Pages

Showing posts with label advertisement. Show all posts
Showing posts with label advertisement. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Tawaran FREE delivery 22.1.2014 (Rabu, malam)

Tuesday, October 15, 2013

4 cakes on the plate : Chocville bestseller cakes

Assalamualaikum wbt

Salam hari raya eid adha teman, sementara tengok salam baitullah ni saya update blog..memandangkan saya bisnes online.. so memastikan blog dan fb sentiasa dikemaskini..

Berikut 4 kek terlaris chocville.. hihi mcm poyo2 je claim laris.. hihi ok sebenarnya berdasarkan statistik order, 4 kek ni permintaan tertinggi.. so saya cuba2 la buat kombo begini setelah saya ambil kira aduan/keluhan untuk order whole cake mahal sangat.., so kombo ini untuk cater aduan2 berkenaan..

Kek yang ditawarkan;
1. Marble Cotton Cheesecake , whole cake RM65, quarter cake RM20
2. Victoria Sponge Cake , whole cake RM65, quarter cake RM20
3. Pecan Butterscotch , whole cake RM85, quarter cake RM25
4. Double Indulgence , whole cake RM85, quarter cake RM25
Total harga sebenar RM90* tapi sambil special price yang ambik 4 jenis ni harganya hanya RM85*

Nanti nak balik batu pahat, kombo sebegini akan muncul lagi...tunggguuuuuuu :)

* harga tidak termasuk delivery charge

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday : Biji Kopi

Kek Chocville dalam bentuk slice ada jual di sini.. Follow instagram Biji Kopi ok :)

Briyani, mee bandung, mee rebus, laksa, soto ada dihidangkan kat situ, tidak dilupakan kopi 434..hihi

Lokasi ; di no 30, Jln Padang Walter Grenier off Jln Imbi ( sebelah butik Rizalman dan belakang Park Royal Hotel)


Saturday, July 6, 2013

Kek dan kuih chocville lagi

Assalamualaikum wbt.. lama tak update blog... bukan malas update, tapi terlupa update apps blogger pada tab.. bila tulis entry gagal nak publish. Tapi orang tak berapa nak diva, tak update pun ok kot...haha..sepanjang proses hibercakey ( haha ganti hiberNASI), saya pi tambah ilmu resepi.. so list kat bawah ni senarai kek jika tuan puan saudara ssudari cikebooong cikeboong nak order ya

Senarai kek chocville
1. Pecan heaven
2. Walnut torte
3. Almond torte
4. Chuky prune
5. Double indulgence choc
6. Macadamia butterscotch
7. Rainbow cake with italian huttercream
8. Carrot cake with cheese buttercream
9. Kek buah kukus

Memandangkan nak puasa dan raya ni, order kek mungkin tak berapa giat, tapi insyaallah satu dua order di pertimbangkan.

Kuih raya chocville
1. Pure butter pineapple tart : RM 28 ( 45pcs per tub)
2. Almond choc chip cookies : RM28 ( 550gram or +70pcs per tub)
3. Almond choc chip crisp : RM28.00 ( 330gram or +50pcs per tub)

Untuk order durian crepe, untuk puasa2 ni saya close dulu sbb puasa2 ni letih plak nak menggayakan crepe yang serba banyak step tu.. Melainkan order 10 pack ke atas, saya gagahkan jua lah.. haha bunyi cam mata duitan, tapi apakan daya, akak tak dapat bonus raya macam korang.. hihi

Ok itu ajalah ya.. untuk sebarang urusan order boleh wassap atau sms 0136076706.. call tak digalakkan sbb bila tengah banyak kerja, susah nak swipe screen phone pintar.. hihi

Akhir kata Selamat menyambut ramadhan kepada seluruh umat muslimin muslimat..doakan saudara2 kita di syria, mesir, palestin, burma.. semoga kita memperoleh rahmat,keberkatan dan pengampunan Allah.. sayang korang :)

Wednesday, May 1, 2013

Kek chocville

Assalamualaikum wbt..
Ok memang lama tak update blog.. memang tahap sloth, takde idea di tambah dengan takda apa nak dikisahkan dengan kerjaya pembuat kuih ni.. Takde bengang ngan bos, takde nak curi tulang tengok fb dan juga tak payah berebut parking lot...hahaha

Sebagai penambah perisa entry ini jemput tengok gambar kek hasil tunjuk ajar Kak Zalina Bzeebakery.. Dalam list ada banyak lagi nak attend, tapi tunggu duit berkepok2 :)

Ombre cake with italian buttercream frosting
weight : ~1.8kg
diameter : 8 inch
price :  RM85.00

Royal caramel ( hazelnut torte with salted caramel cream)
weight : 1.2kg
diameter : 8 inch
price : RM70.00

Sebenarnya ada 2 kek lagi (kek kukus enam bulan dan kek lobak) lagi yang dibuat semasa kelas hari tu.. tapi proses mengambil gambar terganggu oleh kucing yang nak mengecek buttercream tu je.. so end up malas nak ambik gambar.. Memandangkan stok kek menimbun, kami pun duduk berdua je kan, so kita distribute serba sikit dekat jiran2.. terharu dengan jiran tau sebab tolong promote, lepas makan kek esoknya terus ada prospek (hahaha macam MLM plak).

Royal caramel cake transform into a soccer field cake)
weight : 2.5kg
dimension : 12inch x 8 inch 
price : RM140.00

Harap-harap prospek jiran suka.. ampun lah kalau deco kek ini amatur sekali rupanya.. cake decorating class is in list anyway..

Ok, sekarang sudah ada tambahan kek selain kek macadamia butterscotch yang tersangat epik tu..hihi

Thursday, January 31, 2013

Memplagiat iklan chocville

Bila untuk raja sehari ni, hadiah hantaran biasanya tinggi2.. instead sirih junjung, satu lagi boleh tambah macaron bertingkat ni.:)

Harga pakej macaron bertingkat ni hanya RM125.00 (5dirham), tapi memandangkan saya berhasrat untuk mempromosikan ia, jadi harga promosi hanya RM100.00 (4dirham) sahaja

Info ;
Isi dalam 40pcs macaron
Pilihan inti :- coklat,coffee, buttertoffee, orange
Pilihan warna :- maksimum 3 warna untuk tawaran ini
Harga tawaran ini untuk self pick sahaja. Delivery charge berasingan.
Tawaran sehingga 31 Mac 2013 sahaja. Untuk pasangan pengantin yg berminat tetapi majlisnya lambat lagi dari tarikh tutup boleh deposit 50% dulu  sebelum tarikh tutup dan selebihnya byr masa delivery/pick up.

* ayat ini telah diulang cetak a.k.a plagiat dari blog chocville :p

Wednesday, January 23, 2013

Macaron 2013


Assalamualaikum wbt..
Rasa macam lama sungguh mengabaikan cerita macaron..hihi.. yela kan hujung tahun hari tu selalu hujan.. Kalau buat macaron tu ibarat invest kat kaunter yang harga merudum.. haha tapi harga macaron remain cam biasa.. yang ruginya sebab macaron mudah rosak/fail di kala cuaca lembap.. so kita ganti la dengan durian crepe kejam mata tu kan..


Bila dah  lama cuti membuat macaron, rasa neves terlalu amat sangat..neves terlampau tersangat.. memang tersangat2an lah.. Sampai sebenarnya semalam rasa nak refuse dah order akak Jabatan Audit (saya lupa tanya nama akak..haha).. Tapi sampai akak tu video call pujuk mintak buat kan juga.. Maka mak gagahkan hati.. hihi jadi mak rasa macaron hari ni cemerlang rupanya sebab akak tu kot doa sangat2..


Harga macaron masih macam dulu.. cuma sbb packaging 12 pcs payah nak dapat so sekarang mak tukar bekas, so isi sekarang 15pcs.. Harga RM30.. Satu lagi 35pcs, harga RM65..  Eh macam menyelesaikan masalah lak tulis fakta memanjang.. so saya update lagi point harga macaron adalah seperti berikut ;
<15pcs : RM2.50/pcs 
( contoh nak 6 pcs sahaja, flavor lain.. harga = RM2.50 x 6 = RM15)
15pcs : RM30
35pcs : RM65
Flavor : chocolate, coffee, orange, salted caramel, vanilla cream
* pembelian >RM50 je kita consider delivery ya.. kurang dari tu bergantung kepada keadaan contohnya kalau kebetulan kami lalu kat area berdekatan rumah tuan2 dan puan2, tiba2 delivery tu jadi boleh..

Oklah ituje.. kang tak pasal2 nanti banyak lagi contoh..hahaha

Monday, January 21, 2013

Fazlova eh Pavlova :)

Pavlova..:)
Meringue dengan lapisan cream bavarian mascarpone dan potongan buah2an segar ( strawberry, anggur/kiwi, mangga, markisa )
Mini pavlova ;
 4pcs : RM12.00
16pcs : RM40.00

Kalau nak buat sendiri boleh refer resepi di sini

Saturday, December 22, 2012

FAQ untuk pengorder newbie crepe chocville

Soalan 1
Q: Apakah durian crepe?
A: Durian crepe ialah sejenis dessert yg mempunyai 3 elemen ; kulit yang dipanggil crepe, krim dan isi durian. Ketiga2 elemen ini disatukan dengan membungkus krim dan isi durian dengan kulit crepe tadi dengan lipatan sampul surat. Yang magiknya yang terhasil ialah ' bantal durian' a.k.a durian crepe.

Soalan 2
Q: Durian crepe tu rasanya mana?
A: Bergantung kepada resepi yang digunakan.. Ada yang menggunakan cream whip berasaskan susu, ada yang guna cream whip bukan susu, ada juga menggunakan krim campuran antara custard dan whip cream. Rupa krim2 ni hampir serupa tapi sensasi rasa berbeza..

Soalan 3
Q: Chocville guna krim apa?
A: Kami saya guna krim yang dipanggil diplomate creme. Krim ini gabungan pastry cream a.k.a custard dengan whip cream. Maka ia mewujudkan suasana diplomasi antara penggemar custard dan whip cream :p

Soalan 4
Q: Kenapa mesti self pick up
A: Ini kerana kami saya one lady show. Dari beli bahan sampai la jadi sekotak crepe adalah kerja saya. Jadi memang mustahil saya berada di banyak tempat dlm satu masa. Memandangkan crepe durian ini amat sensitif dengan perubahan suhu, maka option terbaik ialah self pick up untuk mengelakkan ia jadi tempoyak crepe.

Soalan 5
Q: Kalau saya order crepe hari ini, bila boleh collect?
A : Bergantung kepada bilangan order. Biasanya setiap hari kami akan membuat sekitar 30-40 bekas crepe dan waktu collection boleh dibuat selepas jam 2.30pm hingga ke malam. Adalah dinasihatkan untuk tuan puan order awal jika mahu lebih dari 10 kotak memandangkan stok crepe memang sangat terhad.

Soalan 6
Q: Macamana nak order
A: SMS atau whatsapp 0136076706; taip CREPEADALAGITAK? Untuk tahu status bil crepe terkini atau order..hihi..Tunggu reply dari kami dan insyaallah order tuan puan kami proses. Tak perlu bayar deposit, tapi kami harap tuan puan tak back out.. Tapi kalau mahu back out juga bagitahu ya supaya crepe berkenaan boleh kami jual pada yang betul2 mahu.

Err ada soalan lagi tak? Mengah jawab soalan...hihi

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, December 2, 2012

Entry iklan :)

Assalamualaikum wbt..

Huhu sungguh lama tak update blog.. Mind block pun ya..Sedikit sibuk pun ya.. Hihi memandangkan saya bukan selebriti blogger, tak update pun tak pe..hihi..

And again, update kali ni juga iklan..haha daripada tag kat fb korang pastu korang unfren ai sebab rimas asyik2 iklan, baik la saya iklan kat page sendiri.. Kalau sudi beli, syukur Alhamdulillah. Kalau belum sudi pun saya sabar menunggu :)

Seperti yang diketahui umum atau yang baru nak tahu  saya kan menjual durian crepe kat kawasan Dengkil, Cyberjaya dan Putrajaya, jadi sempena bulan Disember ni satu lagi produk baru yang Insyaallah, Japanese Crisp Puff Pastry.

Japanese crisp puff pastry filled with diplomat creme and durian pulp
6pcs per pack 
price : RM10.00

Oh ya selain dari itu, saya juga memperkenalkan option pembayaran menggunakan dirham ya.. Jadi yang insist bayar guna dirham Kelantan, saya terima dengan tangan terbuka :)

Untuk memudahkan perkiraan buat masa ini saya start dengan produk berharga; 
1 dirham = RM25, contohnya seperti choc chips cookies, meringue cookies dan 12pcs macaron atau;
2dirham = RM50, 5packs (=25 pcs) of durian crepe, brownies (9x9inch)

Mudah2an niat saya nak memartabatkan penggunaan dinar dan dirham Allah permudahkan.. :)

Last but not least, order durian crepe berjalan seperti biasa ya.. Setiap hari Insyaallah akan buat 25-30 packs, yang booking awal akan dilayan dahulu dan priority kepada yang sudi self picked up. Untuk order boleh sms atau whatsapp 0136076706

Ok dah abes iklan.. tq for reading..

Tuesday, November 6, 2012

Durian crepe bandwagon : orders open for Dengkil,Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Baru Bangi, etc

Assalamualaikum wbt

Ehemmmmm... Err lama tak update blog kan.. Bak kata seorang kucing kawan " makin duduk rumah makin malas update blog.. That's me lah tu..mungkin sbb tak de benda nak dicerita kot.

Hihi walaupun pun begitu saya ada iklan yang nak dikongsi.. Haha.. Iyalah kan dah asyik tengok org update status "durian crepe".. Esok tengok lagi " durian crepe".. Esok tengok lagi "durian crepe cross section" maka dengan ini saya declare untuk join the durian crepe bandwagon haha..

Jualan dah start minggu ini.. Satu box 5pcs = RM10.00.. Memandangkan durian crepe ini sangatlah fragile, maka mmg saya tersangat prefer customer self picked up kat rumah saya.. Untuk kawasan Putrajaya, Cyberjaya,  Dengkil dan Bandar Baru Bangi, saya tengah plan modus operandi penghantaran.. Tapi for the time being klu nak order min kena 5box atau RM50 nilai belian mana2 produk Chocville (haha macam baca buku akta plak!)

Durian crepe saya buat masa ini hanya menggunakan isi durian d24 serta diplomate creme dan kemudian dibalut dengan crepe nipis... Nanti kalau ada permintaan guna musang king boleh juga, tapi harga lain lah ya..^_^

Untuk order sms 0136076706 atau email nutaizaf@gmail.com.. Saya maybe tak sempat prompt reply, tp insyaallah noted.. Almaklumlah saya ni all in one.. Semua kena buat sendiri :p

Ok thanks for viewing the entry :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 11, 2012

Titleless Tuesday #2 ; Calling for Batu Pahat's orders

This is one of my current routine.

Selamat hari Khamis. Hihi saya ingat semalam dah Khamis.. Sebab saya gelabah nak siapkan order kuih cepat sangat nak malam jumaat!

Hari raya Eid Adha ni Insyaallah suami saya kata kami will celebrate kat Batu Pahat, so untuk BatuPahatian order macaron, kueh tart dan choc cluster boleh place dari sekarang  Khamis-Ahad (11/10/12-14/10/12) yeh.. Kalau tak bergantung kepada extra kuih yang saya bawak balik lah ye..

Update harga ;
Macaron (12pcs per box) : RM25.00
Kueh tart nanas ( 50pcs per box) : RM33.00
Choc cluster ( 50pcs per box) : RM25.00

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, October 6, 2012

Macaron lagi :)

Assalamualaikum wbt..
Lama tak cerita pasal macaron kan... Hihi sebenarnya saya nak post entry ni kat blog chocville, tapi ntah kenapa menda alah kuinochi tu dengki sangat kat saya..dah kena buang dari sini, dia menjangkit ke blog situ plak..grrrrrr..

Hihi pic2 macaron ni saya snap pakai phone, edit pki instagram.. Haha ye la kan, mcm tak smartphone gitu kalau tak download instagram apps.. So saya guna la aplikasi tu memandangkan ia social network juga dan boleh memberikan pencahayaan yang cantik kat gambar macaron saya.. Sila la browse @zulfaz bila bukak instagram hihi..

Oh dah alang2 cerita pasal macaron, jika nak tempah boleh la email nutaizaf@gmail.com. . 1 bekas macaron ( 12pcs) berharga RM25.00.. Kalau untuk doorgift boleh juga tempah.. Contoh2 doorgift boleh tengok kat facebook chocville. Ok tu je..dahhhhh

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, September 18, 2012

Kudapan hari raya 2012 ; RM25 sahaja :)

Iklan raya keluar lagi ye.. (haha dah tinggal blog berabuk tetiba kuar iklan raya :p )

Choco cornflakes ; RM25 per tub ( 50+ pcs )

almond cluster : RM25 per tub (50+ pcs)

 cornflakes almond meringue : RM25 per tub (50+ pcs)

Kalau nak order awal untuk makan2 sebelum kecur di bulan puasa pun boleh.. Emailkan order ke nutaizaf@gmail.com dengan tajuk KUDAPAN RAYA eh..

Harga tidak termasuk kos pengeposan :)

Friday, June 29, 2012

Macaron lagi eh :)

Dah la tak bagi alasan kenapa lama tak update blog, bila dah rajin blog asyik update iklan je eh...hihi

Jemput la refer fanpage chocville eh ( menyampah tau macam la glamer sangat ada fanpage hihi )

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, March 31, 2012

Macaron ; Italian method



Menyiapkan macaron selalu ada roller coaster ride feeling... Walaupun dah banyak kali buat tapi debarannya masih sama, kekecewaannya lebih lagi kalau tak jadi...huhu

Saya pengguna french method yg setia  sbb saya ni kategori malas nk prepare air gula.. Saya malas bertunggu tangga kat stove sambil pegang digital termometer tunggu sampai air gula bersuhu 120degree celcius pastu nak kena lari2 pula ke stand mixer (saya agak orang yg gula italian method ni ada induction cooker kat sebelah mixer) untuk tuang pada telur dan teruskan memukul telur dan air gula tadi sampai stiff peak dan meringue sejuk.

Tapi walaupun leceh, tapi ia berbaloi untuk anda yang gatal tangan suka overmix meringue dan bhn keringnya sbb meringue itali ini lebih stabil kerana jaringan proteinnya dah 'masak' oleh air gula panas tadi...

Resepi yang saya guna menggunakan ratio seperti berikut ;

1 bahagian putih telur

1.35 bahagian gula kastor

0.33 bahagian air

1.35 bahagian badam kisar

1.35 bahagian gula aising

Sekiranya putih telur 50g, semua bahagian tu kena didarabkan dengan 50 juga. Jadi ;

50g putih telur

67.5g gula kastor

16.7g air

67.5g badam kisar halus

67.5g gula aising

Sediakan loyang yg di alas parchment paper dan pnskan oven 160 degree

Masukkan putih telur dalam mixing bowl dan mula kan memukulnya pada kelajuan sederhana minima. Dalam waktu itu sediakan sugar syrup. Cairkan gula kastor dengan air sehingga suhu 120degree.

Setelah sugar syrup mencapai suhu dikehendaki tuang ke dalam putih telur yang sedang dipukul. Berhati2 semasa menuang kerana air gula sangat panas!

Naikkan kelajuan memukul sehingga meringue mencapai kosistensi soft peak.

Letakkan pewarna gel dan pukul lagi sehingga stiff peak.

Meringue bertanduk

Masukkan bhn kering ( badam dan gula aising), gaul dalam bentuk kaup balik. Sodokkan penggaul sehingga dasar mangkuk dan naikkan ke atas. Ulang gerakan begitu sampai semua bhn kering dan meringue sebati. Adunan harus mengalir bak lava gunung berapi cheeeewah!

Paipkan adunan dan tunggu ia kering. Dah kering ( kering tu sampai pgg lapisan luarnya macam dah crispy) barulah bakar. Loyang kat kedudukan tengah api bawah dan suhu 160-170 degree celcius.

Bakar lebih kurang 12-15 min. Setelah masak biar seketika atas loyang untuk biarkan feet nya stabil..macaron yg masak sempurna sangat mudah ditanggalkan dari kertas.


Kalau malas buat anda boleh order dari saya juga.. Boleh refer harga terkini Macaron Chocville

Oh ya pilihan warna dan perisa filling boleh rujuk di sini

Untuk yang menyambut hari2 bahagia, saya ada buat juga macaron sebagai doorgift :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 10, 2012

Fruity Nutty Brownies

Korang anggapkan la blog ini macam buku resepi lebihan buku tulis budak abes sekolah... Lately memang isinya berkenaan resepi saja sebab tu je hobby ( kerja tetap ) kebelakangan ini....hihi

Hari ni nak share resepi brownies... Resepi ni asalnya di share oleh K.Del dari Spore kat group..so saya panjang2kan la resepi tu kat sini..

125 g butter
200 g dark choc - sy guna milk choc + 2tsp coffee powder
1 3/4 cup gula kastor - saya guna campur kastor dan molases
1/3 cup cocoa powder
1 1/2 cup tepung
3 biji telur
2 tsp vanilla essence
Nut mixture - saya guna almond strips dan raisins

Panaskan oven
Alas loyang dgn kertas dan griskan.
Ayak tepung dan cocoa powder. Gaulkan kacang dan raisins bersama tepung
Cairkan butter dan choc. Masukkan coffee powder.
Bila dah cair campurkan gula. Kacau.
Masukkan telur satu persatu. Masukkan vanila essence.
Gaul campuran tepung. Kacau sampai well combine.
Tuang dalam loyang dan bakar sekitar 30-40 min suhu 150c* (ikut oven sendiri)

Nota kaki ;
1. Brownies ni kek bantat so telur tu xperlu tunggu suhu bilik pun klu kuar dr peti sejuk.
2. Brownies klu dikurangkan gula akan jadi dry. So bila gula kurang teksturenya more to cakey.

Kalau malas buat boleh tempah kat saya

8x10inch = RM 30
8x5inch = RM 17

Harga tidak termasuk delivery charges. Tq.. :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, January 6, 2012

Beli atau tidak?



Dari semalam tengok iklan ni...hati gigil nk sambar tapi wallet gigil nk kuar duit...haha

Wat say you upon ceramic knife? Hehe bila tny kawan2 yang hatinya juga gigil2 nk beli, nasihat semuanya bertanduk..hehe.. Walaupun pisau sebegini bukan la keperluan yg total tapi ada beberapa kebest'an menggunakan pisau ini..

Best sbb :
*sgt tajam dan xpyh asah
*mudah dibersihkan
*makanan seperti buah buahan dan sayuran xteroksida semasa dipotong

Kurang best sbb:
*klu jatuh dari ketinggian lebih 2m blh patah
*xleh potong tulang sbb blh serpih
*MAHAL!

Haha kini hari sedang berbelah bagi...beli or x beli...hehe semoga ada yang baik hati nk hadiahkan kt saya...hihihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 23, 2011

Stress relief cookies :)

Hehe life yang menstreskan bila susah mau online.. Ni sebab modem dah blow kena panahan petir.. My fault sebab xtutup suis modem masa hari hujan.. Dah la rumah keliling pokok2 kan.. Mmg fav spot petir la (tapi sambil tu saya masih berdoa petir sambar tanah dan lepas tu tumbuh cendawan busut..hehe)

Lepas tu sekarang dipersimpangan nk beli modem dari telekom atau beli sendiri.. Klu beli sendiri mean kena install sendiri..dan masalah nk install sendiri tu ialah, technician telekom before memandai tukar id streamyx kami dan membuatkan tiap kali saya reset modem terus xfunctional...grrr..

Oh ye, gambar hiasan ni adalah chocolate chunk cookies.. satu lagi product tambahan jualan saya.. Hehe jualan tabung oven saya..hehe... Cookies ni diperbuat daripada mentega, tepung, tepung jagung, kacang badam, telur, coklat dan gula.. Actually resepinya sudah ada pun dalam entry yang lepas..korang boleh cuba sendiri, tapi kalau tak kesempatan buat sendiri saya ada ambil tempahan yeh... Boleh tengok kt http://chocville.blogspot.com untuk keterangan lanjut..:)

Ok, before to stress baik saya makan sekeping cookies (sekeping ker?)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, December 19, 2011

Choc cheese brownies

Hari ini birthday adik saya no 2.. Chukey C (haha kitorg pun xtau kenapa frasa "chukey c" tu macam fun sungguh bg saya dan adik bongsu saya)
Semalam dia sebelum balik kampung sempat saya buat sebuku Choc Cheese Brownies.. Haha tu kira hadiah birthday..lalala...

Selama ni saya ralit meneliti resepi kek,jarang2 buat brownies..Secara specific saya pun xpasti perbezaan kek dan brownies..cuma tekstur brownies harus between cakes and biscuits.. Resepi brownies yang saya buat saya sertakan di sini :

Bahan2 :
A - choc part
250g butter
1 cup cocoa powder
3 biji telur
1 1/2 cup gula castor
1/2 cup fresh milk
1 cup tepung + soda bikarb + baking powder
100g melted dark choc

B-cheese part
250g cream cheese
1 cup gula castor
2 tsp jus lemon
1 biji telur

Cara2:

Cairkan butter
Masukkan cocoa powder dalam butter cair dikacau sehingga sebati.
Dalam mangkuk lain, whisk telur dengan gula.
Masukkan gula-telur ke dalam butter-cocoa powder.
Masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan melted dark chocolate. kacau sampai adunan seperti adunan kek yg agak likat.
Tuangkan dalam acuan swiss roll dan bakar lebih kurang 20 min atau sehingga permukaan sedikit keras.

Sementara adunan A dibakar, sediakan adunan cheese (B).
Cream cheese dalam suhu bilik dipukul dengan gula castor sehingga licin.
Masukkan jus lemon dan masukkan telur.
Pukul sehingga sebati.

Setelah bahagian A dah keras sedikit permukaan atasnya, tuangkan lapisan cheese di atasnya ( tuang perlahan2, klu tak jadi telaga cheese).
Setelah lapisan cheese rata, ambil sedikit baki adunan A,masukkan dalam plastik piping dan di paipkan dalam garisan lurus atas cheese.Gunakan hujung toothpick untuk hasilkan corak.
Bakar lebih kurang 20 min atau sehingga cheese golden.

Kalau malas nak buat, boleh juga tempah dari saya.. Saya buat dua ukuran, terpulang anda mau tempah yang mana :)

Jika mau yang beratnya 1.5 kg ; dimensinya 10" x 8" x 2 " harganya RM 65.00

Jika mau yang beratnya 750g ; dimensinya 5" x 8" x 2" harganya RM 35.00

Semua order blh place within 2 days and self pick up di Dengkil ya.. Tq :)
Published with Blogger-droid v1.7.4
myfreecopyright.com registered & protected