Pages

Wednesday, August 25, 2010

Geng Surau freak

Saya seperti dah menjadi Geng Surau freak..
siap membuat syarat

Isteri : Abang, bulan puasa ni, kita cuma boleh buka kat luar sama ada hari Ahad atau Isnin je.. hari lain buka kat rumah eh..
Suami :Apesal hari lain tak boleh?
Isteri : Taknak arr..serik..
Suami : Sebab?
Isteri : Sebab tak dapat tengok Geng Surau masa buka.. sampai hari ni saya missed sebab anak tuan kedai Kota Warisan tu tukar tengok Tom Tom Bak

Saya jarang ada cerita yang saya sangat suka.. tapi bila saya terjebak saya sukar berundur { nilaian sikap : individu ini seorang yang setia :p }.. Tapi percayalah sekali anda terjebak dengan Geng Surau, mungkin anda akan membuat syarat seperti saya lakukan...Haha..

Geng Surau ini seperti yang saya pernah sebutkan dulu amat berbeda sekali dengan drama atau siri tv di bulan puasa yang lain..ia bukan siri yang meleleh2 sebaliknya meraung terus ( Abang Abu) ..Kalau drama lain untuk menunjukkan baik dan jahat itu perlu ada seorang yang sangat baik tahap perfectionist dan antagonisnya pula jahat memang macam confirm neraka..tapi dalam geng surau sikap baik dan tak baik semua wataknya agak seimbang.. mungkin olahan watak Mayat a.k.a Razif nampak macam baik je.. dia sedang diseimbangkan dengan kejahatan lampaunya yang melampau2 dulu..

Ok saya faham kekangan untuk menonton siri ini lebih-lebih lagi jika tiada Astro { nilaian sikap : individu ini seperti berlagak ada Astro eh? sila bayar bil bulanannya! }.. saya cuba wrap kan sinopsis berdasarkan watak yang ada dalam siri tersebut.

Mayat a.k.a Razif  ( Beto Kusyairi ) : Seorang pemuda yang baru je keluar dari pusat pemulihan setelah dimasukkan ke sana selama 3 tahun selepas beliau meletupkan surau Assyakirin dengan bom kambing (????).. Kambing yang di attachkan bom itu adalah kepunyaan Abang Abu bernama Janggut.. Berikutan kejadian tersebut Mayat a.k.a Razif amat ditakuti bukan sahaja yang tua malahan yang muda. Dalam jahat-jahat begitu beliau mempunyai seorang kekasih bernama Azreen yang akhirnya bertunang dengan rakannya sendiri Lokman. Beliau disanjungi oleh Udy (stalker + posmen surat menyurat) dan Duan (anak kepada Abang Abu)

Abang Abu (Azhan Rani) : Salah seorang AJK Surau Assyakirin yang agak SBRB (sombong bongkak riak berlagak) tapi selalu membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh (membasuh lantai surau dengan bernyanyi-nyanyi kuat lagu Sepohon Kayu dan kemudian membuang sawang pula) . Mempunyai kegemaran menyanyi apabila sangat gembira. Beliau sangat gerun + menyampah dengan Mayat a.k.a Razif sehinggakan apabila mengetahui kepulangan Mayat a.k.a Razif beliau serta merta pengsan. Mempunyai seorang isteri yang hyperhidrosis (basah tangannya) dan seorang anak yang nakal bernama Duan. Selain tidak ngam dengan Mayat a.k.a Razif, Abang Abu juga selalu tidak bersetuju dengan Cikgu Suradi.

Udy (Intan Norsaina): Anak perempuan bongsu Cikgu Suradi yang amat meminati Mayat a.k.a Razif sejak kecil lagi. Pernah diikat di sebatang pokok sambil diconteng mukanya oleh Mayat a.k.a Razif namun peristiwa itu tidak merubah minatnya terhadap Mayat a.k.a Razif. Sewaktu kecil beliau menjadi posmen untuk aktiviti surat menyurat antara Mayat a.k.a Razif dengan Azreen, Uli dan Uzi. Masih meminati Mayat a.k.a Razif tapi berpura-pura mempunyai kekasih bernama Karim.

Duan (Zaidi ape ntah ..sori tak alert nama betulnya ): Anak kepada Abang Abu yang nakal tetapi kreatif. Sangat menyanjungi lagenda kejahatan Mayat a.k.a Razif tetapi kini kecewa bila Mayat a.k.a Razif menjadi baik. Sangat jengkel terhadap Ustaz Dahlan Steady Aku tetapi telah berjaya mendapatkan rakaman ceramah SBRB secara percuma tanpa pengetahuan Ustaz Dahlan dan telah menjual hasil rakaman sewaktu garage sale di Surau Assyakirin.

Cikgu Suradi (Mat Over) : Ayah kepada Udy, Uli dan Uzi. Seorang guru di sekolah kampung berkenaan yang amat romantik dengan isterinya , Makcik Ros sehingga orang yang memandang muntah pelangi. Cikgu Suradi tidak ngam dengan Abang Abu dan selalu mencantas pandangan Abang Abu (walaupun pandangan mereka berdua sebenarnya sama, istilah je lain-lain)

Imam (Razak Ahmad) : Imam surau Assyakirin merupakan bekas askar yang solo dan sedang mencari teman. Berusaha mencari teman hidup dengan memancing undi supaya surau berkenaan dicat dengan warna pink supaya menarik perhatian lebih kaum wanita. Pernah satu ketika sedang Imam 'melepaskan hajat', kain pelekat beliau yang disangkut di pintu tandas diambil dan disembunyikan oleh Mayat a.k.a Razif.

Azreen (Anita Baharom): Bekas kekasih Mayat a.k.a Razif yang telah bertunang dengan Lokman. Menyayangi tunangnya namun begitu masih berharap Mayat a.k.a Razif mempunyai perasaan terhadap dirinya.

Lokman (ni pun tak tau sape namanya): Kawan baik Mayat a.k.a Razif yang bekerja sebagai juruteknik di kilang berdekatan kampung. Telah bertunang dengan bekas kekasih Mayat a.k.a Razif, Azreen pada hari Mayat a.k.a Razif pulang ke kampung. Terlalu sangat sayang dan bersikap romantik kepada Azreen sehingga kadang-kadang menggatalkan kaki akibat gigitan nyamuk. Berasa amat gerun sekali untuk memaklumkan kepada Mayat a.k.a Razif yang beliau telah bertunang dengan Azreen tetapi rela dipukul setelah Mayat a.k.a Razif mendapat tahu.

Ustaz Dahlan (pun tak tau..huhu T_T) : Ustaz yang di jemput oleh AJK Surau Assyakirin dan merupakan kawan lama kepada Cikgu Suradi. Menggunakan tagline ' Steady Aku!' . Siri ceramahnya yang popular ialah berkenaan Sombong Bongkak Riak Berlagak (SBRB) dan beliau turut mengajarkan cara-cara untuk menjadi SBRB kepada AJK Surau Assyakirin. UStaz Dahalan agak berang dengan tindakan Duan merakam ceramahnya dan menjual CD ceramahnya, walaubagaimanapun setelah di'kipas2' sikit beliau tersengih2 kembang..huhu

Miss Mina (Sherie Merlis): Seorang guru bahasa Inggeris di kampung berkenaan yang amat komited memartabatkan grammar bahasa Inggeris. Diminati oleh Imam tapi cintanya hanya setia pada Zamir Khan. Sangat manis tapi agak suka bergossip. Beliau ditugaskan menjaga helpline aduan di surau akan tetapi terlalu teruja sehinggakan bil telefon helpline mencecah RM1000+..

Lain-lain watak tak abes study lagi hehe...

Secara keseluruhannya cerita adalah untuk mendidik (terutama yang rasa terdidik sambil gelak kuat2 ).. Selama ni kite telah didoktrinkan dalam pemikiran kita bahawasanya surau adalah tempat baca Quran dan solat sahaja.. dan hanya popular masa Ramadhan sahaja.. Dalam Geng Surau selain daripada ribut riuh kelibut, dalam masa yang sama tutur dipaparkan cara menginteraktifkan surau dengan masyarakat melalui sukan, aktiviti garage sale, malahan nak cat surau pun ada pembentangan..hehe..

Saya berharap kalau boleh AJK Masjid Mercedes Benz pun tengok la siri ni, so boleh la meng'fun2'kan (mengimarahkan) masjid kita..

Untuk ulangan sesapa yang missed, leh tengok hari Ahad 8.00am- 10.00am .. ni versi marathon.

5 comments:

Psyche said... Reply to comment

Saya suke! hahahahahhahahha...

Dr Singa said... Reply to comment

ko buat aku terjebak!!!!

kucingorengemok said... Reply to comment

omygod! ada ahad pagi ke? kita dengan dungunya bangun 4.30 sebab ter-miss satu episod! hahaha, samdol!

ciketon fazya said... Reply to comment

kp : aah sangat suka...

drsinga : ampun..ketagihan tanpa metadon takpe kan????

KOG : aah, ada tapi macam tak cukup je episodnya..sbb tu mengambil solution taknak buka diluar selain hari ahad dan isnin...ketagihan melampau!

Anonymous said... Reply to comment

ustaz dahlan : nazeri md isa =)

myfreecopyright.com registered & protected