Pages

Showing posts with label giveaways. Show all posts
Showing posts with label giveaways. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Contest Natural Beauty


Ntah ape pun tujuan saya nak masuk contest ni... anggapkan ajelah layan hari2 cuti ( sambil memperbanyakkan entry blog bulan April)

Seperti biasa la kan, klu org buat give away memang suh jadi follower... this part saya dah tanda ( rite )

Pastu suh tepek banner kat entry (tanda rite lagi) ngan side (ni sat lagi rite gak )

Pastu letak gambar sendiri yang make up free and accessories free ( haha maksudnya tiada make up dan akssesori..bukan diorg nak bagi make up dan aksesori free!).. ok nah tgk ni..

Sebenarnya memang hari2 pun muka gini.. sebab saya mana ada bedak, lipstick atau ape2 pun make up.. Pencuci muka pun mujur Sebamed tu boleh apply kat muka dan badan.. Saya pernah make up masa bertunang dan kahwin je...selebihnya suami wa jatuh cinta kat wa sbb natural beauty meh... :)

Pastu tag la 2 kawan yang korang rasa dia rajin balas tagged.. kalau kot spesies malas karang korang publish kat paper Berita Hairan pun dia tak heran..jap tgh pikir sape eh?
Mama Lana ( sebab dia dah chantek dok spa hari tu )
Miss Dejavu ( sebab dia ala2 sweet blood pas ni)

Buatla entry ni bila2 korang suka asalkan sebelum 1 Mei 2011 sebab lepas tu diorg tutup penyertaan bah..

Dah siap buat entry pi komen kat penganjur untuk bagitau yang kita dah buat dah ape yg disuruh..

Ok dah babai!

Monday, November 16, 2009

Buat Duit Dengan Blog

Sekian kalinya blogwalking dan mencari contest [ala2 30 hari mencari cinta gitu la..hehe]... sambil2 refer2 blogroll saya, Puan Siti Sifir yang selalunya akan ada update,dari situlah jumpa blog Puan Masayu.. jumpa satu buku yang menarik [asal menarik je ade kaler pink..♥] yang rasanya dekat dengan jiwa saya dan mmg saya dah buat pun secara berdikit-dikit... Apa yang saya dah buat?????

klik gambar untuk membawa anda kepada contest menarik ini...^_^

Puan Masayu ada tanya saya??? [haha berangan di interview neh...]

1. Apakah status anda kini????
Saya adalah seorang pekerja kontrak sebuah badan berkanun yang selalu berangan-angan supaya Ketua Jabatannya mengumumkan staff jabatan ini boleh bekerja dari rumah..[haiihhhh mimpila agaknya] ...Di masa lapang saya mengisinya dengan mengajar, membuat coklat dan menjualnya ceritanya di Chocville...♫♫♫
Create your own banner at mybannermaker.com!
iklan sket.....☺☺

2.Apakah impian anda di masa hadapan???
Alangkan jawab soalan pun leh berangan, mmg la saya ni banyak impian..
  • menjadikan blog saya lebih efisien dan lebih masyuk daripada pendapatan saya di badan berkanun berkenaan
  • dari dulu lagi saya mengimpikan dapat bekerja dari rumah dengan harapan saya boleh menjaga dan mendidik ♥♥♥♥ generasi masa hadapan saya ☺♥♥♥♥ dengan tangan saya sendiri..[wahai anak2, murnikan harapan 'ibu' ini...heee ☺]
  • saya berhasrat nak develop satu hub [wah!!!! saya yang berwawasan ] latihan kepada generasi muda dengan skill2 tertentu supaya "kekangan payah nak dpt pasaran kerja dengan orang" dapat ditangani dengan mudahnya dengan cara bekerja sendiri dan juga tidak bergantung harap untuk dpt pencen kerajaan..
  • Sbb saya nak selalu ada fleksibel time untuk diri sendiri, keluarga ♥ dan bakal keluarga ♥☺♥
  • Dan sememangnya saya sangat gembira menulis blog [melompat2 gembira!!!!]
Anda semua dijemput untuk join juga contest/giveaway ini..thru email juga boleh kot... syarat2nya mudah saja ;

1.Anda perlulah menjadi follower blog itu
2.Pautan blog naufal di blog anda
3.Letakkan buku pilihan/contest di side bar blog anda [macam saya buat]
4.Siarkan entri berkenaan contest ini di blog anda dan pautan contest ini [ni saya tgh siapkan untuk anda baca...hehe]
5.Tarikh tutup sehingga diberitahu kelak
6.Buku pilihan adalah berdasarkan kesesuaian jawapan anda.
7.Terbuka kepada wanita/pelajar/lelaki (jika mahu hadiahkan kepada isteri)
8.Sila nyatakan/tinggalkan komen untuk mudah saya menjejaki anda [ ok dadaaaaa saya nak p comment kat blog naufal ni...:p ]

Wednesday, September 9, 2009

Menang!!!!!

Saya jarang-jarang berkesempatan join giveaway especially giveaway bergambar kerana kesempatan menggunakan notebook saya hanya limited hujung minggu [selebihnya guna opis punya tapi kat opis sokmo prob nak upload gambar]... Di satu minggu di kala semua orang berpergian, saya menghabiskan masa join 2 giveaway iaitu My Rak Buku dan ILove Malaysia..

Tadi sesaje jelah check blog My Rak Buku nak tau result.. huhu tak sangka sungguh, walaupun dapat third prize... Wow sgt seronok..[huhu gelak2 kembang hidung]...

Semoga Allah memurahkan rezeki penganjur2 giveaway seantero blog (termasuk saya juga kan?????).. Oh ye giveaway Chocville dah hampir ke penghujung.. cepat2 la join.. tarikh tutupnya 13 Sept 09 jam 11.59pm...

Sunday, August 30, 2009

2 HP buat kita melalui kecintaan pada Malaysia

Saya adalah orang yang tak boleh terdetik untuk membeli barangan baru.. Bila je terniat nak barangan baru, mulalah yg sedia ada tu merajuk jadi rosak lah, misplace lah...

Maka kerna itu saya mmg tak berniat nak membeli yang baru walaupun saya sgt teringin untuk ada satu seperti ini...

(Kena unlock dulu...hehe)
(Baru leh dapat posingkan byk2 seperti ini...hehe)


Adakah cara nak dapat secara free...or dapat hadiah hantaran *wink2..or dapat hadiah menang contest? Memandangkan harganya RM2500 ada baiknya buat masa ini, klu nak dapat juga saya boleh try this contest daripada iLOVE Malaysia..

Kenapa plak saya patut dapat hadiah eh?
Kerana saya memerlukann telefon seperti ini untuk merealisasikan kecintaan saya terhadap Malaysia melalui penghasilan coklat saya. Saya juga berharap dengan adanya jaringan tanpa batasan melalui telefon ini tak kira di mana aja, boleh saya dapat ilham Malaysiana bukan?

Eh ada satu lagi cerita best neh... bukan saya sorang leh dapat HP ni tau...jom kite try sama2..apa yang perlu anda semua buat hanya join contest ni dan letak saya nutaizaf@gmail.com sebagai referer... jadi manalah tahu rezeki anda yang menang, saya pun dapat satu..Moga Allah permudahkan rezeki anda (kite)....:)

Oklah step by step begini caranya :
  1. Click website ini
  2. Isi borang
  3. Letakkan saya nutaizaf@gmail.com sebagai referer... ^_^
Selamat mencuba ye kawan2.. saya percaya kite pasti bertuah...:)

Rak Buku Saya

Membaca adalah satu adalah ubat tido bagi visual person seperti saya... as i grew up [dah sampai over grew pun dah] dan kemudian bertemu dgn 'personal lawyer' saya, saya dipaksa untuk rajin membaca..diulangi RAJIN MEMBACA...

Sebenarnya saranan tu ada benarnya.. Malahan wahyu Nabi Muhammad S.A.W yang pertama juga disuruh membaca...betapa besarnya kuasa membaca itu dalam kehidupan kita...Saya berharap kerajinan saya akan menjulang-julang dengan adanya hadiah daripada

(click gambar nak tau lebih lanjut)

kepada saya yang sedang berdikit-dikit ini...
LITTLE THINGS BIG RESULTS kan?..bak kata pepatah saya takde seposen manakan nak cukup seratus..hehe..

Kalau nak join cepat2 sbb dah nak close pun giveaway neh...cara2 nya :
click gambar rak buku tu dan follow the step below
1.Buat satu entry dalam blog masing2
2. Upload gambar sdg menikmati masa berharga bersama buku kegemaran . Gambar paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Tidak dibenarkan mengedit gambar tersebut menggunakan kesan khas.
3.Upload pic giveaway diatas di sidebar dan jangan lupa linkkan ke My Rak Buku.
4. Tinggalkan komen dan link blog supaya owner boleh menjengah ke blog anda.

Thursday, June 11, 2009

Giveaway 1 : 11 Jun 09

Sebenarnya saya bercadang untuk memberikan giveaway sempena promotion online chocolate boutique saya..tapi saya segala terma dan modul peraduannya masih sedang difikirkan...Lebih-lebih lagi saya masih mencari material untuk menjadikan hadiah lebih worth kepada peserta peraduan anjuran saya...hehe

Walaubagaimanapun jgn la risau..saya menganjurkan pre giveaways kepada readers..hadiahnya mungkin kecil tapi membahagiakan okeh...hehe

Caranya mudah sahaja :
  1. add saya sebagai rakan facebook anda menggunakan email ini [bertuah bukan sape dah jd kwn fb saya...hehe]
  2. Jawab 7 soalan "Do you really know Faziatun Nisa'? "
  3. Jawab kesemua soalan dan anda mestilah memperoleh markah >85%
  4. Publish markah anda
  5. Lima (5) peserta bertuah akan saya umumkan di FB dan blog Love to be me dan Chocville
  6. Pemenang yang disebutkan hendaklah mengemail saya dengan menyertakan particular diri anda serta nombor untuk dihubungi.
  7. Pick up point untuk ambil hadiah ialah di Putrajaya, Bandar Baru Bangi, HUKM.. Klu dari Batu Pahat boleh ambil hadiah bila saya bagitahu bila saya balik kampung okeh..^_^
  8. Oh ye setakat ini peraduan hanya terbuka untuk kawasan yang berhampiran dgn pick up point sehingga diberitahu kelak

Selamat mencuba...ciayo!!!!^_^



P/S : GIVEAWAY QUIZ : CLOSED 6pm 11 Jun 09
cuba lagi next month...in planning tougher task n worth giveaway dude..tunggu yer...
myfreecopyright.com registered & protected