Pages

Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Wordless #13 : tak berapa nak wordless sebab jadi giveaway..

Satu petang yang hening di tepi Sungai Kangsar..

(A)

(B)

(C)

(D)

Buatlah caption sendiri.. Ini sort of giveaway juga.. Sorang pemenang yang dengan caption dialog terbaik (ter catchy sebenarnya) akan menerima hadiah sumbangan Chocville..Hadiah macam biasa, macaron lah apa lagi!.. (mungkin klu penaja rajin dia akan tambah hadiah lain..berdoalah!)..

Syarat-syarat penyertaan :-
  1. Buat caption untuk gambar-gambar. Caption boleh dalam bentuk dialog, karangan bergambar, syarahan atau pidato atau syair sekali pun.
  2. Karangan atau caption boleh dalam bahasa melayu, inggeris atau dwibahasa. Karangan berbentuk double meaning akan dibatalkan serta merta tanpa belas kasihan.
  3. Sahkan penyertaan anda dengan bagi komen di entry ini.
  4. Sila war-warkan giveaway ini dan syarat penyertaannya sekali, sekiranya banyak penyertaan masuk, penaja berbesar hati nak tambah hadiah.. Kalau penyertaan takat 10 orang je, penaja cuma bagi satu hadiah je..
  5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 26 Julai 2011 : 12.00am
Dah la tu je kot.. oh ye pesanan penaja, hujung minggu ini kami akan pulang ke kampung terchenta Batu Pahat.. so ada sebanyak 6 box macaron (12pcs, perisa bercampur2) yang masih available.. so kalau nak bagitau cepat okeh..1 box RM20 self collect di Taman Indah or kat Wetworld pun boleh.

Oklah tu je.. daaaaaaaa

UPDATE PESERTA ;

Wednesday, June 8, 2011

Siapa nama saya?

Nama saya F.A.Z.I.A.T.U.N. N.I.S.A.' Y.U.S.O.F. B.A.S.H.A ..semasa zaman kanak-kanak saya rasa susah nak ingat nama sendiri apetah lagi nak mengejanya.. disebabkan tu sesuka suki saya akan create nama lain yang saya rasa senang dan macam best je bila ada yang tanya nama saya.

Situasi A
Penanya 1 : Hai adik, adik ni chomel sangat (kof kof kof..terbatuk2!)
Adik chomel : Err nama kita Faizah
Penanya 1 : Eh bukan Faziatun..
Adik chomel : Tak nama kita Faizah..

Situasi B
Penanya 2 : Hai adik, adik ni chomel dan cantik! (uhuk uhuk uhuk.. batuk kokol terus!)
Adik chomel & cantik : Nama kita Fadilah
Penanya 2 : Ooo Fadilah..panggil Dila eh..
Adik chomel & cantik : Aah!

Kejadian macam ni berlaku sampai la saya masuk darjah dua dan lepas tu barulah saya realize nama sebenar saya ialah Faziatun Nisa'.. Haha sengal okeh..Dan sebab kesengalan sendiri ini menyebabkan sampai sekarang saya dihantui dengan 2 nama di atas..

Situasi C (Kejadian pagi ini)
Suami hensem hamster drive kereta sebab nak hantar isteri pergi keja.. Dalam perjalanan lalu depan Apartment Jasmine..

Isteri : Bang, u suka tak kalau nama i Jasmine..
Suami : Kenapa nak tukar nama lagi?.. Jom esok pi angkat sumpah tukar nama Faizah Fadilah Fazya Jasmine..

Hmmm dan lagi satu kekeliruan minda saya ialah ; semalam kan ada buat giveaway tak sengaja. Tarikh tutupnya saya letak 12.00am 8th June 2011.. Maknanya sekarang ni dah masuk fasa tamat waktu la kan?

p/s: Bekas bos kedua saya kata saya selalu lampi (lagi2 nak define kiri kanan).. ni simptom antara pengidap mild dyslexic..

update keputusan giveaway :
Sebenarnya saya berangan-angan nak beli Ice cream maker

Mazura Ahmad, Arfah Zaini dan Narisa Sa'at, sila update alamat kat FB inbox okeh..

Mazura Ahmad & Arfah Zaini terpilih sebagai pemenang sebab sentiasa mencuba menjawab tanpa jemu..

Narisa Sa'at pula, walaupun jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak juri (iaitu aku sendiri) tetapi effort kerjasama suami isteri amat dipuji...haha

Hadiah memasing akan dihantar selewat-lewat sehingga akhir June. Sekiranya akhir June tak sampai2 lagi hadiah memasing, anda boleh remind kat wall FB dengan berkata " Eton, macaron hadiah aku mana?".. :)

Nantikan giveaway seterusnya lepas saya berjaya dapatkan gadget terbaru nanti eh..^_^

Tuesday, June 7, 2011

Satu lagi kitchen toys

Saya tengah dok fikir beli lagi satu lagi kitchen toys [ nampak sangat ayat berbelah bagi..di mulut kata satu..dihati nak plural ]

Awal hari tu saya berangan-angan2 nak sebuah stand mixer kitchen aid.. Alhamdulillah tak lama lepas tu dapatlah satu stand mixer macam kitchen aid...hehe

So hari ni saya post angan-angan seterusnya kat sini supaya ia akan tercapai * harap2 ada orang baca dan terbuka hati nak beli kan saya satu lagi kitchen toys!..haha

Saya dah bagitau kat orang yang saya harap dia baca tu.. dia sengih2 je *saya agak tu sengih green lite (haha reverse psiko kan dia)

Ni antara brand yang establish untuk that particular toy...


  1. Kenwood : dikenalpasti ada kat Malaysia dan harganya not bad :)



  2. Cuisinart : not sure mana nak cari..tapi macam ada juga di pasaran Malaysia..



  3. Ariete : pun tak sure mana nak cari.. macam ada dan macam murah sket dari dua brand di atas.. dan ia ada kaler merah untuk match sebelah stand mixer macam kitchen aid kita tu..hehe



  4. Kitchen Aid : ia pilihan sangat mahal dan kalau beli macam serupa beli satu lagi mixer..
Cer teka cer teka saya nak beli gadget/mesin ape?
Pengomen pertama yang memberi jawapan betul saya hadiahkan sebekas macaron (12pcs) sumbangan Chocville... *chewah suka nak drama..

* Waktu meneka sampai 12am 8th June 2011 eh..*

Friday, June 25, 2010

Nasib baik saya tak tamak :)

Bila blog tidak bergenre tertentu begini mmg suka-suka hati saya saja nak tulis cerita ape pun.. kalau semalam saya iklankan katering perkahwinan saya.. hari ni cerita iklannya tidak kurang menariknya..

Selain tentang makan-makan.. saya juga suka tengok blog craft... kononnya berhasrat nak meng craft tangan malang saya ini keras tangan... Salah satu blog crat yang saya selalu singgah ialah Crazyartzone ..Blog ni milik Puan Maya... Sebab walaupun dia jual hasil craft nya, tapi dalam masa yang sama dia tutur selitkan beberapa tutorial untuk anda DIY... saya konon nak DIY tapi malangnya saya tiada mesin jahit.. dan lebih malang lagi kalau ada mesin jahit pun saya tak pandai guna..hahaha..oh kasihan..oh kasihan..aduh kasihan... [sebut dengan nada lagu "Anak Ayam Dikejar Musang"]

Ok thats lil review about the blog... Walaubagaimana pun sesuatu yang istimewa ditawarkan oleh Puan Maya bersempena hari lahir beliau... tadaaaaaa


ini untuk penerima bertuah pertama.. [errr saya kot..sori uolls ;p ]

bagi penerima kedua & ketiga Puan Maya bagi ini...

Tempting bukan giveaway ini.. Saya terasa tamak nak [haha confident dapat ] tapi saya taknak tamak sebab orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayang... Maka saya war-warkan supaya anda semua pun leh dapat macam saya [huh overconfident dia ni ]..

Caranya sangat mudah... cuma pergi ke link giveaway ini dan beri komen anda.. alahai senangnya... cam lap mulut dengan tisu aje...

Oke.. boleh bergerak sekarang... saya kena bekerja ni..:p

Sunday, October 25, 2009

I REALLY WANTS this

Bukan takat really je...but should say nak sangat..sangat..sangat..sanGATTTTTTTTT! [huhu betapa hendaknya kan?]


See how tiny the craft is? memang salute to Si Kulit Manggis ni...she had a touch of MANGGIC [hehe its combination of mango and magic..^_^]

Anyway anda semua pun boleh lawan merebut hadiah ni dari saya dengan satu click pada mana-mana gambar di atas..[huuu cam saje je kan bagitahu lambat2..kedekut la tu nak bagi org lain chance dapat hadiah neh...:p]

Gambar ape la yang saya nak Mango chop kan ye?? hehe saya rasa saya nak mintak Mango buatkan kucing oren (dedicated to my kucing gebu yang baru nak belajar berchenta tu) dan pokok koko (hehe ya la, kan saya tokey coklat)...

Oh ye jangan lambat2 sgt nak rebut hadiah ni dari saya..sbb tarikh tutup giveaway ni Mango kata :
" Contest will be closed at 12 noon, Tuesday 3rd November 2009"

So kalau saya menang jgn kecik ati tau...hohoho [ayat2 menambah keyakinan diri neh..] .. Pastu jangan lupa tinggalkan komen kat entry tu oke...[tgk!!! baik hati kan saya.. bagitau link tu kat korang..sampai 3 kali okeh!!!! ^_~]

p/s: saya pun nak siapkan hadiah giveaway saya hari tu..sabar ye pemenang2...

Monday, September 28, 2009

Hari raya

Selamat Hari Raya Eid Fitri, maaf lahir batin...[huuuuu cam sgt lambat for this wish...tapi raya sebulan kan????]...saya mmg tak berupaya nak melakukannya seawal mungkin atas sbb2 yang tidak dapat dielakkan langsung...huuuuhuuu

Tahun ni takde gambar raya since saya mmg tak dapat beraya kerana mengalami pakej2 ILI tapi alhamdulillah ia bukan... so sepanjang raya saya dikurniakan suara yang seksi dan pening kepala [maka saya guna alasan ni untuk berehat2 dan membuli adik2 saya yang tak berapa rajin untuk membasuh pinggan]..dlm pada tu saya masih menjalankan tanggungjawab saya sbg anak perempuan sorang yang kena tlg mak saya sediakan mknan dn minuman dan kemudian baring semula...

So mmg tak pergi beraya ke mana2 pun sbb saya merupakan warganegara M'sia yang bertanggungjawab kerana tidak cuba menyebarkan flu dan demam saya itu kepada individu lain [kecuali ma saya yang terjangkit sama sbb dia yg jaga sy sampai mlm...sian ma saya...]

Selama seminggu saya layan lepak tengok tv je.. habis semua rancangan saya khatam.. malah siap tgk ulangan lagi.. agak bosan juga sbb balik2 Duyung tak pun Congkak [apeda astro, byr mahal2 asyik ulang je.. dah la rancangan sama je ngan tv-tv arus perdana lain.. maka saya layan channel HISTORY lagi baik...]

Pada hari raya ke 7 demam saya terus baik bila Alfateh datang rumah...haha.. tq to my dear Alfateh...hopefully next year we could celebrate it together...^_^...

p/s: so jgn la marah klu entry raya ni takde pic... sbb mmg saya tak bergambar langsung time raya ni....huhu...oh ya kepada peserta Giveaway2 sorry for the delay..saya will update in short time.. sbb ada masalah teknikal sket..huhu

Sunday, August 23, 2009

Giveaway 2 [GA2] : Domain website saya

Setelah setahun lebih berblog menggunakan http://fazya.blogspot.com/ saya mencipta lagi satu blog yg khas untuk coklat sahaja iaitu http://chocville.blogspot.com/ ..Walaubagaimanapun untuk pasaran berpanjangan saya rasa nama blog bernada blogspot ini agak "bulky" menyebabkan saya terfikir untuk mengubahnya menjadi http://www[dot]chocville[dot]com/ tapi masalahnya sudah ada entiti lain yang menggunakan nama ini, maka ia tak available untuk saya..:(



Maka saya wujudkan giveaway ini untuk mendapatkan nama terbaik untuk website saya. Kepada readers semua anda dijemput untuk menyertai giveaway ini...



Syarat-syarat penyertaan:



1. Anda dikehendaki memberikan satu nama yang sesuai untuk dijadikan sebagai nama link web site..(contoh: http://www[dot]chocville[dot]com/) ..Ciri nama mestilah padat tetapi menggambarkan keseluruhan aktiviti chocville.blogspot dan ia mestilah beridentitikan Malaysia di mata dunia.

2.Anda mestilah menyatakan mengapa rasional pemilihan nama itu dan mengapa saya harus memilihnya sebagai nama domain website saya..

3.Penyertaan mestilah didahului dengan meletakkan komen anda di entry ini dan seterusnya tinggalkan :

a :link anda supaya saya dapat membaca entry anda berkaitan nama domain saya yang anda sarankan..

b : Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog, anda boleh emailkan penyertaan anda kepada saya di nutaizaf[at]gmail[dot] com

4.Walaubagaimana pun setiap penyertaan mestilah disahkan melalui email, anda hendaklah menghantar email kepada saya dengan meletakkan particular nama, alamat, no untuk dihubungi..setiap peserta akan diberikan no id penyertaan selepas mendapat pengesahan dari saya.

5. Semua penyertaan akan diadili oleh En. Alfateh

6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 September 2009. Walaubagaimana pun pemenang akan diumumkan pada 18 September 2009 [sbb ni hari lahir saya...haha]

7. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada saya..^_^



Hadiah :



Hadiah Pertama : 5oog praline (~48 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 36 cups nutty fruit cluster.



Hadiah Kedua : 380g praline (~ 35 biji coklat acuan) pelbagai filling dan 18 cups cornflakes cluster.



Setiap peserta akan diberikan 10% potongan bagi menyertai kelas belajar coklat dengan saya. Sila nyatakan ID penyertaan anda sewaktu hendak menghadiri kelas coklat. Bagi peserta yang membawa seorang atau dua orang rakan untuk turut sama menghadiri kelas akan diberikan 10% daripada jumlah yuran pengikut anda



contoh :

Yuran pembelajaran =RM250.00

Yuran peserta GA2 = RM250.00 -10% = RM225.00

Yuran peserta GA2 + 1 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (10% of 250) = RM200.00

Yuran peserta GA2 + 2 follower* = RM250.00 -10% = RM225.00 - (20% of 250) = RM175.00

*Follower akan menyertai dengan harga normal



So cepat2 join giveaway 2 ini.. Saya nak bagi kuih ops coklat hari raya untuk anda semua.....^_^

Wednesday, June 24, 2009

Im thinking about what is the quizzies or activities for next giveaway...Any idea?
myfreecopyright.com registered & protected