Pages

Monday, May 31, 2010

Dari ulat jadi kepompong

I should end up as entomologist.. [monolog dalaman bila tgk gambar lama ni].. hah thank god Mei Yen (my x clasmate) upload the pic in FB... Kami semua student zoology.. so untuk lengkap kredit, mest ambik subject menangkap serangga ini...

Kelas begini mmg sgt mengujakan sbb course kami je yang membawa jaring serangga ke hulu ke hilir... dan juga kotak kompilasi serangga yang dah diawet.. mesti di cop kejam... tapi kan serangga mmg hidup tak lama kecuali kumbang.. kalau tak percaya meh saya nyanyikan satu lagu sebagai bukti...

dari ulat jadi kepompong..
duduk diam dalam kelonsong..
cukup masa kepompong pecah..pomm..
jadilah rama rama yang indah..
rama rama terbang merata..
sungguh cantik aneka warna..
hisap madu di kebun bunga..
tapi sayang hidupnya tak lama ----> haaa!! kann....


p/s: hehe ni gambar zaman undergrad.. i rasa area2 umur ni la i jumpa u kat library Tun Sri Lanang tu...

Jaja & Din = mangan???

Cinta pandang pertamakah ini...
Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa
[♪¿∫∞Ωπ䮉¾]

Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?
rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

*************************************************************************************

Saya membaca hujung minggu lepas... YA!!! saya membaca.. membaca novel.. [ Faz baca Quran Faz.. errr baik abang...]... Tapi novel ni fenomena dalam diri saya.. [cuba perasan diri seperti Jaja... berhenti perasan sekarang!!!!!]

Saya tak paksa korang baca buku ni.. tapi saya yang bermuka sombong menangis2 memeluk suami lepas baca buku ni.. Tarbiah yang baik untuk orang seperti saya..haha....

p/s: sebab tu saya jarang baca buku novel.. saya tau pengakhirannya saya akan hasilkan mangan

Fast food vs slow food

Weekend lepas tak masak....betul tak masak.. sbb pergi kenduri...tapi Rabu weekdays (woi ape word cam ni???) lepas saya masak..

Roti Saj dengan Kurma Ayam... Hooo ohh menangis Haji Tapah kat Presint Diplomatik bila tau saya buat roti saj setanding roti nan dia... :p (ok cover lubang hidung sket.. nnt ahmad nisfu yang kecik ati)... Buah kaler maroon tu makcik bagi balik dari China.. nama buah ape pun tak tau..


Saya suka menu ni sbb ia 'slow food' yang macam 'fast food'...bagus kan??

p/s: kalau makanan macam mcD atau KFC atau A&W itu fast food, masak sendiri itu slow food la kan???????

Wednesday, May 26, 2010

Mango Lassi

Mango Lassi
p/s: mangga mudah didapati (di kedai Acheh) , murah dan sedap..

Landslide


Mango Cheese Cake by Syhhhhh! Resepi Rahsia [hooo ohh]

haha sekali gini dah rupanya.. dah macam landslide... tapi suami ckp sedap [ sambil pisau letak kat leher ].. Boleh la makan.. dari segi rupa ----> USAHA LAGI!!!!!
p/s : makan kek sambil menangis..huuu

Tuesday, May 25, 2010

Ape keyword popular blog anda?



Saya mendaftarkan blog saya dengan Nuffnang dengan harapan untuk jadi kaya.. haha setakat ini belum jadi kaya lagi sebab blog saya kurang popular [pancing undi kasihan sambil buat muka comel.. :) ]

Tapi takpelah.. yang penting suami saya hari2 baca blog saya [haihh tak pasal2 ].. oke tak buat statement muntah pelangi.. sebenarnya saya agak musykil bila saya review Nuffnang ni, saya tgk keyword paling popular ialah yang saya bulatkan merah tu.. saya musykil kenapa 2 frasa itu sangat significant kepada blog ini padahal banyak je lagi word2 yang menarik [hah perasan!!! ].. Saya terima hakikat la kalau buat tajuk kerja kosong orang berlumba2 nak click sbb ingat mmg ada keja kosong..tapi yang berbulat merah tu tak tercapai dek akalku..

Anyway saya sudah tiada lagi kaki sejuk sebab habis sudah edisi kepak kepak kepak kepung kepung kepung...

Oh ye, cabut gigi kat HUKM (dengan fine Indonesian Dr itu..ampun i didnt remember ur name) lebih gentle and delicate rasanya walaupun free..yang berbayar oke juga kalau anda kaya [haaaa saya belum pergi check gigi untuk tahun ini...]

p/s: saya rasa blog saya yang terabai tu mesti sangat kecik ati ngan saya... haihhhh

Makan coklat percuma

Saya ada cerita menarik untuk dikongsi bersama.. bagus kan..selalu keluar dengan cerita menarik [ selalu?????? jgn nak menipu].. oke kali ni tak tipu tapi mmg menarik..

Seperti yang anda ketahui saya kan jual coklat [ sebenarnya saya nak bagitau yang tak tau lagi..kehkeh].. oke coklat saya tu menarik.. tapi kalau makan free lagi menarik kan.. Walaubagaimana pun memandangkan saya belum tahap jutawan nak jamu anda berhari2 makan coklat free, meh saya konsikan event di mana anda boleh makan free ..


FREE CHOCOLATE FAIR by Beryl's

Event ni berlangsung hujung minggu ni kat venue yang dah dilukiskan dlm poster di atas.. Anda boleh makan coklat secara free di sini dan juga ada jual coklat kalau nak beli bawa balik..

Oke la saya taip la alamatnya kalau anda nak pergi (huuu baiknya si cantik ni)

No. 8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
28 May - 30 May, 2010

Masa makan free adalah dari jam 9.00am - 6.00pm


Syarat nak makan free ialah anda boleh makan sesuka suki semuat perut anda dan jangan membazir sebab membazir adalah kawan syaitan..errr makan melampau-lampau juga kawan syaitan.. Tapi boleh makan kat situ sahaja sebab kalau nak bawak balik, anda kena beli.. So kalau teringatkan saudara mara, sahabat handai atau bos kesayangan, lebih baik anda ajak ke tempat berkenaan secara berkongsi kereta supaya parking tak penuh.. :p... Walaubagaimana pun pihak Beryl's boleh menukar syarat ini semahu hatinya sebab coklat2 tu memang diorang punya...huhu...

Errr macam tak percaya? boleh telefon tanya mereka di nombor ini 03 8925 6136...

Monday, May 24, 2010

Bukan cantik sangat pun

Ni bukan gambar dari kamera canggih saya [wah tak boleh blah begini].. tapi ni dari fwd email.. fwd email berkata

Dear all , Please read below... (baca.. dia kata sila baca!).. The message is true... (oke saya percaya).. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of the helpers, we should give them a safe environment where they can play.

This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous! This plant is common in Kenya , Rwanda, Uganda in plant nurseries, many offices and homes. It is a deadly poison, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and an adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness. Please alert your buddies... ( saya tgh buat la ni.. buddies alert pls..)

Walaupun dalam pesanan di atas menyatakan ianya biasa dijumpai di Kenya, Rwanda dan Uganda, tapi sekarang ni rasanya banyak di Malaysia juga.. pokok yang saya tak tau nama ape ni mudah ditemui di semak2 samun.. Seperti pest lain (pembetulan dari biologist pencen, pest bukan merujuk kepada kumbang atau serangga sahaja, tapi apa2 juga yang mengganggu gugat ekologi semula jadi boleh diklasifikasikan sebagai pest.. contohnya tapak sulaiman yang memusnahkan batu karang yang comel), ia akan mudah berevolusi dengan keadaan baru dan kemudian membiak dengan banyak dan cepat..

So kalau ada pokok begini di rumah anda, let go saja.. bukan cantik sangat pun untuk di tanam..

p/s:

  • sori saya tak tau nama pokok tu..
  • oleh itu sy tak dpt sediakan MSDS pokok tersebut..err pokok ni ada material safety datasheet ke??

Masak dengan kasih sayang

"Sedap yang u masak"
"Yelah i masak dengan kasih sayang"
{dialog makan minggu dulu, dulu, dulu, dulu dan dulu}

"................................................."
"..............................................................tsk.................tsk.............................tsk..........."
{dialog makan minggu lalu}
[Rasa sendiri semua makanan]
Cukup la sekali.. tak payah tambah.. masak tak berkasih sayang memang melampau "sedap"...

Kesian suami.. kesian saya.. lain kali kalau tak berkasih sayang takyah masaklah..

So no food pic oke... ni blog makanan yang dimasak dengan kasih sayang sahaja..

MANGAN yang bukan MAKAN

Purata lelaki menangis 1 setiap bulan manakal wanita menangis sekurang-kurangnya 5 kali setiap bulan (wikipedia said this)

Air yang dihasilkan selama menangis emosional mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada air mata jenis lain: mereka mengandungi secara signifikan lebih besar jumlah hormon prolaktin, adrenocorticotropin, Leu-enkephalin, unsur-unsur perubatan dan MANGAN

So lepas nangis boleh MAKAN

p/s :
  • MANGAN is javanesse word for MAKAN
  • Mangan dalam air mata ialah ini bukan yang di sini

Thursday, May 20, 2010

Melawat

Hari ni hari melawat org yang admit di hospital..Kebetulan kan saya pekerja hospital sebelum kerja tempat lain [perggghhh ayat kondifen tak hengat]...

Masa lunch hour tadi saya pi tgk Alyff Hazz... dia lahir 18/05/2010 hari tu.. 2 hari lepas hehe... lepas jumpa mama n nendanya saya intai dia kat nurseri... hummmm baby has such a gud smell..:) .. Opps he's a boy [lelaki mesti kaler biru oke].. Congrats to Azza & Moro n to baby we welcoming u with lot of love.. to Abang Long Airyll sayang adik ye..^_^

Ptg sket nak p tgk mak boss saya..sebenarnya dah 2 minggu lebih mak boss ini berada di wad... tapi bila tau nak balik baru nak melawat..errr sebenarnya semalam lagi nak gi lawat.. [staff hampeh tul... tapi sbb termembayangkan maknya sama seperti anaknya.. rasa tertangguh2 nak gi lawat..padahal wad warga depan pintu opis je...ITU BUKTI PALING HAMPEHH!!!]

p/s:
  • dah bertahun dok hospital ni.. sebenar i confuse bila waktu melawat... sbb selalu main terjah je.. sungguh tidak berdisiplin!!
  • oh jgn tanya saya wad ini di mana, dan wad itu di mana.. sy mmg tak tau sbb saya ditempurungi lapisan syiling opis saya yang selalu bocor itu sahaja.. yang saya tau wad Warga dan UKM Specialist Centre sahaja.. sungguh kasihan...

Kucing kuning oren

Kami ni agaknya mmg berjodoh kucing kuning oren kot..

kucing Oyen dah mati tu mmg la kuning oren

Yang nama Butterscotch tu pun kuning oren.. pastu ntah dia gi mana ntah

Tiba2 datang plak yang ni



pun kaler kuning oren (huuuu tapi takle comel sgt... dah desperate... boleh la)

Tau mana suami kesayangan jumpa???

Tapi pastu pun dah tak tau dah meow ni pergi masuk keta sape plak..

Haihh nasib berjodoh kucing kuning oren tapi tak lama....

p/s:

  • entry suka link2 macam ni namanya malas!!!!
  • errr ni bukan sequel MAGING.. kami tak makan daging kucing..tak sedap [aiiikkk camana tau ni???]

Wednesday, May 19, 2010

Di mana dia anak kambing saya?

Di mana dia, anak kambing saya
Anak kambing awak ada di pinggan saya

Makanan : Chillio pasta + grill lamb with potato + mango puree sauce

air zapple : beli kat kedai acheh kat kedai depan nak masuk lorong rumah

pinggan : hadiah kawen from my cousin who also newlywed

sudu : belongs to my late MIL

cawan : pun sama..MIL punya

p/s :

  • agaknya pasni akan kuar tak lagu anak rusa nani???

  • sekali lagi menggunakan oven sekolah..hehe

MAGING

Weekend ni weekend bertemakan karnivor .. [errr kalau ada sayur bukan omnivor ke???]


Saya ambil resepi ni di sini.. tapi syabsukka saya melawan duli sebab lupe letak bawang putih semasa memerap sebab saya kesian kat bawang putih yang asyik dianiayai oleh rikha sumanto.. saya ingt letak bawang merah ..hehe

Huhu lada sulah tu saya tak pastilah cukup ke tak 25gm..letih tgn nak memutar ni… saya kalah sikit je nak masuk iklan KFC black pepper tu..

Sayur2 saya pun ubah tidak seperti resepi asal sbb saya lupe ape sayur yang sepatutnya..konon macam hebat nak cuba resepi tapi tak salin resepi…

Saya suka syabsukka ni sbb ia sgt senang untuk disiapkan… perap perap perap semalaman, memasak sauté hanya lebih kurang 15min je..30 minit seterusnya semua oven yang buat.. bil letriknya suami yang bayar.. :p

p/s : oven yang sgt fully utilize itu hasil hadiah sbb berkahwin oleh kawan2 sekolah… tq frens.. luv uollsss..:)

Sama tak serupa

Spot the differences

Tuesday, May 18, 2010

Baca

Semalam saya terbaca diari kanak2 sembilan tahun di rumah.. tapi bukan diari saya sbb masa dia sembilan tahun saya baru nak lahir...


"jangan baca buku ini..buku ini diari saya.. this is my diary... siapa yang baca tanpa kebenaran.. tau la akibatnya nanti..."

p/s:
  • ngeeeee dia gertak pembaca...
  • bukan saya kot yang digertak sbb masa dia tulis gertakan tu saya lum lahir lagi..hehe

Monday, May 17, 2010

GEMBIRA???

Saya tak pasti sama ada itu yang terbaik buat saya..
Tapi ketika ini ia gembira buat saya..
Suami saya turut gembira..
Apalah yang lebih menggembirakan selain suami gembira [ auwwww mithali you.. :p ]

Saya tak tahu sama ada ia seperti sekarang..
Atau lebih baik...
Atau lebih teruk dari sekarang..
Saya doa yang indah2 sahaja sebab Allah tu kan maha Pengasih, maha Penyayang...

[perasaan bercampur baur ni.. err KP, 1st step yang kamu sarankan sudah saya buat, sekarang mereka memanggil saya untuk step ke dua... tq..:) ]

p/s: wish me luck.. dear hubby, tq for keep praying for me..luv u

Thursday, May 13, 2010

Mendung

Starts with demotivated msg early morning.. :(

"Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran atas segala sesuatu yang tidak menggembirakan hatta yang sangat menggembirakan.. Ku terima semuanya sebagai ujian dan hanya padamu ku panjatkan doa dan harapan"

I need cat so badly...haihhh

Wednesday, May 12, 2010

Sekolah air

Apa nama sekolah menengah saya?

Nama sekolah saya Sek. Men. Keb (P) Temenggung Ibrahim.. or glamer org panggil TIGS..sekolah ni kat simpang rantai pastu sekolah ni adalah sekolah pompuan paling popular di BP [ mmg menang ABP lah..].. sekolah ni bawah bukit... so dia penah banjir sampai paras atas pinggang [saya faham kenapa kanak2 suka main banjir, sbb saya dulu rasa excited juga masa banjir..huhu]..saya bersekolah di sini dari tingkatan 1 sampai 5... walaupun tingkatan 4 ada tawaran p tempat lain, tapi saya pilih untuk stay aje lah [wah setia okeh]...


Senaraikan subjek sekolah anda dan guru yang pernah mengajar anda.. elaborate kenapa anda ingat dia..


Bahasa Melayu : Puan Rateni..ntah erk..maybe sbb suara dia kuat kot..


Bahasa Inggeris : Mr. Chia, sbb kelas dia sangat mandom.. [no wonder English SPM pun ikut mandom.. padan muka.. jgn lawan cikgu walaupun dia CINA (pesanan penaja) ]


Matematik : Pn. Saadiah Warmat, semua orang kena ingat dia sbb dia je pakai tudung paling trendy...huuuuuu


Matematik tambahan : Cikgu Adam.. hari2 saya tusyen addmath ngan dia..Alhamdulillah.. memberansangkan.. tapi dia akan sebut kuadratik sebagai kuadatrik


Sejarah : Cikgu Zabedah or known as Cikgu Bedah.. dia mak kawan saya.. pastu dia hari2 suruh orang bangun pastu dpt jawab baru leh duduk..


Kimia : Saya teringat Pn. Chan, tapi saya juga teringat Mr. Lam.. walaupun saya mengambil SPM di era berdekatan Y2K, tapi Mr Lam masih lagi berfesyen Saturday Nite Fever.. Bukan aje baju, moto pun mmg thp old skool.. penah satu hari saya tergolot-golot nak masuk kelas sbb dah terlambat.. terserempak dgn Mr.Lam yang cuba menyetart moto beliau..kan selalu org kalau susah start moto akan lari2 dan lompat moto sambil start kan?.. uniknya Mr.Lam, bila dia wat gitu, tempat duduk moto dia terlompat ke jalan.. huuu old skool sungguh..


Fizik : Cikgu Yazid.. cikgu ni setinggi kinabalu.. tapi kecik ati sungguh.. time kami tgh nak SPM dia pi panjat Gunung Kinabalu.. sungguh tak aci oke...


Pendidikan Seni : Miss Ann Sebastian.. pasangan kepada beliau adalah Puan Munajaha (penyelia petang kitorang).. sape tak siap lukisan, pergi volunteer jumpa Puan Muna oke..


Pendidikan Islam : Ustaz Zakaria.. sbb dia lawak dan jarang sekali ikut silibus buku..hehe


Err cikgu sape lagi eh... errr sori ah cikgu.. memori lost jap...


p/s:
  1. mereka tagged untuk diri sendiri sbb saya tepu wat translation... [wah English hampeh pun ada hati buat translation???]
  2. jangan suruh saya nyanyi lagu sekolah.. kalau nak suruh, suruh arejarz main pinano dulu oke..hehe
ooo cop..cop...saya malu tgk gambar ni.. hehe tapi nak tayang gak.. kredit to nurhin sbb gambar ni dia upload kat FB

5 Bestari

satu dua begini ini

Saya nak ada macam ni...(satu)


Atau macam ni... (dua)


Dulu dah ada, siap dilayan begini


Tapi sekarang dia sudah pergi tak lame selepas ini


Abang, jom balik BP kidnap kucing ma ayah..


Harap2 boleh dpt tak yang macam ni?

Late Potet

p/s:

  1. we desperately need meow..huhu luckily lakiku suka meow jgk..
  2. meow bijak cepat matikah???huuuu
  3. hoi entry ni malas sangat okeh!!

Tuesday, May 11, 2010

google earth

Petang gembira..
Sbb hari ni recall balik pelajaran GIS [setelah lama dicicirkan abes training]..
Sambil main2 google earth..
Kecik ati ngan google earth sbb selalu kabur2kan rumah kite...
Tapi hari ni nampak rumah kite...
GEMBIRA..GEMBIRA..GEMBIRA...!!! :)

Isteri berkata di muka Google earth
" Abang tunggu ye..jap lagi i balik "

Sms suami di terima
" Salam Faz, i kat reza tmyam.baru lpas banci zakat kt kg cmprai.tak g pejabat hari ni, diorg kata bangi hujan lebat. u da makan?"

I love google earth.. luv u more..

Terima kasih Friendster

Sangat sengal ber mother's day yang ketinggalan ketapi... ni pun gambar saya korek dari friendster (auwww ape itu friendster??? )

Ni la mak saya .. saya sayang mak saya... agaknya bila2 lapang nnt suami boleh bawak saya balik BP jumpa mak.. [suami saya panggil MAK, kami adik beradik panggil MA walaupun mak saya bahasakan dirinya IBU.. sengal la anak2 ni]

Saya harap mak saya dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat.. :)

Bahagia jua untuk ibu2 anda dan anda yang berstatus ibu..

Alfatihah buat Bonda Badriah Abd Muid

Obses

Kalau orang Batu Pahat obses briyani..Orang Dengkil obses ni

Atau lebih tepatnya ni

Kalau tak tekak kelat seharian... Bak kata makcik boleh buat gini baru pas warga Dengkil... bukan teh rasa susu eh..kena rasa teh pekat2 pastu baru letak susu..
[ooohhhh i dah pas... lempar mortar board sekarang...\\0//\\0//.. errr biskut IKO production lain eh.. tu kunyah2an ]

Tapi saya tetap obses AHMAD ;) (kalau ♥ mmg kena kaler pink)

Sekarangkan musim hujan.. tu asyik cite makan je...huuuu

Monday, May 10, 2010

Makanan ruji

Macam gian update blog.. sehari 45 kali update [ haha tipu la kan..].. Blog tak bergenre pun dah tukar macam blog makan.. lately mmg byk makan.. sbb skang dah blh pergi makan2 mana2 suka pun.. balik lambat2 pun mak tak marah..pergi jauh2 pun ayah izinkan... berdua-duaan pun pencegah maksiat biarkan je... :p

Oh ye saya orang Batu Pahat..so nasi briyani tu macam staple food of Batu Pahatian [ yes we are proud being batupahatian... let's ombak frennnn].. So ntah minggu bila ntah pergi makan briyani Batu Pahat tapi kat Dengkil.. hehe.. intro atas macam pergi makan jauh2 dan bermalam-malaman kononnya.. tapi rupanya makan kat Dengkil je..

Sbb dia dah kawen dengan orang Batu Pahat.. juga kena paksa makan makanan ruji Batu Pahat...Nasi Briyani ni harus hukumnya dipadankan dengan Bandung Soda..bandung tak soda boleh cari kat Bandung Indonesia eh..hari tu kami makan 2[Briyani Kambing + Bandung Soda] = RM24.00

Rasa briyani nya not bad.. tapi tak lawan briyani 6 Mac 2010 hari tu.. haha.. ape pun bersesuaian dengan tekak Batu Pahat..Kalau nak pergi, kedai ni dekat je dgn simpang Paya Indah Wetland..pastu sebelah Pusat Serenti Dengkil... klau nampak rumah hijau (penyokong penimbang alergik kaler ni..hehe) tu, tu lah kedainya..

Kat tiap meja makan kedai ni ada artikel ni ni..

p/s: suami kata orang ni dalam paper lagi manis dari jumpa betul eh??
Ni entry yang di copypaste sbb sungguh tragik terpadam entry sendiri..seb baik Cik kawan kuasa 10 ada copy dalam email dia..haha..kalau tak nak nanges bernyanyi etnik kreatif..

Hasil hari hujan

Semalam seharian hujan... tak dapat keluar rumah... huhu tapi hujan kan rahmat.. dapat bercinta2 dengan suami... hep hep... nape cakap macam ni????? oh hasil percintaan semalam [woi..woi ape ni!!!!]

Black Pepper Tumeric Fried Rice + Almond Fried Organic Chicken + Grill Beef with Sweet Potato + Un mushroom gravy (sbb patutnya gravy tu kena ada button mushroom)

Tak kuar rumah... masak aje ape yang ada dalam gobok air batu tu [mak saya kata org melayu johor sebut peti ais gini]...

Oren dan Gemok

Dulu2 saya suka tgk FP dia.. pastu lost2... haaa hilang2... mana nak cari ni?????
Sekarang dah jumpa.. siapa???? kucingorengemok tu... hasil excited jumpa




Ikut resepi dari blog dia.. dan hasilnya suami suka.. mungkin kena reduce sket gula sbb kami dah sangat manis..haha [muntah pelangi :p ].. Tq KOG [abbrev kucingorengemok]
p/s :
  1. salin resepi di sini
  2. sila abaikan tangan gemuk tu

Friday, May 7, 2010

google resepi

Sudah lama tak masak..
sudah lupa macamana nak masak [haha buat takut suami jap]...
Nak masak ape eh?? [ sebenarnya dah banyak kali tanya google, tapi jawapan yang disenaraikan google rasa giggle nak buat]

Berbentuk mee kah?
Berbentuk nasi kah?
Berbentuk kuih kah?

Sudahlah, sudah terlambat bertanya sebegini..patutnya tanya awal minggu..ingat hari ni ada yang nak suggest recipe sekarang ke?..layaknya soalan begini dilayan seperti "esok nak cuti, hari ni baru isi borang cuti.. maaf cuti anda tak diperaku sbb prosedur cuti 7 hari sebelum.. maka tolak gaji"..

Baiklah, saya tanya google balik..sama macam "oke, kalau tak peraku cuti, kite jumpa doktor mintak MC"

Oke.. skang cepat google resepi.. esok dah nak masak.....

p/s : pecah rahsia saya kat makcik masak2 resepi google...saya budak baru belajar makcik...

Monday, May 3, 2010

Don't judge a book by it's cover

Baru selesai makan dna tgh tunggu masuk waktu maghrib.. solat cepat2 pastu kena turun dekat2 bilik mayat proses darah [huuuu saje je wat bunyi horror .. :p]

Dah lama saya tak bual2 dgn dia.. mana taknya waktu kami asyik dibezakan akhir2 ni.. tapi tadi baru bercakap tepon dengan dia.. huuu sekali lagi kami kenalpasti, kulit buku semakin tak boleh dihakimi... apekah ini???? haiiiihhhh.....

Selalunya orang yang bising, extrovert atau pun aktif bertindak selalu dilabel 'jahat'... Bila pendiam, bergaya lemah lembut kita akan kata "dia tu stok cam budak baik2 je kan"... Tapi orang putih selalu pesan, Don't judge a book by it's cover...

Saya pernah tinggal serumah dengan orang yang seperti baik, teraniaya konon tapi sebenarnya dia yang selalu cari pasal dgn org... akhirnya saja kami, dia, dia dan dia juga bukan kawan "dia" lagi [ saya wonder siapa 'kawan baik' "dia" sekarang???]

Tadi sekali lagi mendengar cerita Don't judge a book by it's cover..

Sunday, May 2, 2010

Kenduri

Saya selalu pergi kenduri macam takde geng.. semalam pun pergi kenduri macam takde geng perempuan2.. satu2nya geng yang ada nama Ahmad Zulkifli.. tapi macam biasa kenduri kesyukuran ke tahlil ke selalu lelaki pompuan mana boleh makan sama... so saya yang tak geng ni bawak diri makan sorang2...

Padan dengan kami yang datang lambat, so lauk kenduri dah tinggal hujung2 je.. dalam perjalananan pergi ke rumah kenduri mmg kami expect juga kami tak dpt mkn, so dpt makan yang hujung pun alhamdulillah... sampai lah ke rumah kenduri dan kemudian makan sorang... tuan rumah nampak saya makan.. tuan rumah mintak maaf sbb saya mkn tak berapa berlauk..

Tuan rumah kata "jangka yang datang 80 orang, tetiba jadi 100+.. masa jemput call kata tak dapat datang.. tu yang saya kurangkan tempahan dengan katerer..tiba ni ramai plak yang datang "...

Tak mengapa saya faham.. kenduri mmg begitu.. sikit tak cukup, banyak berlebihan pulak.. lebih2 lagi ramai masyarakat yang dtg kenduri suka ambik contoh tuan sadiq sigaraga [kata taknak dtg, tetiba dtg plak siap bawa Hamidah , Rafidah dan Ghasidah lagi]

Tuan rumah berlalu saya kembali makan sorang... di tgh2 majlis yang masih ramai orang sambil makan sambil mata memandang sambil telinga mendengar

Makcik A (bukan jantina sebenar) : eh kite bungkus ni tuan rumah tau tak?
Makcik B (bukan jantina sebenar juga) : alaahhhh takpe.. ambik aje...
Makcik A dan B berlalu pergi

Saya terus makan sambil geleng2 kepala...

p/s : saya pun rasa nak bungkuskan makanan untuk jiran kepada laki tok sepupu belah mak sedara belah tok tiri yang kawin dengan nenek sedara jiran yang satu lagi...
myfreecopyright.com registered & protected