Pages

Sunday, October 17, 2010

Watekok Watekok

Setelah sekian lama tak pergi beriadah, hari ni seawal pagi (errr 9.00 pagi kire awal ke?) dah keluar nak senam2 kononnya.. Selalu senam jalan2 kaki sekitar kampung sahaja, tapi hari ni senam pergi Wetland, Dengkil.. Dulu lepas bertunang pernah juga pergi Wetland..tapi masa tu pergi lagi awal..pukul 11.00 haha..

Tapi sememang waktu kemasukan pada hari Ahad ialah dari jam 9.30pagi - 5.00 petang.. tapi kalau dah sampai pintu pagar tu, kebetulan pak guard tak kerek, 9.05pagi kami dapat la dah masuk Wetland..5 minit je dah sampai dari rumah.. wah tempat marveles macam ni 5 minit je dari rumah ai tahu...:p

Kali ni lebih terancang sebab bawak kamera besar..[haha sebab kali ni handphone telah downgrade takde kamera..haha]

My luv..hoo oh
Sweet wifey..:p
after 20 years left cycling..eh penah la cycling hat Wetland PJ 5 years ago
Yang mana jantan yang mana betina?
mencari buaya darat :p
pagar ada zzzet..zzeettt
rempit nak pergi sekolah tuisyen
latihan perarakan sukan air
Water lily
Perarakan hari kebangsaan
Dia yang tertinggal
Streamyx
Hot butt..:p
Mandi
cam sedap je betik..
Maluuuuu
Raya dah abes???
Cubaan menyamar yang oke la
Abang Rapek..hihi
Ayang merapek-rapek..haha

Us.. (kasihan tiada tripod)

Tulah gambaran apa yang ada di Wetland.. Macam tahun lalu juga, nak masuk Wetland masih percuma.. Bayar bila nak pinjam basikal je.. RM5 per hour and next 1 hour RM 3..Sebab lama tak bersenam sejam cycling pun dah lenguh..[hoh tak fit :( ]

Kedai makan (Kafe Belibis) dah start beroperasi tapi kami datang tengok tak buka pun...haha dulu berangan nak wat Garden Wedding kat sini tapi maaf tak dibuka untuk majlis perkahwinan.. Ada chalet, tapi tak pasti beroperasi ke tak..huhu..kalu pergi in group adalah kakitangan Perhilitan jadi tourist guide, tapi kalau pergi sendiri macam kami ni, pandai2 la bawa diri..:)

Tapi ada satu kawasan yang saya tak puas hati.. this part masih ditutup...( rujuk anak panah kuning).. Saya ingat ada kuda kat situ.. sepanjang cycling dengar macam bunyi kuda tapi takde byg kuda pun...heiiii musykil, semangat Alfonso De Albuquerque enquiry tinggi, tapi tak dpt mengendap.. Korang tau tak binatang ape buat bunyi WATEKOK WATEKOK???

Friday, October 15, 2010

Tanah Untuk Dijual : Dengkil ( CLOSED )

*Update : Tanah ini sudah tiada kekosongan. Terima kasih..:)

Hari ni saya bukan nak jual coklat.. sebab minggu ni saya nak siapkan 600 pcs praline yang siap2 lagi.. aduhai banyak okeh.. [ abang malam ni kite makan beli je boleh ke? saya kena siapkan coklat, esok dateline...huuuu]

Hari ni saya nak jual tanah.. Ada tanah lot utk dijual di Dengkil, Selangor. Keluasan tanah ialah 5,000 kaki persegi sesuai utk tapak rumah banglo yg berhalaman luas. Terletak di dlm kawasan kampung di pinggir pekan (2 km radius) , berdekatan Cyberjaya (4 km radius) dan Putrajaya (8km radius). Harga yang ditawarkan adalah RM24/sf ~ RM120,000 which Insyaallah could be discounted to RM115,000..:)

Jadi kalau anda nak pergi pasar bolehlah ke Pekan Dengkil, kalau ada anak nanti bolehlah suruh belajar kat Cyberjaya dan bila graduate dekat je nak gi keja kat Putrajaya.. hehe

"Jauhlah Dengkil".. Hehe jangan risau Dengkil yang jauh tu sekarang dah dekat dengan adanya Lebuhraya Maju Express (MEX).. hanya 30 minit sahaja anda boleh sampai ke Pusat Bandaraya dengan jayanya. Malahan kalau rasa ala pasar Dengkil kecik sangat nak pergi pasar borong Serdang, dari rumah anda cuma ambik masa 10 minit je dah boleh sampai..

Sekiranya anda berminat anda kena cepat sebab hanya tinggal lebih kurang 2 lot sahaja, yang lain dah dibooking.. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus berhubung dengan En. Zulkifli Nawawi (0193774745) atau melalui email alfateh3000@gmail.com for futher info...

Thursday, October 14, 2010

Lebih Sudu

Dulu bila saya cakap saya akan kawen dengan lawyer..orang akan kata " lepas ni tak boleh salah cakap dengan ciketon, nanti kena sue ".. hoh gile kentang asal marah orang nak sue.. asal salah cakap nak sam.. eh tak tak... nak sue..

Bukan orang je pikir gitu.. saya sendiri pikir gitu.. pengaruh tv kan.. kat tv mana ada cerita pasal lawyer ni tukang buat SPA (sales and purchase agreement)..bila baca cerita artis kita akan dengan cerita lawyer jadi wakil sue sana sue sini, bila baca mangga kita nampak lawyer jadi glamer sebab jadi wakil artis islam bercerai [itu peguam syari'e].. bila tengok cerita polis-polis kita nampak lawyer dakwa pesalah [itu namanya pendakwa raya] dan kemudian ada yang tegang2 urat lawan balik membela pesalah yang belum pasti pesalah [ tu namanya peguam bela]..

Ok sebenarnya keja lawyer itu banyak sekali.. jelas sekali kalau suruh saya jadi lawyer saya rasa saya taknak mampu.. Tanggungjawab sungguh berat.. walaupun kadang-kadang benda mudah tapi dengan klausa yang banyak jadi payah.. orang yang sign agreement plak kalau dah tau nak berurusan, tapi malas baca agreement suruh pulak lawyer buat sinopsis.. kalau jumpa lawyer macam Zul Nawawi & Co tu memang lah dia berhalus bahasa, tapi kalau dapat macam Patmana**an..tak pasal2 plak jadi abu mandi laut..

Jadi lawyer bukan je kena keja waktu pejabat, bila orang keja pejabat taknak ambik cuti waktu pejabat, lawyer kena jugak keja luar waktu pejabat.. Patut2 lawyer dah balik rehat2 kat rumah tapi client yang konon bz sangat waktu pejabat macam kalau dia takde kat pejabat ketua pengarah nangis tersedu sedan atau keselamatan pejabat dia akan diganggu perusuh... Kemudian bagitau nak jugak jumpa lawyer walaupun dah malam sambil buat kerek menceritakan betapa pentingnya dia diwaktu pejabat so lawyer patut berkorban untuk nusa dan bangsa juga..  maknanya time waktu pejabat (8 to 5) lawyer keja, luar waktu pejabat pekerja pejabat pun lawyer keja..

Ada pula kita berkata, "eh kite bayar dia kan".. alang-alang bayar saya rasa lawyer patut kira consultation fee 'kaunter pertanyaan' yang selalu orang mintak free...kadang-kadang urusan dgn lawyer lain, tapi lawyer lain pun malas jawab telefon, tanya dengan lawyer lain mintak pendapat.. tahukah anda, jawab telefon, jawab soalan lama2 tu time consuming.. Setakat ni soalan terbaik selain soalan2 routine sampai nak telefon lawyer  " Err tau tak nombor telefon orang pasang astro?" .. rasa nak hagul je penanya tu..kalau nak mintak nombor telefon pergi dail #100 tanya dengan telekom..

Mujur saya bukan lawyer..sbb saya susah nak sabar..
Saya memang lebih sudu dari kuah hari ini..

Tuesday, October 12, 2010

Buku

Gadis yang sangat rajin baca mukabuku.. haha dia tipu..suaminya aje tau....

wahh..orang lain sebok dating tapi dia rajin membaca..adik2, contohi dia..haha
teh tarik 3 layer + tembikai laici = dahaga ilmu..haha

Monday, October 11, 2010

Lagu Tiga Kupang

Sejak akhir-akhir ni masakan bersifat minimalis..haha word tak boleh tahan eh..nak cover malas masak la tu..


Steam mussel with lemongrass .. hoo ohh
 
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

( korus )
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Hidung... hidung... hidung

{Lagu Tiga Kupang , A.Romzi} 

Kadang-kadang lauk ringkas bahagia juga rasanya {haha isterinya rasa bahagia}.. mujur suami saya percaya saja apa saya masak { kadang-kadang gerun bila isterinya cakap baru tengok resepi internet pertama kali}

p/s : kupang ni lauk lepas balik BP raya kelmarin sebab balik lalu Muar.. Lauk hari ni ikan jaket bakar.. terpengaruh entry dia..hmmmm
myfreecopyright.com registered & protected