Pages

Tuesday, March 15, 2011

Makan lah, apa lagi...

Lepas berhujung minggu dengan ntah berapa banyak lauk briyani...salahkan org jemput kenduri.. maka bertaubatlah dengan makan fish fillet + sayur2an...


Macam pernah di mention dalam entry yang ntah mana ntah, memasak western dishes less time consuming compared to malay dishes (tiba2 terus cakap orang putih!)

Cara2 penyediaan :-

Fish Fillet

1 keping potongan isi ikan dory (ni beli kat Cold Storage @ Carrefour @ Giant)
Tepung
Telur
Breadcrumbs
Oat
Garam dan ground blackpepper untuk seasoning

Kepingan ikan diseasonkan dengan garam dan blackpepper.
Salutkan kepingan ikan dengan tepung.
Celup ikan ke dalam telur yang telah dirotan dipukul
Salut ikan dengan campuran breadcrumbs dan oat.
Goreng dengan sedikit minyak zaitun.


Coleslaw

Kubis
Mayonis

Cincang kubis halus2.
Gaul dengan mayonis.


Cherry tomato salad w pickled cucumber

Cherry tomato
Pickled cucumber (kalau takde ganti dengan timun biasa pun lagi ok)
Garam dan blackpepper untuk seasoning
Minyak zatun
Lemon

Cherry tomato dipotong dua.
Potong nipis2 pickled cucumber.
Dalam mangkuk, campurkan minyak zaitun dengan jus lemon dan bahan seasoning. Whisk perlahan.
Setelah minyak teremulsi, masukkan cherry tomato dan pickled cucumber.
 
Bila dah siap semua, assemble aje atas pinggan.. Pastu makanlah apa lagi (errr dia patentkan tak ayat ni? )

0 comments: