Pages

Friday, November 13, 2009

Sesat

Saya boleh drive dgn baik agak lmbat...lebih kurang 5 thn lepas je.. masa tu umur dah 22tahun.. ketika tu saya terpaksa pandai sbb company yang menawarkan fresh graduate ni kerja MEMESTIKAN saya boleh drive keta n ada kereta [huh!! org lum keja dah suh beli keta]...

Pada awal musim pekerjaan tu sgtla stress sbb saya sgt takut bwk keta, pk jln kl bersimpang siur, sesat...tekanan...tekanan..tekanan.... mujur juga saya ada seorg adik yang berbakat jadi instructor kelas memandu [ki ko leh wat part time kot]... selain faktor2pemanduan, parking juga salah satu masalah dlm batu jemala saya ketika itu... FYI gaji yang saya dpt ketika itu [dah la sikit] saya habis membayar duit keta, minyak dan menanggung instructor saya tu... haihhhh barang yang lepas jgn dikenang.. Masa adik saya ada saya rely on dia [haha g jumpa customer pun bwk adik]... tapi lepas sebulan, bila politeknik Jalan Kongkong Masai tu dah panggil budak2 dia masuk balik... terpaksa la saya berdikari...org yang paling risau ialah Ma saya disebabkan oleh perkara2 yang dinyatakan diawal paragraf ini... [haha rasa ayat cam peguam u...]

Keberanian saya untuk memandu ni muncul bila dah lepas terlanggar jambatan kat Kg. Tengah, Puchong tu.. [2 years ago saya masih nampak serpihan bumper keta saya dalam parit kg tu..hoho]... rest masalah yang tinggal ialah jalan Lembah Kelang yang bersimpang siur dan boleh membawa kepada SESAT...tapi sbb saya ni seorg yang percaya dengan kawalan minda [haha ni ayat motivator plak], saya hard thinking sangat pasal sesat tu kerana mind setting saya hanyalah untuk sampai tempat dituju dengan selamat pergi dan balik...

Sehingga kini, walaupun saya tak suka dengan kerja saya yang tersebut ini... tapi perancangan Allah itu mmg sgt baik.. klu tak dilorongkan saya kerja di tempat ini, mungkin sampai skarang saya tak pandai memandu, mungkin sampai sekarang saya cuma ingat jalan2 di Batu Pahat je...

Tips2 untuk mengelakkan sesat :
1.Sediakan minda anda bahawa anda hendak memandu pada hari tersebut..ambil seberapa lama masa anda mahu.. klu tak mau drive pergi hire seorg pemandu... hehe

2.Rancang perjalanan anda dan cuba google map tempat yang dituju atau klu anda suka pandangan topografi, boleh juga save gambar google earth [free version pun dah ok]

3.Awasi setiap papan tanda sepanjang perjalanan anda, sekiranya tidak dinyatakan tempat yang anda ingin tuju, kenal pasti bandar terdekat dan landmark yang mudah diingati.

4.Pastikan telefon bimbit anda cukup kredit atau telah dibayar bilnya atau kedua-dua sekali sbg persediaan untuk mendapatkan bantuan ketika sesat.

5.Kenalpasti individu yang boleh anda rujuk ketika sesat.

6.Kalau ternampak RnR atau stesen minyak berenti sebentar untuk tempoh bertenang, mengeluarkan sedikit wang persediaan sekiranya anda tersesat lebih jauh dan isi myk penuh2 supaya klu sesat anda tidak panik takut kereta terberhenti di perjalanan..

7.JANGAN PANIK..JANGAN PANIK..JANGAN PANIK.. kalau sesat pun anda TIDAK AKAN sampai ke London hatta Zimbabwe sekalipun [klu sesat leh sampai oversea, saya rela sesat...]..Pihak Imigresen Malaysia masih akan bertanya "mana pasport atau visa anda?"... Anda masih dalam negara Malaysia tercinta ini dan klu tak jumpa sangat, pulang sajalah ke pangkal jalan...

4 comments:

Mazura said... Reply to comment

aku suka ayat ko ke. 7... menarik.. entry yg sgt menghiburkan..lalallalaa

ciketon fazya said... Reply to comment

ni panduan supaya tak panik yah... hehe

aida said... Reply to comment

satu lagi kot cik eton, jgn membebel semasa sesat kerana anda bukan sahaja menyerabutkan diri sdr malahan menyerabutkan org sekeliling ada n bukan bebel tu boleh crkan jln utk anda pun..hehehe

Arfah said... Reply to comment

hahha... entry ini saya nak tujukan buat cik syiefa (Ratu Sesat) lah.
timeceh eton, kerana telah mengeluarkan inisiatif ini.