Pages

Wednesday, June 29, 2011

Bukan marah, tapi nasihat

Lately banyak blogger cerita pasal macaron, banyak review pasal macaron.. blog suam-suam kuku saya lately ramai pengunjung sebab saya buat macaron.. thanks to kawan kucing saya..hehe..

Bila cerita pasal macaron satu yang saya perasan obvious komen ialah " Eeiii manis lah!" dan satu lagi tipikal bila orang yang konon2 hebat macaron tengok orang review macaron dan eja macaron as macaroon, terus cepat2 bagi komen macaroon tu wrong spellingdan yang betulnya macaron.. ( haha pandai2 la nak wakafkan kat mana..huuu)

Secara asasnya macaron memang manis. So kalau bukan jenis pemakan manis, atau penghidap kencing manis atau alergik kacang almond, saya sarankan don't ever try macaron at all.. Tapi kalau yang tak berisiko, tapi tak suka manis nak jugak rasa macaron, sila ikut rules nak makan macaron semasa makan macaron, jangan lah minum air gas atau bergula banyak..kalau ikut buku resepi Mad About Macarons by Jill Collona, minuman yang sesuai masa makan macaron ialah dengan minum air teh, kopi atau koko tanpa atau kurang gula.. tak pun minum air kosong.. Dan macaron bukanlah makanan macam potato chips atau keropok lekor atau filamen crab stick yang sedap makan banyak2 sambil cicah sos.. maximum sehari sebiji cukuplah walaupun ia bukan pil metformin.. hehe..

Lagi satu kalau pun ada orang review eja macaron as macaroon dan kemudian diperbetulkan jadi macaron, tahniah sebab ada yang berniat baik untuk membetulkan ejaan, tapi better guna id sendiri jangan guna Annonymous.. nanti kita susah nak tau sapa yang ikhlas betulkan spelling kita.. dan kalau ada yang eja makarun atau mak-arun tu takpe pun sebenarnya.. orang Paris pun belum tentu boleh sebut tempoyak dengan betul..

Eh hari berkat Isra' Mikraj ni pun buat entry bunyi macam garang.. Hehe ni bukan marah, tapi nasihat.. :)
Banyak2 zikir Subhanallah ye.. daaaaaa

11 comments:

kucingorengemok said... Reply to comment

haha, tepuk tepuk tepuk, kita pun terbengang jugak dengan tahsapa² (kalau dikenali satu hal) tetiba membetulkan ejaan macam cikgu bm

tetap jiwa melayu yang menyebut carrefour sebagai kay-four, sukati gua la! haha >:)

ciketon fazya said... Reply to comment

@kucingorengemok

mak cik awak lagi sempoi kan.. carrefour jadi kay-poh..kalau tak fhm kay-poh tu ape, takkan berplastik2 barang bawak balik shopping kan..hehe

bujal X said... Reply to comment

sedang bercita2 nak beli macarons ciketon fayza~

ciketon fazya said... Reply to comment

@bujal X

tahniah..teruskan cita-cita tu..haha

farahdura said... Reply to comment

makcik FNB belum baca ke msg saya. tiada respon.tiada respon. (tertekan mencari pokok tomato terdekat)

ciketon fazya said... Reply to comment

@farahdura

makcik szfd, pokok tomato aku diserang lalat tomato.. (kecik ati) terus lupa2 siram.. (haha padahal malas kan).. klu nak rosemary ke basil ke vanilla ke hidup lagi la..

Psyche said... Reply to comment

aaaa.. saya ada sifat betulkan ejaan tu dulu. DULU. Sekarang tidak lagi. Jiwa "cekgu" dah tade dalam diri. hahaha.

ciketon fazya said... Reply to comment

@Psyche
betulkan tak pe..tp klu letak annonymous tu macam tak ikhlas.. mcm kira pukul curik ar..haha

Unknown said... Reply to comment

Saya pun selalu salah eja, yang penting maksudnya sampai kan.

ciketon fazya said... Reply to comment

@Kasih Kita

as long as faham tak je kan..hehe

Wan said... Reply to comment

Like sangat entry ni! :)

wan sugarbuds

myfreecopyright.com registered & protected