Pages

Monday, September 6, 2010

3 cendawan bersatu

sup cendawan berkrim
baguette dilepa sapuan bawang putih

Cubaan melupakan mood raya [ moody sebab rumah lum abes kemas, baju lum ambik, keta lum servis...huhu ]
Meh bagi resepi sup cendawan berkrim macam kat pizza hut tu

Bahan-bahan :
  • 2 atau 3 ulas bawang merah
  • 1 cawan cendawan butang
  • 1 cawan cendawan shitake
  • 1 cawan cendawan abalone
  • 4 batang saleri
  • 1 jug stok ayam
  • garam untuk perasa
  • 50g mentega
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3/4 tin krim @ susu sejat
Cara penyediaan :
  1. Tumis bawang sampai wangi
  2. Masukkan semua cendawan ke dalam tumisan bawang
  3. Masukkan stok ayam dan saleri yang dipotong-potong
  4. Renehkan sampai mendidih
  5. Biarkan sejuk seketika. Setelah sejuk, kisar sampai semuanya hancur.
  6. Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau dengan kerap.
  7. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam campuran tepung-mentega.
  8. Masukkan susu sejat. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.
Boleh makan dengan baguette ( French bread) yang disapu ngan sapuan bawang putih.. Boleh simpan untuk jadi kuah spaghetti carbonara.

p/s : stok kuah carbonara saya ni sudah habis. Saya nak buat lagi InsyaAllah... Untuk senang jamu orang datang raya... [ huh sungguh tidak seperais kamu ini ] .. rupanya saya memang tidak betah lama berbahasa melayu bernahu betul..

6 comments:

Hajar Bte Zainal said... Reply to comment

wahh..saya baru berangan2 bersama adik saya utk mkn garlic bread with mushroom soup..french loaf dah beli siap2..pastu nmpak hidangan enak2 masakan emak depan mata waktu buka..terus angan2 tu dilupakan..ni dah nmpak resepi lak kt sini..harusla dicubai uollss!

ciketon fazya said... Reply to comment

sila cuba noks...
berbaloi2.. (sebab hasilnya memang banyak )

en_me said... Reply to comment

fuyohh klise tewww.. ehehe

ciketon fazya said... Reply to comment

huhu..mood sudah berlarian la en_me.. badan di opis jiwa di BP

Dr Singa said... Reply to comment

korang berdua memang tekak mat saleh eh???

ciketon fazya said... Reply to comment

huhu sebenarnya kami tolak batu ngan kayu je..

maybe sbb western dish cepat disediakan dan tak guna banyak pinggan nak hidang lauk..hehe
(sila cari maksud tersirat dalam ayat diatas)

myfreecopyright.com registered & protected