Pages

Monday, August 19, 2013

Tips macaron 6 : Keringkan dulu sebelum bakar

Assalamualaikum wbt

Sudah sekian lama tak share tip buat macaron.. haha sebenarnya apa2 tips pun dah lama tak share.. so sementara mood ada ni laju2 update blog..

Kalau tuan puan yang google cara buat macaron mesti akan jumpa frasa ' keringkan dulu macaron sebelum dibakar'.. Proses pengeringan ni bagi saya adalah mesti.. haha sebab pernah masa malas, saya terus masuk oven adunan yang baru dipaipkan... End up macaron tu pecah macam gunung berapi..tsk tsk tsk...:'(

Kering macam manakah? Kering tu macam kulit kita dry dok dalam aircond.. seriusly as dry as that.. klu kita sentuh surface tu takde lekit langsung.. then baru pop into oven 12min suhu 160-170 degree celcius. Atas alasan macaron ini, kalau hari hujan, jawapannya? DON'T BAKE MACARON!

Abes kalau dah masa dah suntuk ada orang order nak buat camna? Bukan lah tak boleh buat langsung, tapi kegagalan at your own risk ok...haha.. macam saya sebut di atas, macaron mesti kering macam kulit kena aircond.. so solutionnya ialah aircond...:).. bagi yang takde aircond, memang sedih.. tapi ada satu cara lain yang saya guna dulu before aircond installation, turn on oven, buka pintunya letak baking tray nearby, so udara panas tu mengeringkan macaron..

Ada beza tak antara kering dengan aircond dengan kering dengan oven?of cos ada beza, terutamanya tukang bakarnya.. satu boleh bersejuk2 sambil tunggu masa bakar, satu lagi panas nak nanges...haha

Selamat mencuba buat macaron

Pics:
1. Macaron kering guna aircond
2. Macaron kering guna udara oven

Friday, August 2, 2013

Satu Lifetime, my one lifetime experience

Assalamualaikum wbt

Lama tak menulis sebab....... haha i had no reason.. Anggap saja demotivated atau tak rajin atau jika ada husnuzhon, saya agak sibuk siapkan tempahan kuih raya.. hihihi

Dalam pada sibuk2 tu akhirnya ada juga satu cerita yang buat saya super excitednak share sebab ianya Satu Lifetime dalam kehidupan ini.. Alhamdulillah rezeki ramadhan, saya menang tiket sessi bersama Amina El Shafei di Blue Med Restaurant Midvalley Megamall..

Siapa Amina El Shafei? Saya rasa di kalangan penonton saluran Lifetime 709 pasti mengenali Amina dalam program Masterchef Australia musim ke empat.. Amina ni kira peserta unik la, sebab dia peserta Muslim pertama yang menyertai show tersebut ( dia saja yang pakai scarf selain Matt Preston.. haha).. Amina juga boleh dikategorikan beruntung sebab jedua ibu bapanya datang dari latar budaya yang sangat berbeza, Mesir dan Korea Selatan. Kepelbagaian tu menyerlahkan kebolehmasakan ( hah perkataan apakah ini?) dia..

Saya memang sangat over the moon bila dapat tahu saya menang tiket tu.. Tapi sebelum terawang-awang sangat saya tanya husband saya dulu sebab kalau dia taknak pergi, musnahlah harapanku.. Bila dia kata " Eh mestilah nak sangat!!!" masa saya tanya nak tak jumpa kalau Amina datang Malaysia, saya sambung balik feeling super excited tadi.. Ya suami saya tau Amina sebab dia terpaksa tonton Masterchef Australia tu masa kami berbuka puasa..haha.. Memandangkan dia pun kelahiran Mesir( tapi orang melayu ya) so dia terus jadi bandwagon Amina...hahaha

Oh lupa nak cerita about the event.. Petang tu kami berbuka di Blue Med Restaurant. Italian food. Ada Oso bucco ( lamb shank ada kuah2 tomato), chicken cacciatore ( ayam ada tomato dgn mangga kot), spagetti alfredo, spagetti carbonara, shrimp and mussel salad, pizza, salmon butter, turkey quiche dan menu2 lain yang dah terlupa.. Lupa nak ambik gambar sebab asyik ingat nom nom nom jom nom haha lol!.. oh ya desserts of the day was brownies and tiramisu..

Masa kami tengah sakan makan Amina ada cooking demo di Centre court Midvalley.. Dia masak menu kegemaran Tan Sri P. Ramlee, nasi goreng.. haha kelakar dengar Amina pronounce nasi goreng.. Lepas habis masak nasi goreng, dia balik semula ke Blue Med dan buat demo masakan pada kami hari itu 'Steamed Pandan Cake with Longan, Lychee and Rambutan syrup".. Di akhir demo, everyone dapat sepiring cake tu dan nom nom nom nom nom... hihi.. oh last but not least, goodies of the day ; elimination apron, laddles and recipe cards..

Ok enjoy some pics while we're on the event.. :)

Saturday, July 6, 2013

Kek dan kuih chocville lagi

Assalamualaikum wbt.. lama tak update blog... bukan malas update, tapi terlupa update apps blogger pada tab.. bila tulis entry gagal nak publish. Tapi orang tak berapa nak diva, tak update pun ok kot...haha..sepanjang proses hibercakey ( haha ganti hiberNASI), saya pi tambah ilmu resepi.. so list kat bawah ni senarai kek jika tuan puan saudara ssudari cikebooong cikeboong nak order ya

Senarai kek chocville
1. Pecan heaven
2. Walnut torte
3. Almond torte
4. Chuky prune
5. Double indulgence choc
6. Macadamia butterscotch
7. Rainbow cake with italian huttercream
8. Carrot cake with cheese buttercream
9. Kek buah kukus

Memandangkan nak puasa dan raya ni, order kek mungkin tak berapa giat, tapi insyaallah satu dua order di pertimbangkan.

Kuih raya chocville
1. Pure butter pineapple tart : RM 28 ( 45pcs per tub)
2. Almond choc chip cookies : RM28 ( 550gram or +70pcs per tub)
3. Almond choc chip crisp : RM28.00 ( 330gram or +50pcs per tub)

Untuk order durian crepe, untuk puasa2 ni saya close dulu sbb puasa2 ni letih plak nak menggayakan crepe yang serba banyak step tu.. Melainkan order 10 pack ke atas, saya gagahkan jua lah.. haha bunyi cam mata duitan, tapi apakan daya, akak tak dapat bonus raya macam korang.. hihi

Ok itu ajalah ya.. untuk sebarang urusan order boleh wassap atau sms 0136076706.. call tak digalakkan sbb bila tengah banyak kerja, susah nak swipe screen phone pintar.. hihi

Akhir kata Selamat menyambut ramadhan kepada seluruh umat muslimin muslimat..doakan saudara2 kita di syria, mesir, palestin, burma.. semoga kita memperoleh rahmat,keberkatan dan pengampunan Allah.. sayang korang :)

Wednesday, May 1, 2013

Kek chocville

Assalamualaikum wbt..
Ok memang lama tak update blog.. memang tahap sloth, takde idea di tambah dengan takda apa nak dikisahkan dengan kerjaya pembuat kuih ni.. Takde bengang ngan bos, takde nak curi tulang tengok fb dan juga tak payah berebut parking lot...hahaha

Sebagai penambah perisa entry ini jemput tengok gambar kek hasil tunjuk ajar Kak Zalina Bzeebakery.. Dalam list ada banyak lagi nak attend, tapi tunggu duit berkepok2 :)

Ombre cake with italian buttercream frosting
weight : ~1.8kg
diameter : 8 inch
price :  RM85.00

Royal caramel ( hazelnut torte with salted caramel cream)
weight : 1.2kg
diameter : 8 inch
price : RM70.00

Sebenarnya ada 2 kek lagi (kek kukus enam bulan dan kek lobak) lagi yang dibuat semasa kelas hari tu.. tapi proses mengambil gambar terganggu oleh kucing yang nak mengecek buttercream tu je.. so end up malas nak ambik gambar.. Memandangkan stok kek menimbun, kami pun duduk berdua je kan, so kita distribute serba sikit dekat jiran2.. terharu dengan jiran tau sebab tolong promote, lepas makan kek esoknya terus ada prospek (hahaha macam MLM plak).

Royal caramel cake transform into a soccer field cake)
weight : 2.5kg
dimension : 12inch x 8 inch 
price : RM140.00

Harap-harap prospek jiran suka.. ampun lah kalau deco kek ini amatur sekali rupanya.. cake decorating class is in list anyway..

Ok, sekarang sudah ada tambahan kek selain kek macadamia butterscotch yang tersangat epik tu..hihi
myfreecopyright.com registered & protected