Pages

Tuesday, June 8, 2010

My Water Moments

Pernahkah anda berangan nak bergambar begini? --> sebenarnya saya yang berangan. tapi versi tutup aurat ar sebab nanti tok laki* saya marah


Hehe tapi saya hanya mampu sampai tahap begini saja


Ini disebabkan saya tiada kamera digital yang hidrofilik**.. Setakat ni kamera saya tu bersifat hidrofobik*** di mana kalau masuk air ia akan suka berkunjung ke pejabat khidmat pelanggannya untuk diperbetulkan... Nak ambil gambar atas batu begini pun kena jengkit2 (tu kalau saya) tapi nasib baik suami saya tinggi so tak payah jengkit..Alahai seperti teringin nak ada satu yang boleh masuk air..

Kamera ape yang anda rasa bagus eh???
Jawapannya ialah kamera free yang paling bagus.. mungkin Nuffnang ada mendengar suara kecil saya lepas tu terus organize satu contest untuk memberi satu kamera free dekat saya..:)

Memperkenalkan Cybershot TX5

Inilah kamera bagus yang saya maksudkan.. sudahlah boleh masuk air, free pula... ia dilengkapi dengan ciri-ciri yang tahan habuk , tahan suhu dan anti gegar.. semua ciri2 baik ini membolehkan kite ambil gambar yang jelas dan tiada noise...

Satu lagi lens capture yang ditawarkan sudahlah lebar, ada pula kebolehan Sweep panaromic supaya boleh ambil panjang-panjang macam dengan begitu natural sekali..

Err ape lagi yang boleh kita harapkan dengan harga RM1499.00..Memang berbaloi-baloi untuk dimiliki.. tapi seperti saya kata tadi, saya rasa lebih best kalau ianya free..:)

Ia datang dengan 5 warna iaitu Green, Pink, Red, Silver dan Hitam tapi boleh hasilkan banyak warna bila anda telah cuci gambarnya di kedai gambar...hehe

Kalau nak info lebih lanjut. silakan tanya SONY mereka lebih pakar dari saya..

* tok laki : suami

**hidrofilik : suka/mesra air

***hidrofobik : benci air

Pic : google source, Nuffnang, own

myfreecopyright.com registered & protected