Pages

Saturday, October 9, 2010

Air Markisa dan Jagung Berondong

Hujung adalah hari eksperimen.. Kalau minggu lepas kami eksperimen buat open house, minggu ni eksperimen open house dah dihentikan sebab raya dah abes.. Hari ni eksperimen berkisar makanan dibuat sendiri di rumah..homemade la..

 Anda kenal buah di atas? Orang kampung saya panggil passion fruit.. hooo oh.. ni lah buah manisah..hep hep kenapa cakap begini..ni lah buah markisa.. Suami saya beli kat Janda Baik otw balik jumpa client..pergi ke sini  jumpa client isteri tak marah, tapi kalau berbaik-baik jumpa ngan janda isteri nanges...huhuhu

 Ni anatomi dalam buah ini apabila dilakukan  cross ceasar section.. buah ini digolongkan dalam keluarga beri. Ia dikatakan salah satu daripada sumber makanan yang antioksidan.. Rasa markisa masam2 manis cikgu sha'ari.. jadi tak larat nak makan gitu je, maka markisa yang banyak tu ditransform menjadi ;

 Air jus markisa.. letak gula sket..letak ais sket... huuuu rasa terharu ngan kesedapan air markisa...terus rasa nak jadi pembekal markisa kat Dengkil...

Selain tu rasa nak juga jadi penjual jagung berondong kat pasar malam..jagung berondong???? bahasa indonesia untuk pop corn..hoh tak percaya??? pergi google sekarang [haha tau pun sebab baru google]

* kredit pic from jintanmanis.com.

Bila jagung kering sudah berubah jadi jagung berondong, pindahkan ke sebatian karamel supaya lebih sedap dimakan.. nak manis macamana pun ikut suka.. lepas ni tak payah ambik jagung berondong sambil pejam mata supaya tak dituduh "oooo ko pilih yang manis je eh"... gembira sekali dengar jagung melenting-lenting ..seperti hendak melenting sama..tapi tak manis kan isteri manis melenting-lenting... haha kalau nak dengar bunyi bebelan bak bertih jagung..cepat cuba buat jagung berondong sendiri di rumah..

Ni hasil akhir.. pesanan kesihatan, kurangkan gula dalam makanan.. so sedikit gula cukuplah.. [errr tapi macam tak sikit je???].. Sekarang jagung berondong sudah sedia di makan.. hooo tiba-tiba terasa GSC jual terlalu mahal.. kalau banyak macam ni harganya RM6.00 sedangkan kosnya baru RM0.60..wah 10 kali ganda tahu...dah lepas ni nak tengok wayang bawa jagung berondong sendiri...

Nak resepi jagung berondong??

minyak + mentega (meliputi dasar periuk)
jagung ( dimasukkan menutup dasar periuk)
garam (kalau nak karamel takyah garam, tapi kalau suka masin2 letak lah)

masak dengan api perlahan.. tutup periuk sebab kalau tak tutup, orang lain buat dapat sebakul, anda dapat semangkuk je.. jagung tu kan melompat2..

dalam periuk lain
2 sudu mentega
2 sudu gula
1 sudu madu

panaskan gula sampai perang, masukkan metega, letak madu, masukkan bertih.. gaul cepat... masuk mulut kalau berani bekas.. biar sejuk sebentar.. caramel tadi akan merangupkan jagung berondong itu..

p/s: abang balik cepat..kata nak gi pasar malam Kota Warisan berniaga.. jagung berondong dah nak abes....:p

2 comments:

DrSinga said... Reply to comment

mari berbondong-bondong makan jagung berondong...

ciketon fazya said... Reply to comment

iya dong..:)