Pages

Saturday, March 19, 2011

Misi menyelamat

Sementara masih ada mood memasak ni memang update pun tentang makananlah.. kalau malas, korang tak pape pun.. suami sendiri je yang kelaparan karang.. oh tak sampai hati..kesian kat Chomel (haha munpel!)

Oleh kerana mulberry tu masih banyak lagi, so sayanglah kan kalau dibiarkan benyek secara semula jadi kan.. so ape kata kita transform jadi produk hiliran..mat saleh sebut 'end product' lah..

Meh buat jem mulberry di rumah...

pergi petik mulberry di taman astakona seberapa banyak yang dikehendaki..

Mulberry tgh nak dimasak

Basuh dan masukkan dalam saucepan.. letak sikit gula untuk membantu proses caramelize sahaja..tak perlu banyak2 sbb mulberry tu dah ada gulanya sendiri dan tak payah letak air juga sebab mulberry tu akan mengeluarkan airnya sendiri kerana tindakan osmosis ; kepekatan luar sel lebih tinggi dalam sel (haha tukang masak kena menunjukkan skil pegawai sains..ntah ape kena mengena ntah!)

Biarkan ia masak sampai cecair tu likat.. bila dah rasa2 macam sesuai je sapu kat roti, boleh la angkat jem buatan sendiri tu..

Jem Mulberry

Jem ni takde pewarna tiruan langsung.. semuanya Allah bagi.. so selamatlah mulberry ni dari benyek secara semula jadi.. Dah siap boleh la makan ngan lebihan pastry shell buat cheese tart kelmarin.. (haha malangnya pastry shell tinggal ngam2 dua je.. dah berebut laki bini :p )

Maknanya untuk menyelamatkan jem ni kena la buat pastry shell plak...

Hopefully lepas ni saya rajin untuk tanam sendiri pokok mulberry.. Kalau rasa nak kecek pokok tunggu sampai terbukti pokok mulberry sendiri hidup baru akan diwar-warkan ke dalam blog okeh..

2 comments:

3740Journal said... Reply to comment

ko petik kat mane ni? kite boleh tanam kat suhu biasa ke?

(sory soalan cerdik sikit).. hehe

ciketon fazya said... Reply to comment

besar macam pokok jambu air depan umah makcik suami aku...

aku baru nak mintak tunas tnm depan rumah..hehe

myfreecopyright.com registered & protected