Pages

Tuesday, August 24, 2010

Mee vs Pasta dan Samosa vs Popia

Keteringinan memakan mee racun agak meluap2... sejak beberapa bulan kawen kemudian balik ke Batu Pahat.. setiap kali tu gagal dapat nak makan mee racun.. mungkin pakcik mee racun tu boikot saya (haha budget artis kena boikot )... Ni try and ERROR (ya memang errornya banyak) untuk membuat mee racun.. berbekalkan beberapa keping bahu kambing biri-biri saya buat stewnya dulu ( cili boh + sos tomato Prego) , campur sedikit sawi dan setengah potong tomato...dek kerana malas pergi kedai Acheh beli mee kuning, mee jadi pasta... kini namanya bukan lagi mee racun tapi PASTA RACUN...

So ujian sensori yang saya lakukan sendiri dan juga suami mengandaikan

Saya sendiri : rasanya agak lari dari mee racun  batu pahat.. kurang pekat.. dan warnanya agak pudar... tapi dari segi seasoning ok la... over all boleh dimakan huhu

Suami kacak (haha puji sebab nak suruh puji balik) : "This is not RACUN sayang... for me this is Mee Madu"...  {nasihat saya anda jangan baca frasa italik tu..nanti muntah pelangi..hehe} hoho... oh no no no... i rather to name it as pasta racun compared to PASTA MADU... sensitif..heee :p.. But thank god suami saya suka ( mungkin sebab isterinya letak pisau kat leher kalau kata tak suka..ngehngeh )

Dalam masa yang tak sama, saya masih meneruskan usaha melipat samosa setelah mendapatkan beberapa DIY melipat samosa dari google..namun hasilnya masih masih kasihan.. tak mengapalah... berbentuk popia pun rasanya masih lagi samosa... hehe..

2 comments:

Anonymous said... Reply to comment

bulan pose ni,kat pasar pesta pon dorang ade jual mee racun :D

ciketon fazya said... Reply to comment

kalau aku balik 2 hari before raya nnt ada tak lagi diorg jual eh?

dekat2 raya ni hasil jualan bazar selalu mengecewakan..

myfreecopyright.com registered & protected