Pages

Showing posts with label familia. Show all posts
Showing posts with label familia. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Kunjung mengunjung


Serunding kelapa (Coconut floss), Sayur lodeh berpedal (giblets long bean and carrot in coconut gravy), sambal goreng (sweet spicy potato tempeh) ,ayam masak merah ( chicken in sweet spicy sauce), Rendang daging ( beef rendang *haha tanya google translate rendang= shady)..  tetiba kuih suji cuba enterframe..


Assemble on plate..hehe konon nak tiru lontong darat bumbung biru..:p

Untuk pertama kalinya sy mempraktikkan ngunjung or munjung..

Kalau kat kampung saya,tiap minggu dalam bulan ramadhan ada je org hntar lauk munjung esp area ada Javanese..kehkeh.. So non Javanese cam saya dapatlah tempias rezekinya kan..kebiasaan keluarga saya akan reply blik lauk on hari raya.

Disebabkan saya di perantauan, maka takde lah nak dapat lauk munjung or ngunjung ni kan..hehe perantauan sangat!..so kalau tekak kepingin kena masak sendiri eh.. * nak pengsan penat!*.. Saya berdebar-debar gak masak banyak, tp saya praktikkan tips rumah terbuka dulu..

Resepi lain-lain saya ingat2 je cara Ma saya masak..
Resepi serunding kelapa, saya tiru sini guna method 2

Update resepi
Rendang Daging
Bahan-bahan :
1 kg daging (tak kesah la batang pinang ke top side ke ape..untuk rendang saya suka yg ada kenyal2 sket)
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
7-9 biji cili api*
5 inci halia*
2 inci kunyit (saya subtitue ngan kunyit serbuk 2 sudu besar rata) *
2-3 batang serai*
2-3 sudu besar membumbung cili boh *
2-3 sudu biji ketumbar*
150ml santan
2 sudu besar susu pekat manis
2-3 sudu kerisik
garam secukup rasa
asam jawa/ asam keping ( saya subtitue ngan 2 sudu air jus lemon)
1-2 helai daun kunyit(boleh juga guna daun limau purut)

Cara-cara :
Daging dipotong nipis membelah urat (ini untuk memudahkan daging masak) dan dicuci
Kisar bahan bertanda *
Masukkan daging berserta bahan kisar kedalam periuk dan ditutup. Biar reneh sampai daging lembut.
Keringkan air dalam masakan sedikit dan masukkan santan
Masukkan susu pekat manis, biar masakan memekat sedikit.
Garam secukup rasa dan kemudian taburkan hirisan daun kunyit.
Masukkan air lemon dan matikan api.

Ayam masak merah
Bahan-bahan :
2 ekor ayam dipotong 8 (ikut suka nak potong berapa eh)
4 labu bawang merah*
6 ulas bawang putih*
4 inci halia *
6 sudu besar membumbung cili boh
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 susu besar membumbung susu pekat manis
garam secukup rasa
1 sudu besar air lemon

cara-cara :
Cuci daging dan digoreng seketika (dilumur garam dn kunyit)
Kisar bahan bertanda *
Tumis bahan * dengan minyak menggoreng ayam sampai garing( ni kalau orang wat health study mesti geleng-geleng kepala baca)
Masukkan cili boh, tumis lagi sampai terbit minyak
Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sket2..
Masukkan susu pekat ( depends ikut tahap kemanisan yang dikehendaki)
Masukkan garam dan masukkan ayam.
Gaul serata supaya sambal rata pada semua ayam
Masukkan air lemon dan gaul rata lagi.
Ok dah siap, makanlah apa lagi..hehe

Sayur lodeh ber pedal
Bahan-bahan :
Pedal dan organ dalaman ayam 2 ekor tadi direbus dengan halia
1 genggam  kacang panjang
1/2 kelopak kobis
2 batang lobak
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering*
1 inci lengkuas
150ml santan
150ml air

Cara-cara :
Potong sayur-sayuran ( potong kecil2 lagi bagus supaya tak perlu masak lama)
Kisar bahan-bahan *
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukkan lengkuas
Masukkan santan dan air
Masukkan sayur lobak, diikut kobis dan kacang panjang. Masukkan juga pedal dan hati ayam
Gaul serata dan matikan api.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 15, 2011

Kucing emak ayah saya


Karnivor sejati tengah susukan baby..
Tiap kali balik kampung selalu ada baby baru..
Walaupun karnivor sejati, tapi dia howt...
Menjadi rebutan kucing2 jantan taman..haha

Karnivor sejati sangat protective..
Baru dengar anak merengek sket orang pegang terus jegil2 mata kat pemegang..
Terus ngiau-ngiau, tepis-tepis tangan orang gigit tengkuk anak, sembunyikan bawah katil..
Semalam ada orang dengki sembunyikan baby putih dalam baju, lepas tu susup tangan bawah kain belum lipat..
Bulat mata karnivor sejati tengok, cepat-cepat dia menyelinap cari anak bawah kain..
Tak jumpa!.. terus ngiau kuat-kuat..
Saya (haha kantoi akulah pendengki!) takut karnivor sejati cakar, terus pulang balik anak dia.. tiba-tiba dia memang sembunyikan anak bawah kain belum lipat..

Karnivor sejati takleh nampak orang makan ayam, tengah orang pegang-pegang ayam dia boleh buat rampasan kuasa tiba-tiba.. kadang nak makan ayam kena sembunyi-sembunyi dari dia.. takutttt!.. sebab tu dia dapat nama karnivor sejati..

Eh kucing mak saya bukan dia je, ada banyak lagi.. semuanya akan makan masa sahur, siangnya tido atas kerusi di hall, bila azan maghrib berkumandang mereka akan mengiau-ngiau mintak makan.. mereka puasa..

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #14

Hari ni dan esok saya pergi kursus photography.. dengan another opis mate.. 
*Prof Datuk nak tengok hasil gambar pasca kursus.. ~aku cuak!~


Selalu gambar yang saya rasa perasan cantik tu, peguam yang ambik.. errr ke sebenarnya model dalam gambarnya yang cantik.. *MUNPEL!*

Petang di Morib (masa belum Morib renovate)

Course hari ni tengah hari sampai malam.. harap tak ngantuk dan boleh capture di otak dan gambar2 menarik..

*kalau rasa mmg berbakat barulah berfikir upgrade gadget menembak ni..kalau tak masih setia ngan kamera X dimana ; 
compact<X<DSLR

*Hari ni saya gi course dengan kamera pinjam. kepunyaam Maksu saya..haha

Monday, July 11, 2011

Sekitar 140-150

Hari ni sampai opis sama macam waktu sampai hari-hari biasa..
Tapi hari ni sedikit luar biasa sbb saya bertolak dari rumah..
Bukan rumah Dengkil, dari rumah Batu Pahat..

Inilah hasilnya pemanduan sekitar 140-150km/h
Kadang-kadang terlepas jadi 160km/h, suami saya jeling.. (eh dia laju takpe plak)
Haha ayah saya kata 'takpe, pagi-pagi takde speed trap'.. :p

Monday, April 25, 2011

Banglo

Saya pernah berbual2 dengan emak kawan..
Dia tanya saya dah ada yang punya..
Saya senyum sengih simpul aje..
Kawan saya tolong jawab..

"dah ado tu mak.. kojo peguam!"

Emak dia terus sambung..

" Umang aii..duduk rumah banglo la lopeh ni faziah"

Makbul doa makcik..
Saya memang duduk rumah banglo


Alhamdulillah, besar jasa arwah mertua saya sediakan rumah yang lengkap buat kami suami isteri..terima kasih Mama.. Alfatihah..

p.s : sayangilah mertua anda, kalau dah takde teringin!

Friday, March 11, 2011

Melengkapkan siri bulan keraian

Salam jumaat..
Hari jumaat ini memang sungguh hening rasanya.. hujan turun menyejukkan rumah supaya kita boleh jimatkan bayar bil elektrik... seee!kan Allah tu tak kelentong pun bila dia kata hujan tu rahmat.. hujan tu rezeki...

Hari ni insyaallah kami akan pulang ke kampung..memandangkan kami dah memang bermastautin di belah barat, dah attend kenduri di timur minggu lalu, minggu ni mudik pula ke selatan.. nak gi utara tunggu budget lain.. semput mak dek kalau nak pergi semua kawasan dalam sebulan...(baca dengan intonasi pergelangan tangan patah ke bahu )

Seperti yang pernah diwar2kan sebelum ni, bulan Mac ni memang bulan keraian.. Meraikan birthday Emak, meraikan anniversary Anak dan Insyaallah esok tiba bula birthday Bapak...

cik cop 12.3.1952  & mak jem 2.3.1956
 
Happy Birthday in advance Cik Cop.. Semoga dikasihi Allah, sihat sejahtera dan dipermudahkan rezeki..

Semoga perjalanan kami dirahmati dan selamat sampai ke destinasi..

ok sekarang masa basuh pinggan dan kemas baju... daaaaaa

p/s : azam balik kampung kali ni ; pergi sarapan kat kedai lain plak... (ni boleh dikategorikan sebagai azam ke?)

Wednesday, March 2, 2011

Mak Jem, Selamat Harey Jadey!


Hari ni birthday mak kita ( kata ganti nama untuk suami isteri kan )
Kalau adik beradik saya punya trademark wish birthday;

" Ma, selamat harey jadey! "

Semoga Ma dikurniakan rahmah dan kasing sayang Allah, suami dan anak2.. Diberikan kesihatan dan dipermudahkan rezeki, Insyaallah..

Hehe tahun lepas hadiah birthday saya kat ma saya  se'besar' orang (errr kan suami )..
Tapi tahun ni belum rezeki bagi hadiah birthday se'orang' yang comel..

Heee bulan Mac ni memang banyak celebration, 12hb nnt turn ayah plak..
Tetiba terfikir kenapa saya pilih kawen 6hb Mac
 bukan ke 12 (birthday ayah) / 2 (birthday ma) = 6 (anniversary kawen anak )

HAPPY BIRTHDAY MA!

Monday, February 28, 2011

Family nickname

Saya mempunyai bilangan adik beradik yang sikit je.. 3 orang.. saya yang sulung dan di bawah saya  dua orang adik lelaki..Mmg normal kat M'sia (saya tak tau kat negara lain camana ), klu sulung panggilannya Along, kedua Angah dan ketiga Uda ( tapi belah Selangor ni saya dengar ketiga tu panggilannya Alang ).. tapi kes adik beradik saya, yang ketiga kami panggil Adik..

Untuk diri saya sendiri memanglah Along tu panggilan dikalangan saudara mara belah saya.. adik kedua saya panggil saya Long manakala mak ayah dan adik bongsu saya panggil saya Kakak..

Walaubagaimanapun, panggilan gelaran ni berubah 100% bila saya masuk keluarga belah suami.. dia anak tunggal.. dulu saya assume, panggilan untuk saya dan suami dikalangan anak2 sepupu ialah Mak Long Fazya dan Pak Long Zul   .. huuu tapi rupanya bukan.. panggilan buat kami telah di simplify kan kepada Mak Unggal dan Pak Unggal..korang pernah dengan panggilan keluarga begini?

Awal2 dulu saya rasa a bit weird dengan nick camni..rasa taknak ngaku pun ye.. but as the time flew, saya rasa selesa plak ngan nick ni..nick Unggal ni buat kami tersendiri..(bukan semua org dapat kawen anak tunggal).. so tak payah susah2 explain yang ni MakLong/PakLong anak pakcik yang sana atau makcik yang sini..

Apa pula panggilan korang dalam keluarga? Boleh share kat komen.. er En Ahmad Zulkifli u takyah bagitau..i dah tau diorang panggil u ape..hehe :)

Friday, February 25, 2011

Cerita orang kawen

Mencapai usia hampir setahun perkahwinan memang mengujakan.. rasa macam nak nangis terharu...wuwuwuwuwuwu..

Ya kami sangat sibuk mengimbau menjelangnya anniversary kalendar gregorian pada 6 Mac 2010 nanti.. Anniversary yang dipenuhi undangan kenduri kawen sana sini.. infact kesibukan (atau buat2 sibuk) sudah bermula pada hujung minggu ini, kerana pengapit suami saya dulu (which is his cousin) kenduri belah lelaki.. Anyway dia sudah bernikah bulan lepas.. Tahniah Rahman dan Fayruz :)..lepas kawen kena jenjalan rumah kakak.. err kakak?..

Lebih mengujakan setelah pengapit lelaki kawen, minggu berikutnya pengapit perempuan kawen.. haha disaat saya sibuk jadi pengantin dulu, saya masih berperasaan untuk me'matchmaking'kan kedua2 pengapit ni sebenarnya.. but then they met their destiny by Allah's will.. Alhamdulillah she met a suitable guy for her..and she's getting married exactly in a week..yeay!

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

we're meant to be each other..but they weren't.. Allah knows the best for them :)

Dalam mengenang tarikh gregorian yang bakal menjelang kira-kira seminggu lagi.. sebenarnya kami sudah setahun bersama pada rabu lepas (20 Rabiulawal 1431H - 20 Rabiulawal 1432H)..

Suami, selamat ulangtahun.. errr Ahad depan kita wish2 lagi eh.. :)

Kepada yang nak berpasangan, selamat semuanya eh..*wink2!

Thursday, December 16, 2010

Penjenayah Kantin

Have you ever heard about PENJENAYAH KANTIN?
Penjenayah kantin adalah satu group discussion kat FB yang ditubuhkan oleh penghuni kedua rahim mak saya.. Ntah ape ntah tujuan sengal dia tubuhkan penjenayah kantin ni saya tak tau, tapi dia memang dari zaman sekolah anti makcik kantin yang double standard kat budak sekolah yang bawak duit belanja singgit je macam kitorg.. { oh sekolah menengah duit belanja up sket }

Ni description group ni :-
Anda pernah dengar tentang PENJENAYAH KANTIN saspen kan..page ini dicipta untuk memberikan penghormatan kepada mereka2 yang pernah di'suspected' sebagai penjenayah kantin...Apa itu JENAYAH KANTIN? Anda pernah tanam ayam dalam nasik membukit? Ataupun mengambil kerak ayam tetapi dituduh pula oleh pemilik kantin tanam ayam pulak? Ataupun anda pernah membelikan makanan untuk rakan2 anda ketika di kantin skolah sorang beli sampai 6-7 pinggan sehingga mereka2 yang beratur di barisan belakang kehabisan makanan? haaaaa...ini antara kategori2 PENJENAYAH KANTIN..Group ini dicipta just for fun untuk mengingati saat anda melakukan jenayah, melihat jenayah2 kantin mahupun anda seorang pengawas sekolah yang agak poyo menangkap penjenayah kantin walhal anda juga melakukan jenayah kantin secara diam2 ubi..hehehehe

Walaubagaimana pun selain diri sendiri yang menjadi penjenayah, group ini juga menyediakan foto fit jenayah2 yang terjadi di kantin dan juga jenayah2 yang dilakukan oleh pemilik kantin.

najis mutawasitah yang disasarkan secara tepat

Setelah perut legaaa, bermain sembunyi ibu pula di dalam mee hoon

pic sources : penjenayah kantin page

Tuesday, November 30, 2010

Orang memberi,kita merasa

Dulu-dulu saya kawen (kenduri belah suami), jiran2 keliling hantar kuih... punya la melimpah ruah desserts kami.. kali ni jiran saya kawenkan anak, saya berbahasa semula lah.. saya buat yang senang2 lenggang kangkung aje..sedikit cupcake carrot ngan dadih..

Ingat nak deko2 macam ni lah kurang2nya..tapi saya selesema, karang berdeko hijau tak diingini pulak, maka saya bagi kat jiran tak berdekolah..

Triffle meja pengantin pun saya buat juga.. huihh debar2 nak buat okeh..selalu i makan suami isteri aje yeh.. bersungguh2 mentriffle di malam hari...tapi tahukah anda membuat triffle banyak2 ni ada hikmahnya kebaikannya... taraaaaaa
Peti sejuk menjadi kemas sebab banyak makanan untuk jiran yang perlu di chilled kan...(ayat menjadi kemas tu sebab sebelum ni sepah kah??)

Monday, November 22, 2010

Pagi Minggu di Bazar & Cafe, Rockshire




Haha tajuk memang bunyi hebat je..

Sekali pandang macam boleh berangan berada di tempat lain.. tapi sebenarnya ni kat Jalan Ibrahim, 83000 Batu Pahat..

Sebelum pergi pasar yang harmoni warnanya ni, kitorang pi layan sarapan kat Taman Soga.. nama kedai tu tak diketahui.. lokasi kedai seberang jalan depan sikit je daripada Tasik Y...( korang paham tak direction macam ni??).. Ini kedai favorite sleeping partner (ho ohhh tak agak2 engkau!)

Lontong kering ni kalau makan jangan toleh kat mertua ke, adik ke atau jiran sebelah ke..nanti diorang mintak..haha...

Tuesday, October 5, 2010

Pemergian

Saya baru pulang melihat satu pemergian..Di bulan syawal yang bersisa 3 hari lagi, memang syahdu tu tak dapat ditahan-tahan..Macam entry sebelum ni, saya nyatakan ketabahan ibunda melalui saat kehamilan yang begitu sukar sekali saya gambarkan..

Disaat saya dan dia patutnya teruja mengira bulan usia perkahwinan (dia kawin awal 2 minggu dari saya), tapi dia sudah melalui kehilangan...Kalau saya ditempat beliau entahkan bagaimana.. perasaan ditinggalkan yang picisan pun sudah ditangisi sungguh2.. apatah lagi nak membayangkan 'memakai kasut' beliau..saya tak mampu bayangkan.. ya saya akui saya semakin dependent.. redhakah saya untuk kehilangan separuh jiwa saya?...Ya Allah semua milikimu..tiada milikku..ku mohon pinjaman mu jua Ya Allah..dariMu kami datang dan kepadaMu jua kami kembali..

Salam takziah buat sepupu saya, Ruhana Bohari...
Moga almarhum suaminya, Zahiruddin Zainal Abidin ditempatkan dikalangan insan yang dikasihi Allah..
Tabah ya kakak.. InsyaAllah, beberapa purnama lagi lahirlah hadiah cinta kalian yang soleh dan sihat..

p/s: saya sayu..T_T..

Saturday, September 18, 2010

1431H

Tahun ini tahun gembira..akhirnya dapat jua kami beraya berdua ( doakan tahun depan bertiga yeh)..

Tambah gembira dapat dirayakan bersama ahli keluarga terchenta..:)

Lagi gembira bersama-sama nenda, makcik pakcik serta sepupu sepapat.. ini belum semua, kalau semua 4 ke 5 lapis baru muat barangkali...ini baru belah emak saya... kalau belah ayah saya, 6 lapisan mungkin... 

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1431H
Jemputlah datang ke rumah yeh...:)

p/s: hari ni 28tahun lepas saya di lahirkan.. Insyaallah kawan kuasa 10 juga senyum lebar..hehe...moga sampai ke anniversary saya dan akhir hayat okeh..^_^

sepupu sepapat, next year kite plan dengan lebih baik yeh... mungkin sudah tiba masanya kite bukukan wajah semua memandangkan keluarga kita semakin besar...hehe

Tuesday, September 7, 2010

Confession over confession






Pilaf rice + lamb thick soup + dory fritters + pineapple cucumber chutney + carbonated strawberry (air gas F&N je sebenarnya)


Ada orang kata kami tekak Mat Salleh..

Kawan opis kata 'u kan selera arab2'..

Kawan opis tanya.. ' Eh bukan Encik A perut melayu?'


Okeh..the tru confession

Kami sangat universal dengan makanan ( bahasa pasarnya tolak batu dengan kayu..hehe)

Kadang-kadang kami berangan2 merujikan makanan lain selain nasi sebab manalah tau satu masa nanti kami menetap di Timbuktu susah nak dapat nasi...


Semalam kami makan layan pecel lele ( saya kepengen bener makan pecel lele di situ tapi saya tidak berupaya buat2 lupa info mesterinya gerai itu.. haihhh )... maka nak selamat masak sendiri...

Nasi habis seperiuk, sayur habis sepinggan, sambal habis semangkuk, ikan 3 ekor tinggal tulang, tempe???ALL GONE!!


Tak sangka dia (yang belakang.. yang depan tu kena duduk luar time buka) suka juga ikan keli ... Mak kami tak penah masak ikan keli...


Adik, sebenarnya aku nak mintak tolong ko basuhkan pinggan kat sink tu eh.. terima kasih dik..sayang kat ko..

Tuesday, May 11, 2010

Terima kasih Friendster

Sangat sengal ber mother's day yang ketinggalan ketapi... ni pun gambar saya korek dari friendster (auwww ape itu friendster??? )

Ni la mak saya .. saya sayang mak saya... agaknya bila2 lapang nnt suami boleh bawak saya balik BP jumpa mak.. [suami saya panggil MAK, kami adik beradik panggil MA walaupun mak saya bahasakan dirinya IBU.. sengal la anak2 ni]

Saya harap mak saya dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat.. :)

Bahagia jua untuk ibu2 anda dan anda yang berstatus ibu..

Alfatihah buat Bonda Badriah Abd Muid

Wednesday, April 28, 2010

Mak Long Chantek kawen lagi

Wafiah : Kenapa Mak Long chantek kawen lagi? kan dah kawen hari tu...

Mak Jem : Mak Long chantek kawen kat rumah suami dia pulak...

Sila click untuk lihat Resepsi Dalam Taman saya..

Terima kasih untuk keluarga suami saya yang bertungkus lumus menjayakan sebuah majlis yang terbaekk dari ladang.. :)

Terima kasih suami saya kerana menemani 53 hari saya dan Insyaallah sampai syurga.. Tq for the lovely cards of 52 days being hubbywifey...hehe terasa I am sweet Sweetie.. ^_^

Friday, April 16, 2010

HEROES in Malaysia

Have anyone of you watch HEROES tv series.. sebenarnya saya bukan la tgk sgt..terlalu byk siaran yang skip dan jadi mmg tak terikut lah.. :p dan mmg la saya akan lost nak cerita satu persatu ttg siri tu pada korang..haha ntah2 korang lagi hebat n kenal each characters in that series.. dalam banyak2 karakter tu saya cuma ingat nama Petrelli (tapi tak tau berapa banyak Petrelli yang ada) dan juga orang yang ada ability to paint future named Isaac Mendez (haha ni baru tahu tadi sbb google kan)

Cerita sebenarnya bukan pasal any heroes in that series.. tapi saya rasa Ma saya ada kelebihan macam Isaac Mendez tu hehe.. let's see this pic

This pic Ma saya lukis dah 4 -5 thn lepas.. My mum's hobby is painting.. in fact during school kalau tak siap homework lukisan, maka Ma saya la jadi mangsa untuk lukiskan homework saya.. no wonder latihan lukisan saya A sokmo... heee tapi saya masih bersungguh2 melukis bila periksa eh.. dan hasilnya masih A (kembang hidung )... oh ye aktiviti suruh Ma lukiskan homework to bukan saya sorang je buat okeh.. turut menjadi legasi adik2 saya..

Ok back to the painting, menurut Ma girl inside is me and i was in don't know who's house.. we brought the painting to our house (boleh kata wedding gift from my Mum hehe)

Masa menggantung gambar ni di rumah tetiba perasan yang keadaannya seperti kehidupan saya sekarang..Hehe now dah tau dah who's house it is..most of the flora inside the painting are exist around my house .. ada corak2 ukiran kayu kat atap..hehe.. Isaac Mendez kah ibu saya?????

p/s : suami saya sangat risau saya tak biasa rumah kampung.. dear suami, i don't mind, time to time we are responsible to build up a better life for us whole family..bak kata kawan kuasa 10 saya "Demi cinta, duduk rumah atas pokok pun ko tak kesah kan????"... ye aku tak kesah asalkan ada tangga..:)

Tuesday, June 2, 2009

Golek-golek

Semasa saya buat review 2008 cousins dulu, saya takde lagi collection gambar budak ni..that time saya gi rumah dia sebab jauh di atas bukit..


Saya sgt geram nak cium2 Auni Nabila ni sbb dia anak baik..nangis bila kembung perut je..where else kebanyakan masanya bergolek-golek..bergolek-golek.. Ada masa saya menjaga sementaranya ibu dia [maksu saya] pergi menyiapkan abgnya,saya tinggalkan dia kejap di ruang tamu dan ke dapur, boleh dia bergolek2 sampai dapur..

Auni Nabila ni mmg tak byk kerenah..sbb tu juga la dia penah tertinggal sekejap [Home Alone] kat dalam rumah tertinggal masa ayah ibunya nak pegi keja...mmg baby cool betul anak ni...

Menjaga dia agak mudah..[bak kata ibunya kepada saya, klu mcm Auni jaga 10 org pun takpe]..

Sunday, December 7, 2008

Ayah dan Ibu kite

Sedari minggu lalu saya telah terbaca dalam blog schoolmate saya Eliza Suraiya tentang ibunda Azza yang sdg dalam proses operasi..agak mengejutkan juga sbb agak baru juga saya bertemu ibu beliau swktu Azza melahirkan Airyll..Dan hari semalam sewaktu berjalan2 di Banting terima 1 msg dari Cik Nade...

"As'kum kwn2, emak Azariah Azmir telah kembali ke rahmatullah jam 3.20 ptg..sama2 kite doakan rohnya ditempatkan dikalangan org beriman"

Ironiknya pulang daripada Banting saya dan dia (ya saya pergi ke Banting berdua) ke pusara Arwah Ma Mr. Alfateh dan saudara mara berdekatan..saya tau betapa sayangnya Mr. Alfateh kepada ayahanda dan ibunya dimana bila saya nilai diri saya kembali, saya jarang menzahirkan sayang saya pada kepada ayah dan ibu saya...

Kalau mengeneralisasikan ibu mertua seperti Mak Dara dalam Ibu Mertuaku mmg saya rasa saya tak sanggup untuk ada ibu mertuakan org sebegitu..tapi meneliti sikap anak yang ditinggalkan oleh arwah bakal ibu mertua saya, saya rasa ralat juga tak berupaya untuk menemui beliau...

Saya teringat kata-kata seorang sahabat yang juga telah kehilangan ibunya..

'" Juju (ya nama lain saya ialah JUJU) u tak melalui lagi rasa kehilangan.. klu dah takde u akan kesal kerana tidak menzahirkan sayang u semasa hayat parents u."

Disini saya dedikasikan takziah kepada Azza..semoga tabah menghadapi kehilangan...Juga salam Eid Adha kepada semua readers...
myfreecopyright.com registered & protected