Pages

Showing posts with label pastry. Show all posts
Showing posts with label pastry. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Currypuff ; irresistable savoury pastry



Gambar pertama :
Doh margerine + butter dibalut di dalam doh air + minyak

Resepi doh A (air/minyak)
3 cup tepung
1 cup air
1/2 cup minyak
Adun sampai licin (tidak melekat kat tangan). Tuang air secara berdikit2 kalau tak adunan doh jadi becak. Bulat2 kan kepada 6 bahagian (saya timbang setiap bulatan approx. 90g)

Doh B (butter/margarine)
2 cup tepung
1/2 cup margarine
1/2cup butter

Rub butter/margarine pada tepung. Gaulkan sehingga campurang boleh dibentuk bulat ( saya agak mesti dibentuk bulat juga sbb ada yg saya balut doh minyaknya crumble, kulit karipap gagal menunjukkan lapisan). Bahagikan kepada 6 bahagian juga (saya timbang 70g).

Rollkan doh A menjadi leper dan isikan doh B. Balutkan doh B dalam doh A. Buat sampai semua pembahagian sampai selesai. Ketepikan.






Gambar kedua :
Roll kan doh campuran tadi menjadi bulatan leper. Potong 3/4 diameter bulatan tu dan gulungkan dari kiri ke kanan atau vice versa. Hasil gulungan akan menjadi bentuk kon seperti gambar ketiga.





Gambar ketiga :
Doh yg dah digulung membentuk kon. Saya rasa potongan begini rasionalnya adalah untuk memastikan doh A dan doh B sekata.





Gambar keempat :
Doh berbentuk kon tadi di roll lagi menjadi gulungan panjang dan digulung lagi menjadi gulungan padat.





Gambar kelima :
Potong gulungan doh dengan pisau. Ketika ini sudah kelihatan lapisan dohA dan doh B. Tinggal leperkan dan isikan intinya sahaja. Boleh gunakan acuan atau kelim tepinya. Kalau nak nampak rustic (homemade) kelim hodoh2 sikit.haha




Gambar keenam :
Taraaaaaaa my rustic spiral curry puff in the houseeeee!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, February 19, 2012

Working with meringue is my hobby

Lemon meringue pie

Pastry
1 cup self raising flour
1 cup allpurpose flour
120g unsalted butter
1/3 cup castor sugar
1 yolk - white simpan untuk meringue
1/3 tsp salt
Ice water

Campurkan kedua2 tepung. Masukkan garam
Masukkan butter dan rub dgn tepung sehingga membentuk crumb.
Masukkan kuning telur dan adunkan sehingga doh boleh digumpal menjadi bola.
Sekiranya adunan masih berderai tmbh kan air sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Bungkus adunan dlm cling film dan simpan dlm peti sejuk.

Lemon curd - disediakan masa pastry rehat atau awal sehari.
2 lemon skin -grated
1 cup air
1/2cup lemon juice
3 tsp cornstarch
3 yolk - white for meringue
1 3/4 gula castor - saya guna 1 cup molases dan 3/4 cup castor sugar
2 tbs butter

Parut kulit lemon -ambil bhgian kuning sahaja
Perah air lemon. Jika xcukup 1/2 cup blh tmbh dgn air biasa.
Panaskan gula dan 1 cup air dalam periuk. Sementara itu kocak telur bersama air lemon. Masukkan cornstarch dan kocak lagi.
Bila air gula dh mendidih masukkan campuran kuning telur secara perlahan dan sentiasa dikacau.
Masak sehingga ia mengental. Masukkan butter dan parutan kulit lemon.masukkan dlm piping beg. Biarkan ia sejuk dlm peti ais.

Meringue - disediakan masa pastry blind bake
3 egg white
0.8 part of egg white castor sugar - jika putih telur 100g, gula ialah sebanyak 80g.

Roll pastry crust sejuk tadi dan masukkan dlm tin.
Sejukkan sebentar dalam fridge selama 5-10min
Blind bake ( bakar tanpa isi dan atasnya letak kertas baking diisi bijirin/kekacang) selama 12 min dgn suhu 170c
Keluarkan dari oven dan keluarkan kertas dan bijirin.
Sapukan putih telur pada pastry. Bakar semula selama 5min pada suhu sama - saya terlupa step ini :(
Bila pastry ready, masukkan lemon curd dan top di atasnya dengan meringue dan bkr semula pada suhu yang sama selama 30-35 min atau sehingga meringue browning.
Biarkan sejuk seketika dlm oven dgn pintu oven terbuka.

* tindakan memarut kulit lemon akan enhance lemon mengeluarkan byk air an lebih beraroma
* jus dari sebiji lemon dah memadai sbb saya guna dua biji husband saya kata " lemon custard ni kaw sangat!"
* tepung jagung bertindakan sbagai bhn pengental custard. Jangan terlalu banyak untuk elak rasa berkapur.
* step yang saya lupa tu juga step critical sbb ia menyebabkan pastry crust cepat soggy (lembik).
Published with Blogger-droid v1.7.4
myfreecopyright.com registered & protected