Pages

Monday, November 22, 2010

Pagi Minggu di Bazar & Cafe, Rockshire




Haha tajuk memang bunyi hebat je..

Sekali pandang macam boleh berangan berada di tempat lain.. tapi sebenarnya ni kat Jalan Ibrahim, 83000 Batu Pahat..

Sebelum pergi pasar yang harmoni warnanya ni, kitorang pi layan sarapan kat Taman Soga.. nama kedai tu tak diketahui.. lokasi kedai seberang jalan depan sikit je daripada Tasik Y...( korang paham tak direction macam ni??).. Ini kedai favorite sleeping partner (ho ohhh tak agak2 engkau!)

Lontong kering ni kalau makan jangan toleh kat mertua ke, adik ke atau jiran sebelah ke..nanti diorang mintak..haha...

Semoga yang tak berkesudahan

Selesai juga kontrak lepas..
Selesai kontrak lepas maknanya selesai lah cuti...
Sekarang adalah masa menunggu duit ganjaran sahaja kerja di kontrak baru..:)

Selepas bercuti panjang,
masuk kerja atas meja ada kad kawen..
Ialah...sudah hujung tahun, musim mengawan orang kawen..
Satu masa dulu saya fikir kenapalah ramai sangat kawan berdekatan lahir bulan sembilan..
Literal thinking " oh ya la, kawen bulan doblas, mula ngandung bulan 1, bulan sembilan lahirlah"..
Hehe macamlah semua orang bunting pelamin.. { berdoa sekarang untuk bunting pelamin di bulan ke lapan :) }

Kerja kawen di sana sini..
Ada kawan dekat di rumah..
Ada kawan dekat di hati tapi jauhnyaaaaa rumah...
Hadir kenduri kawen ni  ikut rezeki..
Kadang2 kawan rapat kawen pun susah nak dpt pergi..
Kadang2 kawan yang tak berapa rapat boleh pulak tetiba makan kat kenduri dia..
Hehe tapi kalau dah booking 6 bulan sebelum, Insyaallah kuatkan hati dan poket untuk hadir..:p

Kepada yang nak kawen -> Semoga diberkati dan selamat menempuh dua alam baru..:p
Kepada yang nak temuduga & exam -> gudlak!!!! :D
Kepada yang nak bertambah 1 tahun lagi -> Happy birthday!!! ^_^
Kepada yang nak renew insuran kereta -> tsk...tsk.... );

p/s : weekend ni kami suami isteri on duty penanggah rumah jiran kawen... lepas tu malam isteri sila pergi keja!...

Friday, November 19, 2010

Puas hati

 Di Big Bad Wolf Book fair bukan jual buku aje..
(niat asal membeli kerana ada spatula pink!)

 Pakej dengan loyang sekali..
Pembelian yang memuaskan hati.. Harga asal 20pound..
Dan paling puas hati hadiah kawen oven dari kawan sekolah..sungguh bermakna..terima kasih kawan2 :)
 
Tara!!!!!!
Dah dapat carrot cake..
Balance adunan buat carrot cake nak bawak balik BP
Hiasan suka2 hati pulak balance cheese cream masa buat red velvet puan nurmija hari kelmarin

Tuesday, November 16, 2010

Ketagihan safron yang berterusan

Ketagihan safron tu saya perasaan yang berasas..
Masak nasi macam biasa, sprinkle2 secubit safron, rasa nasi berbeza dari biasa.. Macam makan nasi kat Restoran Ariana..
Mungkin kena google cari result analisis kimia safron..


Makan nasi saja tanpa lauk tengok resepi hebat2 pun sudah cukup...ok we will continous buying safron!

Monday, November 15, 2010

Kucing Biri-biri dan Serigala jahat


Mama & Baba fullfill my needs for continous learning after seeing that Big Bad Wolf... I'l take some time resting to read all this..:p
myfreecopyright.com registered & protected