Pages

Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Amusement peak

Inside gondola view
2 gebu hands with all day pass wrist band
There's a lots of pastries and cakes at the Coffee Terrace.. haha makan sampai rasa taknak balik..hehe
We choose food from  Indian & Vegetarian kitchen as suggested by the restaurant manager.. sedap!

Kali pertama saya ke Tanah Tinggi Genting.
Kami ambil pakej dari Hentian Kajang dengan harga RM53 seorang.
Pakej :tiket bas pergi balik,tiket gondola naik turun,free 1 ride atau minum/makan di Coffee Terrace

Kami beli whole day pass, RM62 seorang,so kami guna tiket inside pakej untuk makan2..hehe

Tak banyak rides yang berjaya dicuba,sbb ramai gla org.malas beratur..
Saya naik spinner : haha rasa macam kena campak..(bukan measles..hehe)
Kami naik pirate train ; menyesal!
Kami naik pirate ship : ni kecut perut
Outdoor rides refers here..
Kami tengok pirate story 4D : rasa macam jumpa pirate betul2!
Indoor games refers here..
(haha lanun betul kami!)

Jumlah perbelanjaan :
Tiket pergi balik (include tiket bas, gondola skyway, makan in package) : RM53 x 2 = RM106
Tiket whole day pas for outdoor and indoor game : RM62 x 2 = RM124
Makan Marrybrown sbb dah lapar haha :p : RM 30
Tetiba ada org ambik gambar kami dalam gondola : RM30
In total : Nearly RM200..hehe sekali sekala takpe kan.. hari-hari pengsan..

At least lebih berbaloi dari harga makan time ni..hehe.. apa pun semua nikmat harus disyukuri.. :)

Published with Blogger-droid v1.7.3

Sunday, May 15, 2011

Philadelphia vs Pilahdenpoieharinila

Haha Pilahdelphia anyway... saya mana ada byk fulus nak terbang ke US sekarang...

Kuala Pilah ni letaknya Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. ya saya sekolah kat matrik tu 11 tahun lepas.. So kebetulan hadir kenduri di Kuala Pilah hari ni, suami saya ajak singgah sekolah lama saya..

 penyamar student matrikulasi negeri sembilan

 hostel saya di sini

 dewan kuliah depan blok hostel saya.. tempat kawan saya ngedate... hehe sape eh?

 rimbunan buluh kat bilik tutorial..dulu kontang okeh

depan bilik kelas di mana cikgu english panggil saya combi sebab saya refuse beritahu nickname sebenar saya ialah eton..

Seb baik mak guard hari ni mood ceria kot..so dia benarkan kitorang masuk.. lagi pun tengah takde student.. diorang akan daftar 23 mei nanti.. kalau ada student diorg tak bagi masuk kot.. safety purpose kan.. 

Dari kolej matrik, kami heading nak balik KL (Dengkil sebenarnya).. dah plan nak singgah beli buah naga or jagung kat area terachi - tanjung ipoh.. Tetiba tersinggah Restoran Warisan.. sebab restoran ni kan penah masuk JJCM..so haruslah try kan.. lagi pun si EmyMIF tu asyik cite je dia gi makan kat sini (tapi tak belanja i pun..)


 Pandangan tepi sebelah sawah

 Apple Longan & ABC..hehe ais sebagai ubat...huuuuu

 Layan ABC dan lempeng pisang ice cream..heaven okeh

 Persembahan kebudayaan

Konon instagram iphone... konon je okeh..

Kat Restoran Warisan kami tak makan heavy.. sebab dari pagi sampai petang dah layan lauk kenduri.. berapa jenis daging dah masuk perut (ayam, lembu, kambing, kerbau)... so walaupun sampai restoran, kami tak lupa diet ...haha.. so ni layan makan2 petang je..saya ambik lempeng pisang ice cream, suami saya order jemput bawang makan ngan sambal tumis (podeh amek!) dengan kuah gulai lemak cili padi..

Secara peribadi kami suka restoran ni.. rasa feel2 kat resort kat Sumatera pun ye jugak.. harga reasonable dengan kesedapan makanan dan layanan tahap coffee house kat hotel okeh.. Kalau ada rezeki dan kelapangan InsyaAllah kami nak datang lagi sini.. :)

Ok la tu je report dari Philadelphia eh Pilahdenpoieharinila..^_^

Sunday, March 6, 2011

Hasil 'tuaian' di Janda Baik

Rasa nak nanges sebab boleh dapat buah-buahan yang memang susah nak beli kat Tesco atau Jusco atau pun Pasar Malam Seksyen 1..


Terus rasa nak pergi Janda Baik tiap2 minggu..

Anak pokok markisa dah dapat..pas ni nak cari pokok nona plak...

Monday, December 20, 2010

Berjalan2 ke Pulau Besar sebagai latihan sebelum ke Mauritius :p

Memang sungguh membencikan buat tajuk begitu.. Tapi hanya tajuk berangan-berangan begini tak perlu bayar duit kapal terbang dan hotel penginapan, hanya bayar bil streamyx ngan bil api sahaja..

Bagi pasangan belum beranak macam kitorg ni, perjalanan tidak dirancang adalah biasa.. tapi adalah tidak molek jika diamalkan sehingga beranak.. melainkan kalau anda ada byk duit dan mempunyai bibik untuk kemas baju, tengok anak, siapkan botol susu steril, kemaskan rumah sebelum pergi jalan2, balik dari jalan2 terus basuh baju etc [ ciri2 majikan kejam kah? ]

Last weekend kami pergi Melaka.. haha Melaka lagi.. macam la Melaka tu tempat favorite.. tapi sebab kami berbudget ciput untuk lawat seluruh Malaysia, cukuplah kami 'Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia' [ ni signboard kat Ayer Keroh tulis gini ]

Ini adalah trip 12 jam sahaja, so tak sempatlah nak pergi segala muzium atau segala taman kat Melaka..next time kami pergi lagi..errrrrk?

bertolak menaiki Titanic..:p

Jeti di Pulau Besar

Island view
Untuk review sedikit fakta tentang Pulau Besar click INI yeh..:)

Lepas balik semula ke Tanah Besar Semenanjung, kami rasa lapar2..alang2 sudah sampai Melaka, inilah masanya pow suami makan ikan ke sotong ke udang ke kerang ke atau ape2 yang dibakar.. so drive laju2 cari kedai makan...

muka excited nak makan..

rupanya hari ni ada event Pesta Sukan KPPK 2010

Keseluruhan kawasan telah dibook oleh kementerian ni untuk event makan malam.. kami pasangan terpilih (haha), orang awam yang nasib2 dapat masuk dan pergi makan kat situ.. orang yang lewat sket dari kami pakcik Rela tak bagi masuk.. kesian...order cepat2 sebab lapa.. (tak lapar pun akan order juga)

Butter Prawn.. dia takde telur tali2 tu, tapi di tabur nestum.. sedap.. saya bagi gred A+

Ikan bakar atas pan burger.. sambal kat ikan sedap.. Gred A+ .. tapi kicap cicah gred B

Kailan ikan masin biasa2.. Gred B

Kupang sweet sour.. Gred A

Alhamdulillah ada sedikit rezeki pergi jalan2.. tahun depan kite pergi Melaka lagi eh...haha..:p

Monday, November 22, 2010

Pagi Minggu di Bazar & Cafe, Rockshire




Haha tajuk memang bunyi hebat je..

Sekali pandang macam boleh berangan berada di tempat lain.. tapi sebenarnya ni kat Jalan Ibrahim, 83000 Batu Pahat..

Sebelum pergi pasar yang harmoni warnanya ni, kitorang pi layan sarapan kat Taman Soga.. nama kedai tu tak diketahui.. lokasi kedai seberang jalan depan sikit je daripada Tasik Y...( korang paham tak direction macam ni??).. Ini kedai favorite sleeping partner (ho ohhh tak agak2 engkau!)

Lontong kering ni kalau makan jangan toleh kat mertua ke, adik ke atau jiran sebelah ke..nanti diorang mintak..haha...

Friday, July 9, 2010

6 days activity quick update : Ini gambarnya ^_^

Summerset Rompin

buku yang membolehkan kite berangan jadi ketua projek multinasional

polo air..diorg je main.. kamera i takleh masuk air..[hehe alasan!]

ni la kanak2 yang naik keta saya sejak dari dalam perut ibunya lagi.. hehe.. my dear cheeky Nur Sarah Sufyan.. err dia perempuan oke..:) [ nnt auntie juju babab sape cakap sarah boy..hehe]

Mr.Crab and Patrick

Konon2 baca paper..

Breakfast


Mersing

Welcome to Sri Malaysia Mersing

Kesian..self snap aje..tiada tripod :(

Isteri chomel sedang berlakon

Untuk KOG.. kat mersing banyak kedai makan berkucing gemuk

Mickey Mouse @ Mersing :p

Isteri ayu di tepi pantai

Lelaki dengan kucing oren ..dejavu

Yahudi jual satar

Pakcik ni melayu la


Kluang

Kopi kaw dan bun mentega KAYA

Minum jangan pandang belakang..nnt mak mertua tau

Kluang Rail Coffee

Saya mungkir janji sbb janji nak letak gambar esoknya.. sebab keesokan selepas entry ni blog jadi goblog... pas ni nak betulkan tv blackout ni plak... alahai... tapi klu malas tunggu [ sebenarnya diri sendiri yang malas]  boleh klik link bawah tv tu eh..:p
myfreecopyright.com registered & protected