Pages

Wednesday, August 17, 2011

Review masjid #1

Bulan ramadhan ni ramai buat bazar review kan. Tetiba rasa nk buat review jugak.. Saya nak buat masjid or surau review.. Memandangkan bulan puasa cmni je rajin sket kan gi singgah surau masjid, sana-sini..

Masjid 1
Masjid Jameatus Solehah (masjid mercedes benz)
Lokasi: Pekan Dengkil
Fasiliti: tempat letak kereta (limited sebab tepi jalan besar), tempat wuduk (ada kolah untk lelaki,bilik wuduk wanita), toilet L/P (prestasi xcheck), ruang solat lelaki aircond dan kipas, ruang solat wanita kipas.
Keadaan ketika solat: Udara dan sirkulasinya nyaman.. Alhamdulillah.
Durasi waktu teraweh: Tak lama sebab imam baca ayat lazim
Moreh : ada tapi sebab balik awal selalu xdpt lah.
Pendapat peribadi : secara keseluruhan saya rasa ok sbb masjid ni 200m je dari rumah. Sirkulasi udara adalah baik,tapi bila penuh orang,ruang dalam agak kuap.ruang koridor juga jadi tempat solat dan agak nyaman. Overall i like.

Seorang wanita yang suka solat kat koridor sebab kipas kuat dan lantai sejuk... maka hasil gambar juga gambar koridor

Masjid 2 
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
Lokasi: Presint 2 (kot) Putrajaya
Fasiliti: tempat letak kereta, tempat wuduk (jauh gila dari ruang solat, kena naik escalator *tp selalu off*.. makcik2 sakit kaki, orang semput mesti rasa nak taubat gi solat sini), toilet L/P (prestasi ok!), ruang solat lelaki, ruang solat wanita 
Keadaan ketika solat: Masa ada air dalam pond keliling kolam keadaan masjid jadi sejuk bila angin sepoi2 bahasa, tapi bila kolam kering,dalam berkuap.. Tiada kipas.
Durasi waktu teraweh: Panjang sikit. Imam baca surah panjang.. tapi tak la panjang sangat.. saya rasa separuh muka surat je setiap rakaat.
Moreh : ada dan dihidangkan sedari selepas teraweh 8 rakaat
Pendapat peribadi : secara keseluruhan saya rasa ok tapi nak taubat juga. Ruang nak ambik wuduk jauh dari ruang solat. Dinasihatkan jika pergi sini, ambik wuduk siap2 dari rumah dan jalan dari keta ke masjid jangan nak loving-loving pegang tangan.

View dari pintu depan or namely known as Pintu Imam Malik

Masjid 3
Masjid Ibnu Sina
Lokasi: HUKM
Fasiliti: Ini sebenarnya surau di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Tempat wuduk ok, Toilet kureng!
Keadaan ketika solat: Sejuk (Aircond)
Durasi waktu teraweh: Panjang! Sebab Imamnya ialah pak arab.. memang panjang sampai rasa macam tak larat kaki nak tunggu abes 8.. 4 rakaat ikut imam, 4 rakaat + witir solat sendiri..hehe
Moreh : tiada
Pendapat peribadi : ambience ok.. tapi iman sendiri tak kuat nak tunggu imam baca panjang-panjang..(Insaf!)

Masjid 4
Surau Putra Al-Amin
Lokasi: Presint 8, Putrajaya
Fasiliti: Ruang solat aircond seluruhnya, toilet bersih (check for tempat perempuan sahaja), tempat letak kereta limited (kawasan apartment yang penduduknya ada minimum 2 keta kot)
Keadaan ketika solat: Sejuk (Aircond).. I like..:)
Durasi waktu teraweh: Panjang sikit. Imam baca surah panjang.. tapi tak la panjang sangat.. saya rasa separuh muka surat je setiap rakaat.
Moreh : Ada. Bubur durian masak panas2 lagi.. Tapi tak makan sebab dah nak balik tapi bubur tak masak lagi..
Pendapat peribadi : ambience ok (sangat2!).. waktu solat pun tak lama sangat (ini review orang rendah iman eh) dan tiada berdetik dalam hati ' imam cepat la sket, aku dah ngantuk/panas sangat ni!"

Insyaallah review masjid / surau  ini akan diteruskan walaupun bukan Ramadhan sebab bila pergi jalan-jalan kami akan singgah masjid dan surau nak tumpang solat, tumpang gi toilet.. Entry sebegini bukan lah berniat mengkondem masjid.. 

Tapi sekiranya ada ruang penambahbaikan yang diambil tindakan, mungkin bisa innitiate rasa nak imarahkan rumah Allah..

Published with Blogger-droid v1.7.4

3 comments:

DrSinga said... Reply to comment

masjid 2:
kalau terkentut semasa/sebelum solat...
dan terkentut dalam perjalanan ke tempat solat...
eksesais beb... nak ke tempat wudhuk

ciketon fazya said... Reply to comment

@DrSinga

dah eksesais sihatlah.. tu keluar angin dari badan..haha..

*tp kita mmg berchinta dengan escalator yg suka off tu..tangga tu tinggi okeh.. lepas buka mengah!

Psyche said... Reply to comment

eh, I suke review begini! =) sila teruskannnn.. nanti balik BP, review mesjid sana, report I bagi bapak I kot2 ada yang perlu diperbaiki yeh. hehehehe..