14 Dec 2008 hari yang amat mendebarkan.. Untuk pertama kalinya saya diperkenalkan kepada ahli keluarga penawar jiwa saya..Detik pertama saya bertemu Makde, Makcik, future cousin Cik Ira dan G...
Mereka ini merupakan saudara terdekat merangkap jiran Alfateh selepas pemergian arwah Ma..saya tidak berada berhampiran dgn Alfateh sewaktu arwah ma pulang ke rahmatullah 5 September 2003, malahan saya ketika itu hanya baru mengenalinya dan menemuinya lebih kurang sebulan...
Agak lama Alfateh tidak menghubungi saya (saya kira setahun)mencari kekuatan selepas pemergian ibunda tercinta, sehinggalah saya tamat belajar dan mencari pengalaman bekerja pertama kali di SMAP Kajang barulah kami berhubung semula...stiap enquiries berhampiran Kajang saya rujuk kepada Alfateh kerana dia satu-satunya individu yang saya yakin amat arif selok belok Kajang...sebenarnya lebih dari itu kerana Alfateh satu2nya individu pada saat itu yang akan menjawab setiap enquiries saya tanpa gagal..diulangi TANPA GAGAL...satu pertanyaan yang saya simpan sehingga kini NO TELEFON McD KAJANG...^-^
Pertemuan kedua kalinya usai tamat kontrak saya di SMAP Kajang dan saya menunggu beliau pulang kerja di stesen bas Taman Tenaga..Seterusnya kami hanya berhubung melalui sms sesekala melalui telefon..hati saya terdetik 'adakah dia untukku' ketika terpaksa sendirian di HUSM menjalani Ramadhan dan Syawal.Hari2 saya hanya ditemani sms Alfateh tanpa gagal walau sehari...sekali lagi TANPA GAGAL...
Sehingga saat ini saya sudah hampir 2 tahun saya fully date with Alfateh (hampir selama duration saya bekerja di Cohort)... Kami pernah dating dalam pelbagai fasa...jalan kaki-naik bas rapid KL-naik bas takde lampu-LRT BTR-naik 1 keta- ada keta sendiri sendiri...saya menghargai setiap waktu kami berdua..
Saya tidak pasti ape personal review ahli keluarga Alfateh selepas pertemuan semalam..klu ikutkan typicalnya pertemuan pertama biasanya adalah detik seperti masuk 'Bilik Interview'...review pertama dari Makde yang saya ketahui ...
"dia penah datang masjid ke Zul???"
Ya Makde saya la budak pompuan yang solat sebelah Makde dan mkn sorang2 kat masjid kelmarin...
P/s: saya rasa kehilangan hidup tanpa N70...:(
1 comments:
alamat..keton...so sweet lah kisah cite kau..hahaha
Post a Comment