Pages

Showing posts with label petani ahmad albab. Show all posts
Showing posts with label petani ahmad albab. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Rustic Pineapple Tart

Satu masa dulu saya selalu berfikir "Nanti nak kawen dengan orang ada kebun buah-buahan lah.. musim buah tak payah beli kat kedai "

Walaupun buah-buahan kegemaran belum berbuah lagi, tapi banyak dah nikmat Allah beri di keliling rumah kami..:)


Lepas panggil tukang mesin sumber oksigen yang makin meninggi hari tu baru perasan nanas keliling rumah dah membesar dengan jaya.. Hasilnya jem nanas..

Sekonyong-konyong (haha wow vocab yang mantap!) jam nanas saya siap, ada status kawan uni merangkap kawan internship merangkap kawan kerja sementara dan kini merangkap jiran se Dengkil yang mengandungi bayi kepingin makan kuih tart..hehe terus berniat dalam hati nak buatkan lah.. ( padahal bukan pernah buat kuih tart pun..:p )


Tarraaaaa! Alhamdulillah jadi juga tart nanas saya (phewwww!).. oke tak payah comment rupanya.. biar saya mengaku siap2 yang rupanya macam kura-kura kan? bunga cengkih juga tak mau lekat.. tak ape lah, namanya juga homemade..haruslah rustic ( cliche!)

Saya buat tart gunting sebab saya takde marble table nak canai doh (walaupun mak mertua ada tinggalkan rolling pin)...

Wednesday, April 13, 2011

Rancangan demi rancangan

Lama tak cerita.. asyik buat entry alphabeth aje untuk memperbanyakkan entry sehari-hari.. Sebenarnya saya ada rancangan yang tak tahu bila berhasil berkenaan entry alphabeth tu.. nnt la, kalau dh ada progress baru boleh cerita semula.. heeee Dalam kotak pemikiran saya selalu ada banyak rancangan.. haha dan intipati idea tu selalunya saya cite kat consultant seumur hidup peguam Zul Nawawi & Co tu.. ideanya macam2, bercabang2.. tapi buatnya bertangguh, mana nak jadi kan?

Oh ya baru sekejap tadi saya baca blog Yin dan Yang.. dia blogger tinggal di Bintulu.. sebenar dia satu batch dengan saya semasa di UKM.. cuma saya belajar bidang Biologi manakala dia belajar bidang Biologi Berteknologi { read Bioteknologi }.. hehe.. Saya suka baca entry blog dia, saya suka refer resepi dia sebab resepinya praktikal.. sesuai untuk orang jenis masak gegas macam saya..Oh ya entry hari ni, dia kongsi resepi ayam bakar dan tip membeli herba2 inggeris yang jauh lebih murah dari McCormick..

Haha berbalik kepada cerita rancangan, menanam herba inggeris juga salah satu daripada rancangan2 yang saya plan dalam hidup saya.. tapi saya kena consistent untuk menjaga dan membelainya... Saya sudah membeli biodegrable pot ( dihasilkan dari kompos daun kelapa sawit) dan beberapa biji benih herba inggeris..harap2 saya rajin la mengusahakannya..untuk pengetahuan umum di kawasan rumah saya ada rosemary ( sudah layu bermula 2 minggu lalu..sedih nak nangis!).. vanilla (alhamdulillah ia hidup dengan jayanya..saya lihat tanaman orkid memang hidup subur dan mau berbunga di kawasan rumah kami..tp katanya untuk menghasilkan vanilla pod kena tunggu at least 3 tahun.. sedu sedan!) dan tomato ( tapi lalat buah asyik menghurung pokok tomato saya..haihhh)

Rancangan menanam seterus ialah nak tanam sage, dill dan kacang panjang... juga tanam semula rosemary (dah macam projek tanaman getah dah bunyinya) , juga nak tanam mulberry dan nak tanam daun salam atau bay leaf ( mintak anak pokoknya dari makcik suami di rumah depan)... Tahukah anda saya kecik hati betul dengan diri sendiri yang tak kenal pokok salam fresh padahal selalu park kereta sebelah pokok salam dan kemuadian gelabah2 pergi carrefour beli sebekas daun salam ( 10 -12 keping ) dengan harga RM7.00.. lepas ni bye2 kaypoh!

Semoga diri sendiri berjaya!

p/s : eh hari ni hari Rabu..patutnya Wordless Wednesday... tapi dah jadi Wordiest Wednesday pula..

Saturday, March 19, 2011

Misi menyelamat

Sementara masih ada mood memasak ni memang update pun tentang makananlah.. kalau malas, korang tak pape pun.. suami sendiri je yang kelaparan karang.. oh tak sampai hati..kesian kat Chomel (haha munpel!)

Oleh kerana mulberry tu masih banyak lagi, so sayanglah kan kalau dibiarkan benyek secara semula jadi kan.. so ape kata kita transform jadi produk hiliran..mat saleh sebut 'end product' lah..

Meh buat jem mulberry di rumah...

pergi petik mulberry di taman astakona seberapa banyak yang dikehendaki..

Mulberry tgh nak dimasak

Basuh dan masukkan dalam saucepan.. letak sikit gula untuk membantu proses caramelize sahaja..tak perlu banyak2 sbb mulberry tu dah ada gulanya sendiri dan tak payah letak air juga sebab mulberry tu akan mengeluarkan airnya sendiri kerana tindakan osmosis ; kepekatan luar sel lebih tinggi dalam sel (haha tukang masak kena menunjukkan skil pegawai sains..ntah ape kena mengena ntah!)

Biarkan ia masak sampai cecair tu likat.. bila dah rasa2 macam sesuai je sapu kat roti, boleh la angkat jem buatan sendiri tu..

Jem Mulberry

Jem ni takde pewarna tiruan langsung.. semuanya Allah bagi.. so selamatlah mulberry ni dari benyek secara semula jadi.. Dah siap boleh la makan ngan lebihan pastry shell buat cheese tart kelmarin.. (haha malangnya pastry shell tinggal ngam2 dua je.. dah berebut laki bini :p )

Maknanya untuk menyelamatkan jem ni kena la buat pastry shell plak...

Hopefully lepas ni saya rajin untuk tanam sendiri pokok mulberry.. Kalau rasa nak kecek pokok tunggu sampai terbukti pokok mulberry sendiri hidup baru akan diwar-warkan ke dalam blog okeh..

Saturday, November 27, 2010

Farmville 1 : Onion, sand ginger and ???

onion and sand ginger (cekur)

need to wait until they big enuf..im forgotten either they're from tomato seeds or chille seeds...hmmmm

Next 'petani ahmad albab' project is to growth rosemary, mint and thyme...using the herb bought from store with the 'magical touch' of root booster..hope will success..huuuuhuu


Thursday, November 11, 2010

Cili api P&P (portable & perm)

Cili api portable .. hari biasa kat luar rumah..pokok perlukan cahaya matahari untuk fotosintesis!...hari harvest masuk rumah [ petani malas pakai tudung..lagi malas kalau ada yang tegur " hai...petik cili ke?"]



Cili api tak linear.. macam pergi buat perm kat salon Wendy.. :).. hoh hampir kering baru nak harvest.. Hasil yang membanggakan.. tapi cili ni kecil2 cili padi (apesal padi plak eh?)... tak sangka berapi macam lada habanero...

I heart shopping at Cold Storage..:)

Sebab kami selera antarabangsa, tempat shopping barang dapur paling disukai ialah Cold Storage {bininya yang suka, lakinya terpaksa suka}.. haha konon tulis jenama macam bagus kan..padahal pergi Cold Storage 8 bulan sekali je..haha

Tapi memandangkan kami kerap makan makanan berciri western dan mediteranean [ trust me, those kind of dishes suitable to working wife.. jimat masa sbb tak payah masak banyak jenis lauk ], ada certain bahan tak jual kat Kedai Acheh..


Contohnya macam thyme dan rosmaria ni.. Kalau resepi dari AFC atau Travel & Living Chanel tu, diorg {chef2 nya} siap tanam dalam pasu je herba2 ni..nak guna petik je dari pasu, tak payah basuh, terus masuk dalam dishes yang diorg masak..

Walaubagaimanapun sukanya pada Cold Storage tu tadi, tak dapat dilupakan cinta pertama iaitu Carrefour..haha...tetiba claim cinta pertama..tanpa disangka2 jumpa


Rosemary in a pot....maka tercapai hasrat nak jadi macam Jamie Oliver tahu..masa jumpa ni kat Carrefour tinggal dua pasu je... huh sanggup ke hulu ke hilir usung pasu takut org nak curi ambik beli pokok rosemary ni juga..dah hilang mood nak shopping lain sebab dah jumpa sepasu rosemary yang dimimpi2kan..

Rosemary ni, kalau masak dengan kambing panggang, peh Perdana Menteri lalu pun tak perasan..bininya mungkin perasan...bukan masak lebur2 sekali, guna daun ni semasa perap kambing tu..confirm hilang hamis kambing..

Huhu setakat ni pokok makanan yang ada kat rumah ialah pokok cili api dan rosemary ni lah.. harap2 lepas ni dapat la beli pokok lain lagi..in list macam banyak orchid vanilla lah, pokok pudina lah, pokok basil {selasih}..in plan semai sendiri ialah bawang, halia, kunyit dan cekur..haha infact benih tomato pun ada beli..tanah bakar dah beli, pasu dah beli, organic pestiside dah beli...tanamnya je tak lagi..tu excited bebenor jumpa pokok siap2 hidup..


Tapi kalau rempah2 macam ni, tak payah la sampai nak gi Cold Storage, kat kedia Acheh pun ada..sebab kat  sana rempah2 berharga oversea..{ gile hape ketumbar 150g harga RM6.90.. padahal beli kat kedai Acheh baru RM0.90)..nanges nak beli...
myfreecopyright.com registered & protected