Pages

Tuesday, August 9, 2011

Rezeki

Alhamdulillah hari ni berpeluang bersahur walaupun hampir disaat genting yang kurang dari semalam..subuh semalam agak syahdu juga situasi bila mana sejurus nasi goreng kampung terhidang dalam pinggan,azan pun berkumandang..tsk tsk tsk...

Untuk sahur hari ni, ingatkan nak tanak nasi malam tadi, tapi apakan daya dah ngantuk sangat..hmm selamat la nak buat semua pagi ni.. Dah la Kak Sudip (ala2 kak senduk meriah uols) ni takde rice cooker kan..maka bagai nak ribut dapur nak masak semua pagi2 sepi-e ni..

25min before azan berkumandang semua makan siap; nasi putih, sardin dan sayur tempe kacang..pheww.. Semua makanan panas gila,so untuk tidak membuang masa,makanla pakai sudu garfu..kelas kan aku makan pakai sudu garfu walaupun lauk desa..LOL

Suami saya kata kesempatan untuk sahur ni rezeki..kalau bukan dengan izin Allah,dan memang bukan rezeki kita,nasi goreng kampung dah depan mata pun, kita takkan dapat rasa..huhu

Moga rezeki kita dipermudahkan, InsyaAllah..
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

DrSinga said... Reply to comment

ko macam dalam drama melayu lah makan nasi guna sudu garpu..

ciketon fazya said... Reply to comment

@DrSinga
ni jenis2 kalau makan breakfast terus kata

"sori, i dah lewat ni.. hari ni ada meeting dengan datuk xyz.."

kucingorengemok said... Reply to comment

kellees gila sahur pakai sudu garpu... u minum oren jus ada potong buah oren sangkut kat mulut gelas juga tak?

ciketon fazya said... Reply to comment

@kucingorengemok

ops lupa nak update yang kitorg minum jus mango.. (haha nak jugak eja mango kan)

Psyche said... Reply to comment

hahahahahha. KELAS! =)

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche
kalau kat coffee house akan tulis
special menu of the day
Silky smooth white rice
Sardine with spicy red gravy
Stir Fry long bean with crackling tempeh

~lalalalalalala

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... Reply to comment

salam, jemput view entry saya ye.. thanks

http://mamasayanakmenang.blogspot.com/2011/08/rm-ramadan.html