Pages

Thursday, July 21, 2011

Menikmati nikmat

Satu hari kami pergi ke kedai makan yang kian banyak cawangan.. signboard besar, banyak gambar mengujakan.. pastu beli majalah ada pulak dalam majalah...memang la keteringinan meluap-luap..

Saya ajak peguam pergi.. peguam kata ok.. pilih-pilih haiwan nak dimakan.. rupanya haiwan boleh dibakar je.. padan la boleh banyak cawangan sbb takyah hire tukang masak ramai-ramai..masa pilih-pilih haiwan tanya harga... gulppp telan air liur sambil makan la lepas haiwan masak je tunggu bil..

Makanan sampai.. Alhamdulillah sedap..puas hati walaupun tadinya kecewa tak dapat nak suruh masak ikan 3 rasa..bloggerkan suka ambik gmbar makanan..

peguam berkata "agaknya berapalah bil nnt eh?"

saya kata " lebih 50 kot"

peguam kata "mungkin..tp i rasa lebih agaknya.. kalau harga mahal, nnt tak payah upload fb or blog eh..nnt orang kata kita menunjuk banyak duit"

saya kata "ok"

Bagi saya bila kita update kat blog bukan niat show off.. niat untuk sharing..tapi saya faham kebimbangan peguam..hehe

Ada kawan saya update dia makan kat seafood Putrajaya..banyak komen kat kotak komen dia kata, "yela ko kan kaya, saya tak mampu makan gini, orang banyak duit je boleh la makan gini"

Apa salahnya menikmati kehidupan hasil penat lelah bekerja..nikmat Allah beri kan..:)

4 comments:

kucingorengemok said... Reply to comment

kaaann? lalala... dan sedikit 'beng' bila yang berkata² tu kita tau tak sengkek mana pun

kesimpulan dari takde laporan dan gambar di sini, haiwan bakar awak makan tu mahal la ye? hehe

ciketon fazya said... Reply to comment

@kucingorengemok

hehe mmg mahal sbb kira pakai berat haiwan.. huhu makan 2 org, 2 lauk nearly RM80..pengsan!

tp dpt cuba sekali jadilah kan..dah tau mahal tak pegi lagi...haha

tp gmbar tak upload sbb notebook demam..hmmmm

Psyche said... Reply to comment

bapak saya kata, kalau nak makan, makan je, tak kira lah harganya berapa. Kalau mampu, apa salahnya, bukan nak makan hari-hari.

suami saya pun kata, tak payah pikir sangat pasal harga makanan kalau dah rasa nak makan. Makan je lah.

Saya kata, dari duit habis beli benda yang tak perlu, apa salahnya beli makanan yang jadi tenaga supaya kita senang hati juga untuk beribadah.

Oh, komen orang tu, aminkan aje. haha. 100 orang cakap cenggitu, doa tu. kita makan bukan pakai duit dia pun. senyumkan saje~

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche
aah kan.. bukan nak makan hari2.. sekali sekala.. :p

hehe kita manusia biasa, suka sangat teringin.. haha