Pages

Thursday, September 2, 2010

Hasil eksperimen

Seperti yang anda ketahui (err kalau tak tau pun nak bagitau ni) saya ialah pembuat coklat yang mengambil order secara online or via phone.. Maka bila namanya online seperti biasa walaupun saya letakkan syarat self pick up, kebanyakan pembeli nak juga ordernya, tadaaaaaaaa sampai depan pintu rumah..so secara tak langsung menjadi tanggungjawab saya memenuhi kehendak pelanggan seperti yang diharapkan... (peh berwawasan sungguh bunyinya kan...^_^ )

Saya baru menggunakan servis kurier Nationwide untuk urusan penghantaran ( sebenarnya suami saya yang tolong buat kan.. tq comel ..hehe). Mula-mula saya plan nak guna Pos Laju je, tapi peguam* saya mencadangkan Nationwide dan saya ambil berat cadangan beliau maka parcel yang berat tu saya serahkan pada beliau mintak tolong hantar kan.. :p 

*( Peguam di Zul Nawawi & Co juga merupakan QC Executive production Chocville.. dia akan rasa dulu sama ada makanan itu sedap atau tidak.. dia sangat berterus terang kalau makanan itu tidak sedap ..huhu )

Pada asalnya saya agak berkerut juga sebab saya assume mesti lagi mahal dari Pos Laju.. Memang pun, untuk caj Pos Laju, 1 parcel berjisim >500g - 1kg caj yang dikenakan ialah lebih kurang RM7-RM8, manakala caj Nationwide untuk jisim yang sama ialah RM14... Tapi selepas mendapat sms dari customer saya yang coklat tak cair maka saya rasa pasni tak teragak-agak nak buka account dengan Nationwide..^_^..

Untuk pembekal barangan fragile** seperti saya, proses penghantaran ialah critical point.. Selain itu satu lagi  info ni saya tanya kat despatch sendiri (haha pencari maklumat), biasanya mereka memulakan tugas proses penghantaran bermula jam 3pm. So tips penghantaran barangan fragile, waktu terbaik untuk anda serahkan pada pihak kurier adalah sekitar 1pm-2pm..

**(di sini diklasifikasikan sebagai coklat mudah cair [coklat mula akan hilang bentuknya pada suhu >40 degree celcius] )

p/s : Order untuk Chocolate Cluster Chocville secara rasminya akan ditutup pada 3 Sptember 2010 dan akan dibuka semula selepas 18 September 2010 (tarikh mesti ingat eh )..hehe

6 comments:

en_me said... Reply to comment

masyukk tewww.. ehehe

thanx singgah keblog me yg itteww

Psyche said... Reply to comment

I nak orderrrrrr.. nantikan sms dari saya yeh. hahahaha.. last minute order, boleh ke cik puan?

tarikh 18 sept saya ingatttttttt.. kamu igt tarikh 26 sept??? hahahahah...

ciketon fazya said... Reply to comment

en_me : hehe semalam memang nak moody singgah blog lumayan tu..hehe

Kp: 26th hari ahad.. mesti dulu awak lahir hari ni kan? ordernya sudah terimakan?

Psyche said... Reply to comment

Ya! Tepat sekali. Cukup cycle bertemu Ahad yang saya lahir. Order dapat sudah. TQ.

Dr Singa said... Reply to comment

customer2 anda (dan saya) amat lah berpuas hati...
sedappppppppp.......

ciketon fazya said... Reply to comment

kp : thn ni kite jumpa cycle lahir kite juga...

Dr.singa : saya gembira kamu berpuas hati.. huhu terharu..[ ceh over dia ni ]

myfreecopyright.com registered & protected