Pages

Wednesday, February 11, 2009

Life seasoning

GEMBIRA
Melalui saat2 gembira itu sentiasa menjadi idaman setiap makhluk di muka bumi.. kegembiraan datang bila kita dapat keluar daripada keadaan yang menyesakkan lebih2 lagi kesesakan mental..[traffic jam masih bleh cilok2..hehe]..Ya Alhamdulillah saya gembira dan syukur dgn ape yang saya lalui, ape yang dipinjamkan buat saya dan ape yang dianugerahkan untuk membantu saya..

SEDIH
Perasaan yang diavoid sama sekali..sesetgh sanggup berhabisan menilik ke sana ke mari agar projection kehidupan dijauhi perencah ini.. banyak sebab mengundang sedih tidak tertakluk kepada kejadian yang menghempap kepala sendiri sahaja...memandang kepayahan org turut bisa mengundang sedih tapi 'berat mata memandang berat lagi bahu ditimpa' [haha peribahasa sendiri ok]

MARAH
Kesedihan berpanjang yang sehingga mencapai tahap garisan kuning sabar...biarpun adakalanya mmg hobby marah2 pun ye..menyebabkan emosi tak terkawal bisa mencetus tindakan 'out of the box'...

SABAR
Boleh dikira sebagai posisi menang bila bisa menangani keadaan luar kesukaan, kegembiraan dan kegemaran.. sesetengahnya begitu bahagia kerana tidak perlu bersabar terlalu lama.. manakala sesetengahnya amat bertuah kerana dikasihi Allah menelusuri setiap susah payah ujian mendatang...Kesusahan memungkin posibiliti kite mendekati Pencipta [tapi mmg gembira klu boleh sentiasa dekat dgn Dia dalam serba ada..hehe Allah maha mengetahui, manusia mudah lupa] Dalam pandangan yang begitu terhad ada waktunya kite gagal meneliti hikmah setiap keperluan sabar... [aduhai...saya berharap saya biasa menjadi sabar...]

Aduh ngantuk sangat............................................................

0 comments: