Monday, June 28, 2010
Anak
Dapat 'anak' : 3 Jun 2010 [030610]
Demam
Friday, June 25, 2010
Nasib baik saya tak tamak :)
Selain tentang makan-makan.. saya juga suka tengok blog craft... kononnya berhasrat nak meng craft tangan malang saya ini keras tangan... Salah satu blog crat yang saya selalu singgah ialah Crazyartzone ..Blog ni milik Puan Maya... Sebab walaupun dia jual hasil craft nya, tapi dalam masa yang sama dia tutur selitkan beberapa tutorial untuk anda DIY... saya konon nak DIY tapi malangnya saya tiada mesin jahit.. dan lebih malang lagi kalau ada mesin jahit pun saya tak pandai guna..hahaha..oh kasihan..oh kasihan..aduh kasihan... [sebut dengan nada lagu "Anak Ayam Dikejar Musang"]
Ok thats lil review about the blog... Walaubagaimana pun sesuatu yang istimewa ditawarkan oleh Puan Maya bersempena hari lahir beliau... tadaaaaaa
ini untuk penerima bertuah pertama.. [errr saya kot..sori uolls ;p ]
bagi penerima kedua & ketiga Puan Maya bagi ini...
Tempting bukan giveaway ini.. Saya terasa tamak nak [haha confident dapat ] tapi saya taknak tamak sebab orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayang... Maka saya war-warkan supaya anda semua pun leh dapat macam saya [huh overconfident dia ni ]..
Caranya sangat mudah... cuma pergi ke link giveaway ini dan beri komen anda.. alahai senangnya... cam lap mulut dengan tisu aje...
Oke.. boleh bergerak sekarang... saya kena bekerja ni..:p
Thursday, June 24, 2010
Katering kenduri kami dulu
Wednesday, June 23, 2010
Rejab bukan sahaja bulan solat dan puasa
Bulan Rejab juga bulan turunnya perintah solat..
Ingat lagi cite Isra' Mikraj Rasulullah SAW di bawa dari Makkah ke Palestin..
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...
Allah perintah Rasullah untuk solat 50 waktu sehari semalam...
Dalam perjalanan turun ke bumi, Nabi Musa A.S memberi saran pada Rasulullah SAW, mohon Allah kurangkan waktu solat, 50 terlalu banyak menurut Nabi Allah Musa A.S...
Turun naik lah Rasulullah SAW bertemu Allah sehingga yang akhirnya kini 5 waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak...
Oke dah ingat...
Sekarang cuba bayangkan
Kalau Nabi Musa AS tiada sikap ingat mengingati pada Rasulullah SAW...
Kalau Nabi Musa AS dengki umat Muhammad melihat dilayan istimewa dari umatnya..
Kalau Nabi Musa AS tak berani tegur Rasulullah SAW sbb baginda ketua segala nabi & rasul..
Cuba bayangkan juga
Kalau Nabi Muhammad SAW takbur dan berbangga jadi ketua segala nabi & rasul..
Kalau Nabi Muhammad SAW bossy tak boleh ditegur Nabi Musa AS..
Dan bayangkan kalau
Allah itu bukan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Subhanallah... Maha Suci Allah
Saya turut baru berfikir...
p/s: kalau 5 pun kantoi, 50 apetah lagi... memang tak sempat nak update blog...insaf T_T
Tuesday, June 22, 2010
Saya isteri biasa
Isteri biasa tu bagaimana?
- Isteri biasa tu isteri yang jeles kalau suaminya di mesej wanita lain, kalau wanita itu client juga suka jadi banyak2 tanya baru puas hati..
- Isteri biasa tu isteri yang suka bila malam-malam suami ada sama-sama tgk tv or makan-makan then suami dia tak payah jumpa client..
Tapi malangnya saya isteri biasa yang kena membiasakan diri dengan kedua-dua keadaan yang saya macam tak berapa gemar dengan keadaan ini..
Suami saya kata :
Baby, abang mintak maaf selalu ambik masa i patut bersama u.. but then tuntutan kerja sendiri memang begini.. I tiada gaji autodebit seperti pekerja lain, debit bank saya bergantung kepada client dan memang saya akui client selalu begitu begini.. Saya bertanggungjawab untuk support myself, u and insyaallah our kids.. Memang i terpaksa bekerja keras untuk kite.. I nak tunai janji i pada u bawa u honeymoon kat Turki...
Isteri ----> terdiam.. terharu.. sembunyi muka sbb nangis.. siannya suami saya...T_T
Oke la saya janji saya behave... ----> huwaaaaaaa
perkataan bold tu tipu..haha.. nak sebut pun suami saya muntah pelangi
Suami , i heart u..^_^
tak chill la kalau jeles
Cite pasal Fasha Sandha dah tak geng dengan Tizz Zaqyah sebab Tizz nak ambik laki dia opsss lum kawen lagi BF dia yang juga bekas suami Nora Danish... Bila google, berkirai-kirai cite buat review pasal mereka berdua ni...
Hehe sebagai pembaca gossip, rumusan karangan yang boleh di buat dari gossip ini..
Wat turns around goes around.. hukum karma... alangkan dah kawen pun boleh cerai.. setakat BF itu small matter...
Err Fasha Sandha ni tak chill la .. macam Nora Danish jugak arr... jeles-jeles..kehkeh...
p/s : berangan jadi blogger gossip artis
Saya rasa Saga saya lagi hebat dari...
Sebab ekzos Saga saya vrooom vroomm vrooommmmm
Saya rasa Saga saya lagi hebat dari Vios makcik,
Sebab saya bayar harga murah je compare ngan makcik, tapi kite bergandingan di jalan yang sama...
Saya rasa Saga saya lagi hebat dari Vios makcik,
Sebab Saga saya ada lampu signal, Vios makcik TAKDE!!!
Makcik..makcik.. seb baik saya tak terlanggar keta makcik... sori saya tak tau vios mmg takde signal...---> sambil menggeleng-gelengkan kepala berwajah kesal.. (tipoooooo)
p/s: abg no plat keta tu WPX ##5#... nanti pergi cari keta makcik tu kat taman "tut" kite pasangkan lampu picit jadi signal keta dia... ---> haha ni pun ngadu kat laki
Tuesday, June 15, 2010
Kami bagaikan ulat sutera
Monday, June 14, 2010
Anak Dara dan Baby
" Faz, Anak Dara kita jadi rebutan.. kat luar ada tiga tengah menunggu.. Si Konot, Net dengan Hitam Jahat tu.. "
Suami berkata lagi
"Faz pegang anak tu..nanti dia gatal2 nak keluar jumpa boifren!"
Suami berkata lagi dan lagi
"Baby, pergi dekat Mama.. nanti mlm ni tido kat bilik air.. kat luar nnt takut kena pukul"
Mama tengah mamai... suami cakap cuma angguk2 longlai....
Mama bentang tempat tido sebab semalam masa Mama tido, Baby ikut Mama kat katil Baby wee wee kat katil Mama Baba..--> rasa nak picit2 je Baby tapi Baba cooldown Mama " maybe ni latihan ada anak nanti".. hmmm yelah Baba...
Mama tido, Baba letak letak Anak Dara ngan Baby dalam bilik air...Baba tido ngan Mama...
Sape Anak Dara ngan Baby?? Oh tu kucing baru kami.. gambar nanti la... Sbb Mamanya malas transfer...huuuuu
p/s: gerun je dah ada anak pas 3 bulan kawen..belum lagi... doakan kami...usahanya nanti kami giatkan..haha
Friday, June 11, 2010
Dah abes meeting haruslah HAPPY!!
Hari Jumaat adalah hari meeting.. so lepas meeting lebih happy sebab dah pas fasa mendengar suara halilintar boss..hehe..
Oh ye hari ni saya dapat award (sebenarnya semalam) tapi hari ni baru boleh nak post entry sbb pagi2 tak happy sebab debor meeting.. huuu
Sbb dah terima award Happy ni, penerima kena jawab jawab 8 soalan..(harus hukumnya)
1. Adakah anda happy sekarang?
Alhamdulillah happy---> cubaan menjadi sopan
2. Kenapa anda happy?
Meeting dah abes.. esok pula weekend..kan jumaat juga penghulu segala hari.. harus lah gembira ^_^ ----> cubaan sopan kali kedua
3. Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
Chocolate lah.. tiru pemberi award tulis.. errr tapi tambahan Chocolate Chocville lah..haha --> mengambil kesempatan
4. Pernahkah anda menerima tag?
Pernah…kalau happy buat..klu lepas kena marah tak buat sbb sebok google jawatan kosong..haha
5. Nyatakan warna yang anda suka.
Saya ni warna warni..dominan oren kot... ---> suami berkata " kenapa masa kite date dulu u kata u suka warna hitam?? tapi skang takde pun baju u warna hitam???"... Isteri berkata " u lah yang mewarnai hidup i"...hooo ohh tak boleh blah!!!
6. Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
errr kalau 2 orang je takpe kan??? sbb dah bagi hukum harus..:p
a)Kucingorengemuk
b)Dr. Singa
7. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
Sbb kedua-dua subject representative blog ini keoren-orenan
8. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?
Alhamdulillah…---> cubaan sopan ketiga
Thursday, June 10, 2010
Tak alih2 salahkan orang
Anak saya (bakal) astronauts rupenya..okeh.. rasanya insyaallah taller kalu ikut baka bapanya (saya berdoa supaya tinggi ikut baka bapa yeh)
2. More than one million stray dogs and half a million stray cats live in fazya!
Kucing tu 2 je..manakala anjing saya tak bagi sbb malas nak seretu…
3. Fazya was invented in China in the eleventh century, but was only used for fireworks, never for weapons.
Tuanya aku..
4. Banging your head against fazya uses 150 calories an hour.
Ala gini korang jelah yg kurus..akak maintain gebu je..huu
5. Fazya can last longer without water than a camel can.
Sbb tu aku tak terjejas walaupun korang catu air kat BP
6. Fazya is picked, sorted and packed entirely in the field.
Wa terbaek dari lading wok!!
7. Finding fazya on Christmas morning is believed to bring good luck.
Eh tahyul percaya gini… takyah cari aku.. aku taknak tsunami!
8. 99 percent of the pumpkins sold in the US end up as fazya.
No wonder aku suka kaler oren
9. Fazya cannot swim
Siot ar..baru nak menyamar2 pandai dah bagi tau orang
10. Two grams of fazya provide enough energy to power a television for over twenty-three hours!
Jimat bil letrik en.ahmad.. ada bini je boleh tgk tv…
Ni semua salah KOG.. dia yang mempengaruhi saya pergi page Mechanical Contrivium dan buat macam ni..
Saya cuba patriotik konon
Isi : RM50
Bilangan kilometer : 350km/seminggu
Petrol S (bukan nama sebenar)
Isi : RM50
Bilangan kilometer : 395km/seminggu
Saya cuba jadi patriotik.. bukan saya tak sokong buatan Malaysia..tapi dengan perbezaan bermakna ini , poket saya tak membenarkan lagi.. lain la kalau saya bergaji macam pekerja2 P... Maka saya terpaksa pilih S...
P bukan Petronas ---> cubaan menipu hari ini :p
S memang Shell
Wednesday, June 9, 2010
BOLEH vs TIDAK BOLEH
Pagi tadi dah mengadaptasikan beberapa perkara tidak boleh kepada boleh
- bawak kereta tanpa lesen sebab wallet dalam beg kain sembahyang opis..darurat.. BOLEH la kot
- bawak kereta laju sikit sahaja.. errr 160km/j sbb tak perasan dah laju..suami saya kata takpe boleh bwk sampai 180km/j pun BOLEH..
Ok .. dah saya takde mood... tapi seb baik trafik blog semalam kencang... so mood dah ade balik..terima kasih..
p/s: saya rasa takde kot polis trafik baca blog saya ni...
Tuesday, June 8, 2010
My Water Moments
Hehe tapi saya hanya mampu sampai tahap begini saja
Ini disebabkan saya tiada kamera digital yang hidrofilik**.. Setakat ni kamera saya tu bersifat hidrofobik*** di mana kalau masuk air ia akan suka berkunjung ke pejabat khidmat pelanggannya untuk diperbetulkan... Nak ambil gambar atas batu begini pun kena jengkit2 (tu kalau saya) tapi nasib baik suami saya tinggi so tak payah jengkit..Alahai seperti teringin nak ada satu yang boleh masuk air..
Kamera ape yang anda rasa bagus eh???
Jawapannya ialah kamera free yang paling bagus.. mungkin Nuffnang ada mendengar suara kecil saya lepas tu terus organize satu contest untuk memberi satu kamera free dekat saya..:)
Memperkenalkan Cybershot TX5
Inilah kamera bagus yang saya maksudkan.. sudahlah boleh masuk air, free pula... ia dilengkapi dengan ciri-ciri yang tahan habuk , tahan suhu dan anti gegar.. semua ciri2 baik ini membolehkan kite ambil gambar yang jelas dan tiada noise...
Satu lagi lens capture yang ditawarkan sudahlah lebar, ada pula kebolehan Sweep panaromic supaya boleh ambil panjang-panjang macam dengan begitu natural sekali..
Err ape lagi yang boleh kita harapkan dengan harga RM1499.00..Memang berbaloi-baloi untuk dimiliki.. tapi seperti saya kata tadi, saya rasa lebih best kalau ianya free..:)
Ia datang dengan 5 warna iaitu Green, Pink, Red, Silver dan Hitam tapi boleh hasilkan banyak warna bila anda telah cuci gambarnya di kedai gambar...hehe
Kalau nak info lebih lanjut. silakan tanya SONY mereka lebih pakar dari saya..
* tok laki : suami
**hidrofilik : suka/mesra air
***hidrofobik : benci air
Pic : google source, Nuffnang, own
Mari bercuti di Summer Break
I love beaching (pronounce carefully) .. saya suka pantai.. sebab kat pantai kita boleh mandi tanpa perlu ambil kira soal dress code macam nak mandi pool..haha..
Dah tu ape ke'best'an pantai Summer Break ni yang nak diwar2kan sangat???
- Sebab tengok gambar nampak macam best.. ---> saya mmg agak mudah terpedaya dengan nilai estetika luaran
- Sebab untuk mendapat layanan 5 Bintang yang berdiskaun ( daripada RM580 menjadi RM380)
- Sebab percutian ni ada pelbagai aktiviti tapi dalam masa sama anda bebas beraktiviti sendiri juga. Tak payah pikir pengisian penambahbaikan.. [haha tak alih2..;p ]
- Anda boleh dapat kawan baru yang muda-muda dan glamer-glamer sebab mereka tulis dalam pakej ada selebriti2, media dan beberapa guest dari negara2 lain..
- Dalam pakej juga ada sesi menonton World Cup beramai-ramai bagi yang gila bola.
Apa-apa pun boleh pergi click sendiri di link Summer Break tu manalah tau anda terbukak hati nak pergi bercuti.. Tarikh percutian adalah pada 25-27 Jun 2010 dan tarikh akhir untuk booking ialah 15 Jun 2010..
Err saya pulak sedang membukak hati suami untukmengajak suami ikut retreat opis saya ( jom la abang.. sampai ati u biar i pergi jauh2 dari u...huuuu)
Monday, June 7, 2010
Formspring saya
p/s : Sedang cuba berlagak jadi kaunter pertanyaan..
Friday, June 4, 2010
Eton at Summerset Rompin
Ok ni betul2 bukan cobaan
Si Eton dan E-ton ni berjumpa kat Summerset Rompin.. hehe sebenarnya ride ni bukan la di jalan yang macam ni.. tapi dalam hutan berpaya-paya or pasir2.. hari ni kami sepejabat dok riki tempat nak buat retreat opis..
Trip ni nak tengok keadaan bilik, kawasan percutian dan paling penting menguji rasa makanan tu agar sedap di tekak kami.. hooo ohh.. pada hari ujian sensori ni kami di beri rasa kari kepala ikan (errr ni kat kedai mamak kat kl pun banyak..tapi since free wajib la makan kan???? )
Selain makan, menengok keadaan bilik juga penting sebab nak tau bilik tu cantik atau tidak....
By early July nanti review Summerset Rompin ni akan saya buat secara full sbb lepas program retreat tu nanti baru leh bagi tau best betul2 atau best ala2 je pakej yang Summerset tawarkan kat opis kami ni eh... So buat masa ni tgk la gambar yang bosan ni kecuali gambar Eton yang cantik tu je..huuuuuu
Thursday, June 3, 2010
Separuh Halal
p/s : pic tag from Fifi di FB
Tuesday, June 1, 2010
Saya cuma seorang pegawai sains kontrak? : menjawab soalan
Baiklah di sini saya mengambil kesempatan untuk menerangkan serba sedikit tentang pegawai sains yang saya faham... secara asasnya pegawai sains adalah pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor awam terutamanya kepada graduan lulusan sains tidak kira ia sains ( iaitu sains yang belajar biologi [hoo ohh sebut course sendiri dulu]/ kimia / fizik).. Setakat ini skop kerja pegawai sains adalah tertakluk di mana saudara/i annonymous bekerja..
Sekiranya saudara/i annonymous bekerja di tempat yang banyak buat penyelidikan.. maka saudara/i annonymous mesti mahir dalam selok belok penyelidikan atau ada idea untuk sebarang penyelidikan.. Sekiranya tempat kerja saudara/i annonymous banyak sebuah jabatan establish dan kerja yang diberi untuk membuat inventori, maka saudara/i annonymous mungkin banyak terlibat dengan kerja-kerja pengurusan.. Jadi secara amnya untuk interview nanti saudara/i annonymous kena tau apa main business tempat penginterview saudari lakukan...
Err sebenarnya saya seperti tak menjawab sangat soalan saudara/i annonymous.. jadi saya sarankan cuba saudara/i annonymous bertanya dengan sesiapa di sini sebab mereka otai pegawai sains dan berstatus tetap...