Errrrr macam dah boring pulak nak mention keberhabukan blog ni bila buat entry post. Walaubagaimana pun kita counter lah keboringan ini dengan resepi stew kambing. Almaklumlah kan, banyak puan-puan kan selalu #cookingismytheraphy hehe. Maka untuk terapi, makan kambing nak-nak lamb shank memang la syurga dunia :)
Resepi stew kambing ni kami makan bersama Nasi Pilaf. Nak sebut nasi arab macam nervous lak kalau orang tanya originalitinya arab belah mana. Tapi dari segi rasa ada sikit-sikit sama dengan nasi arab (Nasi Mandy) kerana ada beberapa rempahnya hampir sama.
Saya gunakan
1.5kg kambing
4 cawan beras
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
Ketumbar dan jintan putih di sangai dan ditumbuk atau blend kering halus. Boleh tambah paprika kalau nak warna kemerahan
Kayu manis, cengkih , buah pelaga, daun salam dan limau kering masuk saja dlm campuran stew tak perlu di sangai.
3 ulas bawang putih
2 batang (bahagian akar) daun bawang
2 batang ( bahagian akar ) daun sup
2 batang ( bahagian akar) daun ketumbar - dalam gambar ni daun ketumbar tu tersimpul rapi :p
2 biji lada hijau
Sebiji lobak
Sebiji kentang
2 biji setengah tomato
Semuanya dihiris dan ditumis. Mula-mula tumis bawang2 dan sayuran berubi dulu. Kemudian masukkan yang lain kecuali tomato.
Kalau ada periuk tekanan Noxxa lagi bertambah mudah (tapi saya tidak tahu caranya dan timing kerana tiada periuk berkenaan), tapi kalau periuk tekanan Giant atau periuk cap buaya made in Thailand pun boleh :D
Perasakan dengan garam setelah penutup periuk dibuka
4 cawan beras Basmathi - rendam 10 minit dan toskan semua air rendaman
1 sudu besar garam - kurang jika stew telah diletak garam
Masak nasi seperti biasa menggunakan periuk nasi. Bila dah 'cook' boleh la nom nom nom nom nom
Salsa timun
1 biji timun
1 biji tomato
1 biji lada
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar perahan lemon
Hiris semua sayuran dan perasakan dengan garam, gula dan air lemon










