Pages

Wednesday, August 25, 2010

pung pang kelentung kelentang tok tok pling pling

Bulan puasa ni adalah bulan mencabar minda masakan saya. Setakat 14 hari berpuasa, kami kebanyakkannya menjamu selera berbuka dengan memasak sendiri. Pada awalnya saya berhasrat untuk suci bazar ramadhan. Tapi apa kan daya, nafsu perempuan itu sembilan dan akalnya satu. Salah satu daripada sembilan tu nak tengok jugak bazar ramadhan. Walaubagaimanapun pembelian di bazar ramadhan tidaklah terlalu bernafsu. Cuma beli kuih muih dan bila rasa terlalu banyak pergi hantar kat jiran-jiran sambil berangan-berangan jiran ingat saya buat sendiri...hehe

Adat orang bersuami isteri, kalau mood baik isterinya tanyalah suami nak makan ape. akan tetapi kalau mood kepenatan, isterinya terus pung pang kelentung kelentang tok tok pling pling terus hidang makan tanpa tau ape pun nama hidangan yang dimasak.

Hari ni hari ke 15. Hari ni hari bekerja. Jadi  menu petang ini mungkin juga hasil pung pang kelentung kelentang tok tok pling pling.

p/s: dah 5.03 minit. saya kena balik sebelum tersangkut dalam HUKM selama 30 minit. Sungguh tak sanggup!

2 comments:

kucingorengemok said... Reply to comment

hari1:saya masak ayam masak merah
hari2:saya masak ayam masak merah
hari3:saya masak ayam masak merah
hari4:saya masak ayam masak merah
hari5:saya masak ayam masak merah

- rewind repeat sampai abis bulan puasa, sekian

ciketon fazya said... Reply to comment

macam kena denda bila buat bising masa darjah 2 je.. (peh spesifik darjah 2...hehe)

myfreecopyright.com registered & protected