Pages

Saturday, February 14, 2009

Surat dari ibu..

Ke Hadhrat Allah Subhanahu Taala dipohon Rahmat dan HidayahNya, semogahidupmu diberkati sepanjang hayat dimurahkan rezeki, ditemukan jodoh dengan Muslimin beriman, sempurna fizikal dan bijak akal fikiran.

Anak ku Faziatun Nisa', sempena usiamu yang kian bertambah, semoga begitulah juga bertambah elok pertimbangan akal mu, Pesanan demi pesanan dari ayah dan ibu, jagalah dirimu ( kehormatanmu, maruahmu,Kesihatanmu, pertuturanmu dan hartamu) tentu anak ibu dan ayah faham danamat mengerti segalanya itu.

Yang, satu lagi pesanan ibu pada anak yang sedang remaja, hargailah sikapjimat cermat, sabar dalam segala kemahuan. Sesungguhnya ibu , ayah tidak pernah bersikap kikir (kedekut) pada anak-anak, tetapi kemahuan dan keinginan harus ada batasnya. Hargailah titik peluh kita biar ianyadisalurkan bagi perkara-perkara yang tidak membazir..Yang, cuba praktik ungkapan ini " Terimalah kasih sayang dari orang yangbenar-benar mengasihi kita bukan mensia-siakan kasih sayang kita kepada orang yang tidak sudi" oleh itu yangharus bijak melihat dan meneliti orang yang bagaimana harus diberi kasih.

Yang !!!!!!!!!!!!! ingat muslim yang menghormati muslimah itulah sebaik-baik pilihan yang menghormati ibubapa boleh dijadikan harapan.

Sayang, petua ibu, dalam perhubungan persahabatan khususnya antara lelaki dan perempuan, biarlah kita teruskan sikap waspada dalam pergaulan, sentiasa bertanya apa keperluan apabila ada pelawaan. Pastikan jika benar ada hajat yang iklas, Ibu , Ayah itulah sebaik-baik rujukan dan perbincangan.Sekian yang, semoga kau benar-benar faham mesej ibu, ayah, semoga kau cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Dari ibu

[email kiriman dari ibu pada hari lahir saya 7 tahun lalu ...hari lahir yang disulami rasa2 kecewa..setiap kali perasaan saya tergugat email ini saya baca berulang2 kali..tanpa jemu...]

p/s: saya berbangga mempunyai ibu or yang saya panggil Ma yang bijak IT..hehe

2 comments:

miss lisa said... Reply to comment

aku pun kagum eton.

kalau Mama aku mesra-IT..entah banyak kuotasi aku daat kumpul.

ciketon fazya said... Reply to comment

ya la cikgu...
dulu ma saya keja mmg kena savvy pc n internet...
now je dia dah tak berkecimpung dunia IT..sudah pencen pilihan...hehe

myfreecopyright.com registered & protected