Okeh let me introduce you wat is spagetthi racun.. sebenarnya resepi asal ialah dari mee racun.. mee racun ni memang macam misi mustahil nak dengar kat tempat lain selain Batu Pahat (yang memang best tau tak).. ape tah lagi jumpa..
Satu fakta yang anda perlu tau, kalau nak menikmati mee (atau spagetthi atau segala menda alah pasta sekalipun) racun ni, anda perlu boleh makan kambing.. Kalau anda alergik kambing
Ok cakap banyak pun membuang tenaga nak taip je.. resepi sila refer bawah :
bahan2:-
1/2kg tulang kambing -> saya campur dengan daging sket
1 inci halia
1 liter air untuk merebus
4 ulas bawang merah untuk dikisar
2 ulas bawang putih untuk dikisar
5 tangkai lada merah/hijau dikisar
6 sudu tomato puri -> saya guna tomato pes kimball
kicap
Garam & gula
1/2 kg mee kuning -> saya guna pasta...
cara2:-
Saya bahagikan cara penyediaan mengikut beberapa versi
Versi nak makan lambat2 sket
1.Rebus kambing dengan satu liter air diletak halia. Biar sehingga daging kambing empuk.
2.Dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
3.Masukkan lada yang telah dikisar sehingga naik bau.
4.Masukkan stok sup kambing beserta isi2nya.Masukkan tomato puri.
5.Tambah sedikit kicap, garam dan gula untuk perasa
6.Biarkan mendidih. Setelah mendidih hidangkan bersama mee kuning dan sayur yang sudah dicelur
Versi nak makan ala-carte
Ikut step 1-3
4. Letak tomato puri/pes tomato
5.Masukkan mee yang telah dibasuh. Biarkan mee sebati dengan bahan tumisan.
6.Masukkan stok kambing dan isi2nya
7.Tambah kicap, garam dan gula untuk perasa.
8.Masukkan sayur2.Tambah telur jika mahu
9.Siap dihidang panas2.
Versi satu periuk lebur je semua
1.Tumis bawang merah dan bawang putih
2.Masukkan lada kisar.
3.Masukkan kambing dan air.Biarkan sampai daging kambing empuk.
4.Masukkan tomato puri/pes tomato
6.Masukkan pasta. Biarkan ia kembang sambil daging masak.
7.Tambah kicap, garam dan gula sebagai perasa.
8.Masukkan sayur.
9.Siap untuk dihidang
Apesal aku macam rajin taip panjang2 ni eh? sampel tak sampai lagi.. Err pukul berapa baru boleh balik gini..
Suami, isteri rasa isteri mungkin selesai keja jam 3pagi kot.. jangan lupa ambik eh..jangan la lambat2, isteri
6 comments:
salam ziarah
akak share ek makanan beracun kamu ni :D http://www.facebook.com/pages/Malaysian-Mom-Bloggers/113479622052402
mohammad : terima kasih
siti sifir : haha kak boleh aje..
huuu tapi kat bawah2 tu ada ayat mun-pel (muntah pelangi)
makanan nampak yummeh!!! mee racun Batu Pahat. Batu Pahat best. hahahaha.
rajin! awak mabuk kambeng agaknya ni.
kp : kite kan sayang tempat bermain..(sebab kite lahir kat muar)
KOG : jiwa kacau.. kul 11 semalam sampel patient research bos kite tak sampai lagi..memikirkan kambing mengalihkan fokus jiwa kacau..huhu
Post a Comment