Pages

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Hari ni 101010

Semua orang macam teruja sungguh dengan nombor pil binari ni..
Ya ia cantik sekali.. sesuai dijadikan tarikh ingatan sepanjang hayat..
Hehe tapi saya tak cukup sabar untuk tunggu hari ni baru nak kawen..:p

Hari ni 101010

Opismate saya bertunang.. tahniah untuk dia.. unsur pangkal nama bakal suaminya sama macam unsur pangkal nama kedua suami saya..hehe mungkin kami kena badi boss kedua...huhu

Kat tv pula ada tayangan Persandingan Kayangan.. Persandingan pelawat angkasa, Dr. SMS.. Saya tau dia di TV tapi tak kenal dia personally, tapi bila orang tau saya keja di HUKM semua assume saya akan jumpa dia.. hehe saya ni nak cari wad2 di HUKM pun masih kena tgk signboard..:p

Gembira sungguh isterinya dapat kawen Dr.SMS..senyumnya lebar ke telinga.. Tapi saya rasa lebar sangat.. Rupanya yang tersirat di hati saya tersurat di komen fb ntah sapa ntah "Aku pulak rasa sangat kelakar bile pengantin perempuan tak tersipu2 malu, sebaliknya, tersengih2 tergelak2 sakan lambai2 kat orang.. If only she looks lebih pemalu, mesti nampak sangat perfect.. Dr SMS pulak yang nampak malu-malu kucing nak terkam gitu!!" haha.. manusia kan selalu saja ada komennya..

Tiba-tiba teringat masa saya nikah..Gembira hati bukan kepalang nak nikah dengan dia.. Haruslah gembira, sebab saya sayang dia.. Tapi selesai dia jawab akad, sebak juga dada saya.. Tapi saya control air mata dari berjuraian.. huhu tindakan kawalan tu rupanya buat orang rasa " suami dia nangis, isterinya tak nangis "... saya tak dengar pun, tapi suami saya dengar ada yang terungkap begini...macam wajib pula lepas nikah kena nangis kan..haha diri sendiri kena komen, skang nak komen orang pulak???

Buat kawan saya jangan frust tak dapat tarikh 10.10.10, kalau tarikh macam 6.03.10 pun cantek ape?...hehe..kadang-kadang yang terlepas itu mungkin menjanjikan yang lebih baik..:)

Ok selamat 10.10.10 semua..^_^

Saturday, October 9, 2010

Air Markisa dan Jagung Berondong

Hujung adalah hari eksperimen.. Kalau minggu lepas kami eksperimen buat open house, minggu ni eksperimen open house dah dihentikan sebab raya dah abes.. Hari ni eksperimen berkisar makanan dibuat sendiri di rumah..homemade la..

 Anda kenal buah di atas? Orang kampung saya panggil passion fruit.. hooo oh.. ni lah buah manisah..hep hep kenapa cakap begini..ni lah buah markisa.. Suami saya beli kat Janda Baik otw balik jumpa client..pergi ke sini  jumpa client isteri tak marah, tapi kalau berbaik-baik jumpa ngan janda isteri nanges...huhuhu

 Ni anatomi dalam buah ini apabila dilakukan  cross ceasar section.. buah ini digolongkan dalam keluarga beri. Ia dikatakan salah satu daripada sumber makanan yang antioksidan.. Rasa markisa masam2 manis cikgu sha'ari.. jadi tak larat nak makan gitu je, maka markisa yang banyak tu ditransform menjadi ;

 Air jus markisa.. letak gula sket..letak ais sket... huuuu rasa terharu ngan kesedapan air markisa...terus rasa nak jadi pembekal markisa kat Dengkil...

Selain tu rasa nak juga jadi penjual jagung berondong kat pasar malam..jagung berondong???? bahasa indonesia untuk pop corn..hoh tak percaya??? pergi google sekarang [haha tau pun sebab baru google]

* kredit pic from jintanmanis.com.

Bila jagung kering sudah berubah jadi jagung berondong, pindahkan ke sebatian karamel supaya lebih sedap dimakan.. nak manis macamana pun ikut suka.. lepas ni tak payah ambik jagung berondong sambil pejam mata supaya tak dituduh "oooo ko pilih yang manis je eh"... gembira sekali dengar jagung melenting-lenting ..seperti hendak melenting sama..tapi tak manis kan isteri manis melenting-lenting... haha kalau nak dengar bunyi bebelan bak bertih jagung..cepat cuba buat jagung berondong sendiri di rumah..

Ni hasil akhir.. pesanan kesihatan, kurangkan gula dalam makanan.. so sedikit gula cukuplah.. [errr tapi macam tak sikit je???].. Sekarang jagung berondong sudah sedia di makan.. hooo tiba-tiba terasa GSC jual terlalu mahal.. kalau banyak macam ni harganya RM6.00 sedangkan kosnya baru RM0.60..wah 10 kali ganda tahu...dah lepas ni nak tengok wayang bawa jagung berondong sendiri...

Nak resepi jagung berondong??

minyak + mentega (meliputi dasar periuk)
jagung ( dimasukkan menutup dasar periuk)
garam (kalau nak karamel takyah garam, tapi kalau suka masin2 letak lah)

masak dengan api perlahan.. tutup periuk sebab kalau tak tutup, orang lain buat dapat sebakul, anda dapat semangkuk je.. jagung tu kan melompat2..

dalam periuk lain
2 sudu mentega
2 sudu gula
1 sudu madu

panaskan gula sampai perang, masukkan metega, letak madu, masukkan bertih.. gaul cepat... masuk mulut kalau berani bekas.. biar sejuk sebentar.. caramel tadi akan merangupkan jagung berondong itu..

p/s: abang balik cepat..kata nak gi pasar malam Kota Warisan berniaga.. jagung berondong dah nak abes....:p

Hadiah KIta Untuk Generasi Masa Hadapan

I seldomly reveal what institution i'm working with.. Ok actually i'm working with The Malaysian Cohort Project..

What is that????
Projek The Malaysian Cohort ialah sebuah projek kebangsaan yang mengumpulkan seramai 100,000 orang penduduk Malaysia yang berumur 40- 65 tahun sebagai sukarelawan untuk membentuk satu pangkalan data dan bank sampel biologik. Sehingga lepas meeting tadi update sukarelawan kami ialah seramai lebih 55,000 orang. Matlamat awal projek ini sebenarnya ialah mencari penanda awal kanser dan beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetik, hiperkolestrolemia dan lain-lain penyakit.

Apa maksud C-O-H-O-R-T?
Ia bermaksud sekumpulan manusia yang berkongsi ciri yang sama. Dalam projek ini peserta berkenaan berkongsi ciri ; warganegara Malaysia dan berumur 40-65 tahun.

Apa yang sukarelawan perlu buat sepanjang menyertai projek?
Peserta akan diminta untuk menjalani beberapa pemeriksaan ( antropometri, pemeriksaan tekanan darah, ujian biokimia ; glukosa, full lipid profile dan renal profile , ujian fungsi paru-paru, ujian fungsi jantung dan ujian hematologi) dan akan menjalani soalselidik berkenaan tentang sejarah demografik, kesihatan lampau, aktiviti fizikal dan corak pemakanan. Selepas 3 minggu, sukarelawan akan diberikan  keputusan pemeriksaan mereka dan pada setiap interval 6 sekali selama 2 tahun mereka akan dihubungi semula untuk mendapatkan maklumat corak kesihatan mereka sepanjang tempoh itu.

Selain dari keputusan pemeriksaan,apakah faedah untuk peserta?
Secara asasnya boleh dikatakan sukarelawan yang menyertai projek ini hanya mendapat faedah jangka pendek iaitu keputusan pemeriksaan itu sahaja. Walaubagaimanapun melalui pemeriksaan sebegini peserta dapat pendedahan awal tentang tahap kesihatan mereka dan boleh mengambil tindakan untuk memperbaikinya. Sejajar dengan moto projek iaitu " Hadiah Kita Untuk Generasi Masa Hadapan", hasil kajian dan penyelidikan ini lebih besar impaknya untuk generasi kita akan datang.

Apakah pentingnya untuk mencari penanda awal penyakit?
Pada masa ini, kebanyakan penyakit seperti kanser biasanya ditemui pada peringkat yang telah serius. Oleh yang demikian, kajian epidemologi sebegini dilakukan untuk mengenal pasti pada peringkat manakah sesuatu penyakit berkembang. Dalam Projek The Malaysian Cohort, pendekatan kajian adalah bersifat prospektif ( data dasar adalah dari peringkat sihat dan perkembangan kesihatan sehingga sakit dicatatkan) berbanding retrospektif ( data dasar selepas sakit dan capaian maklumat melalui ingatan pesakit terhadap sejarah kesihatannya).  Kejayaan mencari rawatan sejak penanda awal muncul mungkin boleh membantu kita mengurangkan potensi sesuatu penyakit menjadi serius. Rawatan awal juga bermakna kos yang perlu dikeluarkan adalah lebih murah berbanding rawatan peringkat akhir.

Sekiranya kami berpenyakit, bolehkah kami mendapatkan rawatan di The Malaysian Cohort??
Projek ini adalah ujian saringan sahaja. Sebarang masalah kesihatan yang dialami perlu dirujuk kepada pegawai kesihatan atau doktor peribadi masing-masing. Walaupun The Malaysian Cohort menyediakan khidmat nasihat umum oleh pegawai perubatan secara berkala, namun rawatan kesihatan serta ubat-ubatan adalah dibawah tanggungjawab pesakit itu sendiri.

Bagaimana untuk turut serta?
Anda boleh datang terus ke pusat operasi The Malaysian Cohort di Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan UKM, 56000 Jalan Yaacob Latiff, Cheras KL.. Atau boleh juga hubungi talian bebas tol 1-800-88-2007 untuk sebarang pertanyaan.

Friday, October 8, 2010

Why i don't fight for my right?

Dah 7 bulan lebih saya dinikahi dia.. Mean selama itu juga lah saya dah duduk Dengkil dan berulang pergi kerja ke Bandar Tun Razak, Cheras..

Sepanjang raya ni, selain soalan ada isi ke belum, soalan rutin bila jumpa orang ialah di mana saya tinggal dan disusuli kerja di mana..Jawapan saya selalunya dibalas dengan reaksi berkerut dan bersama-sama perkataan "Jauhnya!!!!!"

Huuu ramai yang bersimpati ngan saya yang kena berulang kerja jauh tu... sampai ada yang rasa saya kena adukan ke Tribunal Kekeluargaan Fight For My Right..hehe.. terima kasih atas keprihatinan anda.. tapi sepanjang 7 bulan ini saya tak merasakan perjalanan itu satu kesukaran..

Saya rasa saya ada beberapa alasan kenapa saya tak fight for my right untuk berada dekat dengan opis..
  1. Sebab saya bukan kerja tetap pun.. saya masih lagi berstatus kontraktor binaan..
  2. Sebab menyewa rumah di kawasan dekat dengan opis mahal sekali..klu fully furnished mungkin 4kali ganda jumlah perbelanjaan minyak kereta + tol...
  3. Sebab saya bukan ke pejabat jalan kaki..hehe
  4. Saya tak mampu nak hire peguam nak lawan dengan peguam nak bagi saya menang tuntutan fight for my right...hehe
  5. Sebab paling utama suami saya memang nak duduk Dengkil..
Huiiii bunyi macam lelaki kejam sungguh kan suami tu... tapi kalau saya di tempat dia saya mungkin bertindak sama..Rumah Dengkil tu sentimental value untuk dia.. Di situ kenangan dia bersama arwah Bondanya.. saya lihat kebahagiaan untuk dia mengenang saat2 dia bersama ibunya dan saya turut merasa bahagia yang sama. Bila orang yang kita sayang rasa bahagia pengorbanan berulang itu rasa picisan..hooo oh..

Tipulah kalau saya kata saya tak penat berulang... dah la berulang balik jauh perjalanannya, tergolot-golot masak, kemas sangat sikit, basuh baju dan beberapa lagi tugasan mandatori isteri2 Malaysia (i don't know the condition in other country, but through watching NatGeo some women in African country need to do more than we here anyway..siap kena angkut air telaga, lakinya duduk rehat2)..  tapi suami saya selalu meringankan beban saya dalam bentuk tugasan kontra..
  1. saya masak dan dia makan sambil puji2 + komplen sket2 masakan saya..biarlah bukan tahap hotel atau restoran mahal pun.. tapi selagi suami sudi makan masakan kita, bukankah itu satu penghargaan..:)
  2. Saya kemas sikit, dia kemas banyak.. frankly kemas bagi saya menyapu..tapi bila mengemas, suami saya selalu kena bahagian angkat benda-benda berat.
  3. Suami saya sangat bertoleransi dengan saya yang sangat tak berapa suka nak iron baju.. Baju sendiri kebanyakannya saya beli yang iron free.. Baju dia kadang-kadang sangat baru saya ironkan..Kalau dia boleh tolerate dengan saya takkan saya tak boleh tolerate dengan dia?
Saya gembira duduk Dengkil.. Nanti saya updatekan kenapa Dengkil best...hehe :)

Thursday, October 7, 2010

Beraya di kedai :#2

Selepas siri beraya di Ruz Aladin milik sepupu saya, minggu berikutnya kami gi beraya kat kedai pakcik suami kesayangan (haha saja je buat statement korang benci).. ok serius!! Kedai ni diterajui oleh Pak Mubin. Pak Mubin ni adik kepada arwah Baba..


Sajian yang ditawarkan di kedai Pak Mubin ialah nasi berlauk..Masa kami datang tu dah separuh hari..maka dah tak banyak lauk yang tinggal.. Hehe tapi menu special kedai Pak Mubin ialah Nasi Kukus Ayam Dara..  Ayam dara ni menurut Pak Mubin ialah ayam yang belum dinodai lagi muda.. Berat bersih pun sekitar 1.2kg je..so ayamnya memang kecik...seekor ayam tu cuma dipotong empat aje...Ayam tu diperap dalam rempah khas selama sehari.. mean untuk meniaga esok, malam semalam ayam dah perap.... Dah cerita panjang2 mana gambarnya???? Ampun Pak Mubin..dah sedap2 lahap, terus lupa ambik gambar..tau-tau dah abessss....tsk..tsk..tsk (nanges menyesal tapi perut kekenyangan...:p )


Inilah Pak Mubin dan anaknya, Iwan.. yang dua orang lagi tu muka biasa enterframe blog..haha..

Menurut pemerhatian kami, kedai Pak Mubin ni menjadi pilihan Mat Saleh.. Wah tetiba rasa macam mata dah bertukar biru..hehe

Ok nak pergi makan kat kedai Pak Mubin.. alamat penuh saya lupa tanya.. tapi lokasinya betul-betul bertentang dengan pintu depan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. so sambil bayar saman (ehem2) boleh pergi makan..

Oh ye kalau anda pergi makan sini pagi-pagi anda boleh juga layan makan Nasi Lemak Tang Ling.. (orang ckp nak makan nasi ni kena rebut2..tapi saya sendiri tak penah rasa )
myfreecopyright.com registered & protected