Pages

Showing posts with label frens. Show all posts
Showing posts with label frens. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday : Paperless Resume


Zaman sekarang resume dah paperless
Mungkin dalam bentuk Macadamia Butterscotch Cake..haha
#terharu sampai rasa nak gantung pic kat rumah macam Sulaiman Akhlaken gantung gambar Ismet Ulam Raja

Saturday, August 27, 2011

At lasssst!


Tengok muka depan pun saya dh tau sape pengirimnya..
Tq ibu singa..

p/s: akhrnya dpt gak kad ry..haha kesian...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 25, 2011

"I live in Saudi, but im Malay" ~ Jemma



She's belongs to Kak Jeni ( Resepi.net )

p/s: KOG, suami kakak Kak Jeni ni kampungnya di taman perumahan awak

Thursday, July 21, 2011

Menikmati nikmat

Satu hari kami pergi ke kedai makan yang kian banyak cawangan.. signboard besar, banyak gambar mengujakan.. pastu beli majalah ada pulak dalam majalah...memang la keteringinan meluap-luap..

Saya ajak peguam pergi.. peguam kata ok.. pilih-pilih haiwan nak dimakan.. rupanya haiwan boleh dibakar je.. padan la boleh banyak cawangan sbb takyah hire tukang masak ramai-ramai..masa pilih-pilih haiwan tanya harga... gulppp telan air liur sambil makan la lepas haiwan masak je tunggu bil..

Makanan sampai.. Alhamdulillah sedap..puas hati walaupun tadinya kecewa tak dapat nak suruh masak ikan 3 rasa..bloggerkan suka ambik gmbar makanan..

peguam berkata "agaknya berapalah bil nnt eh?"

saya kata " lebih 50 kot"

peguam kata "mungkin..tp i rasa lebih agaknya.. kalau harga mahal, nnt tak payah upload fb or blog eh..nnt orang kata kita menunjuk banyak duit"

saya kata "ok"

Bagi saya bila kita update kat blog bukan niat show off.. niat untuk sharing..tapi saya faham kebimbangan peguam..hehe

Ada kawan saya update dia makan kat seafood Putrajaya..banyak komen kat kotak komen dia kata, "yela ko kan kaya, saya tak mampu makan gini, orang banyak duit je boleh la makan gini"

Apa salahnya menikmati kehidupan hasil penat lelah bekerja..nikmat Allah beri kan..:)

Tuesday, July 5, 2011

Resepi yang lebih susah dari macaron ; sambal kicap!

Tahu tak perasaan sekarang ni nak ape?
Haha nak suami tercinta tu tiap saat okeh..
Sekarang ni rasa nak makan tempeh* ngan sambal kicap..
Rasa tak sabar nak tunggu balik rumah petang karang nak goreng tempeh*
Ni semua sbb tengok entry ms.ossem nilah..hmmmmm
*haha memandangkan selalu saya bercita rasa Western, eja tempeh mesti macam mat saleh okeh..haha

Cite pasal sambal kicap, bagi masyarakat luar Johor, sambal kicap tu macam makanan dari bulan.. Bila kita makan pisang goreng cicah sambal kicap, tetiba ada buat muka pelik ..Haha kalau kat gerai tak yah la mintak, klu ada pun nasib-nasib.. nasib baik sedap, nasik tak baik kureng..

Resepi sambal kicap senang je oke..

Cili api lebih kurang segenggam
2-3 ulas bawang putih
3  sudu  gula 
1 1/2 cawan kicap
3 sudu teh perahan air limau nipis

Kalau ikut resepi mak saya, dia mesti akan tumbuk dalam lesung.. tapi sebab saya dok rumah kayu, kekadang debor nak sakan-sakan menumbuk-numbuk pakai lesung.. saya lebur je semua dalam blender, dan putar..

Kalau ikut resepi kawan saya, dia letak cuka.. Tekak saya alergik cuka, kang tak pasal batuk pastu off makan sambal kicap.. Penah jugak saya tengok kawan saya ni goreng dulu cili tu (pastikan tutup kuali kalau tak nak muka cacat akibat lantunan cili)  dan bawang putihnya, sbb dia kata hasilnya sambal tahan lebih lama dan kurang sket sengatan kepedasannya..

* adik bongsu kesayangan saya klu datang rumah terus google isi peti sejuk saya dan kata ' aku dah agak dah, mesti ada sambal kicap"

Monday, June 20, 2011

Kadang-kadang ke selalu?


Kadang-kadang kehidupan ini indah..

Kadang-kadang ia sedikit pahit..

Kadang-kadang kita terima hakikat pahit manis tu..*haha tapi selalunya mengeluh juga..:p

Kadang-kadang *selalu* saya berazam jadi isteri ideal *wow kelab isteri taat kah?

Tapi kadang-kadang * selalu* turn to realistic wife..( semua kerja rumah ikut mood..haha tq suami for being understanding)

Kadang-kadang sekali saya ironkan baju peguam ZNR&Co.. tapi dia kadang-kadang je merungut..

Kadang-kadang *selalu* saya nak merajuk dengan suami sambil meng ais batu kan diri *saya tak mau jadi tanggang* .. tapi bila tengok dia kena basuh pinggan sendiri atau buat air sendiri atau bila dia tido, marah mengalir hilang  menjadi coklat cair untuk cicah marshallow…

Kadang-kadang saya selalu plan nak tulis status bitter kat fb, tapi most of the time saya cancel sbb kat fb mungkin ramai misunderstood ingat status tu untuk dia.. *simpan dalam hati semula*

Kadang-kadang saya tak tau nak buat entry blog apa.. sebab tu saya came out dengan tagged kadang-kadang ni..hehe

Friday, June 17, 2011

Rustic Pineapple Tart

Satu masa dulu saya selalu berfikir "Nanti nak kawen dengan orang ada kebun buah-buahan lah.. musim buah tak payah beli kat kedai "

Walaupun buah-buahan kegemaran belum berbuah lagi, tapi banyak dah nikmat Allah beri di keliling rumah kami..:)


Lepas panggil tukang mesin sumber oksigen yang makin meninggi hari tu baru perasan nanas keliling rumah dah membesar dengan jaya.. Hasilnya jem nanas..

Sekonyong-konyong (haha wow vocab yang mantap!) jam nanas saya siap, ada status kawan uni merangkap kawan internship merangkap kawan kerja sementara dan kini merangkap jiran se Dengkil yang mengandungi bayi kepingin makan kuih tart..hehe terus berniat dalam hati nak buatkan lah.. ( padahal bukan pernah buat kuih tart pun..:p )


Tarraaaaa! Alhamdulillah jadi juga tart nanas saya (phewwww!).. oke tak payah comment rupanya.. biar saya mengaku siap2 yang rupanya macam kura-kura kan? bunga cengkih juga tak mau lekat.. tak ape lah, namanya juga homemade..haruslah rustic ( cliche!)

Saya buat tart gunting sebab saya takde marble table nak canai doh (walaupun mak mertua ada tinggalkan rolling pin)...

Saturday, April 23, 2011

Gudlak kawan walau di mana pun kamu berada..

Semalam hari yang sangat mengharukan, sebenarnya bila saya tau dia resign selepas saya leave agak panjang awal bulan lalu, saya sudah rasa sedih.. seluruh pejabat juga agak murung dia resign..Masa ucapan di jamuan perpisahan, kawan2 perempuan semua bertakung airmata (Nazihah paling over!).. sampaikan ucapan balas Dato' Prof suruh pegawai lelaki jadi wakil..

Memang sedih, apa tah lagi bagi saya dan K.Aida. yelah sebelum kami sampai di cubicle kerja kami akan lalu cubicle dia..( cubicle saya paling belakang, kalau kawan2 lain sepanjang jalan nak sampai cubicle berenti, mau bengkak mata seminggu agaknya) tapi apa kan daya tempat seorang isteri kan di sisi suami.. dia dah dapat kerja di JB, dekat dengan suami nya..

Belakang : Afifah, Norliza, Baby (munpel) Laili, Salywana, Nazihah
Duduk : Amy, Rodiah ( gudlak Momma), Ain

Memang adat di pejabat kami ada yang datang ada yang pergi... kehidupan kan, bertemu tu rezeki, perpisahan tu memang pasti.. Saya doakan Rodiah berbahagia saja walau dimana pun dia berada..

p/s : Saya rindu dia juga.. ( it took some times nak recover rasa down lepas dia resign..)

Sunday, April 17, 2011

Resume macaron

Satu ketika dulu saya hold order macaron.. memang tak kuasa nak mengocak putih telur pakai tangan beb sebab mixer pusaka terbako...

Oke sekarang dah beli mixer baru.. so kerja macaron boleh resume semula..

Normal macaron RM 1.80 per pcs.. Pack of 12 pcs RM 18.00 only

Lollypop macaron , price RM 1.80-RM 2.50 per piece ( offered for Klang Valley + self pick up orders only)

Di rumah sendiri macaron bukan lah makanan yang mengujakan.. lifetime partner (insyaallah) bukan type sweet tooth.. maka memacaronlah isterinya hanya memenuhi tempahan orang...

Cookies manis ni bukan lah sukar bahan-bahannya, tapi ia memang mahal sebab ia trendy, ia artistik dan juga saintifik.. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya kalau ada 4 dulang, satu dulang mesti dilambai-lambai ke dalam recycle bin... :(

Assorted colors macaron in individual pin box, price RM2.50-RM3.00 per pcs

haha sebok je gambar2 munpel enterframe

Baru lepas ni saya memacaron untk tempahan dia... asalnya saya nak ia berupa lollypop, tapi memandangkan ia nak dibawak travel, saya tukar masuk pin box lah.. kang kemek di sana sini, tak comel pula cookies yang harus comel ni..

Kepada Cik QS yang baru bertunang semalam.. moga lancar perjalanan membina masjid..moga bahagia sampai syurga beb..:),, Terima kasih support perniagaan kecil-kecilan aku yang hangat kadang-kadang suam ni...hoooh!

Sunday, March 6, 2011

Mengimbau anniversary di majlis kahwin

We had a very packed 24hours yesterday.. macam nak pengsan penat tapi macam je.. boleh diringkaskan kami berada di KL (pembetulan dengkil) , kuantan dan KL (pembetulan dengkil) semula 24 jam yang lepas.. meh cerita bergambar je..

Dengkil - Kuantan






















Sebelum sampai Kuantan, kami singgah UIA Gombak sebab suami nak solat jumaat.. huuu klu keluar pagi2, boleh la excuse dengan alasan musafir.. tapi kalau dah keluar kul 12, jangan nak mengada bagi alasan musafir..gi solat dulu.. tips untuk para isteri yang menunggu suami solat jumaat, pastikan tidak meninggalkan hp dalam kereta.. kalau tak, tak pasal2 buat drama airmata sebab suami marah " Apesal tinggal hp, penat dok terpusing2! ".. Walaubagaimanapun mood boleh diperbaiki dengan makan nasi arab yang memang ada merata di sekitar UIA tu...huuuu

Oh ye.. rupanya masa hari kami singgah ni UIA sedang organize Ummatic Week.. 1 Ummah..


Jumpa sedara :p..




Cubaan meniru senyuman yang hampir berjaya!

Dekat Kuantan, kami menginap di Black Stone Resort.. bilik ok la untuk tido semalam.. but not romantic enuff for honeymoon (haha sebab kat kepala otak dah dok teringat Legend International Water Homes je kan..heee ).. Rate untuk bilik satu katil queen ialah RM140..


Memandangkan resort take time juga nak sampai rumah pengantin.. ini termasuk masa mencari kasut.. huu kesian dari KL pakai selipar jepun je, kat Kuantan baru gelabah nak cari kasut.. Dah memang tak sempat survey, terpaksa beli kasut kat kedai mahal { haha poyo! }... tapi memang terpaksa.. Dari resot kami terus pack barang check out sekali.. maka bertolak la kami ke kenduri bekas pengapit.. hei she's PENGANTIN hoccay!.. not pengapit anyore.. Selamat Pengantin Baru kepada Puan Mimi Norhilda & Encik Hafizi.. semoga bahagia sampai syurga..:)


Pasangan yang berlumba melebarkan pipi.. :p


The Makcik Wok gathers
Sitting : Haifa, Aida, Asmah & Maisarah..
Standing at back : Lisa, Tiha, Farah Dura, Baby (munpel)


K.Ros (orang kuat pengantin), Baby (munpel), Maisarah { aku yg baby pun tak ngaku2 baby : monolog dalaman}


Ex-UKMers with the bride and groom.. Their theme was an English Garden.. penanngah siap pakai apron bunga2..comel..

Pengantin2 lama cuba duduk dekat hantaran hint2 suami masing nak mintak handbag Guess



Berlakon macam mak bapak pengantin ...:p

Huuu lepas salam2 pengantin perempuan , salam mak pengantin, salam kawan2.. pergi plak singgah jap Indera Mahkota 15 singgah rumah Bilu..

Biluuuuu

Domestic Goddess :p

Wahim-Ateng nucleus family


Dari sini terus balik Kelumpo.. otw singgah jap Janda Baik beli markisa ( eh mana aku letak poko markisa tu eh? )



Tak beli kat brader ni sbb taknak barangan madu...huuu

McD Genting Sempah

Kul 8 kami nak kena attend wedding di Dewan Perdana Felda.. So bergerak dari Genting Sempah ni 7.25 gitu, ngam2 sampai DPF kul 8..

Norlili Hajar Chik Hisham & Mohd Arif

Y.A.M Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tengku Mukhriz Tengku Munawir

Permaisuri : Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud

Geng Pak Haji dan Hajjah

Bakal Hajjah ngan Abang Haji...heeee

Ok terus mengaku kitorg tak sempat mandi... hooo kalau dah balik dengkil confirm tak attend dah kenduri...
myfreecopyright.com registered & protected