Pages

Saturday, August 27, 2011

At lasssst!


Tengok muka depan pun saya dh tau sape pengirimnya..
Tq ibu singa..

p/s: akhrnya dpt gak kad ry..haha kesian...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 25, 2011

"I live in Saudi, but im Malay" ~ Jemma



She's belongs to Kak Jeni ( Resepi.net )

p/s: KOG, suami kakak Kak Jeni ni kampungnya di taman perumahan awak

Wednesday, August 24, 2011

Mohon & Mintak 1432 (i)


Salam syawal buat semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan, geng bloggers dan sesiapa yang mengenali diri ini (chewah), saya mohon ampun atas kesilapan dan kesalahan sama ada sedar atau tidak sedar.. Seperti tahun sebelumnya, kad pengganti diri dibuat dalam bentuk maya supaya dapat dikongsi secara meriah dengan semua pembaca dan lebih eco friendly ( read : saya kedekut! )

Hari raya ini jemputlah beraya ke rumah kami.. kami belum bercadang buat open house tapi kalau mahu singgah beraya, sila lah.. hehe

p/s : semoga suami yang sangat saya cintai tak complaint tentang penggunaan bahasa rojak atau kesalahan ayat di dalam kad ini ..
p/s/s : gambar mak hajah tu gigih lukis sendiri.. konon2 kurus sket (padahal!), masih mengekalkan jubah hijau warisan mertua buat gi teraweh....gambar suami tiru dari google image search, coloring je buat sendiri..

Hati luka

Selalu bila hujung-hujung bulan saya tak suka check ATM or bukak cimbclicks..
Sebab hati terluka tengok baki akaun..haha

Lately selalu buka sebab nak tengok baki yang ribu-ribu..
Malangnya tu duit opis!..
Sekali lagi hati terluka...

Hari ni buka lagi..
Wow ada tambahan ribuan lagi..owh dah gaji..
Selepas bayar itu dan ini..
Hati luka sekali lagi...

Improvisasi

 Ini serunding kelapa yang terhasil atas perkongsian resepi kucingorensayu (dah rupa bunyi korea dah) kelmarin

Ada kawan saya tanya eh, ko masak mmg letak susu pekat manis?(rujuk entri)
Jawapannya YA.. so jimat masa boleh replace penggunaan santan dan gula sekali gus..

Kalau rasa nak ikut silakanlah..kalau rasa mengekalkan ketradisional " eh kena guna santan jugak, tak guna santan perah mana nak sedap" juga terserah..hehe tekak kami rasa ok je dengan resepi improvise ni..

Sekarang saya nak cari kacang tanah kisar ( sbb saya mls nak prepare from scratch.. dasarrr!!) .. dah banyak kedai pergi semua sold out... pergi kedai bakeri kot2 ada, sekali adik bakeri jawab " kacang tanah takde kak, kacang almond ada.."  sebab dah penat ke sana ke mari mmg macam terbuat muka bengkek je dengan jawapan adik kedai tu..sori dik..

Balik rumah memang rasa nak improvise kuah kacang guna kacang almond untuk wat macaron ngan cluster chocolate tu..huuuu tgk la nnt ...* sambil suaminya buat muka ngeri takut nak uji rasa*

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 22, 2011

Yok Derma Yok

Dah hampir setahun lebih saya duduk Dengkil..

Minggu pertama perkahwinan saya dulu, suami saya bawak pergi join event majlis berkhatan di Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri


Menurut suami saya rumah anak yatim ni tak dapat bantuan jabatan kebajikan masyarakat. Ini disebabkan syarat untuk sesebuah pertubuhan nak dapat title 'rumah anak yatim' mestila berada dalam kedudukan corner lot..Memandangkan RAYMTB ni kedudukan rumah yang diwakafkan kat tengah-tengah, secara langsung tak layak syarat dapat bantuan...

Walaupun begitu saya kagum juga dengan survival rumah anak yatim yang tak bersubsidi kerajaan ini.. Mereka survive dengan bantuan orang ramai dan inisiatif menjana pendapatan melalui perniagaan.. Bilangan rumah juga dah bertambah dari sebuah kepada dua buah (sebuah wakaf, sebuah lagi sewa).. Bilangan permohonan nak masuk masuk juga makin ramai tapi apa kan daya limitation kawasan..

Sempena bulan Ramadhan yang barakah ini apa kata kita buat sumbangan sikit untuk rumah anak yatim ni.. Kalau tak dapat banyak pun  takpe, yang penting ikhlas.. :)

Anda boleh salurkan sumbangan ke ;

Maybank Islamic berhad ( 162834034545)
CIMB bank (1267-0005898-52-4)
Akaun Baru CIMB : 12670000969055  ( Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri )

Anda boleh juga berhubung dengan penjaga/ kakitangan rumah anak yatim ini melalui talian berikut ;

PUSAT JAGAAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN TAMAN BAIDURI
Address:NO. 11A, JALAN 2, TAMAN BAIDURI,
43800 DENGKIL,SELANGOR
Tel:03-87688507
Fax:03-87688530
Email:raym_tamanbaiduri@yahoo.com
 

Sunday, August 21, 2011

Kunjung mengunjung


Serunding kelapa (Coconut floss), Sayur lodeh berpedal (giblets long bean and carrot in coconut gravy), sambal goreng (sweet spicy potato tempeh) ,ayam masak merah ( chicken in sweet spicy sauce), Rendang daging ( beef rendang *haha tanya google translate rendang= shady)..  tetiba kuih suji cuba enterframe..


Assemble on plate..hehe konon nak tiru lontong darat bumbung biru..:p

Untuk pertama kalinya sy mempraktikkan ngunjung or munjung..

Kalau kat kampung saya,tiap minggu dalam bulan ramadhan ada je org hntar lauk munjung esp area ada Javanese..kehkeh.. So non Javanese cam saya dapatlah tempias rezekinya kan..kebiasaan keluarga saya akan reply blik lauk on hari raya.

Disebabkan saya di perantauan, maka takde lah nak dapat lauk munjung or ngunjung ni kan..hehe perantauan sangat!..so kalau tekak kepingin kena masak sendiri eh.. * nak pengsan penat!*.. Saya berdebar-debar gak masak banyak, tp saya praktikkan tips rumah terbuka dulu..

Resepi lain-lain saya ingat2 je cara Ma saya masak..
Resepi serunding kelapa, saya tiru sini guna method 2

Update resepi
Rendang Daging
Bahan-bahan :
1 kg daging (tak kesah la batang pinang ke top side ke ape..untuk rendang saya suka yg ada kenyal2 sket)
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
7-9 biji cili api*
5 inci halia*
2 inci kunyit (saya subtitue ngan kunyit serbuk 2 sudu besar rata) *
2-3 batang serai*
2-3 sudu besar membumbung cili boh *
2-3 sudu biji ketumbar*
150ml santan
2 sudu besar susu pekat manis
2-3 sudu kerisik
garam secukup rasa
asam jawa/ asam keping ( saya subtitue ngan 2 sudu air jus lemon)
1-2 helai daun kunyit(boleh juga guna daun limau purut)

Cara-cara :
Daging dipotong nipis membelah urat (ini untuk memudahkan daging masak) dan dicuci
Kisar bahan bertanda *
Masukkan daging berserta bahan kisar kedalam periuk dan ditutup. Biar reneh sampai daging lembut.
Keringkan air dalam masakan sedikit dan masukkan santan
Masukkan susu pekat manis, biar masakan memekat sedikit.
Garam secukup rasa dan kemudian taburkan hirisan daun kunyit.
Masukkan air lemon dan matikan api.

Ayam masak merah
Bahan-bahan :
2 ekor ayam dipotong 8 (ikut suka nak potong berapa eh)
4 labu bawang merah*
6 ulas bawang putih*
4 inci halia *
6 sudu besar membumbung cili boh
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 susu besar membumbung susu pekat manis
garam secukup rasa
1 sudu besar air lemon

cara-cara :
Cuci daging dan digoreng seketika (dilumur garam dn kunyit)
Kisar bahan bertanda *
Tumis bahan * dengan minyak menggoreng ayam sampai garing( ni kalau orang wat health study mesti geleng-geleng kepala baca)
Masukkan cili boh, tumis lagi sampai terbit minyak
Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sket2..
Masukkan susu pekat ( depends ikut tahap kemanisan yang dikehendaki)
Masukkan garam dan masukkan ayam.
Gaul serata supaya sambal rata pada semua ayam
Masukkan air lemon dan gaul rata lagi.
Ok dah siap, makanlah apa lagi..hehe

Sayur lodeh ber pedal
Bahan-bahan :
Pedal dan organ dalaman ayam 2 ekor tadi direbus dengan halia
1 genggam  kacang panjang
1/2 kelopak kobis
2 batang lobak
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering*
1 inci lengkuas
150ml santan
150ml air

Cara-cara :
Potong sayur-sayuran ( potong kecil2 lagi bagus supaya tak perlu masak lama)
Kisar bahan-bahan *
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukkan lengkuas
Masukkan santan dan air
Masukkan sayur lobak, diikut kobis dan kacang panjang. Masukkan juga pedal dan hati ayam
Gaul serata dan matikan api.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 20, 2011

Iklan raya : chocolate cluster

Choc cluster : almond + raisin

Ini adalah iklan ulangan dengan harga baru untuk 2011
Kawan-kawan masih ingat lagi saya janji nak post gambar untuk entry ini? Nah sekarang tunai janjinya tapi dengan harga baru.. diulangi harga baru

Ini la choc cluster.. Untuk hari raya ini saya cuma ambil tempahan untuk kuih ini sahaja.. ops bukan kuih tapi coklat cluster ini shaja...sbb saya tak pandai rajin nak buat kudapan lain.. kang buat kuih raya tak sedap akak jugak korang complaint, bila ada complaint terus tak jadi tempah macaron..eh tiba-tiba!~

Ok sedikit info untuk kudapan cluster ini.. ia sebenarnya ia mungkin kekacang atau cornflakes atau buah-buahan kering yang saya enrobed kan dengan coklat compound... errr apa pula coklat compound??.. ianya coklat daripada lemak sayuran (vegetable fat) .. Anda boleh juga request untuk pure chocolate..iaitu coklat yang memang lemaknya daripada lemak koko... untuk pure coklat harganya mmg mencecah 2 kali ganda harga yang saya tawarkan ini..[ rasanya juga mmg lebih sedap... once anda telah terdedah kepada pure choc anda akan meminggirkan coumpound choc... ini kisah benar..huhu ]

Berikut adalah harga bagi tempahan bagi cluster ini..

almond @ cornflakes sahaja : RM24 untuk sebalang

almond + kismis @ cashew @ aprikot @ cornflakes : RM27 untuk sebalang

almond + cashew + kismis @ aprikot : RM27 untuk sebalang

almond + hazelnut : RM25 sebalang

hazelnut + kismis : RM27 sebalang

* sebalang = 50 pcs

* default coklat ialah milk coklat... sila nyatakan kalau nak coklat putih atau dark

* drizzle dengan perasa strawberry / orange boleh dilakukan tanpa sebarang extra charge..tapi kena khabor la ke saya..(satu balang satu jenis drizzle sahaja)

* harga tidak termasuk kos penghantaran. Disarankan untuk self pick up di Dengkil atau HUKM Cheras. 8km radius kawasan Dengkil free delivery [wah beruntung betul orang Dengkil ^_^]

sebarang pertanyaan leh email nutaizaf@gmail.com atau boleh telefon saya 013-6076706

Ok itu aje... selamat membeli :)

choc cluster cornflakes with orange drizzle

Log in fb dapat duit

Annoying kan tengok gambar show of kipas duit?
Kalau tagged kat fb lagi annoying!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 17, 2011

Review masjid #1

Bulan ramadhan ni ramai buat bazar review kan. Tetiba rasa nk buat review jugak.. Saya nak buat masjid or surau review.. Memandangkan bulan puasa cmni je rajin sket kan gi singgah surau masjid, sana-sini..

Masjid 1
Masjid Jameatus Solehah (masjid mercedes benz)
Lokasi: Pekan Dengkil
Fasiliti: tempat letak kereta (limited sebab tepi jalan besar), tempat wuduk (ada kolah untk lelaki,bilik wuduk wanita), toilet L/P (prestasi xcheck), ruang solat lelaki aircond dan kipas, ruang solat wanita kipas.
Keadaan ketika solat: Udara dan sirkulasinya nyaman.. Alhamdulillah.
Durasi waktu teraweh: Tak lama sebab imam baca ayat lazim
Moreh : ada tapi sebab balik awal selalu xdpt lah.
Pendapat peribadi : secara keseluruhan saya rasa ok sbb masjid ni 200m je dari rumah. Sirkulasi udara adalah baik,tapi bila penuh orang,ruang dalam agak kuap.ruang koridor juga jadi tempat solat dan agak nyaman. Overall i like.

Seorang wanita yang suka solat kat koridor sebab kipas kuat dan lantai sejuk... maka hasil gambar juga gambar koridor

Masjid 2 
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
Lokasi: Presint 2 (kot) Putrajaya
Fasiliti: tempat letak kereta, tempat wuduk (jauh gila dari ruang solat, kena naik escalator *tp selalu off*.. makcik2 sakit kaki, orang semput mesti rasa nak taubat gi solat sini), toilet L/P (prestasi ok!), ruang solat lelaki, ruang solat wanita 
Keadaan ketika solat: Masa ada air dalam pond keliling kolam keadaan masjid jadi sejuk bila angin sepoi2 bahasa, tapi bila kolam kering,dalam berkuap.. Tiada kipas.
Durasi waktu teraweh: Panjang sikit. Imam baca surah panjang.. tapi tak la panjang sangat.. saya rasa separuh muka surat je setiap rakaat.
Moreh : ada dan dihidangkan sedari selepas teraweh 8 rakaat
Pendapat peribadi : secara keseluruhan saya rasa ok tapi nak taubat juga. Ruang nak ambik wuduk jauh dari ruang solat. Dinasihatkan jika pergi sini, ambik wuduk siap2 dari rumah dan jalan dari keta ke masjid jangan nak loving-loving pegang tangan.

View dari pintu depan or namely known as Pintu Imam Malik

Masjid 3
Masjid Ibnu Sina
Lokasi: HUKM
Fasiliti: Ini sebenarnya surau di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Tempat wuduk ok, Toilet kureng!
Keadaan ketika solat: Sejuk (Aircond)
Durasi waktu teraweh: Panjang! Sebab Imamnya ialah pak arab.. memang panjang sampai rasa macam tak larat kaki nak tunggu abes 8.. 4 rakaat ikut imam, 4 rakaat + witir solat sendiri..hehe
Moreh : tiada
Pendapat peribadi : ambience ok.. tapi iman sendiri tak kuat nak tunggu imam baca panjang-panjang..(Insaf!)

Masjid 4
Surau Putra Al-Amin
Lokasi: Presint 8, Putrajaya
Fasiliti: Ruang solat aircond seluruhnya, toilet bersih (check for tempat perempuan sahaja), tempat letak kereta limited (kawasan apartment yang penduduknya ada minimum 2 keta kot)
Keadaan ketika solat: Sejuk (Aircond).. I like..:)
Durasi waktu teraweh: Panjang sikit. Imam baca surah panjang.. tapi tak la panjang sangat.. saya rasa separuh muka surat je setiap rakaat.
Moreh : Ada. Bubur durian masak panas2 lagi.. Tapi tak makan sebab dah nak balik tapi bubur tak masak lagi..
Pendapat peribadi : ambience ok (sangat2!).. waktu solat pun tak lama sangat (ini review orang rendah iman eh) dan tiada berdetik dalam hati ' imam cepat la sket, aku dah ngantuk/panas sangat ni!"

Insyaallah review masjid / surau  ini akan diteruskan walaupun bukan Ramadhan sebab bila pergi jalan-jalan kami akan singgah masjid dan surau nak tumpang solat, tumpang gi toilet.. Entry sebegini bukan lah berniat mengkondem masjid.. 

Tapi sekiranya ada ruang penambahbaikan yang diambil tindakan, mungkin bisa innitiate rasa nak imarahkan rumah Allah..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, August 16, 2011

Alphabeth O

Oyen

 Oren

Dua-dua kesayangan dan rasa nak cium.. hehe
Oyen RIP already..kucing baik selalu pergi awal..macam manusia juga..

Bulan keberkatan, pengampunan, pembebas azab neraka & malam seribu bulan

Hari ni 16 Ramadhan sudah..
Insyaallah tinggal 14 hari je akan selesailah bulan latihan memperbaiki diri..
Semoga kita istiqomah dengan latihan ini..practice makes perfect!
Fasa keberkatan dah lama selesai dah..
Fasa pengampunan pun tinggal 3 hari je lagi..
Lepas tu tu akan masuk fasa pembebasan azab neraka..
Dah cukupkah kita memohon keampunan untuk membebaskan diri dari azab maha hebat ini?

Dulu-dulu masa kecik-kecik selalu dengar ustaz kata malam lebih baik dari 1000 bulan jatuhnya pada 10 malam terakhir, katanya pada malam ganjil..
Orang jahil macam saya akan pilih2 solat malam ganjil..huhu
Tapi kebelakangan ini saya dengar ustaz2 cakap mana boleh pilih-pilih gitu..
Dekat Malaysia mungkin malam ganjil, tapi di Saudi mungkin malam genap..
Di Malaysia mungkin malam genap, di London mungkin malam genap...
Lailatul Qadar rahsia Allah.. perbanyakan amalan, Insyaallah ada rezeki, usaha kita mencari Lailatul Qadar pasti diperkenankan Allah..Subhanallah..

Monday, August 15, 2011

Kucing emak ayah saya


Karnivor sejati tengah susukan baby..
Tiap kali balik kampung selalu ada baby baru..
Walaupun karnivor sejati, tapi dia howt...
Menjadi rebutan kucing2 jantan taman..haha

Karnivor sejati sangat protective..
Baru dengar anak merengek sket orang pegang terus jegil2 mata kat pemegang..
Terus ngiau-ngiau, tepis-tepis tangan orang gigit tengkuk anak, sembunyikan bawah katil..
Semalam ada orang dengki sembunyikan baby putih dalam baju, lepas tu susup tangan bawah kain belum lipat..
Bulat mata karnivor sejati tengok, cepat-cepat dia menyelinap cari anak bawah kain..
Tak jumpa!.. terus ngiau kuat-kuat..
Saya (haha kantoi akulah pendengki!) takut karnivor sejati cakar, terus pulang balik anak dia.. tiba-tiba dia memang sembunyikan anak bawah kain belum lipat..

Karnivor sejati takleh nampak orang makan ayam, tengah orang pegang-pegang ayam dia boleh buat rampasan kuasa tiba-tiba.. kadang nak makan ayam kena sembunyi-sembunyi dari dia.. takutttt!.. sebab tu dia dapat nama karnivor sejati..

Eh kucing mak saya bukan dia je, ada banyak lagi.. semuanya akan makan masa sahur, siangnya tido atas kerusi di hall, bila azan maghrib berkumandang mereka akan mengiau-ngiau mintak makan.. mereka puasa..

Thursday, August 11, 2011

Sudu garfu (ke ejanya garpu eh?)

Safron rice with honey glaze chicken made in bazar and sliced tomato onion salad

Siri makan bersudu garfu macam drama melayu berterusan..

Padahal situasi sebenar :
Gelabah tanak nasik sambil asyik tengok jam..nasi confirm masak,terus bawak ke meja makan,terus senduk dalam pinggan..kalau makan pakai tangan mau melecur kot..huhu

Akhir kata saya ingin menutup order choc cluster..so kiranya kalian ingin order,sila buat sebelum 18/08/2011 yeh.. Nak tau harga tak perlu scroll ke bawah,sbb entry iklan dah saya lekatkan di atas..hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #15 :Tiada tripod

kami tiada tripod,
kami mintak tolong NikShahrul.. we like the price, we love the outcome..
oh ya, NikSharul ni cikgu kursus DSLR saya..hehe
p/s : tapi saya sebenarnya lebih suka diambil gambar *budget model :p

 Dialah pengambil gambar saya seumur hidup (tapi sebenarnya lebih banyak masa jadi 'doktor').. Insyaallah

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, August 9, 2011

Rezeki

Alhamdulillah hari ni berpeluang bersahur walaupun hampir disaat genting yang kurang dari semalam..subuh semalam agak syahdu juga situasi bila mana sejurus nasi goreng kampung terhidang dalam pinggan,azan pun berkumandang..tsk tsk tsk...

Untuk sahur hari ni, ingatkan nak tanak nasi malam tadi, tapi apakan daya dah ngantuk sangat..hmm selamat la nak buat semua pagi ni.. Dah la Kak Sudip (ala2 kak senduk meriah uols) ni takde rice cooker kan..maka bagai nak ribut dapur nak masak semua pagi2 sepi-e ni..

25min before azan berkumandang semua makan siap; nasi putih, sardin dan sayur tempe kacang..pheww.. Semua makanan panas gila,so untuk tidak membuang masa,makanla pakai sudu garfu..kelas kan aku makan pakai sudu garfu walaupun lauk desa..LOL

Suami saya kata kesempatan untuk sahur ni rezeki..kalau bukan dengan izin Allah,dan memang bukan rezeki kita,nasi goreng kampung dah depan mata pun, kita takkan dapat rasa..huhu

Moga rezeki kita dipermudahkan, InsyaAllah..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 8, 2011

Nak ditajukkan ape pun saya tidak tahu..

Not so much update lately..
Kehidupan sepanjang puasa ni a lil bit bz.. a bit berkejar-kejaran dengan masa yang tak terkejar..

Alhamdulillah saya masih berpeluang berpuasa..belum bercuti..:p
Alhamdulillah 70%  hari berterawikh.. another 30% due to my office odd hour job..
Azam saya! saya tak mau tertinggal terawikh..
Hehe saya takde alasan pun nak tinggal terawikh..hehe lebih2 lagi 'anak'2 saya mudah dijaga..

anak ini suka gigit tulang tapi dia kurang kalsium..sudahnya gigi pun tak seberapa..* ni tgh syok tido atas katil depan kipas..*

Anak ini suka main2 plastik, ntah stau hari 'mama' buat keja craf, double tape melekat kat plastik.. haha ni attached on fur shopping bag..:p

Siri berbuka puasa kami juga biasa2 aja.. sbb tahap kerajinan juga biasa2 aja..  

Udang bersalut oat goreng butter, bayam goreng udang kering, ikan cencaru bakar, kicap cili
(Oatcrumb butter prawn, stir fry prawn spinach, pan sear torpedo scad with spicy soy sauce)
*aku mmg ngada2 nak translate nama makanan in English

Ikan cencaru bakar never gone wrong.. either ada sambal sumbat di dalam or bakar semata-mata rasanya cukup indah..saya bakar atas kuali leper hehe. Suami saya kata dia tak sangka ikan jacket sebenarnya sedap sbb kalau ingat ikan jaket kat dewan makan asrama, mmg menitik air mata.. 

Stock desserts..hehe currently we stuck up with Tutti Frutti.. Frekuensi konsumsi yang agak tahap kemaruk juga.. sampai lately bowel progress kami sangat lawas..haha.. Suami saya kata dia dah 'kacang lupakan kulit' terhadap Baskin Robin.hoho

recomended flavor : banana strawberry, strawberry, raspberry, lychee, mango, passion fruit
not bad : vanila, chocolate, red velvet, taro
dah try dan menyesal : apple

Thursday, August 4, 2011

Enam Mac

Kalau sebut 6 Mac.. memang date tu mengemosikan dan dekat ngan hati..

Semalam baca blog Dr.Singa, dia bagi link Moon

Sebagai seorang yang beranniversary 6 Mac... saya jadi emosi membaca kisah Norma ngan Talib..diorang jadi suami isteri sama hari ngan kami..

Sebagai seorang yang bekerja kat satu institusi yang ingin mencari penanda awal kanser, saya emosi lagi..(walaupun most of the time ai givap ngan diri sendiri sbb ai lampi kumpul data..)

Menangis syahdu mengongoi pun tak guna, ape kata log in cimb click, buat transfer fund kat akaun dibawah..


cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

Kepada Norma & Talib, bertabahlah!

*Tidak kira berapa nilai pun sumbangan anda, ikhlas juga dipandang Allah..:)
myfreecopyright.com registered & protected