Pages

Thursday, September 30, 2010

Digi Iphone 4 Life

Saya yakin mama saya menang Iphone 4.. awak tak nampak saya yang comel buat garang ni??





Wednesday, September 29, 2010

Digi Iphone 4 Real



Ok sambung lagi tentang Digi Iphone 4...
Handphone dah bijak, so pemilihan service provider juga kena bijak.. kalau anda pilih handphone mestilah yang sedikit mahal sebab nak kualiti yang baik macam Iphone 4 ni tapi kebijaksanaan pemilihan service provider pastilah yang murah tapi menawarkan pelbagai perkhidmatan tanpa sebarang caj tersembunyi...

So kalau anda nak terbukti bijak macam Iphone 4 anda, saya sarankan anda pilih Digi..:)

Cakap panjang-panjang pun tak guna.. nah tengok gambar bawah ni..

 Kalau nak cite bab cakap telefon free tu memang tak disangkal, kalau dah ada 200min free usage tu pun dah memadai.. tapi bab no bill shock after tu yang paling utama.. sebab ape? yelah handphone dah bijak, mesti connected internet tak hengat kan.. kalau korang pakai provider lain...cajnya ya ampunnnn payah nak cerita..

So ape lagi.. buat pilihan yang bijak ok..bak slogan Digi ; Always A Smarter Choice..^_^

Tuesday, September 28, 2010

Digi Iphone 4 Play

Ok saya sambung balik apa kenapa Iphone 4 tu sangat sesuai untuk saya... hehe...



Kalau anda go through intipati blog saya (hoh paksa orang baca blog dia!!) kebanyakan kisahnya kebelakangan ini adalah berkenaan masakan terutamanya selepas saya mendirikan rumahtangga...perghhh nak share resepi macam pakar je... jangan tertipu... semua tu saya tiru resepi di TV dan internet aje...

Mean sebelum masak saya kena google atau tonton TV dulu..lepas tu salin..lepas tu bawak kertas resepi pergi dapur..selamatkan kertas resepi dari kena minyak.. selamatkan kertas resepi dari terbang dalam sinki... ..nak angkut tv ke dapur adalah mustahil kan..karang kesian suami saya kena tengok TV sebelah sinki basuh pinggan.. huh sungguh berliku-liku hasrat murni nak memasak ni..tapi dengan adanya Iphone 4 liku-liku perjalanan memasak yang sukar seperti di atas tiada lagi... kenapa?

Sebab saya boleh subscribe resepi Jamie Oliver memasak 20 min je melalui aplikasi cooks Iphone 4.. telefon nipis je, boleh letak atas meja dan sambil masak... sedap plak tu (huh perasan... eh Jamie Oliver okeh!!)
Oh sungguh terharu ada aplikasi sebegini..tsk..tsk...
Ok selesai satu bab.. Selain menjadi isteri ideal yang pandai masak...  Iphone 4 turut membantu saya dah suami menjadi ibu bapa yang baik di masa hadapan.. Menggunakan aplikasi Moms & Dads, bukan sahaja menyediakan permainan interaktif untuk perkembangan kanak-kanak... malahan pemilihan nama bayi pun boleh..hehe ni kalau korang nak bagi nama anak bunyi mat salleh sket la kan..hehe
ada 8500+ daftar nama bayi anda boleh pilih

Bila besar sket boleh pulak ajar anak-anak mengeja kucing..:)
c.a.t : kucing oren

Baguskan Iphone 4..sesuatu yang serius pun boleh dijadikan permainan...huh sungguh tak sabar nak memilikinya tak lama lagi...okeh siri penceritaan akan bersambung lain sebentar lagi...^_^

Digi Iphone 4 Me



Nuffnang ini memang menbencikan.. suka cari penaja nak buat contest bagi saya menang..(haha hebat la awak ni)

Oke anda nak tahu apa yang akan saya menangi tak lama lagi?


Wah hebatnya awak.. camana awak boleh menang ni???
Oh caranya mudah saja.. saya akan kongsikan dengan anda (wah mulianya hati )..
1. Peraduan ini akan berlangsung selama 8 hari, dari 24 September-1 Oktober 2010.
2. Untuk dapat dalam menjalankan untuk memenangi 4 iPhone, anda perlu menyelesaikan 4 tugas yang akan terungkap di sini di blog Nuffnang.
3. Dari 24-27 September, satu tugas baru akan terungkap setiap hari.
4. Anda akan mempunyai masa sehingga 11:59 pada tarikh 1 Oktober (Jumaat) untuk menyelesaikan keempat-empat posting blog, dan menyerahkan semua empat permalink nuffnang
5. Permalink adalah dalam bentuk yang berasingan setiap hari..Tak boleh campur sekali adun eh..
6. Hanya blogger yang menyelesaikan semua 4 posting blog dengan semua keperluan akan dipenuhi dalam menjalankan untuk memenangi 4 iPhone.
7. Blogger dengan posting blog paling kreatif keseluruhan memenangi 4 iPhone:)

Apakah tugasannya setiap hari?
Day 1 : Digi Iphone 4 Me
Day 2 : Digi Iphone 4 Play
Day 3 : Digi Iphone 4 Real
Day 4 : Digi Iphone 4 Life


Kenapa Digi nak bagi Iphone 4 ni kat awak?
Sebab saya wasatiah/ besederhana ..cuba anda bayangkan eh
Cousin saya, A umur 14 tahun ; pakai smartphone E72
Cousin saya , B umur 20 tahun, tak keja lagi, dapat duit PTPTN ; pakai smartphone Blackberry
Saya, umur ehem2.. keja executive gaji dua ratus ribu lebih tiap-tiap bulan ; pakai handphone cokia..
So sebagai hadiah kesederhanaan tu diorang bagi la satu Iphone 4 ni untuk saya..hehehe
 
Ape faedahnya diorang bagi Iphone ni kat awak?
Ini adalah kerana Iphone 4 ni ada ciri-ciri membantu orang macam saya
 
1. Sebab ia mempunyai paparan retina (retina display) .. sesuai la untuk yang rabun macam saya.. so takdelah susah-susah kerut2 kecikkan mata kan.. hmm baik diorang neh..
 
 

2. Sebab Iphone 4 ni multitasking.. macam saya hehe.. so maknanya sambil saya main game tulis entry blog , saya boleh jawab telefon tanpa mengganggu tugasan sebelumnya..

3. Iphone 4 juga dilengkapi dengan HD video recorder.. maknanya saya tak payah la pegang kamera tak bertripod yang berat tu.. pakai Iphone 4 yang nipis ni pun boleh record.. dan paling best sekali saya tak payah transfer ke notebook untuk editing.. boleh edit kat Iphone 4 terus..

4. dan ciri yang tak boleh disangkal lagi sebab kamera dia 5MP.. so boleh la saya keep on ambik gambar comel2 macam ni selalu
tengok kesian kan? kamera 2 MP je..kan gambar tak sharp..
So itulah sedikit sebanyak tips yang dapat saya kongsikan bagaimana saya mendapat Digi Iphone 4 tak lama lagi... Tunggu untuk tips selanjutnya okeh..:)

Azam sudah 25%

Hari2 balik keja saya berazam nak buat ( refer entry Azam ) ... tapi... balik je rasa nak kemalasan terlampau tu menjadi-jadi rupanya.. walaubagaimanapun, salah satu daripada empat kek yang saya azamkan telah berjaya saya realisasikan.. iaitu kek lumut.. as mention, kek lumut tu asalnya berwarna hijau sebab pembuat asalnya letak kepoe-kepoe (saya pun tak tau ape ni..tapi google bagitau ianya ialah pes pandan berwarna hijau yang dibeli di indonesia)..akan tetapi saya membiarkannya berwarna natural dan ada rasa vanilla je.. memandangkan kalernya oren2 kuning macam warna bebatu Grand Canyon so saya bagi nama Kek Lumut Grand Canyon ( gambar tiada sebab saya kedekut!!)

1/4 itu saya rasa tak memadai..kalau dikira jumlah lulus hanyalah 25% aje.. so sekurang-kurangnya capai 50% saya plan buat lagi satu kek..iaitu Kek Lapis Holiday Inn...
Kek Lapis Holiday Inn impian saya.. tak perlu berupa perfect yang penting sedap..
Sebab saya teringin sangat nak makan kek lapis ni.. kalau nak beli pun saya teringin yang dibuat oleh kucing je..kalau orang lain mesti dia buat nipis2..hehe

Eh kenapa caption gambarnya begitu.. oh tu suami saya cakap.. sebab saya pernah bagi kat dia kek cantik tapi dia complaint rasanya tak sedap.. haha so masa kawen saya bagi kat dia kek rupa tak perfect tapi rasa tak boleh dilupakan.. macam saya..haha

Saya bersungguh-sungguh tempah kek cantik2 mahal2 masa bertunang..tapi dikomplen tak sedap..

maka dengan ikhlas hati saya errr sebenarnya ayah saya yang buatkan kek sedikit terkupas tapi sedap kaw-kaw
 oke dah tak payah google resepi lagi..nanti ntah tahun bila ntah baru nak buat...

p/s : saya sudah beli blender baru yang ada dry mill untuk kisar biskut marie.. terima kasih kepada blender berjasa ibunda mertua.. :)

Sunday, September 26, 2010

Beraya di kedai : #1

Dikalangan sepupu-sepupu sebelah ayah saya, saya ialah anak sulong paling comel muda.. so since saya baru sangat kawen kalau nak dibandingkan dengan sepupu saya yang lain, maka saya memang kena ragging lawat tok, makcik2 dan sepupu..

Walaubagaimanapun sepupu saya yang sorang ni, pergi kedai lagi untung dari pergi rumah..(sebab pergi kedai boleh layan beriyani FREE... thanks kak..^_^ )

Kedai sepupu saya kat mana?
Ampang

Nama kedai?
Ruz Aladdin ; sebelah Flamingo Ampang

Speciality kedai?
Lampu Aladdin.. ops bukan2... nasi beriyani dan lain-lain makanan johor (mee rebus, mee kari, lontong etc).. kami makan free hari tu makan nasi tomato.. tapi kalau nak sedap datang tengahari pergi makan asam pedas (mak kepada sepupu saya ni, Mak Ngah lagi marveles..hari2 masak lauk asam pedas..)


Nak tengok gambar owner?

Kak Munah & Abang Hashim

Nak tengok gambar sepupu?

Kak Munah & Sepupu comeot (comel + comot??)

Nak alamat?

Lot 1243, Jalan Ulu Kelang
Batu 4, Ampang Point
68000 Ampang
(Betul2 sebelah Flamingo tu... )
Tel. # : 03 - 4251 6463
Operating Hours : 11.00 am - 11 pm

Oh ye, beraya di kedai ada siri seterusnya... saya vote beraya di kedai makan..hehe boleh makan free.. (hoho i ikhlas bagi statement okeh..:) )

2 alam pecah panggung??

Ceritanya cerita pasal dua alam
Saya setuju kalau ia pecah panggung..
Ceritanya menarik..
Gambarnya cantik..
Pelakonnya A list..
(Saya rasa suka pari-pari maya karin dan bendahara sabri yunus kecek kelate)



2 Alam lagi satu tengok kat Metro pun cukuplah kot...hehe
Saya belum rasa doktor itu berbakat dalam filem..huhu

p/s : have a great day with u love..i love u..xoxoxo :)

Friday, September 24, 2010

Kisah Bonda


Cerita-cerita keibuan kebelakangan ini bercampur baur.. Ada yang gembira melonjak-lonjak.. Ada yang perlukan ketabahan.. Ada yang kehilangan.. Mungkin terkesan  musim raya cerita gembira akan jadi extra gembira cerita sedih juga extra sedihnya..

Tahniah buat ayahanda bonda  sedang mengulit anakanda kesayangan..  Moga anakanda kalian membesar, sihat, cemerlang, dirahmati dan member bahagia untuk ayah bonda dan alam semesta..

Tabahlah buat isteri yang diuji.. Kesakitan dan kepayahan takkan Allah beri sekira hambaNya itu tak mampu lalui.. Pasti benih cinta yang kian membesar di rahim merasai tabahnya ibuku, berjuanglah ayahku.. Teruskan usaha dan tawakal.. Semoga sembuh sediakala dan meraih bahagia seisi keluarga..

Sabarlah ibu ayah terpilih.. Anakanda pergi dipanggil Allah..  Kemanisan bersama seketika anugerah terbaik buat ibu ayah.. Menitip status mukabuku si ibu ;
“Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya”
>Nasyid: Mana Milik Kita, Rabbani

p/s : radio ikim macam tau cerita kami..berkumandang pula mengiringi perbualan… eh bukan radio yang tahu..semua tu ilham Allah…

Buat bakal ayahanda bonda.. tingkatkan usaha :p , teruskan berdoa.. Memetik doa Nabi Zakaria yang mendambakan anak untuk mewarisi dakwahnya.. Moga berkat amalan dan kurnia Allah dapat dipinjamkan barang seorang dua..


Wednesday, September 22, 2010

Seni


Blog saya yang terabai cuba dinafaskan semula.. Oh kasihan... Saya buta seni tapi saya suka warna..

Bercakap tentang seni.. seni itu apa eh??

Generalisasi orang seni dalam tv :
cakap mesti nak bermetafora, metafora taknak ckp jelas2 konon suruh orang fikir, kalau lelaki rambut mesti kena panjang, kalau pompuan kena pakai baju pelik2 kombinasi kaler memang macam ..... (isi tempat kosong), suka duduk menyendiri tepi gunung atau tepi pantai... kalau yang buat sajak/lagu bila orang lain baca sajak/lagu, suka buat kerut2 muka konon tak faham sebab penyampaian tak sampai, tak jiwa...

Seni bukan hanya lagu
Seni bukan hanya lukisan
Seni bukan hanya warna

Ameba, paramesium, eritrosit, leukosit juga seni kan? haha tetiba berangan nak jadi orang seni suruh orang fikir sendiri.. ops tak payah fikir, tanya gugel je okeh.. (ini juga seni, seni malas)

Monday, September 20, 2010

Azam saya



Sungguh kasihan... padahal ye ye saya jual kuih ke biskut ke atau ape ntah klasifikasinya.. tapi di rumah sendiri tiada langsung hidang dalam balang... Azam saya malam ni nak godek2 sket buat penyeri balang kuih raya pusaka mertua..[ almarhum mak mertua saya tinggalkan balang kuih raya yang cantik (means kalau harap menantunya mesti menantunya tak beli)..tq mama!! ]

Sebenarnya konon salin resepi tu memang banyak.. berdasarkan tgk tahap penyalinan, kalau saya ditempat suami saya mesti saya dah bermonolog dalaman " salin je banyak, tapi tak buat pun?".. ampun aban, nanti baby inniate sikap rajin dengan lebih giat lagi..

Sebelum abes raya ni juga saya berazam nak buat :-
  1. Kek Lapis Jambi.. hari tu saya kecek kek ayah saya buat.. (huh terer papa i buat kek).. tapi saya takde playar ngan penekan lapisan kek yang macam ayah saya punya.. [ potensi malas 1 ]
  2. Kek Lumut... tapi saya takde pewarna hijau lumut yang ade kaler oren..huhu dapat bayangkan Kek Lumut tu mungkin jadi Kek Lumut Tanah Tinggi..[ potensi malas 2 ]
  3. Cheesecake yang bakar.. hari tu cheesecake versi masuk peti ais.. [ takde alasan nak potensikan kemalasan ]
  4. Kek Lapis Holiday Inn atau versi KOG ->Kek Lapis Broadband.. tapi saya takde pengisar kering nak kisar biskut meri.. [ potensi malas 3 ]
Huh nak bukak kedai kek ke? bukan..bukan.. but fyi, kuih raya kat rumah saya hanya 2 jenis.. diulangi 2 jenis... tu pun dah tinggal berapa keping je (sebab beli 1 balang je setiap jenis)..saya amat failed buat biskut raya (setelah cornflakes crunchies i hangus..tsk..tsk..tsk..)

Huhu azam berderet, tp tahap pencapaian KPI tu belum dapat dipastikan lagi..kalau update dalam blog mean buat la kot..kalau tak update mean tak buat... tak buat bukan kerana malas tapi takut membazir sebab tak ramai sangat yang datang beraya (ah alasan!!!)

p/s : tempahan dibuka semula sementara i dah sedar diri supaya rajin.. tempahan boleh dimajukan melalui email nutaizaf{at}gmail.com or melalui sms/tepon : 0136076706.. Self collect atau pergi ambik kat pick up point (HUKM atau Bandar Baru Bangi).. Harga tak termasuk penghantaran pos yeh..:)

Sunday, September 19, 2010

LON-GOR-PAS-SPI

Peribahasa melayu ada berkata, ' nasi sudah menjadi bubur'.. tapi di dengkil batu 31 diubah sedikit kepada ' nasi impit sudah menjadi ais'... Mujur ada belen 2 (1 beku, 1 normal) maka yang normal tu lah dibega...

Nasi impit sudah menjadi ais

Saya rasa macam jarang jumpa kat tempat lain.. setakat ni balik johor atau batu pahat khususnya baru layan makan LON-GOR a.k.a Lontong Goreng
bumbunya : bawang putih, bawang merah, ikan kaloi daging, halia, lada kisar.. masak sampai daging empuk lada pecah minyak... (wah licinnya kuali tefal..huuuu tifuuuuu!!!)

masuk nasi impit dan pasta spiral.. goncang2 kicap.. letak telur sesuka hati bilangannya..gunting sayur yang ada dalam peti..

Versi Denver Dengkil : LON-GOR-PAS-SPI a.k.a Lontong Goreng Pasta Spiral... sarapan pagi yang juga merangkap siri pengosongan peti ais..huhu

Saturday, September 18, 2010

1431H

Tahun ini tahun gembira..akhirnya dapat jua kami beraya berdua ( doakan tahun depan bertiga yeh)..

Tambah gembira dapat dirayakan bersama ahli keluarga terchenta..:)

Lagi gembira bersama-sama nenda, makcik pakcik serta sepupu sepapat.. ini belum semua, kalau semua 4 ke 5 lapis baru muat barangkali...ini baru belah emak saya... kalau belah ayah saya, 6 lapisan mungkin... 

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1431H
Jemputlah datang ke rumah yeh...:)

p/s: hari ni 28tahun lepas saya di lahirkan.. Insyaallah kawan kuasa 10 juga senyum lebar..hehe...moga sampai ke anniversary saya dan akhir hayat okeh..^_^

sepupu sepapat, next year kite plan dengan lebih baik yeh... mungkin sudah tiba masanya kite bukukan wajah semua memandangkan keluarga kita semakin besar...hehe

Tuesday, September 7, 2010

Confession over confession






Pilaf rice + lamb thick soup + dory fritters + pineapple cucumber chutney + carbonated strawberry (air gas F&N je sebenarnya)


Ada orang kata kami tekak Mat Salleh..

Kawan opis kata 'u kan selera arab2'..

Kawan opis tanya.. ' Eh bukan Encik A perut melayu?'


Okeh..the tru confession

Kami sangat universal dengan makanan ( bahasa pasarnya tolak batu dengan kayu..hehe)

Kadang-kadang kami berangan2 merujikan makanan lain selain nasi sebab manalah tau satu masa nanti kami menetap di Timbuktu susah nak dapat nasi...


Semalam kami makan layan pecel lele ( saya kepengen bener makan pecel lele di situ tapi saya tidak berupaya buat2 lupa info mesterinya gerai itu.. haihhh )... maka nak selamat masak sendiri...

Nasi habis seperiuk, sayur habis sepinggan, sambal habis semangkuk, ikan 3 ekor tinggal tulang, tempe???ALL GONE!!


Tak sangka dia (yang belakang.. yang depan tu kena duduk luar time buka) suka juga ikan keli ... Mak kami tak penah masak ikan keli...


Adik, sebenarnya aku nak mintak tolong ko basuhkan pinggan kat sink tu eh.. terima kasih dik..sayang kat ko..

Monday, September 6, 2010

3 cendawan bersatu

sup cendawan berkrim
baguette dilepa sapuan bawang putih

Cubaan melupakan mood raya [ moody sebab rumah lum abes kemas, baju lum ambik, keta lum servis...huhu ]
Meh bagi resepi sup cendawan berkrim macam kat pizza hut tu

Bahan-bahan :
  • 2 atau 3 ulas bawang merah
  • 1 cawan cendawan butang
  • 1 cawan cendawan shitake
  • 1 cawan cendawan abalone
  • 4 batang saleri
  • 1 jug stok ayam
  • garam untuk perasa
  • 50g mentega
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3/4 tin krim @ susu sejat
Cara penyediaan :
  1. Tumis bawang sampai wangi
  2. Masukkan semua cendawan ke dalam tumisan bawang
  3. Masukkan stok ayam dan saleri yang dipotong-potong
  4. Renehkan sampai mendidih
  5. Biarkan sejuk seketika. Setelah sejuk, kisar sampai semuanya hancur.
  6. Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau dengan kerap.
  7. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam campuran tepung-mentega.
  8. Masukkan susu sejat. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.
Boleh makan dengan baguette ( French bread) yang disapu ngan sapuan bawang putih.. Boleh simpan untuk jadi kuah spaghetti carbonara.

p/s : stok kuah carbonara saya ni sudah habis. Saya nak buat lagi InsyaAllah... Untuk senang jamu orang datang raya... [ huh sungguh tidak seperais kamu ini ] .. rupanya saya memang tidak betah lama berbahasa melayu bernahu betul..

Friday, September 3, 2010

Mohon & Mintak 2


Huhu kalau designers kat M'sia tengok hasil illustrator amatur ni pasti gelak guling-guling..tapi percayalah ini ikhlas dari hati dan tangan pengkor.. Sebenarnya suami saya  belum pesan suruh buat macam ni, tapi saya isteri proaktif.. belum suruh sudah buat.. hehe...

Tujuan ini dibuat adalah disebabkan kami tak sempat kedekut nak hantar kad raya dan kami sebenarnya menyokong kempen hijau (rujuk pada baju)..

Kalau entry sebelum ini mohon maaf dan mintak duit raya dengan suami, di kesempatan ini saya ingin Memohon maaf kepada  [semua saudara mara sebelah saya dan sebelah suami saya ] ,kawan-kawan saya [ sekolah : kp, epit, mas, hajar, nade, mimie, eliza, azza, kb, ned, marlia, yang tidak tersebut jgn kecik ati ]  [kolej : ni turut terangkum seperti kawan sekolah ] [ukm : kawan kuasa 10, kak ros, kak ct, rashid, sasu, fida,tiha, farah dura, nurmiza, echot,yang tidak tersebut jgn kecik ati ] [opis : k.aida, fatini, ain, amy, ziha, ja, junaida, arman, k.lin, san love zan, k.ifah, arifah, rodiah, en.khirman, che we ] dan [kawan-kawan bloggers : KOG, Dr.Singa, Siti Sifir, yang tidak tersebut jgn kecik ati ].. manalah tahu sepanjang saya menulis blog ada frasa yang meyinggung perasaan anda semua sama ada dalam sedar atau tido tidak sedar..

Raya nanti jemputlah datang ke rumah, tapi jangan menyesal sebab kami ada 2 jenis je kuih raya [ ni ikhlas ke tak nak jemput ke rumah ni??? ]..tapi tak perlu dikesalkan, sebab rumah kami dekat aje dengan kedai Acheh nak beli sardin ke ikan bilis ke atau kentang ke ayam untuk menjamu anda..hehe

Entry ni boleh je saya buat next week sbb saya masih bekerja, tapi memandangkan hari ni ramai dah balik kampung, so tak mengapalah di awalkan ucapannya..

Akhir kata, bulan September ni memang saya deserve dapat duit raya ...steady aku!!!

p/s : apehal tangan aku macam menari makyung eh???

Mohon & Mintak

Jumaat terakhir Ramadhan 1431
Suami  pesan sebelum bertolak kerja pagi tadi,

"Faz, nanti on the way ni selawat sampai ofis ye..tak payah bukak radio la "
"Faz , masa antara 2 khutbah tu mohon2 doa lah ye.. tu antara-antara waktu doa dimakbulkan Allah"

Sedih juga ye hampir tamat Ramadhan..

Dear husband,

I've very gud Ramadhan with u.. hopefully we could cherish more ramadhan together ( + kids, InsyaAllah)  until He put us apart.. I do enjoy sahur with u and breakfasting with u...

Mohon ampunkan dan maafkan atas salah silap saya selama ini (dari mula kenal sampai dah jadi isteri), kadang-kadang selalu merajuk, kadang-kadang selalu tak dengar cakap.. Halalkan makan, minum, pakai dan segala apa pun yang terambil terpakai atau termintak...

Akhir kata, i rasa macam nak mintak duit raya... hehe...

Thursday, September 2, 2010

Hasil eksperimen

Seperti yang anda ketahui (err kalau tak tau pun nak bagitau ni) saya ialah pembuat coklat yang mengambil order secara online or via phone.. Maka bila namanya online seperti biasa walaupun saya letakkan syarat self pick up, kebanyakan pembeli nak juga ordernya, tadaaaaaaaa sampai depan pintu rumah..so secara tak langsung menjadi tanggungjawab saya memenuhi kehendak pelanggan seperti yang diharapkan... (peh berwawasan sungguh bunyinya kan...^_^ )

Saya baru menggunakan servis kurier Nationwide untuk urusan penghantaran ( sebenarnya suami saya yang tolong buat kan.. tq comel ..hehe). Mula-mula saya plan nak guna Pos Laju je, tapi peguam* saya mencadangkan Nationwide dan saya ambil berat cadangan beliau maka parcel yang berat tu saya serahkan pada beliau mintak tolong hantar kan.. :p 

*( Peguam di Zul Nawawi & Co juga merupakan QC Executive production Chocville.. dia akan rasa dulu sama ada makanan itu sedap atau tidak.. dia sangat berterus terang kalau makanan itu tidak sedap ..huhu )

Pada asalnya saya agak berkerut juga sebab saya assume mesti lagi mahal dari Pos Laju.. Memang pun, untuk caj Pos Laju, 1 parcel berjisim >500g - 1kg caj yang dikenakan ialah lebih kurang RM7-RM8, manakala caj Nationwide untuk jisim yang sama ialah RM14... Tapi selepas mendapat sms dari customer saya yang coklat tak cair maka saya rasa pasni tak teragak-agak nak buka account dengan Nationwide..^_^..

Untuk pembekal barangan fragile** seperti saya, proses penghantaran ialah critical point.. Selain itu satu lagi  info ni saya tanya kat despatch sendiri (haha pencari maklumat), biasanya mereka memulakan tugas proses penghantaran bermula jam 3pm. So tips penghantaran barangan fragile, waktu terbaik untuk anda serahkan pada pihak kurier adalah sekitar 1pm-2pm..

**(di sini diklasifikasikan sebagai coklat mudah cair [coklat mula akan hilang bentuknya pada suhu >40 degree celcius] )

p/s : Order untuk Chocolate Cluster Chocville secara rasminya akan ditutup pada 3 Sptember 2010 dan akan dibuka semula selepas 18 September 2010 (tarikh mesti ingat eh )..hehe

Wednesday, September 1, 2010

Bangkit dari kegagalan

Ini bukanlah keberjayaan (bahasa ape nih???) mengupload clip Geng Surau..

Non bake cheesecake with strawberry topping
Saya bangkit dari kegagalan apabila satu ketika dulu menghasilkan kek keju yang bersifat tanah runtuh.. Tapi kini ia berjaya berkedudukan baik setelah dipotong dari dalam loyang spring foam..syukur ya Allah (sila baca intonasi kanak-kanak cerita indonesia )

Seperti buruk siku sudah diberi ambil kembali.. saya tak ambil balik kek nya..tapi saya cilok gambarnya...

Kek keju ini saya buat plain aje.. topping atas tu boleh dipelbagai ikut suka kami aje... yelah camni bagi kat jiran kenalah bertopping reasonable, strawberry pie filling merah menyala seperti di atas.. tapi bila makan sendiri tu ikut suka la nak letak serbuk milo ke..  jem buah tin ke, orange slice ke, mango slice ke atau ape-ape aje... dah kata tadi ikut suka...

kawan kuasa 10, kalau nak rasa awok maghi dhumoh saya nah..sementara stok masih ada..hehe...

Atas bawah depan belakang

Pada satu hari kehabisan butter dan kacang hazel  .. selalunya saya sendiri kan pergi tapi memandangkan kedai kacang, Yummie dekat dengan Zul Nawawi & Co, saya suruh je peguam tu tolong belikan...sori eh.. peguam yang ni saya je boleh mintak tolong macam ni... kalau orang lain, ada professional charges..haha

Peguam : U tau tak, i malas nak gi sana.. sebb kedai tu lah area opis tu jammed [ pergghh benci sangat bunyinya !!! ]
Saya : Ala comel [ gila comel panggil peguam macam ni ..haha ] tolong la.. i tak larat la nak gi, klu tak i dah drive sendiri..kan dah alang2 dekat opis u..

Akhirnya dia nak juga pergi belikan 2 barang yang saya kirim iaitu butter dan kacang badam...redhalah.. sebab saya tidak mau men 'trigger' kan oncogene pembebel, saya tanya pelan2 kenapa hazel boleh jadi badam...

Jawapannya :
U tau tak, bukan jalan je jammed..dalam kedai tu pun jammed.. dah la ramai perempuan-perempuan dalam kedai tu.. susah nak belek2..nak pilih2...perempuan ni, kalau kurus pun space consuming... ape tah lagi yang tak kurus...

Aik space consuming??? 1st time dengar...apesal plak?

Jawapannya :
Yela, perempuan kan banyak curve..atas curve bawah pun curve depan bump belakang bump.. so tu dah makan ruang.. safety zone lagi.. karang dekat sangat accuse molesting plak...

Ok..alasan diterima..tq yang...

Berikutnya saya pergi sendiri ke Yummie.. mmm padanlah.. kalau saya ditempat dia saya pun tak sanggup..

Baru pulang dari hari bercuti-cuti sebelum habis kontrak..
Syukur ada cuti.. syukur jua ujian kurang sihat..
Kan sihat dan sakit itu ujian.. Subhanallah Walhamdulillah Allahuakbar
myfreecopyright.com registered & protected