Pages

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Mohon & Mintak 1432 (i)


Salam syawal buat semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan, geng bloggers dan sesiapa yang mengenali diri ini (chewah), saya mohon ampun atas kesilapan dan kesalahan sama ada sedar atau tidak sedar.. Seperti tahun sebelumnya, kad pengganti diri dibuat dalam bentuk maya supaya dapat dikongsi secara meriah dengan semua pembaca dan lebih eco friendly ( read : saya kedekut! )

Hari raya ini jemputlah beraya ke rumah kami.. kami belum bercadang buat open house tapi kalau mahu singgah beraya, sila lah.. hehe

p/s : semoga suami yang sangat saya cintai tak complaint tentang penggunaan bahasa rojak atau kesalahan ayat di dalam kad ini ..
p/s/s : gambar mak hajah tu gigih lukis sendiri.. konon2 kurus sket (padahal!), masih mengekalkan jubah hijau warisan mertua buat gi teraweh....gambar suami tiru dari google image search, coloring je buat sendiri..

Friday, March 18, 2011

Only C can, M maybe not

Ni entry iklan.. ambik berkat hari jumaat, so buat entry pasal perniagaan sendiri yang suam2 kuku berjaya..

Oh sebenarnya bukanlah iklan, ia macam ralat.. ia macam pemberitahuan..

Untuk tempahan sekarang ni yang boleh
  1. Cake & cupcake
  2. Cheese tart
  3. Chocolate
Tiba2 macam subjek entry C semalam..

Yang tak boleh tempah
  1. Macaron (KOG sbb tu sampai skang macs awak takde berita)
  2. Marshmallow
Apesal? sebab M ke? (M juga untuk malas)

Sebab Mixer terbakor... nanti kewujudan mixer baru akan diberitahu kelak..

Friday, December 24, 2010

Sensory Test for our Homemade Marshmallows

One day (padahal hari2) i read Lioness' blog (rawrrrrr)... she talk about marshmallows... ya i love marshmallows, but since my mother forbid me to consume it due to halalness purpose... since that no more marshmallows..

Then i found one homemade marshmallows made by my hubby's auntie's fren..(berapa punya panjang daaa), but then i found it hardly to order from her.. since that no more marshmallows again...

But now not anymore!!! yeay, i could prepare marshmallow by my own...it homemade, no preservative and most IMPORTANT is all the ingredients being used are certified HALAL by Jakim..

It's under R&D, we're now trying to improve the taste and the looks.. If your insists to be a one of our sensory judges, do leave the comment here and we'll prepare some for you.. the sample of marshmallows could be collected at HUKM (weekdays) & Dengkil (weekends)..

We only prepared it by request basis ya... Happy weekends peeps..love u all..:)

Thursday, December 9, 2010

Nice and sweet favor from Ceketfavor

Saya penyokong projek DIY...  masa nak kawen, konon nak sweet, gigih sungguh ni siapkan doorgift sendiri...

Idea ni kawan saya bagi link, dia DIY banyak benda untuk wedding dia dulu..reka kad kawen sendiri, buat guest book sendiri.. naseb baik masa tu dia kawen, kalau ikutkan snap gambar pun dia buat okeh...

Sekarang ni, dia buat personalized favor kalau orang nak kawen atau nak kenduri apa2 pun.. boleh pergi check kat ceketfavor...Cantik kan kadnya...  dia bukan aje ambik tempahan, tapi banyak tips DIY dia tolong carikan tau..^_^

Ok kalau dah jumpa bekas doorgiftnya, nak isi dengan coklat boleh tanya chocville..{hoo oh tumpang iklannnnn..:) }


Untuk mendatang ni, sudah buka tempahan untuk muffin dan cupcake ye... :)...

Wednesday, November 24, 2010

Meraikan Kreativiti

Hari ni saya buat kerja lama..
Kerja mula2 masuk kerja dulu..
Kerja publisiti pasal projek pengumpulan data tempat kerja saya..

Venue aktiviti publisiti kat Stadium Bukit Jalil
Sekarang tengah ada event Festival Malaysia Inovatif 2010
Excited2 pergi konon nak ambik gambar..
Tetiba tak excited bila tengok kamera lupa letak bateri...

Okeh sekian!

p/s : booth opis saya nombor 248 / 249..dekat dengan stage..senang nak dengar cabutan bertuah... cabutan bertuah esok (25/11/10) kereta Satria Neo..

Saturday, October 9, 2010

Hadiah KIta Untuk Generasi Masa Hadapan

I seldomly reveal what institution i'm working with.. Ok actually i'm working with The Malaysian Cohort Project..

What is that????
Projek The Malaysian Cohort ialah sebuah projek kebangsaan yang mengumpulkan seramai 100,000 orang penduduk Malaysia yang berumur 40- 65 tahun sebagai sukarelawan untuk membentuk satu pangkalan data dan bank sampel biologik. Sehingga lepas meeting tadi update sukarelawan kami ialah seramai lebih 55,000 orang. Matlamat awal projek ini sebenarnya ialah mencari penanda awal kanser dan beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetik, hiperkolestrolemia dan lain-lain penyakit.

Apa maksud C-O-H-O-R-T?
Ia bermaksud sekumpulan manusia yang berkongsi ciri yang sama. Dalam projek ini peserta berkenaan berkongsi ciri ; warganegara Malaysia dan berumur 40-65 tahun.

Apa yang sukarelawan perlu buat sepanjang menyertai projek?
Peserta akan diminta untuk menjalani beberapa pemeriksaan ( antropometri, pemeriksaan tekanan darah, ujian biokimia ; glukosa, full lipid profile dan renal profile , ujian fungsi paru-paru, ujian fungsi jantung dan ujian hematologi) dan akan menjalani soalselidik berkenaan tentang sejarah demografik, kesihatan lampau, aktiviti fizikal dan corak pemakanan. Selepas 3 minggu, sukarelawan akan diberikan  keputusan pemeriksaan mereka dan pada setiap interval 6 sekali selama 2 tahun mereka akan dihubungi semula untuk mendapatkan maklumat corak kesihatan mereka sepanjang tempoh itu.

Selain dari keputusan pemeriksaan,apakah faedah untuk peserta?
Secara asasnya boleh dikatakan sukarelawan yang menyertai projek ini hanya mendapat faedah jangka pendek iaitu keputusan pemeriksaan itu sahaja. Walaubagaimanapun melalui pemeriksaan sebegini peserta dapat pendedahan awal tentang tahap kesihatan mereka dan boleh mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Sejajar dengan moto projek iaitu " Hadiah Kita Untuk Generasi Masa Hadapan", hasil kajian dan penyelidikan ini lebih besar impaknya untuk generasi kita akan datang.

Apakah pentingnya untuk mencari penanda awal penyakit?
Pada masa ini, kebanyakan penyakit seperti kanser biasanya ditemui pada peringkat yang telah serius. Oleh yang demikian, kajian epidemologi sebegini dilakukan untuk mengenal pasti pada peringkat manakah sesuatu penyakit berkembang. Dalam Projek The Malaysian Cohort, pendekatan kajian adalah bersifat prospektif ( data dasar adalah dari peringkat sihat dan perkembangan kesihatan sehingga sakit dicatatkan) berbanding retrospektif ( data dasar selepas sakit dan capaian maklumat melalui ingatan pesakit terhadap sejarah kesihatannya).  Kejayaan mencari rawatan sejak penanda awal muncul mungkin boleh membantu kita mengurangkan potensi sesuatu penyakit menjadi serius. Rawatan awal juga bermakna kos yang perlu dikeluarkan adalah lebih murah berbanding rawatan peringkat akhir.

Sekiranya kami berpenyakit, bolehkah kami mendapatkan rawatan di The Malaysian Cohort??
Projek ini adalah ujian saringan sahaja. Sebarang masalah kesihatan yang dialami perlu dirujuk kepada pegawai kesihatan atau doktor peribadi masing-masing. Walaupun The Malaysian Cohort menyediakan khidmat nasihat umum oleh pegawai perubatan secara berkala, namun rawatan kesihatan serta ubat-ubatan adalah dibawah tanggungjawab pesakit itu sendiri.

Bagaimana untuk turut serta?
Anda boleh datang terus ke pusat operasi The Malaysian Cohort di Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan UKM, 56000 Jalan Yaacob Latiff, Cheras KL.. Atau boleh juga hubungi talian bebas tol 1-800-88-2007 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, September 22, 2010

Seni


Blog saya yang terabai cuba dinafaskan semula.. Oh kasihan... Saya buta seni tapi saya suka warna..

Bercakap tentang seni.. seni itu apa eh??

Generalisasi orang seni dalam tv :
cakap mesti nak bermetafora, metafora taknak ckp jelas2 konon suruh orang fikir, kalau lelaki rambut mesti kena panjang, kalau pompuan kena pakai baju pelik2 kombinasi kaler memang macam ..... (isi tempat kosong), suka duduk menyendiri tepi gunung atau tepi pantai... kalau yang buat sajak/lagu bila orang lain baca sajak/lagu, suka buat kerut2 muka konon tak faham sebab penyampaian tak sampai, tak jiwa...

Seni bukan hanya lagu
Seni bukan hanya lukisan
Seni bukan hanya warna

Ameba, paramesium, eritrosit, leukosit juga seni kan? haha tetiba berangan nak jadi orang seni suruh orang fikir sendiri.. ops tak payah fikir, tanya gugel je okeh.. (ini juga seni, seni malas)

Friday, September 3, 2010

Mohon & Mintak 2


Huhu kalau designers kat M'sia tengok hasil illustrator amatur ni pasti gelak guling-guling..tapi percayalah ini ikhlas dari hati dan tangan pengkor.. Sebenarnya suami saya  belum pesan suruh buat macam ni, tapi saya isteri proaktif.. belum suruh sudah buat.. hehe...

Tujuan ini dibuat adalah disebabkan kami tak sempat kedekut nak hantar kad raya dan kami sebenarnya menyokong kempen hijau (rujuk pada baju)..

Kalau entry sebelum ini mohon maaf dan mintak duit raya dengan suami, di kesempatan ini saya ingin Memohon maaf kepada  [semua saudara mara sebelah saya dan sebelah suami saya ] ,kawan-kawan saya [ sekolah : kp, epit, mas, hajar, nade, mimie, eliza, azza, kb, ned, marlia, yang tidak tersebut jgn kecik ati ]  [kolej : ni turut terangkum seperti kawan sekolah ] [ukm : kawan kuasa 10, kak ros, kak ct, rashid, sasu, fida,tiha, farah dura, nurmiza, echot,yang tidak tersebut jgn kecik ati ] [opis : k.aida, fatini, ain, amy, ziha, ja, junaida, arman, k.lin, san love zan, k.ifah, arifah, rodiah, en.khirman, che we ] dan [kawan-kawan bloggers : KOG, Dr.Singa, Siti Sifir, yang tidak tersebut jgn kecik ati ].. manalah tahu sepanjang saya menulis blog ada frasa yang meyinggung perasaan anda semua sama ada dalam sedar atau tido tidak sedar..

Raya nanti jemputlah datang ke rumah, tapi jangan menyesal sebab kami ada 2 jenis je kuih raya [ ni ikhlas ke tak nak jemput ke rumah ni??? ]..tapi tak perlu dikesalkan, sebab rumah kami dekat aje dengan kedai Acheh nak beli sardin ke ikan bilis ke atau kentang ke ayam untuk menjamu anda..hehe

Entry ni boleh je saya buat next week sbb saya masih bekerja, tapi memandangkan hari ni ramai dah balik kampung, so tak mengapalah di awalkan ucapannya..

Akhir kata, bulan September ni memang saya deserve dapat duit raya ...steady aku!!!

p/s : apehal tangan aku macam menari makyung eh???

Tuesday, March 17, 2009

YM saya bengONG2 ^_^

Kepada rakan2 yang kekadang memberikan msg YM kepada saya..

Saya memohon maaf atas kegagalan saya mereply msg2 YM tersebut kerana YM saya ini kadangkala [malahan selalu] bermasalah..Kekadang saya juga berasa nyampah2 sbb ia membantutkan aktiviti bercakap sembunyi antara saya dan rakan2..

Alternatifnya saya selalu berbual senyap melalui facebook...

p/s: ni menjawab kepada rungutan Ned's yg kecik ati saya tak jwb YM nya..rungutan itu telah dimajukan oleh rakan sepejabat saya setelah ape yang dah tulis dekat 3 muka tapi saya buat tak tau je... huhu soooghiiiiiiiieee..
YM ni saje nak sabo saya kot...
myfreecopyright.com registered & protected