Pages

Showing posts with label chocolates activity. Show all posts
Showing posts with label chocolates activity. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Minggu kek (pssst macaron, i still ♡ u!)

Assalamualaikum wbt

I smell like butter already...6 kilo butter digunakan sepanjang minggu ni buat cupcake berkat a.k.a doorgift... alhamdulillah rezeki berkat orang kawen, kita tumpanglah berkatnya kan.. haha pastu lupa snap pics sbb dah macam blank sebab tengok everywhere cupcake, here cupcake and there cupcake..snap gambar kotak je kihkih..jadi la kan..(fazyaaaaaa fazya)

Dalam kesibukan cupcake situ sana sini, regular customer kak su request bday cake anak dia.. untuk birthday Alesya sebelum ni Kak Su order double indulgence cake, untuk birthday Aiman kali ni Kak Su order chocolate indulgence.. memang absolutely chocolatey lah..

Harga cake ini masih remain, RM85 sebiji.. ia 5 layer, berat 1.8kg, diameter 8 inci, deco edible image..delivery sekitar Dengkil masih free, lain2 lokasi ada caj insyaallah..

Untuk tempahan macam selalu, msg atau whatsapp 0136076706.. Deposit 50% untuk confirm order...

Tuesday, August 27, 2013

Sinari hari raja sehari dengan temari :)

Assalamualaikum wbt

Kalau bulan ramadhan lepas kesibukan mengadap oven nak siapkan kuih raya, di bulan syawal ni kita fullfill order mana yang bertunang, mana yang nsk kawen dan mana yang open house. Alhamdulillah rezeki yang menempah dan juga rezeki saya..

Kali ni ada produk baru dari chocville.. kalau ikutkan di pasaran, sejak tahun lepas dah ada, tapi kita baru ada keberanian dan peluang nak practice kek baru yang dinamakan 'temari'..temari ni kategori kek 3d, saiz sekitar besar bola tennis. Kalau ada yang berminat untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan, boleh la hubungi kami.. kalau malu nak cakap boleh sms atau whatsapp..hihi

Untuk jualan buat masa ini temari ni kami jual dalam pakej 5 biji dengan hiasan fondant dan royal icing dengan tawaran harga RM150.00 dalam transparent box. Jenis kek boleh pilih sama ada buttercake/chocolate cake /fruit cake. Untuk lapisan cream pula ganache dan sweet buttercream..

Nak tau temari tu macamana? Tengok gambar bawah ni ya.. oh ya untuk bride to be, selain daripada temari, macaron tier untuk menyerijan majlis juga ada.. macaron tier tu berharga RM125.00. Sekiranya b2b mengambil pakej temari dan macaron tier, harga pakej yang ditawarkan ialah RM250.00 sahaja..:

Terima kasih atas luangan masa yang membaca, boleh hubungi 0136076706 untuk pertanyaan atau tempahan.

♡ fazya

Tuesday, September 18, 2012

Kudapan hari raya 2012 ; RM25 sahaja :)

Iklan raya keluar lagi ye.. (haha dah tinggal blog berabuk tetiba kuar iklan raya :p )

Choco cornflakes ; RM25 per tub ( 50+ pcs )

almond cluster : RM25 per tub (50+ pcs)

 cornflakes almond meringue : RM25 per tub (50+ pcs)

Kalau nak order awal untuk makan2 sebelum kecur di bulan puasa pun boleh.. Emailkan order ke nutaizaf@gmail.com dengan tajuk KUDAPAN RAYA eh..

Harga tidak termasuk kos pengeposan :)

Friday, November 4, 2011

Either famous amos or chipsmore?


Selama mana saya berkahwin, selama tu juga lah saya mula baking.. Tentulah berterima kasih dengan hadiah oven dari kawan-kawan sekolah saya tu kan.. Walau bagaimanapun saya kurang membakar cookies.. jarang sekali malahan kuih raya pun saya tak buat walaupun dah dua kali beraya dengan suami dan oven sekolah ini..haha..

Saya cuba juga buat cookies macam famous amos yang famous tu..the taste is there but haha the look more likely to chipsmore..


Hehe melihat loyal customer saya makan dengan berselera sekali, saya berasa " fazya -1 : famous amos - 0"

Resepinya nanti la saya update.. Bencinta okeh nak edit2, padam2, adjust2 alignment post entry pakai handphone..

Update resepi :-

1 cup unsalted butter
1 cup castor sugar
3/4 cup brown sugar
2 eggs
2 cup flour
1tsp soda
1 tsp baking powder
a pinch of salt
1 cup of chocolate chips - i use lembaga koko chocolate
3/4 cup almond strip

sift flour, soda, baking powder and salt together. Put in choc chips and almond strip inside the flour.
Whisk butter with castor sugar and brown sugar until double up (the color turn out pale)
Put in two eggs and beat again
Pour in the dry ingredient and fold in until well mix
Let the batter rest overnite - > tp saya tak sabar try juga bakar sket..
Bake for 180 degre celcius for 12 min -> mine 150 degree celcius 12 min

Oleh kerana hari mengadun hari tu saya tak menyabar nak bakar, bila spoon sket je atas loyang, tetiba biskut mengembang tak hengat.. lepas tu adunan tu saya simpan overnite dalam fridge.. Infact menurut source resepi ni allthecook.com kata adunan blh simpan up to 4 bulan..hehe tp sy simpan seminggu je,bkr bila nk mkn..bila lepas simpan tu, senang je nk jemput-jemput adunan tu comel2, dan hasilnya comel2 macam biskut famous amos..:)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 20, 2011

Iklan raya : chocolate cluster

Choc cluster : almond + raisin

Ini adalah iklan ulangan dengan harga baru untuk 2011
Kawan-kawan masih ingat lagi saya janji nak post gambar untuk entry ini? Nah sekarang tunai janjinya tapi dengan harga baru.. diulangi harga baru

Ini la choc cluster.. Untuk hari raya ini saya cuma ambil tempahan untuk kuih ini sahaja.. ops bukan kuih tapi coklat cluster ini shaja...sbb saya tak pandai rajin nak buat kudapan lain.. kang buat kuih raya tak sedap akak jugak korang complaint, bila ada complaint terus tak jadi tempah macaron..eh tiba-tiba!~

Ok sedikit info untuk kudapan cluster ini.. ia sebenarnya ia mungkin kekacang atau cornflakes atau buah-buahan kering yang saya enrobed kan dengan coklat compound... errr apa pula coklat compound??.. ianya coklat daripada lemak sayuran (vegetable fat) .. Anda boleh juga request untuk pure chocolate..iaitu coklat yang memang lemaknya daripada lemak koko... untuk pure coklat harganya mmg mencecah 2 kali ganda harga yang saya tawarkan ini..[ rasanya juga mmg lebih sedap... once anda telah terdedah kepada pure choc anda akan meminggirkan coumpound choc... ini kisah benar..huhu ]

Berikut adalah harga bagi tempahan bagi cluster ini..

almond @ cornflakes sahaja : RM24 untuk sebalang

almond + kismis @ cashew @ aprikot @ cornflakes : RM27 untuk sebalang

almond + cashew + kismis @ aprikot : RM27 untuk sebalang

almond + hazelnut : RM25 sebalang

hazelnut + kismis : RM27 sebalang

* sebalang = 50 pcs

* default coklat ialah milk coklat... sila nyatakan kalau nak coklat putih atau dark

* drizzle dengan perasa strawberry / orange boleh dilakukan tanpa sebarang extra charge..tapi kena khabor la ke saya..(satu balang satu jenis drizzle sahaja)

* harga tidak termasuk kos penghantaran. Disarankan untuk self pick up di Dengkil atau HUKM Cheras. 8km radius kawasan Dengkil free delivery [wah beruntung betul orang Dengkil ^_^]

sebarang pertanyaan leh email nutaizaf@gmail.com atau boleh telefon saya 013-6076706

Ok itu aje... selamat membeli :)

choc cluster cornflakes with orange drizzle

Monday, May 9, 2011

Iklan Chocville (1)

Iklan pendek je... internet home & office sengal * maki TM sket!*

Untuk sebarang order macaron, terus proceed call / sms 0136076706 yeh..(we prefer sms ^_^ )

We can't entertain email / blog comment until TM Streamyx team fixing our line.. *sigh*

Regard & Luv,
Chocville Founder (haha mupel je guna term founder)

Sunday, April 17, 2011

Resume macaron

Satu ketika dulu saya hold order macaron.. memang tak kuasa nak mengocak putih telur pakai tangan beb sebab mixer pusaka terbako...

Oke sekarang dah beli mixer baru.. so kerja macaron boleh resume semula..

Normal macaron RM 1.80 per pcs.. Pack of 12 pcs RM 18.00 only

Lollypop macaron , price RM 1.80-RM 2.50 per piece ( offered for Klang Valley + self pick up orders only)

Di rumah sendiri macaron bukan lah makanan yang mengujakan.. lifetime partner (insyaallah) bukan type sweet tooth.. maka memacaronlah isterinya hanya memenuhi tempahan orang...

Cookies manis ni bukan lah sukar bahan-bahannya, tapi ia memang mahal sebab ia trendy, ia artistik dan juga saintifik.. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya kalau ada 4 dulang, satu dulang mesti dilambai-lambai ke dalam recycle bin... :(

Assorted colors macaron in individual pin box, price RM2.50-RM3.00 per pcs

haha sebok je gambar2 munpel enterframe

Baru lepas ni saya memacaron untk tempahan dia... asalnya saya nak ia berupa lollypop, tapi memandangkan ia nak dibawak travel, saya tukar masuk pin box lah.. kang kemek di sana sini, tak comel pula cookies yang harus comel ni..

Kepada Cik QS yang baru bertunang semalam.. moga lancar perjalanan membina masjid..moga bahagia sampai syurga beb..:),, Terima kasih support perniagaan kecil-kecilan aku yang hangat kadang-kadang suam ni...hoooh!

Friday, March 18, 2011

Only C can, M maybe not

Ni entry iklan.. ambik berkat hari jumaat, so buat entry pasal perniagaan sendiri yang suam2 kuku berjaya..

Oh sebenarnya bukanlah iklan, ia macam ralat.. ia macam pemberitahuan..

Untuk tempahan sekarang ni yang boleh
  1. Cake & cupcake
  2. Cheese tart
  3. Chocolate
Tiba2 macam subjek entry C semalam..

Yang tak boleh tempah
  1. Macaron (KOG sbb tu sampai skang macs awak takde berita)
  2. Marshmallow
Apesal? sebab M ke? (M juga untuk malas)

Sebab Mixer terbakor... nanti kewujudan mixer baru akan diberitahu kelak..

Thursday, March 17, 2011

Kebetulan

 Milk Chocolate Cheese Tart

Mulberry Cheese Tart

Bukan selalu mood buat cheese tart datang.. 

Kebetulan K.Aida ( my colleague) tempah nak bawak untuk kakak dia di T'ganu ( oh cheese tart jauhnya kamu terbang.. saya ntah bila boleh pergi lagi )

Kebetulan lagi Makde datang rumah hantarkan semangkuk mulberry segar sebab dia tau saya suka.. { tsk..tsk..tsk.. terharu }

Sambil tengah tekan2 pastry dalam acuan suami saya tanya..
"U ada buat lebih tak Faz? "

" Mestilah ada..takkan i lupakan u"
 Isteri sengih ngada2..:p

Ok masa untuk tido..

Friday, January 21, 2011

Macaron or macaWRONG?

Hari ni hari baking.. i fully utilized leave after late nite working, and seeing hantu main tutup lampu lab to bake a cake for our wedding best man whom also our cousin.. he's getting married tomorrow..

I baked Kek Alunan Kasih since the ingredients still available at home..but i think its better for me to start the day with macaron first before the mixing bowl 'dirt' by butter..


Alhamdulillah my macaron turn well after several time turned to macaWRONG.. haih apehal pulak la kan.. dah la org request,tetiba dia tak mau naik comel2..but macaron principle once it turn wrong, just throw the whole batter..wat the fun!!.. metafora my unimate said, ' macaron ni macam bakteria, once contaminate, kena buat balik semua'..

Tapi tak buang pun takpe, tak baik tau membazir, kan membazir tu amalan syaitan.. boleh juga sebenarnya nak bakar batter macaron yang WRONG tu.. cuma hasil akhirnya macaron yang leper dan crunchy je..takde marshmallowey effect...

Tips menghasilkan macaron yang comel2
  1. Jaga egg white seperti menatang minyak yang penuh.. kalau dah tumpah kat lantai tiada berguna haha.. hoi ape ni?? maksud jaga egg white tu, pastikan ia tak tercampur sedikit pun dengan yolk (kuning telur).. kalau dah tercampur alamatnya goreng buat telur dadar lagi sedap..
  2. Egg white juga tak leh tercampur unsur minyak atau lemak atau apa jua unsur hidrokarbon (petroleum lagi la jgn.. rugi sbb petrol dah mahal kan).. kalau nak pastikan mixing bowl bebas minyak, sapukan dengan lemon squeeze sket..
Time to time saya cuba untuk kenalpasti tips2 lain... saya tak abes sekolah pastry lagi..

p/s : adakah sebenarnya saya patut belajar culinary atau sains pemakanan dulu... but i love being zoologist beside ZUL..errr but am i zoologist now????

Saturday, January 15, 2011

Alunan Kasih with Sahabat

It's almost a week i didn't update blog.. nothing extraordinary happen in life except my boss was awarded Datukship by the Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan..congrats Prof.. wah staff sayang boss... :).. [ i 99% believe he won't read this crap site.. i hope he won't ]

This weekend [ today anyway ] i had meeting with my girlfrens during varsity.. they're my uni mate and housemate too..in certain circumstances they're also my classmates..

Kek Alunan Kasih w choc ganache topping, garnished w slice strawberries

The dessert of the day.. Kek Alunan Kasih [wow nama macam bunyi jatuh cinta gile2 ] topped with choc ganache , garnished w cut strawberries.. I had to cut the berries to  very thin slices since so little berries left in the fridge.. :p

Ain't it gorgeous??? :p

Our main course today is nasi safron, oxtail briyani , ayam masak merah ( i couldn't think best word to name this dish in English), orange-tomato-cucumber salad, acar buah ( google translate said fruit pickle..ye ke??? )  

 my classmate and now may called as Dengkilmate..haha

Sahabat meeting

bride to be met her vendor to be.. *wink2 kan ceketfavor?


Friday, January 7, 2011

My New Toys

Digital thermometer (50-300 deg celcius)

Ramekins set
(70% less Metrojaya sale at PICC.. huu kalau tak tak beli)

creme Brulee? souffle? chawan Mushi?

Saturday, January 1, 2011

Mulberry Cheese Tart

Satu ketika dulu, telah memaklumkan yang kami suka sangat makan mulberry... hoh lagi tambah excited rupanya makcik suami ada tanam kat depan rumah.. rupanya hari2 pergi kerja lalu depan pokok mulberry... Apa kan saya, kami ni umpama garuda patah sayap (tahniah team football, saya suka sbb dpt cuti!) selalu kempunan buah mulberry segar kerana terpaksa berebut dengan burung...

Tapi agaknya akhir2 ini burung cuba bersimbiosis dengan manusia.. pagi2 ni balik sarap (sbb mkn lontong sedap kena guna istilah johor okeh) nampak mulberry bergayut2... cepat2 petik sebelum ia disambar burung...


Syukur alhamdulillah.. ada juga rezeki kami makan mulberry segar dari taman.. kalau yang kaler hitam tu manis sangat.. yang merah pucat tu masam.. saya suka merah sbb rasanya campuran... mulberry2 ni telah pun dipelbagaikan menjadi...

Mulberry cheese tart

Disebabkan mulberry nya ada ciput aje.. nak buat cheese tart ni dah pikir dari semalam.. tapi nak beli blueberry kat Cold Storage tetiba terbeli Lamb Patties plak..dah duit tak cukup (kesiannnnnn!) .. Lebihan pastry yang lain2 tu buat la Chocolate Cheese Tart.. yela, kan tokey chocolate... hehe


Chocolate cheese tart

Sape yang kepingin boleh order.. tapi tak dapat la yang mulberry tu eh.. tapi diganti ngan blueberry... chocolate cheese tart tu anytime.. :)..

tips buat tart shell (ya walaupun kadang2 hangus, kadang2 pecah..yg penting it's homemade!) yang crusty, guna butter sejuk.. tak perlu biarkan dalam room temperature.. terus je campur pada tepung masa ia masih sejuk2.. (potong2 kiub dulu beli senang nak mix dengan tepung )..

Monday, December 13, 2010

Macaron Français

Sandwich French macaroon (fill in w orange ganache)

Akhirnya...

Seminggu ini saya memang berkira2 untuk mencuba French Macaroons.. saya mengambil masa juga nak cuba membuat FM ni sbb saya berasa gentar dengan part2 teknikal nak menghasilkan FM yang cantik..

Kegentaran tu terserlah sampai tido pun boleh mimpi FM tetiba bertukar jadi roti canai, tido bangun balik mimpi plak FM saya jadi kerepek gunting..rasa nak nanges okeh...

Okeh im french now!..propres à la consommation.. :)
{ Err mesti orang percaya aku pandai cakap french, tak pakai google translator!..haha }

UPDATE!!
Saya sedang merancang sesuatu yang manis ni..sila tengok sini..

Thursday, December 9, 2010

Nice and sweet favor from Ceketfavor

Saya penyokong projek DIY...  masa nak kawen, konon nak sweet, gigih sungguh ni siapkan doorgift sendiri...

Idea ni kawan saya bagi link, dia DIY banyak benda untuk wedding dia dulu..reka kad kawen sendiri, buat guest book sendiri.. naseb baik masa tu dia kawen, kalau ikutkan snap gambar pun dia buat okeh...

Sekarang ni, dia buat personalized favor kalau orang nak kawen atau nak kenduri apa2 pun.. boleh pergi check kat ceketfavor...Cantik kan kadnya...  dia bukan aje ambik tempahan, tapi banyak tips DIY dia tolong carikan tau..^_^

Ok kalau dah jumpa bekas doorgiftnya, nak isi dengan coklat boleh tanya chocville..{hoo oh tumpang iklannnnn..:) }


Untuk mendatang ni, sudah buka tempahan untuk muffin dan cupcake ye... :)...

Monday, September 20, 2010

Azam saya



Sungguh kasihan... padahal ye ye saya jual kuih ke biskut ke atau ape ntah klasifikasinya.. tapi di rumah sendiri tiada langsung hidang dalam balang... Azam saya malam ni nak godek2 sket buat penyeri balang kuih raya pusaka mertua..[ almarhum mak mertua saya tinggalkan balang kuih raya yang cantik (means kalau harap menantunya mesti menantunya tak beli)..tq mama!! ]

Sebenarnya konon salin resepi tu memang banyak.. berdasarkan tgk tahap penyalinan, kalau saya ditempat suami saya mesti saya dah bermonolog dalaman " salin je banyak, tapi tak buat pun?".. ampun aban, nanti baby inniate sikap rajin dengan lebih giat lagi..

Sebelum abes raya ni juga saya berazam nak buat :-
  1. Kek Lapis Jambi.. hari tu saya kecek kek ayah saya buat.. (huh terer papa i buat kek).. tapi saya takde playar ngan penekan lapisan kek yang macam ayah saya punya.. [ potensi malas 1 ]
  2. Kek Lumut... tapi saya takde pewarna hijau lumut yang ade kaler oren..huhu dapat bayangkan Kek Lumut tu mungkin jadi Kek Lumut Tanah Tinggi..[ potensi malas 2 ]
  3. Cheesecake yang bakar.. hari tu cheesecake versi masuk peti ais.. [ takde alasan nak potensikan kemalasan ]
  4. Kek Lapis Holiday Inn atau versi KOG ->Kek Lapis Broadband.. tapi saya takde pengisar kering nak kisar biskut meri.. [ potensi malas 3 ]
Huh nak bukak kedai kek ke? bukan..bukan.. but fyi, kuih raya kat rumah saya hanya 2 jenis.. diulangi 2 jenis... tu pun dah tinggal berapa keping je (sebab beli 1 balang je setiap jenis)..saya amat failed buat biskut raya (setelah cornflakes crunchies i hangus..tsk..tsk..tsk..)

Huhu azam berderet, tp tahap pencapaian KPI tu belum dapat dipastikan lagi..kalau update dalam blog mean buat la kot..kalau tak update mean tak buat... tak buat bukan kerana malas tapi takut membazir sebab tak ramai sangat yang datang beraya (ah alasan!!!)

p/s : tempahan dibuka semula sementara i dah sedar diri supaya rajin.. tempahan boleh dimajukan melalui email nutaizaf{at}gmail.com or melalui sms/tepon : 0136076706.. Self collect atau pergi ambik kat pick up point (HUKM atau Bandar Baru Bangi).. Harga tak termasuk penghantaran pos yeh..:)

Thursday, September 2, 2010

Hasil eksperimen

Seperti yang anda ketahui (err kalau tak tau pun nak bagitau ni) saya ialah pembuat coklat yang mengambil order secara online or via phone.. Maka bila namanya online seperti biasa walaupun saya letakkan syarat self pick up, kebanyakan pembeli nak juga ordernya, tadaaaaaaaa sampai depan pintu rumah..so secara tak langsung menjadi tanggungjawab saya memenuhi kehendak pelanggan seperti yang diharapkan... (peh berwawasan sungguh bunyinya kan...^_^ )

Saya baru menggunakan servis kurier Nationwide untuk urusan penghantaran ( sebenarnya suami saya yang tolong buat kan.. tq comel ..hehe). Mula-mula saya plan nak guna Pos Laju je, tapi peguam* saya mencadangkan Nationwide dan saya ambil berat cadangan beliau maka parcel yang berat tu saya serahkan pada beliau mintak tolong hantar kan.. :p 

*( Peguam di Zul Nawawi & Co juga merupakan QC Executive production Chocville.. dia akan rasa dulu sama ada makanan itu sedap atau tidak.. dia sangat berterus terang kalau makanan itu tidak sedap ..huhu )

Pada asalnya saya agak berkerut juga sebab saya assume mesti lagi mahal dari Pos Laju.. Memang pun, untuk caj Pos Laju, 1 parcel berjisim >500g - 1kg caj yang dikenakan ialah lebih kurang RM7-RM8, manakala caj Nationwide untuk jisim yang sama ialah RM14... Tapi selepas mendapat sms dari customer saya yang coklat tak cair maka saya rasa pasni tak teragak-agak nak buka account dengan Nationwide..^_^..

Untuk pembekal barangan fragile** seperti saya, proses penghantaran ialah critical point.. Selain itu satu lagi  info ni saya tanya kat despatch sendiri (haha pencari maklumat), biasanya mereka memulakan tugas proses penghantaran bermula jam 3pm. So tips penghantaran barangan fragile, waktu terbaik untuk anda serahkan pada pihak kurier adalah sekitar 1pm-2pm..

**(di sini diklasifikasikan sebagai coklat mudah cair [coklat mula akan hilang bentuknya pada suhu >40 degree celcius] )

p/s : Order untuk Chocolate Cluster Chocville secara rasminya akan ditutup pada 3 Sptember 2010 dan akan dibuka semula selepas 18 September 2010 (tarikh mesti ingat eh )..hehe

Wednesday, September 1, 2010

Atas bawah depan belakang

Pada satu hari kehabisan butter dan kacang hazel  .. selalunya saya sendiri kan pergi tapi memandangkan kedai kacang, Yummie dekat dengan Zul Nawawi & Co, saya suruh je peguam tu tolong belikan...sori eh.. peguam yang ni saya je boleh mintak tolong macam ni... kalau orang lain, ada professional charges..haha

Peguam : U tau tak, i malas nak gi sana.. sebb kedai tu lah area opis tu jammed [ pergghh benci sangat bunyinya !!! ]
Saya : Ala comel [ gila comel panggil peguam macam ni ..haha ] tolong la.. i tak larat la nak gi, klu tak i dah drive sendiri..kan dah alang2 dekat opis u..

Akhirnya dia nak juga pergi belikan 2 barang yang saya kirim iaitu butter dan kacang badam...redhalah.. sebab saya tidak mau men 'trigger' kan oncogene pembebel, saya tanya pelan2 kenapa hazel boleh jadi badam...

Jawapannya :
U tau tak, bukan jalan je jammed..dalam kedai tu pun jammed.. dah la ramai perempuan-perempuan dalam kedai tu.. susah nak belek2..nak pilih2...perempuan ni, kalau kurus pun space consuming... ape tah lagi yang tak kurus...

Aik space consuming??? 1st time dengar...apesal plak?

Jawapannya :
Yela, perempuan kan banyak curve..atas curve bawah pun curve depan bump belakang bump.. so tu dah makan ruang.. safety zone lagi.. karang dekat sangat accuse molesting plak...

Ok..alasan diterima..tq yang...

Berikutnya saya pergi sendiri ke Yummie.. mmm padanlah.. kalau saya ditempat dia saya pun tak sanggup..

Baru pulang dari hari bercuti-cuti sebelum habis kontrak..
Syukur ada cuti.. syukur jua ujian kurang sihat..
Kan sihat dan sakit itu ujian.. Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar

Tuesday, August 17, 2010

Chocolate Cluster Chocville

Choc cluster : almond + raisin
Kawan-kawan masih ingat lagi saya janji nak post gambar untuk entry ini? Nah sekarang tunai janjinya [walaupun lambat! :( ]

Ini la choc cluster yang saya maksudkan.. Untuk hari raya ini saya cuma ambil tempahan untuk kuih ini sahaja.. ops bukan kuih tapi coklat cluster ini shaja...sbb saya kenal pasti kudapan ini je dapat saya hasilkan dengan kasih sayang.. sbb jenis2 lain sgt time consuming jadi kurang kasih sayang... Saya sayang anda semua maka yang penuh kasih sayang sahaja yang akan saya persembahkan untuk deria sensori anda ^_^

Ok sedikit info untuk kudapan cluster ini.. ia sebenarnya ia mungkin kekacang atau cornflakes atau buah-buahan kering yang saya enrobed kan dengan coklat compound... errr apa pula coklat compound??.. ianya coklat daripada lemak sayuran (vegetable fat) .. Anda boleh juga request untuk pure chocolate..iaitu coklat yang memang lemaknya daripada lemak koko... untuk pure coklat harganya mmg mencecah 2 kali ganda harga yang saya tawarkan ini..[ rasanya juga mmg lebih sedap... once anda telah terdedah kepada pure choc anda akan meminggirkan coumpound choc... ini kisah benar..huhu ]

Baiklah saya recap semula info untuk pembelian dan tempahan bagi cluster ini..

almond @ cornflakes sahaja : RM20 untuk sebalang


almond + kismis @ cashew @ aprikot @ cornflakes : RM22 untuk sebalang

almond + cashew + kismis @ aprikot : RM24 untuk sebalang

almond + hazelnut : RM23 sebalang

hazelnut + kismis : RM24 sebalang

* sebalang = 50 pcs

* default coklat ialah milk coklat... sila nyatakan kalau nak coklat putih atau dark

* drizzle dengan perasa strawberry / orange boleh dilakukan tanpa sebarang extra charge..tapi kena khabor la ke saya.. :)

* harga tidak termasuk kos penghantaran. Disarankan untuk self pick up di Dengkil atau HUKM Cheras. 8km radius kawasan Dengkil free delivery [wah beruntung betul orang Dengkil  ^_^]

sebarang pertanyaan leh email nutaizaf@gmail.com atau boleh telefon saya 013-6076706

Ok itu aje... selamat berpuasa dan selamat membeli :)

Tuesday, August 3, 2010

Raya boleh, tak raya pun boleh

Thinking of choc project during ramadhan..
[ suami, saya tak siapkan lagi iklan seperti yang awak suruh ]

Saya tak rajin untuk mass production praline atau truffle..
[glosari :
praline -> coklat yang dibentuk menggunakan acuan
truffle -> coklat yang bentuk bulat aje dan kemudian sama ada di enrobe dengan coklat/serbuk koko/ kacang/etc ]
Bila mass production hasilnya kurang kasih sayang..
Maka saya pilih buat hamper..
Contoh hampernya nnt upload eh..
[ suami, saya tgh edit gambar...iklan bukan untuk raya pun boleh kan??? ]

Walaubagaimanapun untuk raya ni, seperti tahun sebelum ni, saya akan buat coklat cluster
  1. almond @ cornflakes sahaja : RM20 untuk sebalang
  2. almond + kismis @ cashew @ aprikot @ cornflakes : RM22 untuk sebalang
  3. almond + cashew + kismis @ aprikot : RM24 untuk sebalang
  4. almond + hazelnut : RM23 sebalang
  5. hazelnut + kismis : RM24 sebalang
* sebalang = 50 pcs
* default coklat ialah milk coklat... sila nyatakan kalau nak coklat putih atau dark
* drizzle dengan perasa strawberry / orange boleh dilakukan tanpa sebarang extra charge..tapi kena khabor la ke saya.. :)

sebarang pertanyaan leh email nutaizaf@gmail.com

p/s : gambar??? sabaq na...
myfreecopyright.com registered & protected