Pages

Showing posts with label karamel. Show all posts
Showing posts with label karamel. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Ganache karamel masin ( salted caramel ganache)

Assalamualaikum wbt

Hai hari ni paksa lagi diri keluar dari rasa malas dan perasaan tak de idea dan terus menaip. Kali ni saya sambung dengan resepi ganache karamel. Selepas beberapa entry paksaan ni nanti mungkin kita boleh gabungkan kesemuanya menjadi sebiji kek... hihi harap-harap kan.

Kali ini resepi ganache karamel yang biasa saya letak pada kek. Ada yang kata membuat ganache karamel ni leceh. Ya betul, saya pun rasa leceh masa mula-mula buat dulu. Tapi alah bisa tegal biasa. Jadi step yang dikongsikan ini adalah cara yang paling simple dan insyaallah jadi dengan izin Allah.

Resepi ganache karamel masin

100g krim
60g coklat putih

Cairkan bersama dengan kaedah double boil.

150g gula kastor
30g butter
1 tsp penuh garam

Cairkan gula sehingga bertukar warna keperangan. Hati-hati sebab gula karamel tersangat panas
Masukkan coklat dan krim. Gaul menggunakan whisk
Masukkan butter dan diakhiri dengan garam
Biarkan sejuk dan dah boleh jilat sudu...yeay

Tips:

1. Guna api perlahan untuk cairkan gula. Elak gula menjadi berbuih sebab nanti rasanya pahit.
2. HATI-HATI! Gula yang mencair sangat panas
3. Elak menuang krim sejuk ke atas karamel, krim sejuk menyebabkan karamel menjadi ketulan.
4. Sebaik-baiknya kuali yang khas untuk membuat sos karamel. Kuali ikan dan ayam tidak digalakkan.
5. Kalau lebih suka pekat ( ganache), lebihkan coklat. Kalau nak cair ( berbentuk sos) lebihkan krim.

SELAMAT MENCUBA :)

myfreecopyright.com registered & protected