Pages

Monday, December 20, 2010

Berjalan2 ke Pulau Besar sebagai latihan sebelum ke Mauritius :p

Memang sungguh membencikan buat tajuk begitu.. Tapi hanya tajuk berangan-berangan begini tak perlu bayar duit kapal terbang dan hotel penginapan, hanya bayar bil streamyx ngan bil api sahaja..

Bagi pasangan belum beranak macam kitorg ni, perjalanan tidak dirancang adalah biasa.. tapi adalah tidak molek jika diamalkan sehingga beranak.. melainkan kalau anda ada byk duit dan mempunyai bibik untuk kemas baju, tengok anak, siapkan botol susu steril, kemaskan rumah sebelum pergi jalan2, balik dari jalan2 terus basuh baju etc [ ciri2 majikan kejam kah? ]

Last weekend kami pergi Melaka.. haha Melaka lagi.. macam la Melaka tu tempat favorite.. tapi sebab kami berbudget ciput untuk lawat seluruh Malaysia, cukuplah kami 'Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia' [ ni signboard kat Ayer Keroh tulis gini ]

Ini adalah trip 12 jam sahaja, so tak sempatlah nak pergi segala muzium atau segala taman kat Melaka..next time kami pergi lagi..errrrrk?

bertolak menaiki Titanic..:p

Jeti di Pulau Besar

Island view
Untuk review sedikit fakta tentang Pulau Besar click INI yeh..:)

Lepas balik semula ke Tanah Besar Semenanjung, kami rasa lapar2..alang2 sudah sampai Melaka, inilah masanya pow suami makan ikan ke sotong ke udang ke kerang ke atau ape2 yang dibakar.. so drive laju2 cari kedai makan...

muka excited nak makan..

rupanya hari ni ada event Pesta Sukan KPPK 2010

Keseluruhan kawasan telah dibook oleh kementerian ni untuk event makan malam.. kami pasangan terpilih (haha), orang awam yang nasib2 dapat masuk dan pergi makan kat situ.. orang yang lewat sket dari kami pakcik Rela tak bagi masuk.. kesian...order cepat2 sebab lapa.. (tak lapar pun akan order juga)

Butter Prawn.. dia takde telur tali2 tu, tapi di tabur nestum.. sedap.. saya bagi gred A+

Ikan bakar atas pan burger.. sambal kat ikan sedap.. Gred A+ .. tapi kicap cicah gred B

Kailan ikan masin biasa2.. Gred B

Kupang sweet sour.. Gred A

Alhamdulillah ada sedikit rezeki pergi jalan2.. tahun depan kite pergi Melaka lagi eh...haha..:p

6 comments:

Dr Singa said... Reply to comment

'kulit kupang sweet and sour'
.
.
sekarang memang pesen udang butter taruk nestum eh?? selalu jumpa...

ciketon fazya said... Reply to comment

agaknya kot.. kite ingat dia tabur telur macam tali halur2 tu..

Anonymous said... Reply to comment

Dekat dgn kampung saya ni.. ikan bakar nasi lemak mmg terbaik.. he..he..he.. salam kenal..

ciketon fazya said... Reply to comment

gismo82 : salam kenal..huhu klu kenal awal boleh dtg sarapan kat rumah..haha

takpe, jln2 melaka ni akan selalu je sbb otw dari kl ke bp..

Miss b said... Reply to comment

mauritius memang idaman utk hanimun. hehe

ciketon fazya said... Reply to comment

tabung tak cukup lagila nk pi mauritius...huhu

myfreecopyright.com registered & protected