Pages

Thursday, February 12, 2009

TABAH

Tabahlah hati tabahlah jiwa...
Kesedihan itu lumrah...
Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka...
Hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza...
Mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah...

Tabahlah hati tabahlah jiwa...
Setiap pertemuan akan wujud akhirnya..
Setiap pengakhiran adalah permulaan baru...
Bukti kita bersifat baru hanya sementara...
Hanya Dia yang kekal abadi..
Baik adaNya, KasihNya, CintaNya..

Kasih Allah kekal abadi..
Kasih ibu membawa ke syurga..
Kasih ayah berkorban nyawa..
Kasih kekasih penuhkan tawakal...

"Setiap hari kita sibuk dgn pengakuan dan keakuan yang pelbagai, tapi sayang kita kurang mengembalikan kepada yang lebih berhak.. wahai temanku, kita nafikan keakuan dan pengakuan kita dengan menghayati dan memperbanyak kalimah tauhid dan penyerahan"

Saya alpa untuk meminjamkan bahu kepada kamu..Saya hanya mampu mendoakan moga kamu tabah dan tegar atas segala ujian...

1 comments:

Anonymous said... Reply to comment

Al-Insyirah:6
Sesungguhnya setiap kesukaran akan datang kemudahan..
Tabahkanlah hati kerana pada Allah sahaja kite bergantung harapan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kite.

myfreecopyright.com registered & protected