Sunday, November 22, 2009

Blog Paling Cool

'Create
Copy this code to your website to display this banner!


Baru2 ni kan saya baru dapat award..baru saya sedar saya tak penah bagi award kat org...[huh!! kedekut]

So award ni saya tujukan kepada kawan2, follower and sesiapa yang linkkan blog saya didalam blog mereka..ini termasuk yang linkkan Chocville oke...

Saya tak listkan blognya di sini, tapi nnt saya akan pergi ke blog kawan2 n tinggal msg kat blog kawan2..nnt boleh ambik code award ni kat entry ni or kat side bar ye..tq...^_^... ♥ uollsss

Thursday, November 19, 2009

Award

Saya terharu ni..[isk..isk.... sob...].. Ada blogger bagi saya award.. pertama kali dapat award... [huhu kasihan..eh saya berblog bukan kerana award, ini adalah kerana minat -> ayat cliche artis ternama]..

Mula2 saya confuse2 gak blogger encik pereka cerita ni nak bagi award blog saya mana satu.. bila saya dok tgk report kat Nuffnang.. rupanya award ni diberikan pada fazya.blogspot... yeeeee tepuk tangan [clap2..clap2]...Ombakkkkkkkkkk!

Terima kasih kat encik pereka cerita.. saya rasa lebih artis sbb blog encik pereka cerita review pasal filem2... [saya terasa pelakon skang ni..]..

Okla nak sambung main Google translator ngan Social Interview FB...

p/s : errr ada sesape tak nak bagi saya award lagi??? [haha tak malu..]

myfreecopyright.com registered & protected