Pages

Monday, August 2, 2010

Fish Fillet Method Validation

Tajuk memang tak leh blah.. pegawai makmal analitikal pun tak poyo macam ni..



Ini adalah siri fish fillet... kami atau lebih tepat saya suka masak fish fillet sebab ia seperti mahal (haha berlagak sungguh ko) kalau kite makan kat kedai, tapi sebenarnya penyediaannya murah dan mudah saja. Yang penting ada kepingan ikan (ni pergi beli di Carefour), tepung gandum, telur dan bahan yang menjadikannnya crispy seperti breadcrumb atau oat..

Tapi memandangkan masa pergi carefour lupe plak beli breadcrumb dan oat di rumah seperti hendak kehabisan, untuk fish fillet yang pertama saya menggunakan breadcrumb daripada roti bakar... caranya ialah dengan membakar roti (apa2 jenis roti pun korang bedal je la)... bakar sampai kepingan roti tu keras, dan kemudian hancurkan jadi serdak..sbb hari tu roti yang ada ialah butterscotch, maka fish fillet yang korang nampak tu hangus2 sbb gardenia butterscotch gulanya tinggi..bila banyak kandungan gula, masak ape pun cepat hangus..T_T

Bagi fish fillet yang kedua tu, masalah tidak ke kedai dan oat nak abis masih melanda.. so alternative crumbnya ialah menggunakan biskut IKO hancur...haha fillet yang cerah sket tu totally oat, yang nampak gelap sket tu menggunakan oat + biskut IKO..

Untuk akan datang, saya baru pergi beli nestum.. so saya nak try goreng ngan nestum.. nanti kite tunggu hasil crispy coatingnya bagaimana yeh..

Ini pula bahan menyediakan minced carrot sour sauce

cara2nya:

  • rebus lobak sampai boleh dipenyek2 lenyek2

  • season lenyekkan dengan garam dan blackpepper

  • tambahkan natural yogurt sesuka rasa.

Ini pula bahan2 salad

cara2nya :

  • hiris lobak dan timun secara memanjang senipis yang mungkin

  • dalam mangkuk lain, campurkan extra virgin olive, balsamic dressing, sedikit garam dan lada hitam. Sebatikan bahan2 ini

  • Masukkan bahan yang dah disebatikan kepada hirisan lobak dan timun tadi.

p/s : masak ni 15 minit je siap.. masa selebihnya boleh tgk tv..huhu

2 comments:

DrSinga said... Reply to comment

wahh...no nasi....
boleh cepat kurus ni...
(ala....ko memang dah kurus... :P )

ciketon fazya said... Reply to comment

konon nak kurus minggu depan..

doc, i email u eh.. nak mengadu nasib... [ huh bunyi malang sangat ]