Pages

Tuesday, July 19, 2011

Smartphone ramblings

Ada orang kata bila mula-mula pakai smartphone bil or kredit tetiba banyak tak pasal2..
Saya kata  ya.. sebab saya tak ambik mana2 plan.. Lepas tu tertekan activated data network lepas tu bil jalan macam makan angin takde tujuan minyak keta isi penuh-penuh jadi 'Empty'..hmmmmm

Baca forum kata smartphone Android suka buang-buang tenaga bateri ke longkang (istilah forum cell drainage)..
Saya kata ya... hmmm charge macam patuh dgn arahan orang kedai selama 8 jam ( tapi macam 7jam setengah kot), lepas tu kejap je bateri bertahan sebab on wifi, on sync data dan on ntah segala macam pastu biarkan idle.. Lepas tu bateri panas, yang beli kan tanya tukang pilih ' eh phone ni mmg macam ni ke?'.. tukang pilih tak tau jawab, rasa nak moody terus tido..:p..

Bila dapat benda baru, yang lama pula buat perangai..
Ni mmg selalu berlaku.. untuk diri saya lah  (saya tak boleh terniat nak beli benda baru langsung, kang tak pasal yang ada 'demam').. baru la nak feel ada pc on palm tetiba notebook rezeki monitor goyang-goyang bergaris-garis.. Moga notebook rezeki akan baik lepas bawa jumpa 'doctor'.. saya still tak mau kata nak cari pengganti sbb notebook rezeki banyak jasa.. salah satunya rezeki berkahwin.. saya harap dia sihat..dia sihat.. dia sihat.. walaupun saya feel2 pc on palm, tapi kehadiran notebook rezeki mmg sangat diperlukan..


4 comments:

Psyche said... Reply to comment

aa, saya salu off jek "packet data". haha. giler kedekut. Bukak bila nak guna jek. Tapi pernah bukak sbb nak retrieve mms, pastu lupa off, nasib baik tak beratus2 jadinya.

Kasih Kita said... Reply to comment

saya dah jual ajer smartphone. Padahal adiah aniversary tuh huhu... nasib baik hp lama boleh pakai lg. Waktu tu terdesak sebab nak pakai duit.

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche
sementara cari penyelesaian dah sempat la kena caj puluhan..hmmm

ciketon fazya said... Reply to comment

@Kasih Kita

Insyaallah ada rezeki nnt mungkin dpt ganti lebih baik kan.. :)