Pages

Friday, October 15, 2010

Tanah Untuk Dijual : Dengkil ( CLOSED )

*Update : Tanah ini sudah tiada kekosongan. Terima kasih..:)

Hari ni saya bukan nak jual coklat.. sebab minggu ni saya nak siapkan 600 pcs praline yang siap2 lagi.. aduhai banyak okeh.. [ abang malam ni kite makan beli je boleh ke? saya kena siapkan coklat, esok dateline...huuuu]

Hari ni saya nak jual tanah.. Ada tanah lot utk dijual di Dengkil, Selangor. Keluasan tanah ialah 5,000 kaki persegi sesuai utk tapak rumah banglo yg berhalaman luas. Terletak di dlm kawasan kampung di pinggir pekan (2 km radius) , berdekatan Cyberjaya (4 km radius) dan Putrajaya (8km radius). Harga yang ditawarkan adalah RM24/sf ~ RM120,000 which Insyaallah could be discounted to RM115,000..:)

Jadi kalau anda nak pergi pasar bolehlah ke Pekan Dengkil, kalau ada anak nanti bolehlah suruh belajar kat Cyberjaya dan bila graduate dekat je nak gi keja kat Putrajaya.. hehe

"Jauhlah Dengkil".. Hehe jangan risau Dengkil yang jauh tu sekarang dah dekat dengan adanya Lebuhraya Maju Express (MEX).. hanya 30 minit sahaja anda boleh sampai ke Pusat Bandaraya dengan jayanya. Malahan kalau rasa ala pasar Dengkil kecik sangat nak pergi pasar borong Serdang, dari rumah anda cuma ambik masa 10 minit je dah boleh sampai..

Sekiranya anda berminat anda kena cepat sebab hanya tinggal lebih kurang 2 lot sahaja, yang lain dah dibooking.. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus berhubung dengan En. Zulkifli Nawawi (0193774745) atau melalui email alfateh3000@gmail.com for futher info...

5 comments:

Dr Singa said... Reply to comment

nak satu sf je ...
boleh???
.
.
lariiiiiiii........

Dr Singa said... Reply to comment

ni betul punya eh???
kang aku jadik macam sosila kangggggg....
:)

ciketon fazya said... Reply to comment

satu sf kite belanja dr.. haha ni betul2 bukan cobaan..

nnt kite cek peguam tu ajak sign agreement kat mana, kalau kat ladang jgn pergi..haha

kucingorengemok said... Reply to comment

kalau harga tu ada pokok durian, rambutan, dokong, atas dia... kita nak! hehehe

dr singa tu kasik tanah dalam kampit je

ciketon fazya said... Reply to comment

tanah kampit 3, RM 10 kita beli kat Banting... erkk BANTING?????

myfreecopyright.com registered & protected